Pengakuan Duda – Berpisah demi kebahagiaan isteri

Kisah duda berkahwin semula adalah perkara biasa. Bagi yang kesepian, perkahwinan baru diharapkan dapat menceriakan hidup mereka semula. Bagi yang tidak mempunyai zuriat daripada perkahwinan sebelum ini, diharapkan dengan perkahwinan baru ini mampu memberikan zuriat yang diingini.

Bagi Helmi (bukan nama sebenar), perkahwinan kali pertamanya adalah atas dasar cinta. Hubungan yang direstui kedua keluarga ini bagaimanapun tidak berkekalan setelah isterinya meninggal dunia. Helmi tidak pernah menyangka bahawa isterinya terlebih dahulu akan meninggalkannya.

Malah dia juga tidak sangka, ciuman isteri sebelum melangkah keluar daripada kereta untuk ke tempat kerjanya adalah ciuman terakhir. Pada petang tersebut isterinya terbabit dalam kemalangan ketika mahu melintas jalan raya. Isterinya telah dilanggar oleh sebuah kereta yang pada ketika memandu laju.

Pada mulanya Helmi seakan hilang arah dan tidak mahu berkahwin semula. Hanya setelah lima tahun menduda dan didesak oleh ibu bapanya yang mahu menimang cucu sebelum mereka meninggal dunia, dia terpaksa bersetuju. Kali ini Helmi menyerahkan segala-galanya kepada kedua orang tuanya bagi mencari calon isteri yang sesuai. Helmi tidak memilih kerana baginya cinta sejati sudah tidak ada lagi di hati.

Jika dia berkahwin kali ini pun disebabkan mahu menghasilkan zuriat dan keturunan. Ibu bapanya telah bersepakat untuk mencari wanita yang dirasakan mampu memberikan zuriat buat Helmi. Setelah bersusah payah, akhirnya wanita yang sesuai pun berjaya dicarikan oleh ibu bapa Helmi buatnya. Apabila diberitahu perkara tersebut kepadanya, Helmi terus bersetuju. Walaupun tidak pernah berjumpa dengan wanita tersebut, dia tetap bersetuju.

Perkahwinan kedua Helmi turut berlangsung dengan meriah kerana ini adalah perkahwinan pertama wanita yang menjadi isterinya itu. Sesungguhnya pada hari pernikahan itu jugalah kali pertama Helmi berjumpa dengan Farah, isteri barunya. Sebaik sahaja memandang wajah Farah, Helmi sudah terpikat.

Memang pandai sungguh ibu bapanya mencarikan jodohnya. Masih anak dara Helmi sudah berangan-angan bahawa perkahwinan kali keduanya ini akan bahagia. Tetapi impiannya itu tersekat di tengah jalan apabila Farah menyatakan bahawa dia tidak sukakan Helmi dan tidak mahukan perkahwinan itu berlangsung. Dia sudah mempunyai pilihan lain.

Perkahwinan itu adalah perkahwinan paksa. Walaupun dia tidak bersetuju tetapi disebabkan ibu bapanya memaksa maka dia akur. Terkejut Helmi mendengarkan pengakuan isterinya itu. Walaupun dirinya terdesak untuk mendapatkan zuriat tetapi dia tidak mahukan isteri yang kahwin dengannya sebab terpaksa. Jika diikutkan hatinya, ingin sahaja dia berpisah tetapi dia tidak mahu menghampakan kedua orang tuanya.

Walaupun Farah tidak menyukainya, Helmi berusaha sebaik mungkin untuk menarik hati Farah agar dapat menerimanya sebagai suami. Walaupun perkahwinan mereka belum lagi lengkap kerana hubungan intim belum lagi dilakukan. Namun Helmi tetap bersabar. Dia tidak mahu memaksa. Sebaik sahaja Farah sudah bersedia barulah dia akan menunaikan nafkah batinnya itu.

Setiap hari Helmi melayan Farah dengan mesra. Namun isterinya tetap tidak menunjukkan sedikit rasa sayang mahupun mesra dengannya. Helmi tetap bersabar kerana dia tahu bukan mudah bagi Farah untuk melupakan teman lelakinya sebelum ini. Daripada pandangan orang luar, Helmi dan Farah sama seperti pasangan suami-isteri lain. Tetapi apabila mereka berada di rumah, segala-galanya berubah.

Pada suatu hari, Farah menyatakan hasratnya ingin berpisah dengan Helmi kerana dia tidak boleh lagi meneruskan lakonan kehidupan sebagai suami-isteri tersebut. Hati Farah tetap pada teman lelakinya. Walaupun dirinya telah berkahwin, tanpa segan silu Farah menyatakan bahawa dia masih meneruskan hubungan cinta dengan teman lelakinya. Malah teman lelakinya tetap bertegas mahukan Farah berkahwin dengannya.

Ditambah pula mengetahui bahawa Farah masih lagi anak dara membuatkan teman lelakinya itu makin nekad memilih Farah. Awalnya Helmi tidak bersetuju. Namun setelah berbincang dari hati ke hati dengan isterinya serta berjumpa dengan kaunselor, akhirnya Helmi bersetuju untuk berpisah. Bagi Helmi, lebih baik dia melepaskan Farah kerana hanya dengan cara itu sahaja kedua belah pihak akan bahagia.

~ Mingguan Wanita

6 Responses to Pengakuan Duda – Berpisah demi kebahagiaan isteri

  1. nirma berkata:

    assalamualaikum….
    wahai saudara helmi….adalah lebih baik anda melepaskan farah kerana farah telah berlaku curang dengan helmi dan farah menyintai orang lain melainkan teman lelaki nya sendiri…..
    bak kata pepatah bunga bukan sekuntum,kumbang bukan sekor,,
    bawa-bawa besabar..

  2. Jelita berkata:

    Yang salah pun si lelakinya juga kan? Cuba lah selidiki dulu betul2 sebelum mengambil keputusan. Si lelakinya pun jadi orang mestilah ambil tahu. Yang menderita pun wanita juga. Kasihan dipaksa.

    Bukannya bias, tapi tu lah, bila dah terjadi sesuatu baru nak dikesalkan. Family perempuan pun satu hal…

  3. pening berkata:

    Rsenye dah x relevan lg cara perkahwinan yg d atur oleh orgtua ni..lbh2 lg d zaman IT ni..seelok-eloknye biarlah pasangan tu sndiri yg mencari calon yg sesuai utk dirinye…tntu mereka lbh arif dgn ciri2 pasangan yg diingininye.. kalau terjd ape2 d kmudian hari..mereka x boleh mnyalahkan orglain…

  4. rantaiii berkata:

    sensitif la cite nie…jgn la sedih2 kepada sesiapa yg memegang status duda or janda…

  5. notam berkata:

    Bersabar la.. semuanya telah ALLAH aturkan. Janji Allah, tiap ujian tersedia kemanisan dikemudian hari. Redha la..walau bukan mudah untuk redha..
    Allah sentiasa berada bersama kita kerana Dia adalah Tuhan yang menciptakan kita dan yang menciptakan pasangan kita dan yang menjadikan ‘cerita dan kisah’ yang berlaku di dunia ini. Sesungguhnya memang kita tak nampak Allah tapi Allah sentiasa melihat kita.

  6. Natrah berkata:

    Lelaki yg baik untuk wanita yg baik… Helmi kena sabar byk2… mungkin Farah tidak sesuai untuk Helmi..
    Saya doakan Helmi bertemu jodoh dgn wanita yg sesuai..

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 343 other followers

%d bloggers like this: