Saya berusia 31 tahun dan telah berkahwin kira-kira dua tahun. Masalah saya ialah sehingga kini saya masih lagi dara. Untuk pengetahuan doktor, suami saya berusia 32 tahun dan tidak mempunyai masalah. Beliau juga penyabar. Sebaliknya, masalahnya berpunca daripada saya.
Pada awal hubungan, saya dapat merasakan berahi tetapi apabila suami ingin memasukkan zakar, saya menjadi seperti kaku dan berasa amat sakit seolah-olah terdapat halangan.
Apakah yang perlu saya lakukan? Perlukah saya menjalani pembedahan membuka selaput dara? Adakah selaput dara terlalu tebal?
RISAU
Nilai
————————
Persoalan ini mungkin kurang sesuai dibincangkan secara terbuka. Walau bagaimanapun, anda usah berasa rendah diri kerana sebenarnya ada ramai pasangan yang datang mendapatkan nasihat serta rawatan masalah yang sama, malah ada yang memakan tempoh lebih lama.
Pengalaman peribadi saya pernah merawat pasangan yang sudah berkahwin melebihi sembilan tahun. Berjumpalah dengan pakar untuk mendapatkan panduan, seelok-eloknya bersama suami.
Lazimnya, penerangan secara visual dan pemahaman dapat meredakan kebimbangan/ketakutan yang menjadi punca utama masalah ini dan bukannya disebabkan masalah fizikal seperti selaput dara yang terlalu tebal. Pemeriksaan doktor juga dapat mengesahkan keadaan ini serta menghilangan gambaran/bayangan yang bukan-bukan.
Jarang pasangan yang memerlukan prosedur pembedahan mengoyakkan selaput dara. Ini juga bukanlah pilihan rawatan pertama, lebih-lebih lagi apabila memahami bahawa ‘kesakitan’ itu lebih berpunca daripada pengaruh psikologikal sahaja.
Usah tunggu lebih lama, berjumpalah doktor anda.












Jun 26, 2009 at 5:04 pm |
kepada ‘risau’. saya nasihatkan ambil kapsul paramaria keluaran HPA kerana sangat membantu. Saya telah berkahwin hampir 8 tahun dan selama itu, saya tak pernah rasa nikmat bersama suami. Perasaan sakit sentiasa menghantui saya dan sering mengelak untuk bersama suami. Memang benar kata doktor, perasaan sakit tu hanya psikologi saja.
Selepas mengambil kapsul tersebut, ada satu perasaan terlebih sayang terhadap suami saya dan saya mudah teransang bila bersentuhan dengannya. Tidak lagi fikir akan rasa sakit, saya mula rasa seronok bila bersama. Harap membantu.
Julai 14, 2009 at 2:18 am |
benar kata Ain. paramaria HPA bukan saja menguatkan otot rahim & memberikan tenaga kepada wanita, malah menjadikan faraj betul2 bermakna buat wanita dan juga suami mendapat nikmatnya. antara khasiatnya yg lain, dapat merapatkan keintiman wanita & menjadikan si isteri lebih yakin bila bersama suami. saya telah mengamalkannya sejak 5 tahun lalu, hasilnya sehigga kini suami menganggap saya seperti anak dara. selamat mencuba !