Anak kaedah IVF

Saya seorang suri rumah berusia 41 tahun. Perkahwinan pertama saya dikurniakan anak lelaki yang kini berusia 13 tahun.

Dua tahun lalu, saya kahwin kali kedua dengan suami lebih 14 tahun daripada usia saya. Suami kedua saya mempunyai anak berusia 16 tahun.

Masalahnya kini, saya masih belum dikurniakan zuriat dengannya manakala saya tidak mempunyai masalah, kitaran haid berjalan lancar tiap bulan. Perhubungan seksual saya dan suami juga berjalan dengan baik.

Adakah usia seperti kami berdua mempunyai harapan untuk mendapatkan anak? Apakah perbezaan antara rawatan persenyawaan tabung uji (IVF) dengan permanian berhadas (IUI)?

ANI,
Simpang Renggam, Johor.

JAWAPAN

TEMPOH dua tahun mencuba tanpa membuahkan kehamilan serta usia wanita memberi makna peluang seterusnya untuk hamil secara spontan hanyalah sekitar dua hingga empat peratus saja. Peluang ini dapat ditingkatkan dengan rawatan kesuburan.

Eloklah anda mendapatkan pemeriksaan dan rawatan kesuburan bersesuaian oleh pakar kesuburan berhampiran tempat anda. Selain itu, mulakan pengambilan pil asid folik sebanyak lima miligram (atau 5000 mikrogram) setiap malam untuk mengurangkan risiko kecacatan otak serta saraf tunjang bayi anda kelak.

IUI adalah teknik memasukkan sperma (yang lazimnya dicuci dulu) terus ke dalam ruang rahim. Air mani yang dikeluarkan menggunakan masturbasi akan dicuci untuk mengasingkan sperma yang elok. IUI meningkatkan peluang kehamilan secara mendekatkan jarak perjalanan sperma yang asalnya dari bahagian hujung faraj (jika secara hubungan seksual dan ejakulasi ke dalam faraj).

Kini, sperma hanya perlu memulakan pergerakan dari ruang dalaman rahim menuju kedua-dua belah tiub falopio untuk sampai ke telur anda (jika berlaku ovulasi dan masuk ke bahagian penghujung tiub terbabit). Lazimnya, sebelum IUI dilakukan, doktor akan meningkatkan peluang tambahan secara merangsang pembesaran sebilangan telur menggunakan ubat kesuburan yang bersesuaian (sama ada pil atau suntikan).

IVF menggunakan teknik membiarkan telur yang dicampurkan bersama sperma di dalam bekas khas dan dieram di dalam inkubator makmal, ini bermakna persenyawaan telur dan sperma berlaku di dalam bekas uji, bukannya di dalam tiub falopio.

Telur ini disedut dari ovari menggunakan jarum panjang yang dimasukkan menembusi faraj menggunakan bantuan imbasan ultrabunyi dan secara pembiusan penuh atau sedasi. Bagi menghasilkan telur yang banyak, rangsangan ubat kesuburan lazimnya diberikan mengikut protokol tertentu.

Sperma pula diperoleh secara masturbasi (sama seperti untuk prosedur IUI). Embrio yang terbentuk akan dieram untuk beberapa hari sebelum dimasukkan (lazimnya tidak melebihi empat berdasarkan usia anda) ke dalam ruang rahim (sama dialami seperti IUI namun dilakukan di dalam bilik bedah bersebelahan makmal IVF).

Dua keadaan utama perlu dipenuhi sebelum membenarkan IUI :

# Sekurang-kurangnya salah satu tiub falopio mestilah tidak tersumbat. Tiub perlu untuk persenyawaan telur dan sperma berlaku.

# Bilangan dan kualiti sperma tidak boleh terlalu rendah. Jika terlalu rendah, ICSI (suatu teknik IVF yang lebih rumit) adalah lebih sesuai.

Ujian air mani dapat menilai keadaan sperma suami. Untuk mengesan status tiub falopio pula, terdapat dua kaedah utama yang selalunya dilakukan, kedua-dua ini menggunakan kaedah memasukkan cecair berwarna atau kontras menerusi serviks ke dalam ruang rahim dan ruang tiub falopio.

Penilaian ke atas laluan cecair berwarna atau berkontras ini dilakukan secara sinaran-x (lebih dikenali sebagai HSG) atau lebih ideal secara pembedahan laparoskopi kerana keadaan luaran tiub juga dapat dinilai.

Satu lagi kaedah lain adalah menggunakan ultrabunyi (HyCOSe) menilai laluan cecair yang dimasukkan, ini tidak kerap dilakukan. Walaupun laparoskopi lebih ideal, namun laparoskopi memakan kos yang jauh lebih mahal (beberapa ribu ringgit) dan membabitkan pembedahan. HSG pula jauh lebih murah (RM150 hingga 200 saja) namun ia hanya menilai ruang dalam rahim dan tiub saja.

Walaupun begitu, sebagai permulaan, tidak salah jika anda ingin memilih teknik HSG lebih-lebih lagi jika ultrabunyi ke atas rahim dan ovari serta bahagian pelvis keseluruhannya normal, namun anda mesti faham mengenai perolehan maklumatnya yang terhad.

Tidak salah jika anda ingin mencuba rawatan IUI tanpa memeriksa status tiub anda, asalkan anda faham kemungkinan tiub terbabit bermasalah. Selain itu, tidak salah jika anda memilih rawatan IVF yang lebih berkesan daripada IUI (tetapi jauh lebih mahal dan berdasarkan usia anda saja bukanlah 20 peratus kejayaannya) walaupun tiub falopio tidak tersumbat dan sperma suami normal.

Ini kerana IVF memastikan telur dan sperma berada bersama atau bertemu, hanya penembusan sperma ke dalam telur (persenyawaan) yang diperlukan berlaku spontan. Kesemuanya terletak kepada pilihan anda dan suami.

~ Dr. Adilah Ahmat


Rahsia Mudah Hamil. Keterangan lanjut, sila klik sini.

4 Responses to Anak kaedah IVF

  1. alai berkata:

    saya berusia 29 thn,berumah tangga 10 thn tapi blm mempunyai cahaya mata,sdh berusaha berbagai cara,apakh yg harus say lakukana?

  2. nooraini abdullah berkata:

    saya nak tau lebih lanjut tentang KAEDAH IUI?berape kos untuk buat rawatan ini?harap, puan dapat terangkan dgn jelas.

  3. Noor Afzan berkata:

    Boleh sy tahu brp kos utk kaedah IUI dan berapa pula kos untuk kaedah Tabung uji? sy sudah 2thn lebih berkawin tapi masih belum dpt cahaya mata….

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 343 other followers

%d bloggers like this: