Mengembalikan semula kemesraan rumahtangga

Setelah bertahun-tahun hidup bersama sebagai suami isteri dan sudah terlalu selesa dengan hubungan tersebut membuatkan tanpa disedari masing-masing mengambil mudah pada ikatan yang ada.

Keadaan itu lama-kelamaan mungkin boleh menjadikan hubungan semakin hambar dan hilang ‘magisnya’. Lebih mengecewakan jika keceriaan rumah tangga yang terhakis membawa kepada kesan lebih buruk seperti perceraian bermula daripada kesilapan kecil.

Berikut beberapa panduan yang mungkin boleh diambil perhatian bagi mengembalikan semula kemesraan dan keintiman dalam rumah tangga yang semakin pudar.

1. Memaafkan pasangan walaupun anda mungkin tidak boleh melupakan apa yang dia lakukan.

Kadang kala kegembiraan lebih penting daripada mencari kebenaran. Ia akan menjadi lebih mudah selagi ikatan perkahwinan itu masih dirasai dan dihormati. Begitupun anda masih perlu berwaspada untuk mengelak perkara sama berulang lagi pada masa depan.

2. Meminta maaf (sekerap yang boleh) dan dilakukan dengan ikhlas. Ingat jika pasangan anda marah atau terluka dengan perbuatan tertentu anda, perbuatan sama juga boleh melukakan hati anda jika dia yang melakukannya.

3. Cuba selami dan merasai ‘kesakitan’ yang dialami pasangan. Sekurang-kurangnya sehari sekali anda cuba berfikir sejenak bagaimana agaknya perasaan pasangan anda jika anda melakukan sesuatu yang tidak disukainya.

4. Membina hubungan. Perkara-perkara kecil seperti minum teh bersama, menyuruh menukar cadar, bertanya apa hidangan makan malam dan sebagainya, sebenarnya membantu menghidupkan lagi sesuatu hubungan.

5. Bersangka baik terhadap pasangan. Sebagai contoh jika dia mengeluh anggaplah dia penat, bukan bosan manakala jenakanya yang tidak lucu adalah usahanya untuk berlawak bukan untuk merendahkan anda. Cara ini bukan saja dapat menghindari konflik tetapi menjadikan hubungan lebih menarik.

6. Curahkan pujian-pujian. Ini boleh membawa aura positif dalam hubungan anda dan boleh menjadi ‘magis’ yang diperlukan untuk menghidupkan lagi hubungan.

7. Bangkitkan perasaan positif dengan mengingat perkara-perkara yang baik pada masa lalu. Selak semula gambar-gambar lama semasa bercuti dan berbuallah mengenai bagaimana anda berdua bertemu.

8. Bina semula kepercayaan dalam hubungan. Antaranya, bersama-sama melakukan perkara-perkara yang anda berdua suka. Rancang percutian atau berkebun atau mengecat semula bilik bersama-sama.

9. Buka ruang untuk berbincang. Apabila suasana rumah tangga semakin baik dan tidak tegang, cuba berbincang mengenai apa yang anda mahu lihat dalam perhubungan anda dan apa yang masing-masing boleh memainkan peranan.

Cara paling baik mengambil angkah demi langkah untuk membaiki hubungan dalam hidup anda.

5 Responses to Mengembalikan semula kemesraan rumahtangga

  1. hai369in berkata:

    sy pun lau leh nk berbaik sangka dgn suami..tp tlh 2 x dia curang d blakang sy…mcm ner..die sndri x nk selami ati n perasaan sy..mlh menyalahkan sy dlm sgala hal..

    • gdgirl berkata:

      entahlah lelaki ni kan ssah kita nak paham. saya paham peasaan awk. saya pun cam tu jgak. kdg2 suami kita x jht n x nak layan betina2 gatal kt luar tu. tp klu di goda hari2 mau x cair..

  2. DEQ-DA berkata:

    ntah lah….kite jer yg buat baik..dia hanya buat slumber jer..kalau kita aje yg buat tindakan cam tu tapi dia hanya buat endah tak endah jer ngan kita…sedih ooo

  3. adik pacax berkata:

    i ni seorg yg xske panjangkn cite n seorg yg jalous lebey…klu ade problem,i tros find out the solution…n im owez try my best to show my love…so the story is…i dun think she know me well..coz she owez did the thing i hate….but i love her like hell…n my question here is…how to talk to diz fellow..???plz frenz…i need ur favour…tq

  4. gdgirl berkata:

    tapi sekali kita dh trkena kita akn ingt smpai bila2. betul x? perasaan curiga tu mesti ada walau sikit pun. bukn ape bwspada sbelum trkena kali ke2 dan seterusnya..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 349 other followers

%d bloggers like this: