Poligami: Mengejar Payung Emas

Poligami itu indah, tetapi berapa ramai lelaki yang benar-benar mampu menghayati keindahannya

Penubuhan Kelab Poligami Ikhwan (KPI) yang didasari bekas pemimpin Al-Arqam, Ashaari Muhammad, mendapat maklum balas yang sudah boleh dijangkakan daripada masyarakat, khususnya wanita yang memberikan reaksi negatif.

Berbeza pula dengan lelaki yang kebanyakannya mendiamkan diri. ‘I reserve my comments’, kata mereka, mungkin bimbang disalah tafsirkan. Tetapi, bak kata orang, diam tanda setuju…

Kelmarin, kelab yang sama melancarkan pula Kelab Poligami peringkat Asia, sekali gus menghangatkan kembali ‘perdebatan’ mengenai isu itu. Dalam hubungan ini kita tertanya-tanya, mengapa perlu ada kumpulan atau kelab khusus yang memperjuangkan poligami? Bukan mempertikaikan poligami, tetapi matlamat penubuhan kelab itu amat diragui lebih-lebih lagi apabila dinyatakan golongan sasarannya termasuklah pelacur, ibu tunggal dan anak dara lewat usia dengan harapan poligami boleh membantu golongan tertentu kembali ke pangkal jalan dan menjalani kehidupan lebih baik.

Sila ke laman web KPI : KELAB POLIGAMI IKHWAN

Memang murni harapan dinyatakan. Tetapi secara realitinya, beramai ramai sangat lelaki yang sanggup melaksanakannya. Hari ini, kebanyakan lelaki yang berpoligami memilih gadis muda khususnya yang masih bergetah sebagai isteri kedua, bukannya ibu tunggal yang sudah mempunyai anak berderet ataupun gadis lanjut usia. Jika adapun, mungkin seorang dua daripada ratusan, atau mungkin ribuan lelaki.

Bagi masyarakat, apabila wanita atau pertubuhan bukan kerajaan (NGO) wanita meluahkan rasa kebimbangan terhadap isu poligami, pasti dianggap menentang hukum agama sehingga ada yang mempertikaikan tahap keimanan pihak terbabit.

Hakikatnya, tiada siapa yang mempertikaikan hukum yang termaktub dalam al-Quran itu. Poligami adalah harus hukumnya dan kita juga bersetuju jika seseorang lelaki itu berkemampuan dari segi zahir dan batin, mampu berlaku adil kepada semua isterinya, mengapa hendak dibantah.

Tetapi, apa yang kita bimbangkan jika poligami itu diiringi dengan ketidakadilan daripada pihak suami, dan seterusnya menzalimi wanita. Wanita setabah mana sekalipun akan bangkit menyuarakan hak apabila diri dianiaya.

Ada lelaki apabila sudah mendapat hajat di hati, isteri tua lazimnya ditinggalkan sendirian menguruskan anak yang ramai. Entah makan, entahkan tidak. Malah, dalam beberapa kes, ada wanita yang langsung tidak menerima khabar berita si suami apabila sudah memperoleh ‘orang’ baru.

Ketika itu, ada suami yang sudah lupa tanggungjawab terhadap isteri dan anak-anak sehingga tidak balik ke rumah berbulan-bulan lamanya hanya kerana terlalu asyik dengan cinta barunya. Setiap masa diluangkan bersama si gadis yang mencuri hati, tetapi kepada si isteri sentiasa tiada masa untuk menjenguk, alasan diberikan kesibukan kerja.

Wajarkah pada masa yang sepatutnya dihabiskan dengan melihat buka sekolah anak atau bermain dengan mereka, si suami sibuk menyulam cinta? Itu baru sedang bercinta, belum lagi berkahwin. Bayangkan bagaimana keadaannya apabila sudah berkahwin, mungkin lupa jalan balik ke rumah isteri tua.

Dalam hubungan ini, suami perlu berlaku adil bukan saja dari segi zahir, bahkan juga emosi. Ada yang mampu menyediakan keperluan harian seperti harta, pakaian, makan dan minum, tetapi perasaan isteri tidak dijaga, malah anak yang sepatutnya menjadi perhatian utama diabaikan.

Keadilan bukan saja membabitkan isteri pertama, sebaliknya isteri kedua dan berikutnya. Jika selama ini kita sering mendengar kisah penganiayaan terhadap isteri pertama, isteri-isteri lain juga apa kurangnya. Ada lelaki yang berpoligami, tetapi apabila tembelang sudah pecah, isteri tua melarang si suami balik menjenguk isteri keduanya sehingga menzalimi hak isteri berkenaan.

Justeru, beberapa tahun lalu Persatuan Isteri Kedua ditubuhkan bagi memastikan hak isteri dalam poligami khususnya isteri kedua dan berikutnya, terjamin.

Betul, bukan semua lelaki yang gagal melunaskan tanggungjawabnya apabila berpoligami, tetapi jika dilihat kepada laporan yang diterima oleh jabatan agama, itulah senario yang berlaku. Hakikatnya, agak sukar untuk berlaku adil jika nawaitu asal seseorang untuk berpoligami tidak betul.

Islam membenarkan poligami, tetapi tidak bermakna ia boleh diamalkan sewenang-wenangnya kerana ada garis panduan yang perlu diikuti bagi mengelakkan kezaliman kepada pihak wanita. Dr Yusuf al-Qardawi dalam kitab Halal dan Haram Dalam Islam menggariskan jika seseorang lelaki itu gagal mengikuti syarat ditetapkan apabila berpoligami, maka haram hukumnya. Ini berdasarkan kepada riwayat dikeluarkan oleh Imam Syafie, Imam Ahmad, Tarmidzi, Ibnu Majah, Ibnu Abu Syaibah, Daruqutni dan Baihaqi.

Justeru, tepuk dada tanya selera. Bagi lelaki, poligami itu indah, tetapi lebih indah jika diserikan dengan pemahaman yang tinggi, manakala bagi wanita pula siapa yang tidak hendak mengejar ‘payung emas’, namun dalam pencarian itu peritnya hanya kita yang tahu.

Oleh Fadzlena Jafar


Isteri Hebat. Nak tau, sila klik sini


Pancutkan Suami. Keterangan lanjut, sila klik sini.


Petua Seks Hebat, sila klik sini.


Rahsia Kecurangan Pasangan. Keterangan lanjut, sila klik sini.

22 Responses to Poligami: Mengejar Payung Emas

  1. abu muaz berkata:

    Assalamualaikum.
    Maha suci Tuhan dari menzalimi hamba2Nya.Sebesar2 kezaliman ialah apabila seorang hamba itu tidak mengenali Tuhannya.Sebenarnya Tuhan bermaksud baik dalam mensyariatkan hukum poligami.Antaranya ingin menyelamatkan manusia dari dirosakkan akidahnya oleh nafsu. Terutama kaum wanita kerana hanya dengan berpoligami sahajalah menjadikan meraka sangat bergantung kepada Tuhannya.Dan bagi kaum lelaki poligami adalah satu cabaran bagaimana mendidik isteri agar dapat menjadikan Tuhan adalah cinta Agongnya.Kerana wanita mempunyai 9 nafsu yang sangat kuat menghalang dari mencintai Tuhannya. Dalam keluarga berpoligami suami berperanan sebagai guru dan pemimpin dan isteri2 pula adalah murid2 dn pengikut.Maka poligami dapat membina kewibawaan lelaki sebagai pemimpin kerana Allah ada berfirman yg bermaksud “..lelaki2 itu adalah pemimpin keatas wanita…”. Nabi bersabda yg bermadsud “Setiap kamu adalah pemimpim,dan setiap pemimpin akan dipertanggong jawapkan atas kepimpinannya. Jadi kejayaan poligami mestilah bergantung kepada asas pembinaan yang tepat yaitu dibina atas dasar cinta dan takutkan Tuhan bukan kerana nafsu atau kepentingan dunia yang sangat menipudaya ini. Sekian.

  2. hassand berkata:

    Soalan Pertama…

    Apa itu “Payung Emas” cuba beri penerangan tentang konsepnya..perlaksanaan nya,,pegertiaan nya dan kegunaan nya…

    Siapa kata poligami itu indah kepada lelaki tetapi sebalik nya tidak kepada wanita..? cuba kupas sabenar nya siapa yang paling bermunafaat dan mendapat keindahan kalau bermadu..wanita atau suami???

    Siapa kata poliami itu membuat sisuami terlupa atau rakus tentang kewajiban nya kepada isteri-isteri nya?
    Cuba kupas…sabenar nya segala kewajiban suami ada lah di kendalikan olih isteri dan bukan nya suami..cuba check betul2..

  3. kebayan berkata:

    salam encik hassan .. ni banyak sangat kupasan .. apa kata sebagai suami dan lelaki yang berpegalaman .. encik hasan sendiri yang membuat kupasan .Teringin mendengar dari pihak suami sendiri .. sebab selama ini kaum isteri saja yang merungur pasal poligami ..

  4. hassandin berkata:

    PENGERTIAN POLIGAMAI ATAU BERMADU.

    POLIGAMI adalah salah satu nya pekerjaan Ibadah kepada Allah sapertimana Sembahyang, Zakat, Puasa dan lain-lain lagi sebagai khalifah umat Islam di atas muka bumi ini. Ada ketika masa nya poligami ini adalah menjadi wajib dan ada masa ketika nya pula poligami ini menjadi haram…sebab ini lah hukum nya sunat..( sunat itu kalau dikerjakan dengan baik mendapat pahala dan kalau di tinggal tidak berdosa ). Poligami adalah perkahwinan..sapertimana perkahwinan yang pertama diantara dua insan lelaki dan wanita mengikut hukum nikah kahwin dan cuma beza nya ialah ialah si suami ini berkahwin lagi dan mempunyai isteri yang kedua, ketiga dan keempat..dan si isteri pula mempunyai teman wanita2 nya yang dinama kan Madu 1. Madu2. Madu 3…dan tidak ada nama nya madu yang keempat.
    Proces perkahwinan perpoligami sama sahaja dengan proces perkahwinan yang pertama mengikuti hukum Syarak cuma beza nya ialah orang-orang yang hendak berpoligami ini mestilah mengikuti undang-undang yang di tetapkan oilh manusia. Menentang perkahwinan itu adalah berdosa seandainya sasaorang itu tidak mahu berkahwin dan juga bermadu sedangkan ia mampu menunaikan nya.
    Segala bentuk komen, pendapat, atau pun tunjuk ajar yang hendak diperkatakan didalam tajuk poligami dan bermadu ini mestilah berkitar didalam pemikiran orang yang beriman sapertimana juga dalam kontak sembahyang, puasa dan zakat. Hujjah dan pendapat hendak lah di perkuat kan dengan kefahaman rukun iman..iaitu..Percaya ada nya Allah, Nabi, Malaikat, Quraan dan Hadith, qadar dan qadak, dan hari kiamat serta alam kubur. Jangan sekali-kali cuba memperkata kan hasrat dihati dan pemikiran duniawi tetapi berkatalah dengan penuh rasa keimanan. Cuba katakanlah seapa ada nya secara spontan dan jangan sekali-kali berkatakan satelah berfikir dan merasa apa itu dihati. Janganlah membuat pernilaian dahulu baru berkata atau bercakap didalam hal poligami ini sebab inilah satu-satu nya tembok atau pun penghalang yang membuat kita semua sekarang ini kurang memahami dan menggunakan akidah poligami ini untuk menjadikan dan membangunkan bangsa yang kuat di dunia ini. Hal ini samalah saperti GLOBALISATION, FREE TRADE ZONE, FREE THINKER, FREE LOVE, FREE SEX, WOMAN LIPS dan lain-lain…maka kita janganlah lagi terperangkap pula didalam belenggu kemunduran dan kemiskinan dalam hal POLIGAMI atau BERMADU ini….Janganlah kita menyempit kan pergertian dan perlaksanaan poligami dan bermadu didalam institusi kekeluargaan kita.
    Didalam hal ibadah ini, janganlah kita mempersoal kan hukum yang telah di perkatakan olih Allah,,jangan kita tanya kenapa dan apa hukum Poligami ini sabegini rupa nya…Cuma di sini kita dikehendaki memahami nya secara beriman dan mengamalkannya secara sukarela..tidak ada paksaan didalam hukum Allah ini cuma berdosa lah kita kalau seandainya kita telah ketahui dan mampu menunaikan nya. Berdosalah juga kalau kita sengaja tidak mahu mempelajari Ilmu Allah ini dan membiar kan diri kita menjadi jahil dengan sesuatu ilmu Allah itu. Ini lah beza nya manusia umat Nabi Mohammad SAW berbanding dengan makluk yang lain dimasa bergelobal ini.

    Key note…1. Poligami, 2. Rukun Iman, 3.Perbezaan nikah, 4. Arah tuju – kepuasan nikah.

    LESSON ONE…to be continued

  5. nikifrt berkata:

    saya tidak menentang poligami … namun saya percaya hanya lelaki yang mampu sahaja, cukup ilmu dan keupayaan zahir dan batin layak untuk cuba melangkah ke alam poligami …

    ia bukan perkara main2, ia penuh dengan tanggungjawab yang tidak berkesudahan…

    kalau ramai lelaki faham maksud dan konsep sebenar poligami itu secara luar dan dalam, berfikir sewajarnya dan merancang sebaik2nya bagaimana dia akan mengemudi dua bahtera itu nanti dengan seadil adilnya, setelah berjaya menunjukkan bukti yang dia telah berjaya membimbing keluarga pertama dengan sebaik baiknya, maka rasanya isteri dengan terbuka hati pasti merelakan…

    ramai wanita sekarang, bila bercakap mengenai poligami, mereka menjadi emosi, kenapa ? nak tau ? sebab mereka merasa tidak dilayan dan dibimbing dengan sewajarnya oleh suami. mereka tidak merasa kemanisan berada di bawah lindungan payung seorang lelaki yang bernama suami. suami ramai yang tidak sembahyang penuh 5 waktu, apa lagi mengimamkan isteri. percayalah hai suami, kalau isteri merasa bahagia sebahagia nya dengan suami, sebagai seorang yang beriman jiwanya dan telah dididik dengan sempurna oleh suaminya itu dari segi akal dan emosinya… dia pasti redha… ya… redha, walau pedih, namun redha…

    buktikan anda mampu menangani isteri / keluarga pertama dahulu dengman baik ( termasuk mendidik anak2 dengan sempurna ), barulah kemudiannya boleh pasang niat untuk berpoligami… kalau betul niatnya, Allah pasti tunjuk jalan… Insyaallah

  6. hassand berkata:

    Tambahan>>>>Sabenar nya pihak Lelaki itu tahu dan faham betapa berat nya berpoligami. Tak perlu lah lelaki atau pun suami membuktikan kepada wanita atau pun Isteri yang pertamanya dahulu supaya dapat memberi kelulusan markah sebagai memenuhi syarat yang diatas untuk si suami berpoligami.Pihak lelaki itu tahu apa dia itu “pro and con” nya berpoligami tetapi adakah pernah lelaki yang bernama suami ini menolak poligami? Saya peraya semua lelaki atau pun suami tidak pernah menolaknya, sebab lelaki yang normal memang di beri kudrat untuk menyukai kepada ramai wanita walau pun TEBAL IMAN nya cuma bagaimana cara nya sahaja berbeza krlau dia benar mahu untuk mengambil wanita yang lain itu menjadi isteri nya.

    Memang benar selalu nya wanita itu amat sensitif kalau bercakap hal poligami…( nak tahu, tidak tahu, tidak dibimbing, tidak rasa kemanisan dan lain-lain lagi ) Benar sekali..betapa cateknya pengetahuan hal poligami kepada wanita..

    Inilah saya cuba memperbincangkan apa itu poligami dan faedah nya kepada wanita dan masyarakat kita dizaman ini.

    1. Kita mestilah beriman dengan rukun iman sabelum memperkata kan apa itu poligami. Kita mesti tahu apa tujuan nya kita hidup dunia ini..bagaimana kita membelanja kan harta kita, bagaimana kita guna dan amalkan ilmu kita…( tajuk in hanya cabang keimanan yang sedikit sahaja dikaikan drp hal-hal lain yang menjadi pokok keimanan kita secara keseluruhan)
    2. Kita mesti tahu scientifically apa itu keluarnya atau pun panjutan air mani..apa itu kasih sayang hasil daripada hubungan suami isteri..apakah kita lakukan itu untuk semata-mata kerana nafsu atau kerana Allah?
    3. Kalau seandai nya kita faham subject ini dengan beriman kepada Allah..kita tahu poligami tu bukan la apa sangat..tak bermaana pun kalau ia nya dibuat secara suka-suka..begitu juga lah walau pun kita melakukan ini hanya dengan saorang isteri.

    Ps. bahan yang paling tidak di sukai wanita sekarang ini adalah perkataan poligami.Alasan sahaja bercakap itu dan ini tapi yang sabenar-benar nya lelaki lah yang dipersalahkan. Sabenar nya bukan kerana hal sembahyang, hal menjadi pemimpin atau apa,, sabenar nya ialah “rasa dan benci nya wanita aau pun isteri kalau lelaki memberi dan atau berkongsi rasa kenikmatan berkasihan dengan wanita yang lain”. Ini tidak dapat dielak kan ini lah fitrah lelaki yang di beri olih Allah kepada lelaki yang mampu menjalanikan nya. Wanita wajib terima tanpa mempersoalkan itu dan ini kerana itu lah hukum Allah seadanya.

    Fikir dengan Iman..rasa saya kita ada caranya untuk berbahgi kasih terutama sekali wanita..Lelaki akan hilang kuasa nya memerintah isteri dan kuasa ini akan bertukar kepada isteri-isteri nya apa bila dia berpoligami dan bukan lah diri nya yang akan memerintah lagi. Inilah rahsia sabenar yang perlu kita ketahui apabila kita berpoligami. bersambung

  7. pakkochok berkata:

    dalam seribu satu aje okey..give n take ..lain2 mendendami..iri hati..sakit hati ..sentiasa berdarah..terhuris di hati ..hingga ke mati…dendam manusia sentiasa membara..jajadi kalo leh satu dah lah..tak ngam sangat2 cerai dgn baik kawin lain..jadi kita tak merana di hati ..kegembiraan di wajah..derita di dalam…maaf zahir batin

  8. kochokman berkata:

    lelaki diam sebab mereka ..barangkali seronok dgn benefits..wanita lak susah hati ..dapat setengah aja…seolah2 melukut tepi gantang agak nye..setiasa menanti ..kadang kala hilang sepi.. kot kot aje laa….terasa di ahti..

    A..kata masa muda dia gah pasang dua tiga..bertenaga untok memandu..tak letih..penoh raiang..muka berseri2..tak kering gusi lah..ek ek nya.

    Tapi bila dah tue kederat ..mood kemahuan hilei..bini lah ..maseh mahu punya..wang lak ‘O’ ..baru terpikiak ..ngapa lah aku pasng rame2 ni..bondo sama jae…

  9. pakkochok berkata:

    kocokman..tu lah ..nak pakei kereta lawa baru banyak2 ..gah lah bertukar ganti..ek nye kat mata memandang..dah tue tak lalu masuk gear..org yg memandu…lain kali pakei aje 1 kereto hingga ke mati..melain kan die kasi problems..good luck maaf zahir batin..kan apo den suko berseloroh aje nie..good bye now..

  10. kamaruddin berkata:

    saya pernah berpoligami, berdosakah saya sekiranya isteri saya ingin tinggal di kg, sedangkan saya dan isteri muda tinggal di kl. saya pernah mgajak dia datang tinggal di kl tetapi dia menolak. saya pula tak mampu untuk berulang alik kl ke kelantan. apakah hukum dan cadangan tuan dalam masalah saya ini

  11. ikhwad berkata:

    wallahualam en kamaruddin tapi sebagai manusia kita mesti merancang dan sebanarnya ALLAH juga merancang dan rancangan Allah tu lah yang sebaik-baiknya…Allah sebenarnya melihat niat kita dan insyallah jika niat 2 betul kita akan diberi petunjuk..solat istikharah lah selalu agar diberi jalan, bertaubat pada Allah kerna Allah selalu mendengar doa kita dan yang menjadi penghalangnya ialah dosa..isteri En mengkali masih perlu kan masa namun tunjukkan yang En masih perlukannya zahir dan batin..wallahualam yang baik dari Allah dan yang jahat dari kuasa Allah juga tapi disandarkan pada diri saya yang hina lagi daif ini.

  12. pakeibuang jerr berkata:

    ..dalei gambor ..ateih tu hah…hmemang terseyum lebor..rase nak jamah selalu..di sebalik takbir..sendiri mau tahu laa….

  13. erin berkata:

    saya,ingin tanya ,apa mksud payung emas dari sgi islam ,saya ketahuai suami saya ingin bermadukan saya ,selapas pemberitahuan secara gurauan,grauan beliau adalah benar belaka,di dalam perhubungan mereka menjadi serius ,oleh kerana saya dalam keadaan mengandung 7 bulan,memang perit untuk menerimanya sabagai madu.tanpa segan silu wanita itu mmggil saya kakak’…jika saya melarang hubungan beliau,suami saya amat marah dan meninggalkan tanggung jawabnya terhadap saya..setelah saya tahu itu cara itu yang suami saya lakukan terhadap saya.maka saya diam kan sahaja .setakat mana melukakan hati saya…hanya allah s.w.t ……sahaja mengerti isi hati seorang ibu mengandung yang di perlakukan seperti itu..Adakah wajar saya mmbenarkan beliau memadukan saya atau tidak wajar,saya harap tolong lah bagi comment

  14. hassand38 berkata:

    ERIN..terima sahaja madu anda dengan tangan dan hati yang terbuka malah perlawakan suami anda bekahwin lagi kalau beliau mampu kpd yg saterus nya..banyak kebaikan nya kpd anda kalau anda terima nya kerana Allah SWT. Berbangga lah anda menjadi isteri yg pertama dan jangan lah berasa rugi membahgikan rasa kasih sayang dan hubungan kelamin anda dengan suami dan juga madu anda..banyak nikmat nya berkongsi bersama..percayalah..

    • mas 90 berkata:

      sy fhm krn ksh anda sy pun pernah alaminya..pedih d luka d ht mmg xboleh nk ckp..hnya b’serah d ingat itu semua ujian d dugaan yg Allah bg kpd kt sbg isteri..Allah menyayangi kitaa…

  15. zaifur berkata:

    saya setuju dgn en hassan….jadikan akhirat matlamat utama…cinta dunia & cinta akhirat…carilah keredhaan Allah….hidup di dunia ini cuma puluhan tahun sahaja…mengapa kita tidak menyediakan bekalan untuk hidup lama di akhirat kelakk….penyakit wahan dalam hati pada masyarakat akhir zaman ini amat melarat…jahil agama, jahil cara-cara pengurusan dunia….lupa pada Al Quran dan sunnah ….sedangkan itulah petunjuk dan contoh cara hidup org mukmin…sedarlah wahai manusia lelaki dan perempuan jadilah golongan mohsin…sedarkah kamu dalam islam juga ada banyak golongan seperti mohsin, mukmin, munafik, kufur,pilihlah….golongan mana yg ingin diikuti…Allah bentangkan ilmu nya yg maha luas…carilah ilmu tersebut…berkaitan poligami ini, apa maksudnya poligami, dimana datangnya perkataan poligamy….kafir yg menciptakan perkataan ini….rujuk surah an nisa ayat 4..Allah mengharuskan lelaki untuk berkahwin 2, 3 dan 4…jika kamu takut tidak mampu berlaku adil memadailah kamu berkahwin 1 sahaja…kaji dan fahami ayat tersebut…lelaki mukmin yg sebernar adalah yg berkahwin 2, 3 dan 4…manakalan lelaki yg takut, lemah dan kurang imannya memadailah 1 sahaja….Allah menyuruh lelaki mencukupkan ilmu agama jika ingin berkahwin 2, 3 dan 4..malah menguatkan ekonomi mereka…isteri isteri sepatutnya menjadi pemangkin kejayaan suami ini…kenapa ada yg marah dan berkecil hati??? kerana suami dan isteri tidak betul2 memahami ayat 4 surah an nisa ini….si suami perlu mencari keredhaan Allah, menguatkan keimanan, menjadi contoh yg baik…Al Quran petunjuk kita…setiapkomen dan pendapat manusia haruslah berhati-hati….kerana boleh memesongkan akidah orang-orang yg lemah dan jahil….perlu ade hadis dan contoh ayat dari Al Quran..jika kamu tidak mahu percaya pada Al Quran…kitab yg mana lagi yg kamu perlu ikuti??….pendapat siapa yg perlu kita dengar jika bukan dari ulamak dan orang2 yg beriman…carilah orang yg alim dalam hal ini…..jika benar suami kita ingin berkahwinlagi…alhamdulillah , kerana jelas suami kita ingin mendekati Allah, kerana beliau sudah mula mendekati Allah…sepatutnya isteri terus mengingatkan suami untuk bimbing dia dan madunya ke jalan Allah….kalau dahulu kurang ke majlis agama, sekarang double kan usaha….barulah suami sedar akan tanggungjawab dan amanahnya…hebat arahan Allah…bukan nafsu semata2…alhamdulillah suami yg hebat ini tidak mencari jalan mudah dengan melanggan pelacur, merogol, mengbapak haruan kan….ini kan masalah yg acapkali berlaku dalam masyarakat…carilah ilmu Allah, walaupun kita hebat dalam akademik, kerja bagus, gaji besar, harta bertimbun2 …kita mesti mengenal betul2 Al Quran…Hadis….Sunnah….jangan biarkan hatidan pemikiran kita berkisar2 dalam hal dunia semata-mata…kan enak jika didunia kita kaya, bahagia dan akhirat jua kita kaya dan bahagia…mengapa suami tidak adil dalam hal ini??? nak tahu mengapa..kerana selalunya isteri pertamaakan berleter, mengungkit, mengabaikan tanggungjawabnya sebagai isteri….kamu masih seorang isteri walaupun kamu yg pertama, 2 3 atau 4….amanah seorang isteri haruslah dipelihara dan dihayati sebaik-baiknya…suami mana yg gila dan bodoh jika isteri nya baik dan solehah…tiada akak akak sekalian..tiada…hiasilah rumah dengan senyuman, manis muka, lemahlembut,kemanjaan…suami akan rasa cinta….mana kemanjaan semasa bercinta?? mana rasa hormat isteri pada suami masa baru2 kahwin?? kekalkan keadaan ini….kekalkan….yakinlah pada ayat Allah…yakinlah…hayatilah manisnya iman….dunia akan menyerah dan tunduk pada anda…wallahhuaklam…yg buruk itu dari kelemahan saya sendiri..yang baik itu dari kebijaksaaan Allah taala….YaAllah ampunilah dosa hambamu ini,jika pendapat dan komen ku ini menyimpang dari ajaran Mu Ya Allah, selamatkan hambamMu ini dari azab mu di dunia dan akhirat…sesungguhnya aku takut pada api nerakamu….amin ya robbal alamin…assalamualaikum…chefzaifur@gmail.com

  16. aku berkata:

    Kato yus khet aku….kalo lah dapek isteri macei gambor khet ateih okey laa…senyum lebar selalu…. tapie..tambah nyo…kebanyakei senyumei palsu sementara..bagie aku ..itu tak jadie hal..di zamei pakei buang..macei pampers tu.,,,negri kein…mungkin dalei hal rumah tangga nie wang puin di kiro leh membahagia kein lagie keadaan..wallahualllam…maaf zahir batin……

  17. pacak pacak bera berkata:

    18sx
    Kajian Menunjukkan… 70% Dari Para Suami Gagal Memuaskan Isteri Mereka (Klimaks Tak Sampai) Ketika Melakukan Hubungan Seksual !

    Satu dialog antara sepasang suami isteri…

    Suami : Macam mana Ayang, Ayang puas tak tadi?
    Isteri : Hmm… oklah puas…
    Suami : (Dalam hatinya… “puas jugak isteri aku ni… masih power aku ni…”)
    Isteri : (Dalam hatinya… “ kalau aku cakap tak puas nanti kecik pulak hati dia”)

    semua ini akan berakhir..pm/ add/ saya jika berminat
    facebook pacak pacak bera / pacak langit bera

  18. Free Steam games berkata:

    Excellent way of telling, and nice article to get information on the
    topic of my presentation subject, which i am going to deliver
    in college.

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 345 other followers

%d bloggers like this: