Penyakit Pening Vertigo – Dunia Bagai Berputar

VertigoMasalah pening Vertigo – Penyakit ketidakseimbangan dalam telinga.

Ruang yang dilihat di sekelilingnya seakan-akan sedang berputar. Pandangannya yang berpusing-pusing itu seperti orang yang baru kali pertama menaiki roller coaster. Disertai pula rasa loya dan muntah, si penderita keadaan ini adakalanya takut untuk bergerak.

Diagnosis Pakar Telinga, Hidung dan Tekak (ENT), Pusat Perubatan Prince Court, Dr. Kuljit Singh mendapati semua itu adalah simptom kepada penyakit pening yang berpunca daripada ketidakseimbangan dalam telinga atau dikenali juga sebagai vertigo.

Jelas Kuljit, terdapat beberapa simptom yang menjadi petunjuk kepada penyakit ini seperti pergerakan ritma mata yang abnormal (nistagmus), pening serta loya dan muntah.

Dalam kes-kes lazim, seseorang pada mulanya hanya menganggap ia sekadar pening biasa, namun tidak dapat menggambarkan keadaan sensasi tidak stabil, rasa melayang serta penglihatan yang berpinar-pinar.

“Bagi penghidap vertigo Benign Paroxysmal Positional (BPPV), serangan seringkali berlaku ketika bangun tidur pada waktu pagi dan disertai kombinasi simptom lain.

“Tempoh serangan mungkin hanya sekitar satu minit namun sensasi serangan tersebut mungkin berakhir setelah beberapa minggu,” jelasnya tentang episod pening melampau namun singkat itu.

Vertigo

Ketidakseimbangan tekanan dalam telinga menyebabkan vertigo.

Dalam pada itu, vertigo postur phobic pula boleh terjadi apabila wujud faktor stimulasi berdiri seperti menaiki tangga, berdiri atau melakukan apa saja pergerakan terutama melibatkan kepala.

Sekiranya vertigo muncul dari pusat keseimbangan otak, ia lebih rumit kerana berkait dengan kerosakan neurologi. Ini menjelaskan berlakunya pertuturan yang tidak jelas, penglihatan berganda dan ketidakseimbangan tubuh.

Kuljit turut memberitahu bahawa serangan vertigo terdapat dalam beberapa jenis mengikut situasi dan penyakit yang berkaitan dengan pesakit.

“Misalnya vertigo periferal disebabkan oleh trauma pada kepala akibat kecederaan, manakala bagi kes penyakit Meniere, vertigo tercetus akibat berlaku keadaan abnormal pada telinga dalam.

“Ia bukan saja menyebabkan keadaan kepala seolah-olah merasa kesan berpusing, malah telinga berdesing (tinitus),” terang Kuljit.

Di samping itu, fistula perilimfa merupakan abnormaliti yang terjadi di antara ruang dalam telinga yang mengandungi cecair iaitu meliputi koklea dan telinga tengah yang terdiri daripada gegendang telinga dan tulang-tulang osikel iaitu tukul, rakap dan andas.

Terang Kuljit, serangan vertigo jenis ini tidak kronik dan boleh sembuh dengan sendiri walaupun dalam kes tertentu memerlukan pembedahan untuk pulih semula.

“Satu lagi jenis vertigo disebut sebagai idiopatik. Penyebab bagi jenis ini ini tidak menemui penjelasan sebenar kerana ia merupakan kombinasi beberapa jenis vertigo. Namun, pencetus utamanya adalah pergerakan,” katanya.

Kebanyakan pesakit adalah daripada golongan pertengahan umur dan ia mungkin berpunca daripada vestibul yang menjadi lebih sensitif.

Rawatan

Rawatan yang perlu dijalani bergantung kepada jenis vertigo yang dialami oleh pesakit. Namun, diagnosis terhadap keadaan telinga dalam pesakit akan menentukan pencetus utama penyakit ini.

Menurut Kuljit, terdapat beberapa cara untuk mengubati penyakit ini termasuk menggunakan ubat-ubatan seperti betasere, stemetil dan stugeron.

Beberapa siri pergerakan yang dikenali sebagai Prosedur Menempatkan Semula Canalith bagi melegakan BPPV merupakan rawatan utama bagi vertigo.

Mudah dan tidak mengambil masa yang lama, prosedur berkenaan terdiri daripada beberapa pergerakan ringkas untuk meletakkan kepala dalam kedudukan yang betul.

“Paling utama, partikel-partikel daripada kanal separa bulat berisi cecair (labirin vestibular) digerakkan untuk memasuki struktur seperti beg halus (utrikel), di mana partikel-partikel ini tidak lagi mengganggu selama sekitar 30 saat,” ungkap Kuljit.

Usai prosedur, pesakit perlulah mengelak daripada baring terlentang selama 24 ke 48 jam. Malah pesakit juga digalakkan untuk meninggikan bahagian kepala di atas bantal semasa tidur.

“Ini memberikan masa kepada partikel-partikel tadi untuk terapung-apung di dalam labirin sebelum mendap di dalam utrikel ataupun diserap semula oleh cecair-cecair tubuh,” katanya.

Oleh SHANIKA ABDULLATIB

58 Responses to Penyakit Pening Vertigo – Dunia Bagai Berputar

  1. awie berkata:

    saya menghadapi penyakit pening ini lebih kurang enam tahun sehingga sekarang.telingga saya sentiasa berdesing seperti ada tekanan(sebelah kiri.badan saya tidak seimbang, jika saya meniarap terasa badan saya spt berombak rasa macam ulat berjalan.jika pening terlalu kuat biji mata saya akan bergetar.tengkok saya sentiasa rasa lengguh dan tegang rasa sampai ke mata, mata saya berasa letih,sentiasa rasa loya macam nak muntah.macam-macam teknik perubatan telah saya jalankan tapi masih seperti itu juga.beberapa ubat sepert stugeron dan bbetesere dan beberapa jenis ubat juga telah saya ambil tapi masih tidak sembuh.mohon pertolongan dari doktor untuk penyakit saya ini.

    • Mohd hazlami berkata:

      Saya menghadapi vetigo. Kepala pusing dan berbayang seolah2 mabuk.. Keadaan mata yg berpinar2.. Bagaimana untuk saya wat rawatan ini..?? ubat betaserc pun sifah saya makan.. Tetapi tiada apa berubah..kepada sesiapa yg nak kongsi penyakit ini dgn saya boleh telefon saya 0122298861

  2. smm berkata:

    ….SEBENAR NYA PENYAKIT INI TIADA UBAT NYE..TENGGELAM TIMBUL..BARANGKALI TERJADI AHKIBAT TRAUMA DI KEPALA …TELIGA..ATAU PENYAKIT URAT SARAF…CUMA DAPAT MENGURANG KESAKITAN DERINGAN MEMANG ADA (BERBAGAI JENIS UBAT YG TERSEDIA ADA DI KLINIK PAKAR MASA KINI) TETAPI UBAT UBATAN INI HENDAK DIKURANGKAN PENGGUNAAN-MENGELAK SIDE EFFECTS…..KURANGKAN TEKANAN EMOSI—-JAUH DRP SEKELILING YG AMAT MEMBISINGKAN —- ELAK KAN STRESS- GUNAKAN EAR PLUG-ATAU SUMBAT DGN KAPAS EFFECTED EAR(BERKEADAAN BERSELESA)………..

  3. smm berkata:

    Vertigo is the feeling that you or your environment is moving or spinning. It differs from dizziness in that vertigo describes an illusion of movement. When you feel as if you yourself are moving, it’s called subjective vertigo, and the perception that your surroundings are moving is called objective vertigo.

    Vertigo Causes

    Vertigo can be caused by problems in the brain or the inner ear.

    •Benign paroxysmal positional vertigo (BPPV) is the most common form of vertigo and is characterized by the sensation of motion initiated by sudden head movements or moving the head in a certain direction. This type of vertigo is rarely serious and can be treated.

    •Vertigo may also be caused by inflammation within the inner ear (labyrinthitis), which is characterized by the sudden onset of vertigo and may be associated with hearing loss. The most common cause of labyrinthitis is a viral or bacterial infection.

    •Meniere’s disease is composed of a triad of symptoms: episodes of vertigo, ringing in the ears, and hearing loss. People have the abrupt onset of severe vertigo, fluctuating hearing loss, as well as periods in which they are symptom-free.

    •Acoustic neuroma is a type of tumor that can cause vertigo. Symptoms include vertigo with one-sided ringing in the ear and hearing loss.

    •Vertigo can be caused by decreased blood flow to the base of the brain. Bleeding into the back of the brain (cerebellar hemorrhage) is characterized by vertigo, headache, difficulty walking, and inability to look toward the side of the bleed. The result is that the person’s eyes gaze away from the side with the problem. Walking is also extremely impaired.

    •Vertigo is often the presenting symptom in multiple sclerosis. The onset is usually abrupt, and examination of the eyes may reveal the inability of the eyes to move past the midline toward the nose.

    •Head trauma and neck injury may also result in vertigo, which usually goes away on its own.

    Vertigo Symptoms

    Vertigo implies that there is a sensation of motion either of the person or the environment. This should not be confused with symptoms of lightheadedness or fainting.

    •If true vertigo exists, there is a sensation of disorientation or motion. In addition, the patient may also have any or all of these symptoms:

    ◦Nausea or vomiting

    ◦Sweating

    ◦Abnormal eye movements

    •The duration of symptoms can be from minutes to hours, and symptoms can be constant or episodic. The onset may be due to a movement or change in position. It is important to tell the doctor about any recent head trauma or whiplash injury as well as any new medications the patient is taking.

    •The patient may have hearing loss and a ringing sensation in the ears.

    •The patient might have visual disturbances, weakness, difficulty speaking, decreased level of consciousness, and difficulty walking.

    Vertigo Treatment

    Self-Care at Home

    Home therapy should only be undertaken if you have already been diagnosed with vertigo and are under the supervision of a doctor.

    Medications

    Commonly prescribed medications for vertigo include the following:

    •meclizine hydrochloride (Antivert)

    •diphenhydramine (Benadryl)

    •scopolamine transdermal patch (Transderm-Scop)

    •promethazine hydrochloride (Phenergan)

    •diazepam (Valium)
    These medications should be taken only as directed and under the supervision of a doctor – side effects-khayalan

    Di malaysia bebagai jenis ubatan pengurangan boleh di dapati di Hospital kerajaan -( biasa masa penungguan lambat) atau hospital pakar -Pusrawi hospital,ampang medical centre-kpj,kg baru medical centre,sentosa medical centre, sjmc , universiti hospital,hukm’s -(giliran menuggu )

    (di malaysia

  4. Iela berkata:

    Sya pengidap vertigo dah dkt 5 tahun..awal tahun pertama xturun dr katil kerana takut jatuh..lama2 dah biasa,skrg ni baring,jalan,duduk umpama berada atas sampan..berombak je..sya mkn betarerc n tanakan tp sama je..treatment dr doc dah bermcm2..ada sesiapa yg bleh bantu merawat.

  5. Nani berkata:

    Setahun lepas saya kena juga. mcm2 ubat sy dapat tp tak berubah. cuma bila saya ke homopathy, goyang2 ni ilang,
    sekarang dah timbul semula. sy ke klinik krajaan, saya dapat ubat pening yang mengantuk,,, mana2 saya boleh tidur! tapi goyang2 ni tak berubah.
    Saya dah berpindah so, sy tak dapat pergi klinik homopathy tu.

  6. £kman berkata:

    adoi aku dah taip berjela jela tapi tak masuk..connection maxis tak guna betul dok pelan putus..loteh loteh den

  7. £kman berkata:

    kalau teliga dah berbunyi… ing …ing …ing berdesing .. berkaitan dgn kemalangan atau semula jadi( akan reda sementara waktu sahaja tapi kalau expose kembali kpd bunyian yg agak kuat – letupan atau hentakan yg kuat..buyi2an yg terlalu kuat …ia akan berulang lagi… bunyian ing ini kekal seumot idup..amat mengganggu suasana keriangan tak do ubat melainkan kita cuba menjauhi daripa pada kawasn hiruk periuk dgn bunyiidup di kawasan penoh damai kesunyian..

    • man berkata:

      guna ear plug bang..atau sumbat dgn kapas serderhana jerr..memang betul..kalu bunyian terlalu kuat.. ia akan memggamgu emosi..naik marah hilang pertimbangan..jauhi drp kawasan yg bising…

  8. Lockman berkata:

    saya bepusing dalam setahun dalam dua kali dalam seminggu..lepas tu hilang…urm..
    telingga ada bedesing dah lama ada…5 thn kot..
    urmm rawatan mane patut pegi..homopatic ker hospital kerajaan…ni tgh tgu turn g cek kat hospital ampang

    • ruhani berkata:

      samala kita,kamu mkn ubat apa skrg? ramaila org dpt penyakit cm ni..ada kata beterusan xde ubt kawal je,so cm menderita,bukan menyalahi takdir tp skurang2nya biarla dpt d ubati walaupun lama utk sembuh..klu berpuluh2 thun cmni mesti ada effect kat telinga @ mana angota kite yg lain terutama anggota kepala,so sapa2 yg ada tau penyembuhnya,olong lah e mail..!lgpun kat sabah x byk rawatan cm di west,saya org sabah..

  9. ruhani berkata:

    saya pun da 6 tahun bedengung tlinga kanan,pening da lebih setahun..mkn gingko,betaserc,multivitamin,ubt ni kawal je pening beberapa jam tp tetap blik tiap hari cmtu,lpas tu tkut ada kesan sampingan bb da lama mkn ubt,tolongla sapa tau cmana nk sembuhkan..apa pun dlakukan cm berombak goyang2..

  10. mohd Ridzuan kumar berkata:

    masalah saya ketika saya memandu kereta, kalau saya pandang pergerakan saya mula pening , mata jadi kabur dan hati debar2 . apa masalah ni dan punca apa

  11. Lia berkata:

    (1)Penggunaan hp yg terlalu kerap & terlalu lama tiap kali dan (2)Menggunakan komputer terlalu lama selepas tgh mlm menjadikan kurang tidur & bila mahu tidur, amnesia pula (saya pernah dgr dari seorang doktor, waktu kemuncak tekanan darah naik wpun sdg tidur ialah antara jam 1 ke 3 pagi). Saya disahkan tiada darah tinggi tapi 2 minggu lalu tekanan darah sgt tinggi, doktor memberitahu saya kena Vertigo. Apakah benar jika saya mengandaikan 2 faktor tadi antara punca berlakunya vertigo?

  12. lady gaga berkata:

    doc, saya seorang sakit darah tingi, selepas saya makan ubat tingi darah semua penyakit akan tembul; sesak nafas, legic, resdung, gastrik. dan sekarang tembul bedengung tinga..tulonglah doc selesaikan masalah saya

  13. sanie berkata:

    Ini pengalaman ingin berkongsi.saya baru sahaja kena vertigo ini pagi tadi…bangun tido bila saya lihat sebelah kiri terasa kepala dah berpinar2..dalam 10 second..tak terkata seprti bilik yang saya duduk tu berpusing…lepas tu semasa nak solat subuh ketika sujud sahaja saya dah nak rebah kerana pusing2 yang amat sangat..tak lama lepas tu terus muntah… tak terkata camna nak cakap kalau pusing2 tu berlaku..suffer gak..terus p check up kat pantai hospital..doc bgtau saya kena vertigo..so dia bagi saya ubat betaserc.. lanjutan saya terjadi keadaan ni adalah kerana saya stress akibat banyak berfikir tentang bukan hal2 yang penting..kurang tidur selalunya saya tidur dalam 3 jam sahaja sehari..akibat mengadap komputer membuat kerja…sehinga lewat pagi..selepas ini saya perlu banyakkan berubah tentang segalanya…ada ubat tradisional yang agak mujarb adalah dengan membuat bekam…ini akan saya cuba minngu ni juga..

  14. saya rozita, sama penyakit vertigo dengan tuan2 semua. setiap bulan dan minggu saya akan mengalami pening yang berpanjangan sejak 4 tahun yang lalu. tetapi alhamdulillah sudah 2 bulan saya dikurniakan kesihatan yg sangat baik dengan mengamalkan penawar sekarang ini. alhamdulillah setakat sekarang saya sudah tidak ada pening sperti dahulu.insyaallah mudah2an akan sembuh seterusnya. kalau tuan2 mahu penawarnya boleh berhubung dengan saya 013-4063061

  15. boleh berhubung dengan saya rozita azmi untuk rawatan vertigo insyaallah.amin akan lebih sihat.

  16. afzan berkata:

    apakah penawar penyakit vertigo ni sbb saya dah 6 bulan dh kena penyakit ni.saya dah naik gila disebabkan penyakit ni.ade siapa2 yg dapat tolong saya x??

  17. Hajah Siti berkata:

    Saya baru didiagnose dgn vertigo, doc bg ubat betaserc 24mg dan prochlorperazine maleate 5mg. Dah 2 x kena masuk harini..last month ingat kena food poisoning, waktu tu doc bg charcoal, ubat pening n angin. Tp tak baik gak. Mcm dr kuljit kata sensation last about 1 week. Nak sujud pun tak boleh..mmg tension betul..kalau ada ubat traditional nak juga cuba..sekadar berusaha, InsyaALLAH.

  18. zue berkata:

    Jom LIKE facebook page REMEDI TV9 & join group REMEDI TV9. New programme for TV9 viewers related with alternative treatment and traditional treatment. Vaidya (DR) Luqman – Ayurvedic Specialist, pengasas LUQMAN HERBS CENTRE akan muncul dalam program REMEDI di TV9 pada Selasa 22 Mei 2012 pada pukul 9.30 mlm.

  19. affya adam berkata:

    saya juge ade simptom penyakit ni. 6 tahun lepas mule2 dia terjadi. dunia macam berpusing sehingga saya bertahan dengan kuat pada cermin tingkap kereta seolah kerata sedang terbalik.padahal timu tu sy sedang duduk di tpmt pemandu dan baru shj parking. selepas itu sy pernah juga menagalami ketika sedang duduk di kerusi di pejabat. seingat sy belum pernah dalam keadaan berdiri. 3bulan lepas sy pernah diserang ketika sedang menunggu lampu merah di persimpangan kuchai lama. bayangkan sy tengah drive dunia seolah berpusing sy bertahan dengan ke2 belah tangan di tingkap. kesesakan teruk berlaku kerana sy. hampir 3minit sy double signal kt lorong tengah. selepas sedikit reda barulah sy boleh menggerakkan kereta ke tepi.tunggu lagi hampir stgah jam baru boleh bawak kereta slow2. sy pergi HKL n dr bg appointment E&T tp sy takut nak pergi. dah lama xde pastu dalam sebulan dua ni makin kerap menerang. last sekali semalam ketika sedang ngadap laptop pukul 245 pagi.tibe2 jadi berpusing n mual. sy terus tido.

  20. zue berkata:

    PERHATIAN!!!

    Nantikan kemunculan VAIDYA (DR) LUQMAN – Pengamal Perubatan Ayurveda dari LUQMAN HERBS CENTRE, Subang Jaya, di TV9 dalam rancangan ‘REMEDI’ yang akan ke udara pada 22 dan 29 Mei 2012 (Selasa), jam 9.30 malam dan diulangsiar pada 25 Mei dan 1 Jun 2012 (Jumaat), jam 7.30 malam.

    Harap maklum

    *** mungkin beliau yang anda cari untuk merawat masalah penyakit anda.

  21. assalammualaikum…sya rsa pening mcm ni 2 mggu lalu..masa tu sya bngun utk solat subuh..tba2 sya rasa bilik berpusing pusing mcm nak terbalik…skrng ni dah kurang sikit,tp msih terasa klau nk baring dn bngun mengejut,kena baring perlahan dn mengiring baru rasa stabil..rasa btul2 rasa tak selesa..

  22. md noor berkata:

    assalamualaikum …
    sy alami penyakit vertigo ni seminggu yg lepas. bangun dari tidur rumah nampak berpusing2 , rasa mual dan nak muntah .muka juga kelihatan pucat. setelah ke klinik kesihatan doktor menasihatkan sy buat pemeriksaan saringan – tekanan darah, glukos dlm darah , periksa mata, jantung dsb. kesemua result memuaskan. disebabkan telinga sy tidak ada gangguan pendengaran , doktor mengesahkan ia bukan berpunca drp inner ear . ubat yg disyorkan tu mengantuk habis , setelah 30 minit telan terus tidur … mungkin unt rehat secukupnya sambil mengurangkan pening, sekarang ni dah kurang sikit tapi masih pening terutama bila tundukkan kepala dan bila bangkit semula … penig akan datang semula ….rawatan apa yang sesuai ?

  23. ulukman berkata:

    I have ringing to my left ear..due to traumatic exposure..there is ringing for life..especially when continuing in noisy environments…spinning feeling..as far am concern ones have to be accepted to live with..no cure

  24. peter berkata:

    Saya menghadapi simptom yang sama seperti saudara/ri di atas.. Kena pada usia 19 tahun dan sekarang sudah berlarutan selama 7 tahun.. Sekarang setiap bulan jumpa pakar ENT di ppum.. makan juga betars 24mg.. tetapi macam tidak berkesan.. sesiapa ada tip untuk mengelakkan vertigo (BPPV) nie sila lah bagitau yer.. Hilang sudah hidupku disebabkan vertigo nie..

    • zue berkata:

      Kepada sesiapa yang mengidap penyakit ini, rawat segera dengan kaedah rawatan AYURVEDA di LUQMAN AYURVEDIC HERBS CENTRE. Maklumat lanjut dan temujanji, hubungi Vaidya Dr Luqman (Phd) – Ayurvedic Specilist di 014 6332307. Boleh juga ke facebook beliau:- Luqman Ayurvedic. Penyakit ini mmg tidak ada rawatan dalam perubatan moden.

      **Untuk makluman, seorang pakar patologi perubatan moden (bersara) telah datang mendapatkan rawatan dengan Dr Luqman untuk penyakit ini.

  25. kongkekman berkata:

    kadangkala gastrictis pun buleh menyebabjkan pening lalat muntah selain daripada SHNL pills,, betaserc/sibelium/orphenadrine..dikira buleh mengurangkan…jumpa doktor pakar ..doktor biasa buang nasa ajerr…

  26. Ainul berkata:

    Saya mkn betaserc 24mg atas saranan doktor.try dlm dua minggu tapi ubat tu ada side effect pada saya.antaranya,badan tak selesa,pening,sakit sendi,menggigil sejuk,kerap haus,sakit perut dan mata berpinar.terus saya stop mkn ubat tu

  27. zue berkata:

    Kepada sesiapa yang mengidap penyakit ini, rawat segera dengan kaedah rawatan AYURVEDA di LUQMAN AYURVEDIC HERBS CENTRE. Maklumat lanjut dan temujanji, hubungi Vaidya Dr Luqman (Phd) di 014 6332307.

    **Untuk makluman, seorang pakar patologi perubatan moden (bersara) telah datang mendapatkan rawatan dengan Dr Luqman untuk penyakit ini.

  28. Peter berkata:

    Ainul: oh patut pon saya lepas makan ubat betasrc 24mg tu sllu pening pada awal pagi.. sebelum nie ok jer.. Now pon dah stop makan ubat tu.. next week physical therapy lagi aduiii

  29. Ainul berkata:

    Peter boleh google side effects betaserc.pagi lepas saya mkn ubat tu,mmg lemah la kat pejabat.tp bila dah tghari barula saya cergas sikit.means ubat tu dah abeh dlm badan,hehe.tp mlm bila saya mkn utk dos mlm,siapla.kipas slow pun saya menggigil mcm org dadah je :)

  30. Nattrah berkata:

    Saya br mengalaminya..mmg dlm sejarah keluarga ada yg menghidap penyakit ini..sy rasa sgt tdk selesa bila berlaku vertigo..malah saya akn keletihan..

    Saya selalu mengalami vertigo ketika tunduk n dongak kn kepala..malah ketika mandi..menyebabk’ saya terpaksa berpaut n memejamkan mata ketika mandi…

    Bagaimanakah cara utk saya mengurangkan gangguan vertigo ini??perlukah mengambil ubt??sekiranya saya menyusukan anak bagaimana pula kesannya??

  31. rafiq berkata:

    sy juga mengalami pnyakit ni dh hampir 3 4 bulan tp 3 minggu kebelakangn ni makin teruk sampaikn telinga sy berdesing n btl2 mngganggu kehidupan.dulu sy seorng yg sgtceria ngn famly n kwn2.tp skrg dh jd seorng yg pendiam n pemarah,dlm masa yg sama sakit pening2 dtng ngn mual,kdng2 rasa nk bernafas pun susah,dh jmp dktr pun ,dktr smpai dh x tau nk buat apa..skrg ni gastric plak datang ngn pnyakit ni..rasa dh lemah 1 badan smpai smua kena x blh nk buat..bila tdur n bgun je rasa masam dlm mlut sbb asid tu naik ke atas..xtau la punya ada gastric or ada dua pnyakit dlm 1 masa ngn vertigo ni skali..dh mcm2 kaedah sy cuba..penah la skali tu berurut ngn seorng ustad alhamdulillah pening yg slm ni ada lpr berurut tu esk ada nmpk perubahan,skrg sakit ni dtng blik..uztad tu pnh ckp mungkin ada mslh ketegangan pada urat kat tengguk n mana2 bahagia badan..urut ngn ustad tu skit dia jgn ckp la allah je tau mcm mana dia urut bukan pakai tgn..tp pakai siku…tp sy blh ckp ada perubahan bila dpt berurut ngn dia.skrg ni blm smpt lg nk jmp sbb sibuk nk beraya…ada call dia kata blh dtng seminggu lps raya…klu ada sapa yg nk cuba skali ngn sy blh la mnguhungi sy 0127466674 sama2 la kt berkongsi masalah..n mmbantu..

  32. min berkata:

    saya cuma nak berkongsi petua. saya menghidap vertigo + simptom2 diatas sejak 2009 lagi. betaserc tu dah biasa sangat makan. doktor kata kurangkan kopi dan garam. tapi, saya sampai sekarang masih ambil kopi lagi cuma taklah sedahsyat dulu.
    apapun, ada pernah sekali tu, saya dapat attack, jadi mak saya syorkan saya minum 100plus. Alhamdulillah, kurang sikit rasa menderita tu. sampai sekarang, saya masih minum air 100plus setiap kali kena attack. tapi, itu semua kuasa Allah. Jadi, kita doa je, satu hari nanti ada penawar utk penyakit ni.

  33. ana berkata:

    Hai saya ana.. saya juga mengalami vertigo, baru-baru ini.. saya rasa memang pening melayang-layang.. memang simpton jelas di mana ketika saya mahu bangun tido ataupun mendongakkan kepala akan jadilah pening ini.. tetapi keadaan buat masa ini masih terkawal.. tapi kadang kala saya rasa takut juga.. bila saya tengah bawak kereta.. vertigo akan menyerang… saya memang rasa tak seceria dulu…. saya nak makan ubat apa untuk hilangkna vertigo ini??

  34. Roy berkata:

    Salam… saya pun dah 3 bulan kene penyakit ni… makan, minum, tidur, bersosial dan macam2 benda susah nak buat (rasa pening sesak nafas). dah macam2 ubat dah makan tapi tak kurang pun… skarang ni saya try dengar bacaan al quran dan ruqyah syariiyah dan alhamdulillah penyakit ni beransur kurang… harap2 boleh sembuh.. amin….

  35. Rose berkata:

    Assalam, saya ni dr thn 1997 kena penyakit ni,tapi mula2 x lah teruk sgt ..lama kelamaan makin memburuk..dah bmcm pakar ent saya jumpa n tradisional pun..tapi msh x putus asa,betaserc,tanakan, dn bmcm jenis ubt2 cuma tahan kejap je..selang bbrp bulan serangan mula lg…sblm ni dlm 1 thn cuma sekali dua je serangan …mulai thn 2010 serangan vertigo btmbh hebat…skrg ni selang bbrp mggu ia menyerang.sampai dh x boleh nak hidup normal mcm org lain…rasa kena berhenti kerja akhirnya….sesiapa yg ada penawar bg penyakit miniere ni tlg la kongsi bsama penderitaan ini ya…

    • Hajah Siti berkata:

      Assalamualaikum, saya amalkan makan madu setiap pagi(saya dpt dlm AlQuran). Dan kalau rasa2 nak kena saya cepat2 makan madu. Kena yakin pada Allah, madu sebagai satu usaha saja. Disamping tu cuba epley maneuver position (check kat youtube) Alhamdulillah last saya kena masa pagi pilihanraya lepas, sampai skrg tak kena lagi, dan saya berdoa semoga penyakit ni terus pergi dan hilang biiznillah.

  36. Novann tan berkata:

    Bagi tau cara cara yg paling berkesan utk melawatnya

  37. kongkekman berkata:

    A far am concern there is no cureables ..if u have ‘ringing’ i meant inging sound in the ear’s..even thouh ones WERE consuming with predescriTION of medications..’..unbearables inging sound could trigger to maximun disturbances by intake of certain unpredesriptions drugs – self consume drug’s or exposing to prolong noisy environments..could minimized chances of reducing ringing in the ear..the best situations is to be in remote..or quite environments..try to avoid loud noise..like crackers…..ear plug should be in handy..in reducing of the symptoms..ones could only reduce its for time being..will triggering on with situation of environments… goodlucks…no cure…exceptys on certain miracle souls …happy new yeaR

    • kongkekman berkata:

      above …subjects to traumatic SHNL..other cases likely could be recoverables with time

      • ekin berkata:

        Saya berumur 21 dan mengidap vertigo pada akhir tahun lepas. Ketika saya baring, dan ingin mengubah posisi ke arah lain, kepala saya pusing dan keadaan sekeling bilik berpusing2. Kadang2 tehuyun-hayang ketika berjalan dan mandi. Sehingga rasa mual dan nak muntah. Keadaan ini sangat menganggu saya untuk belajar. Saya dapati ianya berlaku kerana ketidak seimbangan pendengaran saya kerana sebelum2 ini sy memang mnglmi mslh telinga dan pndgran dsblh tlinga kiri. Mslh ini akan hilang apbila telinga sy kmbli normal pndgrnny apbila doktor memberi sy ubat untk mncairkan thi tlinga. Adakah pykit vertigo ni boleh mybabkn tumor otak?

  38. pakpacak berkata:

    barangakalie jikalau sesaorang tu sudah berumor ..agak agak tipis untok di pulih semula..agak nyao laa..barangkali..jikalau yg maseh muda kecuali jika yg maseh muda muda..ketahan physical badan nyao maseh motel..penyembuan mungkin dapat di pulih kan mengikut masao..goodlucks

  39. Udin86 berkata:

    Sy kne vertigo sejak 7 bulan lepas. Smpai skrg xbaik2 lg, dulu rajin bersukan. Skrg nk g maen futsal pn takut. Tkut pengsan. Drive jln jauh pn da xbole. Mntak share penawar terbaik dr dokter. Da xtahan sgt da ni

  40. ANUAR berkata:

    dah hampir 8 tahun sy kena penyakit ni drpd bujang sampai la skrg dah anak empat org..drive jln jauh dah x bleh..mata silau semacam bleh pengsan di buatnya…jalan rasa mcm berombak nk jatuh..sabar ja lah mungkin ada hikmah disebaliknya..ALLAHUMMASYFI MARDHONA….

  41. Hajah Siti berkata:

    Cuba amalkan makan madu di awal pagi.. tiap2 hari without miss, Insya ALLAH..

  42. mohd azizi berkata:

    Saya pin alami bnda sama tpi x rasa berpusing2 cuma rasa pening spnjng hari nk berjln n buat kerja pon sush adakah vertigo atau ketumbuhan pada otak..sya klu teruk Sgt mata jdi kabur n nk pitam..MRI ckp ada cyst tpi pkar ckp x de pe yg to dah jmp pkar Neuro n ent ckp ok normal..cuma bila pening tkot Sgt darah naik..masa darah normal po pening jgk tlg bantu sya

  43. onieratna berkata:

    salam…….saye mengalami masalah ni jgk…. terlalu teruk start sy berumur 12 thn… sakit kepala smpai gugur rmbot sy… pastu semakin lame sy dapati pendengaran sy semakin kurang…mcm2 rwtn sy wat tp xjmp gak utk sembuhkan pnykit sy ni…semua pakar kate mslh saraf dan xle diubati…sy sgt la kecewa… kemudian dtkdirkan oleh mak sy utk p kat hospital pakat kat kelana jaya… die suggest utk ke umsc sbb die ckp mslh sy ni mungkin menieres disease namenye… n setelah wat ujian audio mmg menieres disease dn alhamdulillah..katenye ade rawatan iaitu ubat betaserc.. bile sy stat makan sebulan ade perubaha ketara iaitu tlinge dh xberdesing…pendengaran juge pulih…tp malangnye sy terskip amek ubat sbb xd mase nak p hospital semula..kesannye pnykt dtg balik…pendengaran plak makin teruk…skg makan balik ubat…harap sembuh… sedih la..mude2 lg dh dpt pnykt mcm ni… sape2 nak kongsi mengenai pnykit ni leh la wasap2 0139398167

  44. kenari putih berkata:

    as salam…
    sy mgalami virtigo yg kronik baru 1bln, tlah buat ENT dan ct scan smuanya ok, tp sy msih mengalami tidak kesimbangan badan lebih-lebih belah kiri, telinga berdesing, sgt sensitif dgn cahaya dan bunyi,sy tidak boleh pergi ke tpt yg pack yg myebabkan sy pening, sy sdg mnuggu giliran ke doktor pkar saraf skrg krn dkuatiri urat saraf bengkak, ada siapa2 boleh bkongsi pengalaman bersama sy…

  45. Othman Yusop berkata:

    Saya tidak pasti samada saya ada vertigo atau tidak. Yang pasti saya telah bertemu dgn pakar ENT di KPJ Shah
    Alam. Ujian MRI sudah dibuat juga beberapa ujian lagi tapi tiada punca dikaitkan dgn otak. Akhirnya saya diberi yg biasa utk vertigo spt betaserc dan diambil lebih dari 2 tahun seingat saya. Namun gejala pening tidak berkurangan. Adakah ini juga berkaitan dgn panic attack, anxiety akibat stress?mohon bantuan kerana penyakit ini amat menjejaskan. Terima kasih

    • mat sapu berkata:

      perjalanan darah kurang memuaskan..ahkibat penyakit…urat injuries ..sempit….cuba gamoden…lain2 permakanan traditional bayi pengaliran darah ..pakai ear pluq atau sumbat dengan apa2 yg menyenangkan ke effected ear..atau jauh dari bunyi bising..

  46. iranadhirahz berkata:

    Baca surah Al-Hijr ayat ke21 sebanyak 21kali..selepas baca tiup ke dlm air minuman kemudian minum air tersebut..

    Rujukan dari buku Al-Quran The Best First Aid

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 345 other followers

%d bloggers like this: