Ingin tahu prosedur mohon rawatan IVF

Saya sudah berkahwin selama 16 tahun tetapi masih tidak dikurniakan cahaya mata. Bagaimana cara untuk memohon bantuan membuat rawatan IVF?

Untuk pengetahuan doktor, saya tinggal di Kelantan. Adakah pusat rawatan yang boleh saya rujuk berhubung masalah saya itu? Pada masa sama, saya juga tidak mempunyai wang mencukupi untuk melakukan rawatan berkenaan. Apakah nasihat doktor?

SALMAH,
Kota Bharu, Kelantan.

JAWAPAN

Berkahwin sebegini lama tidak semestinya peluang anda hamil hanya dengan kaedah IVF. Terdapat ramai pasangan yang sudah berkahwin melebihi 10 tahun dan hamil dengan kaedah selain IVF.

Pendekatan rawatan di negara kita berbeza dengan negara Barat kerana rawatan IVF di sana tidak perlu dibayar oleh pasangan. Tidak salah jika anda memilih untuk terus menjalani IVF lebih-lebih lagi jika usia anda menghampiri 40 tahun, jika anda berkemampuan.

Anda dinasihati menjalani pemeriksaan kesuburan asas terlebih dulu sebelum memohon bantuan IVF seperti pemeriksaan fizikal, ujian darah, ultrabunyi dan HSG, suami juga diminta menjalani ujian air mani.

Kebanyakan pusat kesuburan tertumpu di Lembah Klang, Johor Bahru, Pulau Pinang dan Ipoh. Berhampiran dengan kawasan anda, terdapat sebuah pusat kesuburan swasta di Kuantan (TMC) yang menawarkan rawatan sehingga IVF. Anda juga boleh bertanya pihak UIA Kuantan yang juga merancang menawarkan rawatan IVF.

Secara amnya, IVF di hospital kerajaan atau hospital universiti lebih murah seperti rawatan mana-mana penyakit. Buat permulaan, anda boleh mendapatkan penerangan dan pemeriksaan awal dari Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) atau Hospital Kota Bharu, malah rawatan awal selain IVF boleh dicuba, mana tahu anda hamil dengan kaedah mudah.

Bantuan kos boleh diperoleh daripada Yayasan Fertiliti Tunku Azizah (TAFF) yang berpusat di Kuantan manakala syarat perlu dipenuhi sebelum membuat permohonan seperti berikut:

# Anda dan suami adalah pasangan suami isteri yang sah mengikut undang-undang perkahwinan di Malaysia.

# Anda dan suami adalah warganegara Malaysia.

# Anda berusia tidak melebihi 42 tahun.

# Pendapatan gabungan tahunan anda berdua tidak melebihi RM4,000 sebulan (dan juga tidak terlalu rendah untuk menampung kos kehamilan, kelahiran dan penjagaan anak).

# Anda atau suami belum pernah mempunyai anak, termasuk daripada perkahwinan dulu atau lain.

# Sudah menjalani pemeriksaan dan ujian yang diperlukan.

Oleh PAKAR SAKIT PUAN, Dr. Adilah Ahmat
Pakar Perunding Perbidanan & Sakit Puan dan Rawatan Kesuburan, Pusat Rawatan Islam, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur

28 Responses to Ingin tahu prosedur mohon rawatan IVF

  1. asidah napiah berkata:

    salam,
    Di bulan Ramadhan yang barakah ini saya sentiasa berdoa agar saya orang terpilih oleh ALLAH SWT agar merasai nikmat menjad ibu bapa….
    pada peringkat mula perkahwinan saya tak risau untuk peroleh anak tapi bila tahun berinjak tahun hati mula berkata-kata….
    Saya tinggal di ipoh dan ingin mengetahui rawatan kesuburan di hospital kerajaan(kaedah IVF @IUI)sebelum ini saya sudah menjalani rawatan loporoskopi…tiub kiri tersumbat dan sperma suami saya hanya 13%….adakah masih ada peluang untuk saya berpeluang menjadi ibu bapa setelah 10 tahun menunggu…

    • Asmah berkata:

      Assalamuaikum.Semoga puan akan dapat baby.Saya juga antara 10 tahu menunggu untuk dapat baby dan tahun kesepuluh saya pregnant..Salah satu tiub tersumbat. Teruskan usaha dan positive thinking.

  2. norahimah binti noor mohamad berkata:

    Assalammualaikum!saya telah mendirikan rumah tangga selama 5tahun.Saya telah memcuba berbagai rawatan termasuklah IUI sebanyak 4kali.Kami suami isteri tiada apa masahalah.Saya berharap dapat menbantu.

  3. Ismawati Bt Sabri berkata:

    Assalamualaikum… Saya sentiasa berdoa kepada Allah S.w.t. moga dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah untuk saya. Tetapi penantian saya sepanjang hampir 6 tahun perkahwinan masih belum dikurniakan zuriat. Saya telah 2 kali melakukan IUI di Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar, Kedah. Pemeriksaan Ke atas Saya dapati Tiub folopio bengkak sebelah kiri dan telah dijangkiti kuman. manakala telur avari sebelas kanan saiz telur yang kecil sebelah kiri saiz telur yang besar. Saya berharap tuan/puan dapat membantu saya untuk memperolehi zuriat. dapat seorang anak pun jadilah sebagai penyeri hidup dan dapat berdoa ketika kami meninggal dunia nanti.

  4. Asmida berkata:

    saya sudah berkahwin selama 4 dan pernah mencuba IUI 1 kali tetapi masih tidak dikurniakan cahaya mata… adakah di hospital kerajaan pulau pinang mempunyai perkhidmatan IVF??

  5. nuha berkata:

    saya telah berkahwin 4tahun..tapi masih blm dikurniakan cahayamata..saya menghidap endometriosis..sbln yg lalu saya tlh mnjalani pmbedahan membuang cyst pada tiup fallopio..doc mncadangkan sy mnjalani IVF..adakah IVF cara yang terbaik untk sy mndapatkan anak????

  6. bavani berkata:

    saya sudah berumahtangga selama 9 tahun tapi sampai sekarang tidak dikurniakan cahaya mata.saya juga telah menjalani pembedahan membuang cyst pada tiub fallopio. adakah IVF adaalah cara yang paling sesuai untuk saya mendapatkan zuriat.

  7. Nisa berkata:

    Salam semua,
    Ingin saya brkongsi sdikit pglaman saya di sini. Sya sd lbih 10 tahun brkhwin tp msih tdk mmpyai zuriat. Byk usaha sd d bt dr secara tradisional hingga moden. Sya jg sdh melakukn 4 x IUI dan trkini IVF. Tp smuanya gagal wp sya suami isteri dsahkan normal. kos IVF d hspitl krjaan lbh murah brbanding swasta hy +- RM 6 rbu lbih.Bgi yg ingin brusaha, blh mncuba kaedah ini tp sblm itu dktor akn mlakukn blood test utk istri dan ujian sperm utk suami. Jika kdua2nya ok, rwtn tsbut akan dtruskan.Selagi ada peluang, cubalah tp kena ingt semua ini menuntut byk pgorbanan dr segi kos, masa dan pling pnting emosi kerana klu ggal, sukar utk dgmbarkan btapa frustnya diri..

    • Hani berkata:

      As Salam, Nisa blh bertanya mcmmn nk dptkan kaedah ivf di hospital kerajaan, doktor sarankn saya membuat IvF kerana dua kali telah mengandung luar rahim dan tiub filopio dua dua belah telah pecah.tq

  8. diang berkata:

    Saya sudah berkahwin selama 19 tahun.Pernah mengandung tapi 2x gugur. Lepas tu tak dapat-dapat lagi. Apakah cara yang paling sesuai? Tolong selesaikan masalah saya.

    • Nisa berkata:

      Diang,
      Boleh guna rwatan moden klu blm pernah cuba. Contohnya IUI atau IVF. Kos IUI dlm ratusan saja manakala IVF RM7 ribu di hospital kerjaan, lbih kurang RM 15 ribu di hspital swasta. Tapi kena byk rehat lpas buat rwatan tu…

  9. […] Ingin tahu prosedur mohon rawatan IVF Di Malaysia […]

  10. […] Bagaimana prosedur mohon rawatan IVF Di Malaysia […]

  11. Siti Aiyshah berkata:

    di hospital kerajaan johor mana boleh dapatkan rawatan IVF?

  12. Siti Aiyshah berkata:

    di hospital kerajaan johor yg mana ada rawatan IVF

  13. intan berkata:

    Nisa. buat IVF di mana ? KL ke ?

    Betul kata Nisa. Semua ini menuntut banyak kesabaran… Bila dapat menjalani rawatan IVF, pastinya kita berharapan terlalu tinggi, setelah wang yang disimpan bertahun kita laburkan. tapi jika IVF itu gagal… pasti kita berasa teramat hampa dan kecewa. Dalam kesakitan, kita gagahi semuanya. waktu itu kita perlukan banyak sokongan. tapi malang bertambah malang… apa bila kita dengar sindiran dari saudara dan orang sekeliling… mengatakan kita tak pandai, mandul, teruk, dan sebagainya… kita jalani semuanya dengan tabah… walau dengan linangan air mata…

  14. juezulkifli berkata:

    saya berkahwin buat kali ke2..saya pernah mengalami kandungan luar rahim sebnyk 2 kali…skrg sy mempunyai rahim dan tiada saluran peranakan..bolehkah saya mendapatkan rawatn ivf utk mendapatkan anak dari hasil perkahwinan sy kali ini.

    • emi berkata:

      awak melalui pengalaman yang sama seperti saya..kehilangan kedua dua tiub follopia..ape yang sedang saya usahakn sekarang adalah rawatan ivf di HKL kos rawatan di sana hanya 5K.hanya perlu dapatkan surat rujukan dari hospital yang awak jalani operation haritu..dan hanta ke hospital hkl untuk buat temujanji

  15. rm berkata:

    Mcm nk contact?

  16. Auza'i Bin Mahamad berkata:

    bolehkah pasangan suami isteri yang sudah mempunyai anak 2 secara pembedahan mencuba kaedah ini, kerana inginkan zuriat yang ramai.

  17. adiaruz berkata:

    saya telah berkahwin selama 5 tahun,bagaimana prosedur utk buat IVF?dimana?dan brapa kos rawatan?

  18. ruziana berkata:

    Saya dah kahwin 3 tahun tapi belum dikurniakan anak,adakah sesuai melakukan rawatan ini.saya ada cyist.

  19. norhayati binti saari berkata:

    Salam..saya sudah berkahwin selama 4thn..teringin nk menimang cahaya mata mcm pasangan lain..sy sudah buat rawatan di hospital sultan aminah johor bahru..masalah sy adelah tahap kesuburan sy kurang..sy xmampu nk biayai kos ivf ni…bolehkh beri peluang tuk mdftar mcmana. .tlonglah sy

  20. razilena bt kassim berkata:

    asalamualaikum dr…sy puan razilena dari kem syed sirajuddin gemas N.sembilan, sy nak tahu mcm mana sy nk mohon rawatan ivf…sy sudah berkahwin selama 12 tahun, tp masih tidak di kurniakan cahaya mata sy teringin nk menimang cahaya mata….sy dan suami pernah buat rawatan di hospital sg petani. Tetapi x berjaya… Saya berharap doktor dapat membantu saya…sekian

  21. syalina berkata:

    Askum..sy da berkhawin 5 tahun tpi blom dpt chaya mata lg..umur sy 22..berapa agak2 kos perubatan ni..

  22. hashimah berkata:

    saya jugak belom di kurniakan zuriat, sudah berkahwin 10 tahun.pernah mngandung 3 kali,tetapi smuanye di luar rahim n ketiga2 masaalah di tiup saya.dua tiup saya sudah di potong,menurut dok hnye satu jalan untuk saya cube mempunyai zuriat iaitu,melalui ivf.jdi saya harapkan bantuan ivf ini..kerana kami tidak berkemampuan.nak cari jaln untuk dptkan bantuan.

  23. Shila berkata:

    Sy dh masuk 3 tahun berkahwen tp lum dikurniakan Anak. Sy dan suami dh ubat ujian hormon, hormon Kami xde Masalah.. Sy bru sebulan wat operate laparoscopy, doktor bgth tiub sy kanan Kiri ter sumbat so doktor suggest Buat IVF.Saya Tengah menunggu panggilan dr hospital untuk menjalani raw atman IVF di Hukm… Mudah2an Akan berhasil.. Doakan UTk sy.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 351 other followers

%d bloggers like this: