Gangguan orang ketiga

Berdosa jalin hubungan dengan individu yang sudah berumah tangga, apatah lagi menyebabkan berlaku perceraian

Kajian Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) pada 2004 mendapati antara punca utama perceraian hari ini ialah suami curang atau isteri enggan dimadukan membabitkan 12 peratus, selain sikap suami yang tidak bertanggungjawab dengan 11.5 peratus.

Hakikatnya, keruntuhan hidup pasangan suami isteri sehingga berlaku perceraian sering dikaitkan dengan kemunculan orang ketiga, sama ada campur tangan keluarga atau pasangan menjalin hubungan dengan individu lain.

Mengulas isu orang ketiga ini, pakar motivasi terkenal, Wan Akashah Wan Abdul Hamid, berkata, individu yang berniat untuk meruntuhkan rumah tangga orang lain adalah melakukan dosa, malah menjalin hubungan dengan suami atau isteri orang juga haram hukumnya.

Ini termasuk mengirim khidmat sistem pesanan ringkas (SMS) atau mengadakan pertemuan dengan seseorang yang sudah mendirikan rumah tangga.

“Menjalin hubungan dengan suami atau isteri orang haram hukumnya kerana pujuk rayu dalam perhubungan itu punca kepada kejahatan sebab Allah sudah mengatakan jangan hampiri zina.

“Jika wanita mengetahui lelaki yang didampingi itu adalah suami orang, tetapi tetap meneruskan perhubungan berkenaan, ia membuktikan wanita terbabit memiliki iman yang lemah dan hati yang keras,” katanya ketika dihubungi, baru-baru ini.

Wan Akashah berkata, berdasarkan pengalaman, punca utama kepada permasalahan yang berlaku dalam rumah tangga biasanya disebabkan lelaki yang menjerumuskan diri mereka dalam hubungan terlarang seperti itu.

Katanya, kepercayaan isteri terhadap suami yang keluar rumah untuk mencari rezeki dikhianati apabila suami menggunakan kesempatan berada jauh daripada isteri untuk bersama wanita lain.

“Suami yang berlaku curang sebenarnya sudah melanggar amanah Allah kerana isteri adalah amanah yang diberi kepada mereka untuk dijaga sebaiknya.

“Malah, jika hati isteri disakiti, dikecewakan, dianiaya atau isteri berasa kecil hati sekalipun, itu adalah satu penganiayaan dilakukan suami yang termasuk dalam pengabaian nafkah batin,” katanya.

Katanya, isteri yang tidak mampu menangani masalah seumpama itu diharuskan untuk menuntut cerai daripada suami sama ada melalui cerai taklik, fasakh atau khuluk.

“Banyak kes membabitkan orang ketiga ini berlaku dan haram hukumnya jika orang ketiga ini merampas hak wanita lain dan memisahkan hubungan antara suami dan isteri serta ayah dan anak-anak.

“Sebenarnya, lagi terkenal seseorang individu itu, lagi besar ujian yang dihadapinya dan ianya perlu dilalui dengan penuh kesabaran.

“Untuk melepasi ujian yang mencabar hingga boleh menjejaskan nama baik, kita perlu menjaga hubungan dengan Allah dan kecuaian dalam hal penting itu menjadi punca berlaku perkara tidak diingini,” katanya.

Paling penting, katanya, pasangan yang berhadapan dengan masalah orang ketiga perlu bermuhasabah diri, mencari kesilapan dan memperbaikinya.

“Selepas itu, perlu menjauhkan diri daripada orang ketiga ini dan tidak boleh menjadikannya sebagai kawan sekalipun kerana jika niat baik, ia tetap menimbulkan fitnah. Kena tutup buku dan jangan buka ruang langsung kepada orang ketiga ini,” katanya.

Penceramah agama, Datuk Siti Nor Bahyah Mahamood, pula berkata Islam sudah menetapkan peraturan berhubung pergaulan antara lelaki dan wanita.

“Kita perlu tahu tanggungjawab dan pandai mengawal diri kerana jika dalam hati ada perasaan terhadap orang lain, ia sangat berbahaya.

“Bagi pasangan yang diganggu orang ketiga, mereka perlu berbincang untuk mengatasi masalah itu bagi mengelak perceraian dan untuk orang ketiga pula, dinasihatkan supaya tidak membina rumah tangga atas kehancuran hati wanita lain.

“Jika orang ketiga itu sudah berkahwin dengan lelaki berkenaan, dia perlu memahami hati isteri pertama yang rela berkorban untuk menerima kehadirannya kerana ia bukan satu keputusan yang mudah,” katanya.

Hakikatnya, impian setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga mahu bahtera yang dilayari itu kekal sehingga ke akhir hayat, tetapi ada di antaranya yang rebah di pertengahan jalan. Cabaran kehidupan berumahtangga diumpamakan seperti membina rumah di tepian pantai, yang akan dipukul gelora tanpa mengira masa dan hanya mereka yang kental saja mampu mendepani cabaran itu.

Oleh Sariha Mohd Ali


Rahsia Doa Pengasih. Keterangan lanjut, sila klik sini.


Rahsia Kecurangan Pasangan. Keterangan lanjut, sila klik sini.

35 Responses to Gangguan orang ketiga

  1. DEQ-DA berkata:

    ntah lah..macam-macam berlaku sekarang…zaman skrg lagi senang..ada handphone canggih dikuncinya x bagi kita baca sms dia ngan pompuan lain…

    • misha berkata:

      kekadang 2 kat ofis blh berbalas2 email

    • eiladamianani berkata:

      saya mengalami apa yg saya baca n kawan2 semua baca..tepat 100% kene pada sy.hanya Allah yg mmberikn sy ketenangan jiwa skarang ni..kalau sy cerita tnt diri sy lg panjang dr cerita yg di ats ni..wlu apepun sy bersyukur krn sedar awal…tuhan sntiasa mmberi petunjuk..siapa benar n siapa y salah…

  2. hai369in berkata:

    btul tu deq_da..hp org lelaki ni lau kunci smpai mcm 2 skali mmglh ada smething..sy dh laluinya n sy stju apa juga pencermah kta katakn..kta owg pompuan muhasabah dri sorang sja x gne..suami pun sme juga..kna cri cra mcm ner nk pbaiki..bkn bla dh ok hbus stakat 2 jer..lukanya smpai mati xkan baik2 n smbuh..

  3. Balqis berkata:

    Apa pandangan semua jika di awal perkahwinan lg suami dh curang?
    Mulut ckp kasih n syg tp berlambak2 pompuan kt luar sne…..

  4. misha berkata:

    memang sakit bila ada owg ketiga.. emmm…sakit sangat lah…nape ada owg ketiga dalam prhubungan..

  5. misha berkata:

    tentang hubungan tak direstu keluarga lelaki.. macamane nk hadapinye…

  6. sofie berkata:

    orang ketiga……..ya Allah , perkara sama terjadi pada saya.
    Selama ini saya mempercayai suami saya…dia baik, jujur, beriman..
    tapi semua itu hilang sekelip mata apabila mula seorang janada anak dua berumur 40 tahun mula mencurah masalah tentang suaminy pada suami saya.
    Akhir apa yang saya sangkakan terjadi….
    saya sendiri terjumpa sms diaornag..2/3 pagi.
    Bergayut telefon lebih orang muda.
    Suami saya muda dari dia 6 tahun ..tetapi godaan syaitan mengatasi segalanya.Saya bersemuka dengan janda tersebut merayu…menangis jangan ganggu rumahtangga kami…Suami saya berjanji tidak mengulangi namun 4 bulan berlalu saya dapati diorang masih lagi menjalin hubungan terlarang..
    betapa kecewanya saya..kejujuran saya disia2kan..
    Suami mula tidak memperdulikan saya dan anak2..alhamdulillah saya diberi kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi masalah ini.
    saya juga ada pendapatan sendiri…walaupun suami tidak pernag bagi nafkah saya masih bersabar demi anak2.Saya telah puas memberi nasihat..namun saya disalahkan…ada saja alasan untuk diaorang memadu kasih.tida sifat malu diantara mereka walaupun member2 ofis diaorang tahu hubugan diaorang.
    Sesungguhnya suami yang baik, jujur…tidak pernah tinggal solat bukan tiket untuk dia tidak melalukan curang di belakang kita dan sebagai isteri saya tidak sepatunya mempercayai 100% pada suaminya akhirnya memakan diri.
    Kini saya hanya berserah pada Allah..ketentuan darinya saya terima. Suami berhasrat untuk berkahwin dengan janda tersebut..tapi keluarga saya dan dia tidak setuju kerana diaorang tahu janda tersebut bukan seorang perempuan yang baik merampas kebahagiaan orang lain demi kepentingan diri sendiri.
    apapun saya pasrah

  7. todukun berkata:

    tak po lah sfie u sapek rest sikit di mlam hari..fenangkan fikitan dah jemu kembali lah die..relax be cool..make dont aje..asal belaga berap okey lah tu..dia tak kemana jgn risau..dosa die tanggong..kasi nasihat..softly ..dia nak degor okey laa itu ..kalo keras kepala baik pi dia rase..macam mana pun tok dukun rase dia akan balik kat u tak lamo lage..relax syg..jaga diri

  8. MARIA berkata:

    adakah benar mencintai suami orang adalah haram? saya perlukan penjelasan yang tepat,kerana ini berlaku kepada saya.tolong perjelaskan lagi.terima kasih.

  9. botolkicap berkata:

    kalo dah bersatu dgn gelap sah..tak kira lah di sempadan ke ..dlm gua ke.. asal ada saksi ijab kabul..kalo yg ado tak rela ..kasi ..ati mau lagi yg ketat lagi berisi…itu bagi kaum lelaki boleh 4 dlm ugamo..bab dunio sebanyak yg leh tala lah… pun buleh …tapi jawap sendiri dgn illahi.. tapi kalo wanita dah bersuami tak leh lerr..kalo maseh solo ..hilae ikatan..leh ajerr..lah

  10. syok nye berkata:

    kalu dah suka sama suka go ahead..cara ape sekali pun,untuk menjauhi dosa,tapi harus ingat sesaorang itu misti sanggup melalui kesepian dlm membahagikan masa,kerenah membuta tuli dlm cubaan menopoli seorang diri akan belaku,terutama oleh bini tue.,permasaalahan kewangan pun akan tetap menjadi isu dlm perbelanjaan hari…dari masa kesemasa.. melainkan dah merestui di antara satu…,..pergolakan,kepiluan, makan ati berulam jantung tetap akan dirasai – belaku…

  11. alya berkata:

    ex bf saya dh nikah ngan org lain…tp baru2 ni siap dtg umah paksa sy terima dia blk…sbb malu takut dia bt hal kt umah,sy berbaik dgn dia…dmi Allah sy x nk jmpe dia lg,tp dia trus ganggu sy..sy dh tukar no tp dia dtg umah ugut klu sy x on no lama,dia akn cr sy smp umah…sy dok bujang,family jauh…x de tmpt nak mgadu kcuali Allah…shingga kini sy msh ‘bercinta’ dgn dia wpun hakikatnya sy x redha dan rs bsalah yg amat,rs cinta pd dia dh mati….smoga Allah ampunkn dosa sy…

  12. ADAM berkata:

    TO Alya-jauhilah diri awk dr suami org tu,kelak awk akn ditmpa masalah yg bsr…kuatkan la ht awk utk bjauhan dr dia,pindah rumah ke?cr la alternative lain utk lari dr suami org tu,awk boley mruntuhkan masjid yg dibina dan itu hukumnya berdosa besr mruntuhkan rmhtangga org lain..

  13. iskandar berkata:

    shingga kini sy msh ‘bercinta’ dgn dia wpun hakikatnya sy x redha ??. :)..mmm

  14. zie berkata:

    Hati-hati bila meletak hukum. Bagaimana bole mengatakan haram berkawan dengan suami org. ada kah hadis/dalil nabi berkenaan hal tersebut?

    ape yg pasti, sekiranya gangguan org ketiga itu menjadi punca perceraian, barula org ketiga tadi berdosa. nabi pon x mengaku umat.

    • anies berkata:

      saya stuju dgn zie…kalau haram berkawan dgn suami org,mcmana poligami diharuskan n slps saiditina aishah,rasulullullah berkahwin dgn janda2 lain dgn status masih suami kpd aishah.Pada hemat saya yg jahil ini,berkawan tnpa niat bernikah itu yg salah sbb akn jadi maksiat ttp kalau berkawan mgenal hati budi n niat ikhlas nk bernikah serta mnyelamatkan maruah janda tersebut dgn tujuan membantu…itu amat digalakkan bg lelaki yg beriman n berkemampuan bukan sebrgan lelaki.

      • sheema berkata:

        Alhamdulillah,saya ank dr isteri pertama…kami adik beradik smua ok.mak tiri n mak saya pun ok,dulu memg mak saya xboleh dan agak sedih.Tapi mak tiri sy slalu mgalah dan ayah pun sangat adil….akhirnya,mak dan mak tiri saya dah jadi kawan baik,kongsi cite…bg saya smua terpulang cara penerimaan diri sendiri…mak saya memg seorang yg positif thinking…so dia redha n kami pun dpt terima dgn baik….wallahualam.

  15. eiladamianani berkata:

    hukum terjadi bila turunnya AlQURAN Zie….sbnyk 6,666 ayat dalam AL QURAN yg xdpt dsangkalkan lagi..termasuk melarang berhubungan dengan suami @ isteri orang hukumnya adlh haram…

  16. eiladamianani berkata:

    saya mengalaminya apabila ada pihak ketiga dlm hubungan kami suami isteri..sebenarnya tak payah nk tgu kita bercerai baru suami@isteri@org ketiga td bdosa..tp cuma dgn secalit saja terguris hati suami@isteri yg melihat kecurangan pasangan masing2..dr ctu dah dapat dosa..kalau sampai bercerai lagi la banyak dosa yang kena tanggung..bile hati rasa sakit..secara otomatik dapat pengiktirafan dr ALLAH bahawa pasangannya itu telah menyeksa batinnya..nafkah batin bukan sekadar di ranjang..namun melibatkan kekecewaan,hati dan perasaan kita…saya telah mengambil keputusan memohon fasakh bukn beerti sy kalah..tp sebenarnya sy menang dgn ketentuanNYA…kerana sy sedar awal bahawa sy telah dianiaya dan dikhianati oleh suami sndri..Buat sidia : semoga kamu bahagia dgn sidia yg melimpahkan harta buat kamu..dulu aku menderita….kini aku bahagia dgn keputusanku…satu yang aku pinta jgn kau kmbali lg dalam hidupku..dan aku xkan melarang untuk kamu bertemu dgn anak2..tapi jangan salahkan mereka kalau membencimu..suatu hari nanti..

    • Masida berkata:

      eiladamianani, macam mana u boleh dapat kekuatan yang sebegitu.

      Dalam tidak disangka, suami saya yang begitu baik, diam-diam ada rasa sayang dengan janda sepejabatnya. Mereka kata tak bercinta tetapi ujud rasa sayang yang katanya itu anugerah Illahi. Bila cakap pasal tu , kata anugerah Illahi tetapi bila buat perkara yang mencetuskan rasa sayang tu, tak lak ingatkan Illahi.

      Cumanya, suami kata, mereka tidak akan berkahwin sekiranya tidak mendapat persetujuan dari saya. Dia tak nak membina perkahwinan lagi jika hanya menncetuskan pergolakan antara kami bertiga.

      Mungkin suami mengharapkan saya ni boleh berada di tahap seperti isteri Rasulullah yang redha dengan kehidupan bermadu. Secara jujurnya, saya tidak akan mampu berada di tahap Siti Khadijah bila mana suami pun tidak berada dan tidak menjurus kepada jalan kehidupan Rasulullah. Segalanya diserahkan kepada saya untuk tentukan kebahagiaan kehidupan berpoligami dan bukan dia sebagai suami. Maksudnya, jika saya redho, poligami akan berjalan dengan baik termasuk hati saya akan bahagia. Ingat senang ke nak jadikan hati ni redho. Redho mungkin tidak tetapi kebanyakkannya adalah pasrah..

      Perempuan tu pulak merayu untuk saya menerima dan berkawan dengan dia supaya saya boleh terima dia. Kalaupun saya terima dia, ada pulak syarat suami, keluarga saya dan keluarga suami juga perlu boleh terima perempuan ini. Sedangkan ibu dan ayah suami pun tak boleh nak setuju, kalau ibu ayah saya pun takkan nak anak dia disakiti.. Hati saya memang sakit dan terluka dengan semua ini. Kalau ikutkan memang berat perempuan tu nak dapatkan redho semua orang tetapi yang dikuatiri adalah sejauh mana kekuatan mereka melalui ujian dan gangguan syaitan.

      Buat masa ini, saya pegang keyakinan suami yang mereka tidak akan berkahwin selagi saya dan keluarga tidak setuju dan katanya mereka pun bukannya bercinta tetapi ada ujud rasa sayang dan simpati. Mereka dah tak berjumpa dan berjauhan katanya. Namun begitu, saya pasrah,

      Sekiranya berlaku desakan untuk saya benarkan mereka berkahwin atau mereka bernikah secara senyap-senyap, sebaik sahaja saya tahu, saya akan ambil tindakan yang sama dengan eiladamianani.

      Mungkin saya berdosa meminta cerai tetapi biarlah dosa untuk sekali tetapi saya tidak berdosa berlarutan setiap hari sebab sakit hati dengan suami sendiri dan tidak redho dengan suami sendiri sebab tak redho berkongsi kasih.

      Hanya mereka yang pernah melalui kelukaan dalam rumahtangga disebabkan kehadiran orang ketiga sahaja yang akan faham betapa sakitnya hati ini.

      • za berkata:

        saya juga buntu apa yang perlu saya buat, kata2 suami suruh saya mempercayainya tetapi masih berselindung dgn perbuatannya….

  17. kongkekman berkata:

    allaaaa terima ajerr laah.. reda mengikut masa..dapat u relax sikit kan…asal suami bertanggongjawap seterus nya okey laaa..

  18. rozita adam berkata:

    x kene atas batang hidung sendiri bolehlah nasihat macam2..

  19. rozita adam berkata:

    dah masuk tahun ke 4 hadapi masalah org ketiga…ustazah jqaf pulok tu org ke 3 tu…bukan calang2 org…nak buat macam mana…jenis keras hati…x endah nasihat keluarga….usia pun dah masuk 30an…sebab tu duk tggu jugak ..

  20. suami gagah.. berkata:

    salam….disebabkan suami ego isteri derita
    mar i kita kongsi masalah anda dalam…
    facebook / suami gagah isteri gembira..

  21. isteri terluka berkata:

    isu org ketiga….pengalaman yg menyakitkan apabila kita sanggup bermadu tetapi orang ketiga x sanggup. sebaliknya dia mahu suami kita jd hak milik dia seorang……kenapa ada orang yg macam tu. Walaupun dia bekas gf suami sejak 23 tahun lalu n baru kematian suami, jgn la buat mcm tu.

  22. zorro berkata:

    macam macam la korang ni

  23. Maliena berkata:

    Rmhtgga sy & ex-hsbnd hncuq akibat campuq tgn kluarga blah ex-hsbnd……skrg sy cma leh redha pa yg brlaku antara kmi mgkn ada hikmah yg kta sndiri tidak tahu doakan yg trbaik buat sy & ex-hsbnd aminnnnnnnnn….

  24. rafean binti kamaruddin berkata:

    Amin, smoga kamu dan ex-husband berbaik semula. Sye pun sme, suami sye pun ada org ke3 jga, tpi janda ank 2, janda tu asal org machang kelantan.

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 345 other followers

%d bloggers like this: