Bahagia Hidup Bermadu

Barangkali hanya yang sedang atau pernah melalui kehidupan bermadu dapat merasai pahit manisnya berkongsi kasih daripada seorang lelaki bergelar suami.

Pernahkah terfikir untuk menamatkan sebuah hubungan dengan seseorang yang anda kenali dan sayangi itu yang nyata milik wanita lain?

Melihat sisi yang pelbagai terutama menelusuri kisah rumah tangga pasangan lain yang pernah hidup bermadu sentiasa bergolak hingga berakhir dengan kehancuran, pasti menggugat impian anda untuk memanjangkan hubungan.

Namun, suratan takdir menyatakan memang dia adalah jodoh anda, lalu anda reda atas segalanya.

Diserang atau dicop dengan pelbagai tuduhan seperti perampas, pemusnah rumah tangga insan lain dan pelbagai kejian atau kata kesat mungkin juga membuatkan anda gentar untuk melayari bahtera berdua walau hakikatnya anda terpaksa berbahagi atau berkongsi kasih.

Jika itu keputusan dan jalan yang anda pilih, beberapa petua berikut mungkin mampu dimanfaatkan untuk menjadi insan yang tabah dalam memadu kasih.

Tidak dinafikan, menjadi isteri kedua sering dipandang serong dalam masyarakat lalu anda harus bersedia secara mental dan fizikal dalam menempuh fasa yang mungkin melukakan perasaan anda. Apa yang penting (bukan menggalakkan), cinta sejati tidak mudah goyah hanya kerana hinaan atau kejian orang.

# Jangan peduli apa orang kata, peduli hanya apa yang keluarga dan suami anda kata kerana hanya mereka yang berjasa dan berkepentingan dalam hidup anda.

Masyarakat hanya tahu mengutuk, tetapi tidak tahu memberi jalan penyelesaian. Tidak berdosa hidup bermadu, tidak hina menjadi isteri kedua, ketiga atau keempat, dengan syarat suami anda mestilah seorang suami bukannya seorang ‘lelaki’.

# Sentiasa merendah diri dan hormati isteri pertama, biar dia marah atau mengata apa saja asalkan anda sentiasa mengalah.

Kuatkan hati dengan matlamat bahawa perkahwinan anda adalah mencari keredaan Allah melalui kebaikan suami. Jika niat jelas dan ikhlas, lama-kelamaan isteri pertama akan lembut hatinya bahkan dia boleh menjadi kawan baik.

Pasti anda akan tenang apabila madu menghubungi dan bertanyakan khabar anda di kala suami bersamanya. Lakukan perkara serupa kepadanya apabila suami bersama anda pula.

# Senangkan hati suami, dia akan menyenangkan hati anda. Bukankah semua isteri mahu disayangi suaminya?

Oleh itu, anda perlu sentiasa memainkan peranan aktif supaya hati suami selalu senang dan tenang kerana apabila hati suami senang, madu anda juga senang hatinya. Secara langsung, kebaikan itu datang kepada anda juga, hati akan terus diselubungi kebahagiaan tanpa sedikit pun rasa iri bermukim di hati.

# Jangan tamak masa dan harta, terimalah seadanya daripada suami. Ini kerana segelintir isteri yang bermadu mengimpikan masa yang panjang untuknya sedangkan dia kena ingat dia ‘datang’ kemudian.

# Sewajarnya isteri kedua mampu berdikari supaya masa santai itu dipenuhi sebaik-baiknya. Jadi, akan kurang masa untuk memikirkan yang bukan-bukan dan jangan benarkan syaitan menguasai diri.

Mana ada perempuan yang tidak cemburu? Sedikit sebanyak ada rasa cemburu di hati kerana kita hanya manusia biasa, tetapi biarlah berpada-pada dan tunjukkan juga rasa sedikit cemburu itu kepada suami supaya dia tahu yang anda sayang kepadanya.

# Ambil hati mentua sewajarnya supaya dia juga kasihkan anda dan anak seperti dia kasihkan keluarga suami anda yang satu lagi.

# Tiada siapa yang menang atau kalah dalam perhubungan seperti ini, yang penting adalah ketenangan dalam perhubungan itu.

# Sokongan keluarga sendiri sangat penting untuk wanita seperti anda, jadi anda tidak akan rasa kekurangan apabila suami tiada bersama.

# Fikirkan konsep poligami itu adalah berkongsi bukannya merampas.

Namun, ketika anda menerima lamaran bakal suami untuk bergelar isteri kedua, berhati-hatilah ketika menerima lamaran dengan meneliti beberapa perkara iaitu:

# Tanya dan lihat: Adakah dia lelaki bertanggungjawab kepada keluarga dan ibu bapanya? Jika ya, maknanya dia akan bertanggungjawab juga kepada diri anda.

# Adakah dia menjaga solat setiap kali berjumpa anda? Jika ya, maknanya dia lelaki yang tahu perkara asas.

# Adakah bakal madu anda terdidik akhlaknya? Jika ya, mudah untuk anda berbaik-baik dengannya.

# Adakah dia punya pekerjaan tetap sekian lama? Jika ya, maknanya dia tetap pendirian dan tahu maksud kehidupan.

# Adakah dia faham mengenai perkahwinan sama seperti yang anda faham?

Jika ya, mudahlah bagi anda dan dia bertolak ansur. Jika tidak, lebih baik berfikir dua kali kerana tidak semua perempuan atau lelaki kental. Ramai juga yang mengambil peluang dengan konsep poligami ini, namun hanya mereka yang berwibawa saja mampu melakukannya.

83 Responses to Bahagia Hidup Bermadu

  1. Mey berkata:

    saya juga adalah isteri kedua dan saya memang sukar hidup berpologami.saya ingin tahu lebih lanjut tentang apa yang difikarkannya..secara psikologi kenapa dia mengeluarkan kata-kata yang yang menyakitkan hati saya..sampai sekarang saya masih memikirkan kata-kata itu dan emosi saya masih terganggu sehingga sekarang..saya harap saya boleh kongsi masalah ini dengan pakar motivasi agar saya boleh terus bersemangat untuk terus berusaha mengambil hatinya..bantu saya.. :(

  2. Abg manja berkata:

    Hai mey…u isteri kedua ye,i pun x de pengalaman lg,tp leh la bg pendapat klu i thu mslah u sebenarnya.

  3. insan terhimpit berkata:

    cmne cre nyer nk dptkn kprcyaan hubby???coz sy adalah 2nd wife…tp byk yg 1st wife bruk2kn psl sy kt hubby..skg hubby mcm da pcye bulat2 pe yg 1st wife ckp..lynan kt sy pn da brkurangn n dingin..sy juz dpt mse tok bsme hubby skdr weekend jew..2 pn juz 3,4 jam..then afta 2 dye blk umh 1st wife..sy sgt ttekan..plz help me..!!!

  4. ana berkata:

    Berat mata memandang berat lagi bahu yg memikul. Smua wanita tidak mahu hidup bermadu tapi siapa kita utk menolak ketentuan Allah..rezeki, ajal, jodoh pertemuan telah ditentukan sejak kita blm lahir kedunia lagi. Jika takdirnya sebagai wanita kita terpaksa dlm rela hidup bermadu, kita mesti rela dgn ikhlas hati. Peranan suami juga penting krn suami yg baik dan adil akan tertanggungjawab terhadap keluarga, isteri dan anak2. Rata2 isteri pertama tidak dapat menerima takdir ini dgn rela melainkan menyimpan perasaan dendam yg tidak berkesudahan..dikatanya suami tak sedar diri, sial, tak tahu diuntung, tapi dalam masa yg sama masih mengharapkan suami atas urusan2 yg remeh..kononnya lebih baik bercerai tapi masih blh hidup bermadu selama bertahun2 lamanya..kebijaksanaan semua pihak yg terlibat sgt penting terutama suami kerana ia harus menjaga hati byk pihak. Selagi suami itu adil dan bertanggungjawab, tiada apa yg nak digaduhkan. Jika suami berat sebelah samada pada isteri pertama, kedua, ketiga atau juga ke empat, bermakna ia tidak dapat menjlnkan tanggungjawab dan amanah sebagai suami. Bilangan anak tidak dikira utk menentukan byk hari dia harus berada di satu tempat, giliran bermlm adalah hak isteri bkn melibatkan bilangan anak. Suami yg tidak adil, akan berjln senget di akhirat nanti. Renung2kanlah..

  5. nurhazirah berkata:

    andainya semua wanita berfikiran terbuka dlm hal poligami….sudah tentu…dunia akhirat akan aman…
    kenapa perlu 2nd wife di persalahkan??salah ke menjadi isteri kedua,ke 3,n ke 4??kenapa perlu dituduh perampas??sedangkan ajal,jodoh,pertemuan kita semua…sudah ditentukan Allah S.W.T….perampas??if husband tue meninggal dunia sebelum berpoligami…kenapa x tuduh Allah tue perampas???fikir2 kan lah…suami itu hanya pinjaman sementara buat wanita yang bergelar isteri di dunia ini,,,,

  6. ina berkata:

    tak semua org boleh melalui saat2 dan detik hidup berpoligami…mmg payah dan merumitkan…sbb bermain dengan perasaan 3 insan yang berlainan….yang peningnya suami lah…pi san mengamuk pi sini mengamuk…n sesetengahnya madu dgn madu bergaduh dan saling kata mengata…

    Saya pun 2nd wife…mcam tu juga…dia ada time juga nak berbaik…kdg2 elok…kdg2 begaduh…saya pun dah tak faham sebenarnya dengan madu saya…bila baik dia pulak ambik kesempatan…skrg saya hubungi dia sms dia diam…call pun dia x angkat mcm mana nak berbaik…bagi pihak mak mertua dia dah makin ok dengan saya…may be sebab saya layan anak2 1st wife dengan baik dan saya buat macam anak saya sendiri…

    Saya pun banyak membantu suami dari segi tenaga dan wang ringgit…so may be mak mertua berfikir panjang…sabb saya bukan isteri yang suka menyukur suami…tapi mak mertua bagi syarat mintak saya berbaik dulu ngan 1st wife coz senang dia nak pi umah saya dan saya balik rumah mertua. Sbb dia tak nak keruhkan keadaan hubungan dia ngan 1st wife…malas nak masam muka….saya pun dah hilang punca apa nak buat…

    Saya sebelum ni mengamuk bukan apa kat madu mcm dia tak paham kerja suami..sbb pendapatan suami tak menetu so saya minta dia tumpyu kerja…dan saya tak nak nanti saya terpaksa menangung kerugian bila berlaku masalah dalm kerja suami….tapi dia salah faham dia ckp saya nk control suami n semua benda suami longgok kan pada saya…sedangkan masa berbaik tu saya dah cerita hal sebenarnya…pening kepala dengan kepala angin dia…

    saya pun tak tau nak ckap lagi…ingat nak balik umah mertua nak jumpa dia…kawan2 ada tak pandangan cmna nak buat…saya ingat nak sambut besday dia 30 ogos ni…nak beli kek sambut dengan suami…takut pulak dia halau saya dari rumah …susah…tahun ni saya dah beli semua baju anak2 sbb saya sayang anak2 dia…tapi mcm tu la anak2 masih ada rasa dendam mendalam pada saya..mereka terpaksa terima saya…tapi saya tetap sayang mereka sbb saya pun masih belum ada anak dgn suami wpun 5 tahun kawin…tolong sapa2 ada idea tak cmna nak buat…

  7. ariati berkata:

    salam semua…

    sy juga isteri ke 2..mmg betul x semua org blh berhadapan dgn masalah begini…cara hendak mengatasi ,cara nak menjaga air muka sendiri…sbb ramai di luar sana hanya tahu isteri ke 2 ni perampas lh pengacau rumahtangga org lh.. (plg teruk yg tmpt ke 2 di pandang serong)..mereka x tahu yg isteri pertama tu pun x de yg sempurna…klu x masakan si suami cr yg lain …

    mcm cik ina..klu di hati ade niat utk celebrate besday madu teruskn aje…klu die halau bkn masalah kite die yg bermasalah x kn die nk halau dpn suami kn….sy pun prnh bt mcm tuh.. walau pun dh mention nk celebrate…die bt x reti je…potong jgk kek tuh… mujur ank2 die blh terima sy dn ank2 sy die juge blh terima….

    utk insan terhimpit pule… tanya kn semula pd suami knape die kahwin dgn anda dn mgambil sbg istri ke 2 nye… knpe die harus prcaya kata2 istri pertama..klu mcm tu baik x pyh ajak kawin… anda kne ambil hati suami semula…

    ** sy pun prnah terima layanan x baik dr madu …kite dtg rumah die langsung x layan ..duduk dlm bilik x keluar2 sampai kite balik sendiri.. itu dpn suami die bt perangai ..die igt sy heran die x tahu cara mcm tu lg suami benci dgn sikap die….. klu die dtg rumah sy..sy layan die mcm tetamu siap hidang air…die bkn sekadar air nk hidang keluar bilik pun x nk…

    • nilda berkata:

      sy bakal 2nd wife,bl sy terbaca pelbagai masalah yg timbul.perasaan takut ini mula timbul..tp apa yg mampu, ht dah mula sayang.bayak2 kan la bersabar, semoga tuhan akan selalu berada dgn kita..sy pun mungkin akan mengalami nasib
      seperti akak2 semua jgk…sy tkt nak hadapi semua dugaan yg akan melanda sy ms2 akan dtg nanti.mcm2 d fikiran sy yg timbul sejak akhir2 ini.hanya tuhan shj yg th segalanya…

      • intan berkata:

        hai nilda…sy tahu pasti banyak yg awk fikirkan sebab bakal jd yg kedua…pd sy baik fikir betul2 adakah awk da bersedia untuk mengharunginya….kalau da rasa bersedia dan da pasti tulah pilihan awk teruskan saja. Tapi pastikan yg perkahwinan awk mendapat restu dan sokongan dr isteri petama bakal suami awk, keluarga bakal suami dan juga paling penting keluarga awk sendiri…dengan restu dari semua pasti ada jalan bahagianya kerana sy jgk isteri kedua…tp allhamdulilah boleh jgk bahagia kerana ianya dilakukan dengan hati yg redha, ikhlas dan seadanya…

      • sue mohd berkata:

        nilda…bukan mudah hidup bermadu ya.

  8. mar berkata:

    dulu saya is3 ke2…pas tu saya saya jer jadi is3..x der pertama n x der kedua..dah rasa pahit pengalaman..x nak dah jadi is3 kedua..dan jadi is3 pertama pn x nak..nak suami sorang ..

  9. ina berkata:

    salam…ariati saya tak jadi nak sambut besday madu saya…nak wat cam ne…mak mertua lak masuk campur tak kasi balik….saya pon tak tahu la apa nak jadi…skrg ni mendiamkan diri lebih baik…buat baik pon nampak jahat memanjang…apa madu, abg ipar n adik ipar saya hasut mak mertua n anak2 dia pon tak tahu….tiba2 berubah hati….

    Hari tu raya beli baju untuk anak2 lebih dari biasa sepatah pon tak ucap terima kasih…at least terima kasih…nak harapkan ayahnye langsung tak nak ambik tau hal remeh temeh ni…kita lak yang menyungguh nak tgk anak2 madu ni happy coz depa dah jadi anak2 kita…tapi kebencian juga yang melanda…apa nak buatkan…yang penting saya dah tunaikan tanggungjawab sbg ibu bagi keperluan diorang tu…siap tanya madu ada baju raya ke tak….tapi madu jawapannye negetif memanjang…tapi bagi ambik jugakk…hehhehe…

    Saya buat diam je la…nampak sangat kita ajer yang terhegeh2 kat org….org lagi buruk2kan kita…sabar je la…ni minggu ni depa anak berana berkumpul kat umah mertua sbb ada mjlis kawin adik suami….rasa terpencil gak la…semua berkumpul kita sorg2 je kat sini….nanti next week kenduri pulak umah mertua…kata tak suka kat saya tapi bagi kad jemputan kat saya n famili…pening kepala…nak balik ke tak nak balik…atau ni helah depa hanya nak ambik hati suami…pening dengan kerenah mereka…teringat kata2 mak mertua.” tak payah la balik…buat apa balik…nak kawin ari tu tak cari aku …tak payah bermak mertua lah.. diakan bini kau….”itu la ucapan masa nak balik raya hari tu…terngiang2 hari2 kat telinga ni…sampai rasa nak menanah telinga ni…buila teringat je manangis…

    Saya ni dah merendah diri dan mintak ampun maaf berjuta-juta kali…mcm benda ni salah saya aja bukan anak dia…saya pon dah habis cara nak ambik ati…raa terhina sangat2…sekarang berserah kita dah buat sebak mungkin tapi tuhan tak bukakan pintu hati madu…mertua…n familinye…suatu hari nanti bila dah terkena batang hidung sendiri mungkin baru sedar…Allah tu maha adil…berserah ajer pada dia…

  10. ina berkata:

    Keadaan mereka selalu berubah mcm lalang…bila nak gunakan suami untuk sesuatu tujuan lembut la sikit dengan saya…bila share pendapat n cerita dengan madu…saya cerita apa yang betol2 berlaku dalam kehidupan saya n hubby…tapi bila ada masa dia hentam saya balik…saya tak faham permainan kotor aper ni…saya pon tak tahu keikhlasan tahap mcm mana dalam hati diorang…”akak ikhlas terima awak demi Allah”…nama Allah boleh main2 ker…di belakang saya, hantar sms kat suami perburuk saya mcm2…kalau la saya sama dengan perangai dia…saya dah tunjuk sms dia perburuk mak mertua n suami terang terangan…siap kutuk bagai adik beradik…habis habisan…bila depan dia orang…madu perburuk saya kat suami. dia tak tahu saya dah baca semua sms dia pada suami. masih berpura2 depan saya…tapi saya layan dia lagi elok…agaknye malu sendiri…diam tak sms langsung…

  11. lina berkata:

    hei lna…awak sedar diri x yh awak tu second wife jer..so itu laa padah nyer amik laki org..jgn bnyk songeh laa plak..padan ngan muka awak..

    • aireen berkata:

      kenapa cakap mcm tu….kalau kena batang hidung u..br u tau..ingat…what u give ,u get back..allah adil u!

    • intan berkata:

      second wife pun manusia jugak ada hati dan perasaan….x baik mengata hal org…nnt terkena sendiri….

    • natni berkata:

      busuknye hati awk…x baik ckp mcm tue..Allah tue maha adil…sok luse dptla habuannya…x baiknya…Allah itu lebih mengetahui apa yg terbaik tuk hambanya…Awk pun belum tentu bahagia lagi…

      • Mira berkata:

        Allah maha adil. Allah dengar apa yg awak cukup. tunggulah..sebenarnya suami tu pinjaman semata2..bila2 masa je Allah boleh tarik balik..:)

  12. ina berkata:

    Wahai Lina…awk first wife ker…bagus la beringat la…hidup kita ni mcm roda…kadang2 kita kat bawah…kadang2 kita kat atas,….berhati-hati bila berkata-kata wahai cik lina…sbb ke depan kita tak tahu mcm mana nasib kita…so…jagn mudah dok mengata org…saya dulu mcm awak jugak tapi bila terkena batang hidung sendiri…insaf…kadang2 pengalaman org lain tu…adalah untuk dijadikan pedoman hidup kepada manusia lain…jangan sombong atas dunia ni…setiap apa yang Allah jadikan untuk dijadikan panduan dan pengajaran hidup…so jangan sombong dan bongkak atas dunia ni…sbb tuhan tu adil…mulut yang dok mengata org tuhan akan balas balik cash….

  13. lina berkata:

    sori ina..bukan laa nak sombong ke aper2 ker..nak bagi diri sedar..x baik komplen2 n ngata2 first wife coz u yg dtg dlm idup dia org..so trima jer laa pahit dan manis nyer..citer2 pn x guna..maaf trlanjur kata..

  14. perog berkata:

    kawin banyak2 nie leteh badan ajerr ..letih bosan sakit ati jerr bila poket kosong.. kalo yg kase selalu tu key laa..kalo asik nak tarah a ke z ajerr …

  15. ina berkata:

    Tak dak sapa mintak nk jadi no 2 lina…tapi 2nd wife pon manusia biasa juga sama je haknye….masyarakat kita saja yang mengkatogerikan mereka…sbb kesilapan orang masa lalu…walaupun elok perjalanannye…still juga org kata salah…kalau macam tu nabi pon tak betol jugak la yer…n siti aisyah tu pon perampas…lagi la rampas kasih sayang isteri2 lain..kalau fikir logik la…

    Tempat ni kita boleh share pengalaman n cerita bukan nak komplen…share apa dah jadi pada kehidupan kita adakah sama dengan orang…setiap orang ada pengalaman dan perjalanan hidup tersendiri…so kita boleh kutip pengalaman dari org lain..sbb kat sini kita tak la kenal muka dan idong org…cuma ada buah pendapat masing2….pahit manis tu mmg ditanggung sendiri lina….sekurang-kurangnya ada la jalan tebaik bagi penyelesaian masalah…nasihat dari kawan2 sbb masing2 ada pendapat kan…

    Tak guna ada blog perbincangan mcm ni…bila dah buntu bahan pembacaan dan perbincangan sebaiknya untuk selesaikan kebuntuan…so nak terima terima la tak nak terima terpulang…sbb semua bagi pendapat kat sini la nih bab cerita isteri no 2…tol tak lina…

  16. batu berkata:

    btul kata lina .. citer pon x guna .Tiada sapa pon yg salah .Semuanya ada perasaan .Jadi bini no2 ni x pyahlah nak cuba brbaik baik ngan no1.Jga periuk nasi msing2.Jgn masuk campor hal laki ngan bininya .Duduk diam2 aja ..hak awak bila laki balik rumah awak ..apa2 hal jgn slahkan madu .. tapi brtanyalah pda suami ..

    • ina berkata:

      setakat ni suami ok la…..harta saya dikatakan semua diberikan oleh suami…tapi yang sebenarnya saya yang banyak bantu suami …kalau apa2 diberikan pada mereka depa sangka suami yang bagi walhal saya yang belikan…mereka tahu…tapi sajer buat2 tak tahu.

      Pasrah je lar…sekarang endingnya saya buat tak tahu je la…dah giveup berserah la….apa sepatutnya yang perlu saya buat saya dah lakukan…terpulang lah…moga Allah bukakan pintu hati mereka..Sya bersykur suami sayangkan saya…buat macm dulu keluarga ku keluarga ku, keluarga kau keluarga kau. bila jadi mcm tu depa kata kita ni pentingkan diri lak..susahnya… bila banyak pembacaan ni rasa tenang la juga hati…

  17. lina berkata:

    salam..betul2 ina..i tabik kt u…coz i pernah dulu jadi no.2..mmg pedih..aper yg ina rasa i dah rasa dulu..moga2 Allah memberkati idup ina..

  18. x berkata:

    mula2 leg lorr..siok seronok..macei cerite tiga madu laa. bila dah umok meningkat hilang tengah jalei..mano ado org bermadu 100% bahagia..dengor cerito indah belako dari sebalik kelambu…

    • pontinaksundalmalam berkata:

      ati berulam jantung selalu yer..terima ajer lah..yang..malam buleh bisik bisik yerr..kie kie kie

    • ina berkata:

      Kalau saling meredhai mmg akan bahagia. saya pernah lalui semua tu…sebb nak berbaik kan…saya la manusia paling bahagia dalam dunia..tapi bila bermain dengan perasaan…dan ada hasutan tu la yang payah timbul la tak puas hati…manusia ada nafsu kan…so nak wat aper…terima je la…biar la kita buruk di mata manusia jangan kita buruk di mata Allah. Siapa kita nak menghukum manusia lain…kita pon belum tentu syurga ke atau ke neraka bukan…

  19. iskandar berkata:

    mmm

  20. suri berkata:

    Buat Ina, Diam tu sebahagian daripada jawapan juga. Pada pendapat sy, biarlah suami yg tentukan pendekatan bagaimana yg terbaik. Kalo dia kata, toksah susah2 nak amik hati, nak amik tahu, kita ikutkan ajer,.. Kan suami ketua rumahtangga?.. Kita doa ajer,agar semua diberi hidayah,. mertua, madu, suami, waima diri kita sendiri.

  21. dyela berkata:

    Salam semua,
    saya blm hidup bermadu, tp sy adalah pihak ke3.bercinta dgn suami seseorg. sebelum ni, bnda yg plh sy elakkan adalah bercinta dgn suami org..mcm mane pon seorg lelaki itu mahukan sy tp kalo die berstatus seorg bapa atau suami, sy akan mengelak.. sbb sy tak mahu menyakiti sesiapa..
    tp, semnjak kehadiran seorg insan ini, sy akur..perasaan syg dan cinta sy padanya terlalu dalam.. sehinggakan sy sanggup terima die dan statusnya.. kami mejalinkan hbgn hampir sthn.. cm br2 ini, isteri tau yang dia mempunyai perempuan lain.. apa yg berlaku skrg, sy dan dia telah putus berhubung sementara sehingga keadaan reda..tp hati sy ade perasaan lain, sy takut sy ditinggalkan dan lelaki yg sy syg tak jadi teruskan hbgn bersama sy.. walaupun dia pernah berjanji tidak akan tinggalkan sy walau apa pun rintangan dan die akan buat sehingga isteri setju untuk die berkawin lain. tp skrg, sy menanggung derita ini sendiri..apa perlu sy buat?

    • sabar dila.. kita yg penah merasa bercinta mcm tu mmg akan merasa perit.. kita terpaksa tggalkan org yang kita sayang … sbb untuk kpntingan org yang kita sayang dan kuarga nya.. ingt kita juga perempuan yang ada maruah… xkan rela kita digear perampas betul x? saya bersimpati dengan awk..

    • manis berkata:

      salam..sy doakan yang terbaik untuk semua wanita dgn harapan, segala nyer dipermudahkan untuk diri saya nnt..amin

  22. dirtyminded berkata:

    7% ajerr okey..yang laen berulam jantung..selalu..bahagia di mulut jerr..galam atie tuhei ajorr yeing tahu..

    • mm berkata:

      kamu cakap tu betul,biasa first wife yang nak monopoly lebeh,yg lain rase menumpang sekaki aja kot…nak kawin lebeh ni memang bagus kalo boleh memberi …keadaan saksama,tapi kalo economi tak seberapa dan short gun tersumbat lentok selalu rentikan,melainkan bermasaalah dgn pasangan tersedia ada..untok mengadu waktu duka lara

  23. manis berkata:

    hhmmm…klu laa ada jodoh, harap Tuhan kuatkanlahhh iman ku, tabahkan lah hati , dan ampunkan segala dosaku, permudahkan laa urusanku, Hanya Allah yang Maha Penyayang,,,dan Maha menegtahui apa yaang ditakdirkan Untuk kehidupanku

    • steamman. berkata:

      kadgkala manusia itu yang menempah kepahitan diri sendiri..kita dah di beri otak..mungkin jua tertewas dgn nafsu sendiri..sekarang nie bukan semua akan hidup bebahagia hingga kemati..semacam lela majnum..tak akan ada lagi..wallahuallam

  24. derita berkata:

    sy xkesah sapa anda…tp sy sedih…sy isteri prtama menderita sbb suami xnak ceraikan sy…benda ni dh hmpir 8thn…perasaan cinta langsung dh xde…korang istri ke berapa pn aku xkesah…bknnya korang tahu sume perasaan istri pertama yg dilukai…bygkan sume tggung prblnjaan rmhtgga aku tggung…suami dtg buat bodoh je mkn dn mnum rmh kita….kita mnggung diri sndiri dan anak2 sekali….semua urusan sy buat…segala2…suami cuma dtg singah mkn tido saja….xke sakit ati tu….dh 2x naik mhkamh …suami guna org dlm…bertahun xselesai…sy dh xkesah…bila suami ada yg lain brmkna kita dh xdiperlukan ….ok fine…berambus…selama ni pun aku yg tanggung makbapak kau….smpai dia org mati…skrg aku xnak bermadu sbb kau xpernah bertanggungjawab …menyakitkan hati aku seumur hidup….korang pembaca xlalui sepahit aku lalui…tu korang pandai berkata2 saja….derita dalam hati tuhan saja yg tahu….ni sikit je aku keluarkan…ni pun korang xkan faham….

    • damai berkata:

      isteri derita ,
      tiada perkataan yg dapat menyelesaikan penderitaan ini selain dari bersabar .Tiap2 org ada bahagian masing2dan semua yg berlaku adalah kehendaknya.Kuasa talak adalah ditangan lelaki ,makamah pon tak bole buat apa klau suami x mahu melepaskan .Jgn lah pk pasal suami .. tumpukan perhatian terhadap ank2 kerana anak2 ini lah yg akan memberi kebahagiaan .Tuhan selalunya memberi kesusahan dulu sebelum datangnnya kesenangan dan ketenangan ….

    • .v. berkata:

      dah naseeb idup mu..nak buat cam mane

  25. steamman. berkata:

    mak oii sodeh pilu penyikasaan rintihan kalbu kalu benor sian betul makan hati berulam jantung betul..aku pun tak faham dgn makamah syariah nie..orang minta cerai.. makan minum tak diberi..diri lak menyara laki..datg makan layak puas puas.lepas tu pergie esok bila ..bermasaalah dgn bini lain2 dtg lagi..sian sikit bertanggong jawab sikit lah..jagn bila dia dah pergi..baru nok menagis dalam hati..

  26. adyputra25 berkata:

    pada aku mesti bersebab kenapa allah benrkan lelaki berpoligami.. tapi aku rasa pada perempuan2 di luar sana x payah lah ambik laki org.. laki ni cuma pikir nak ‘main’ je.. sorry to say.. aku memang benci dengan jantan yang kawin dua.. yang perempuan pun satu.. sayang konon.. boleh jalanlahh.. nabi memang allah dah basuh hatinya dan dibuangkan bahagian hitam dalam hatinya.. setakat manusia biasa di akhir zaman ni.. poligami hanya ambik kesempatan dekat perempuan2 yang pendek akal.. fikir2kan lah..

  27. fasya berkata:

    hmm…lelaki zaman skrg..byk yg x der kualiti..dlm 10 org tu..hanya sorang jer yg btul2 brtanggung jawab..

  28. kancilcomel berkata:

    Buat isteri No2..pernahkah anda terfikir ttg perasaan isteri pertama?Tahu tak apa yg perlu ditggungnya?…dia terpaksa menghadap kata2 simpati keluarga, kwn2 & org sekeliling..dia terpaksa menjaga hati byk pihak, airmuka suami juga perlu di jaga…terpaksa berkorban byk benda…melepaskan apa yg dia ada…Perasaan dia?..Hanya tuhan yg tahu betapa sedihnya bila suami memberi kasih pd yg lain sedangkan dia begitu setia..selangkah pun dia tidak kearah menduakan suami…terlalu byk pahit yg perlu dia telan…dan kalian isteri kedua mungkin terlupa tentang ini semua…

    Kalian isteri kedua sebelum berkahwin tentu sudah menepuk dada tanda sedia menghadapi alam rumahtangga yg kalian sendiri tidak mampu membayangkan realiti sebenar hidup berumahtangga…akibatnya..hanya isteri pertama yg dipandang teruk,yg dipandang tidak baik..walhal, mereka sedaya upaya buat yg terbaik..namun apa yg perlu ditggjung mungkin menjadikn mereka x mampu tipu diri sendiri…

    Kepada isteri kedua..pesanan saya, andalah yg perlu kuat menempuh semua..usah mengeluh,andalah yg terpaksa berkorban lebih..sebab anda juga yg kata, sudah jodoh anda dgn suami org…jadi…anda sendiri yg ada jawapannya utk hidup bahagia dibawah keredhaan semua…keluarga,madu anda, suami & yg paling penting redha Allah S.W.T…

  29. kancilcomel berkata:

    lupa…satu lagi..selalu org brcerita ttg Nabi Muhammad yg beristeri 4..namun, kita terlupa kisah nabi yg melarang anaknya fatimah dr hidup bermadu?..renung2kan..

    • Enesar berkata:

      Kalau ada nas nya tolong sebutkan perawi hadis yang melarang Ali memadukan Fatimah. Nabi tak akan mengaku ummatnya kalau bawa cerita bohong tentang baginda.

      Bila pulak Nabi beristeri 4 orang? Setahu saya isteri Nabi berjumlah 11 orang semuanya, termasuk yang wafat dan yang diceraikan. Paling ramai serentak nabi beristeri 9 orang.

      • rangers berkata:

        mmg ada nabi melarang ali memadukan fatimah.. ini saya dengar dari CD ceramah ust Kazim elias, dan menurut ust kazim elias, Nabi melarang ali memadukan fatimah kerana apa yang fatimah lakukan terhadap ali lebih hebat dari 4 orang perempuan lain jika ali berkahwin lain.. lebih kurang gitu le maksud dia…

      • kancilcomel berkata:

        Hadith Rasulullah Sallahu ‘Alaihi Wasallam:

        Prophet did not allow his son-in-law Saidina Ali ibn Abi Talib to marry another woman: “unless and until Ali ibn Talib divorces my daughter (Fatimah) for surely she is part of me and what troubles and agitates her trouble and agitates me too; and what harm befalls her befalls me too” [Sunan ibn Majah]

        Sedangkan Rasulullah tidak membenarkan Saidina Ali untuk berkahwin satu lagi melainkan menceraikan Fatimah.. Sedangkan Rasulullah adalah lelaki lebih memahami perasaan seorang wanita.. Lelaki hari ini, fahamilah perasaan wanita.. Jangan dilukai hatinya..

  30. Mesra berkata:

    Aku blum menjd isteri ke-2. Tetapi aku tlh dihubungi 0leh sepsg suami isteri yg m’hrpkan aku menjd ahli keluarganya… Aku rs t’haru sbb masih ada lg wanita yg b’hati mulia, sdgkn aku sendiri pun x sggp… Skrg ni, aku msh la b’hbg dgn wanita mulia yg aku pggl ‘akak’ ini…

  31. Enesar berkata:

    Nak minta pandangan terutama dari isteri kedua.

    Saya ni sdg bercadang nak buka cawangan baru. Orangnya muda 22 tahun dan hanya cinta dan sayang pada saya dan tak hendak dengan pilihan maknya. Maknya cuba menikahkan dia dengan pemuda berumur 25 tahun dan gadis tersebut telah ditunangkan tanpa kerelaannya. Menyebabkan dia melarikan diri dari kampungnya membawa diri kira-kira 300km dari kampung.

    Saya pun tak pasti dia dimana. kami sering berhubung melalui telefon sahaja.

    Saya sudah agak berumur dengan anak seramai 6 orang. Isteri saya setahun lebih muda dari saya.

    Punca saya cari lain hanyalah setelah 17 tahun berumahtangga, saya jarang-jarang mendapat layanan dari seorang isteri. lebih-lebih lagi bila di atas katil.

    Layanan menjadi baik bila kami melancung bersama anak, tetapi bila balik keadaan menjadi dingin semula.

    Anak 6 orang tu hasil dari layanan baik semasa tu.

    Sehingga puncak kegelisahan saya ketika kami menunaikan umrah 3 tahun lepas. Ketika itu isteri saya lebih gemar duduk bersama jemaah lain dan saya sering duduk berseorangan di atas bas. Bila ditegur muka jadi merudum. Bila saya ajak naik Jabal Rahmah di Arafah dia enggan. Saya naik sendiri dan dengan penuh kesedihan saya solat hajat dan berdoa dengan lelehan air mata di puncak Jabal Rahmah agar Allah mengurniakan saya seorang isteri yang mampu menambat hati saya.

    Hasilnya, setelah setahun balik dari umrah, saya ditemukan dengan seorang gadis dari seberang yang menjadi maid saya. Keramahan, kerajinan dan istiqamah dia dalam menunaikan solat terutama solat tahajud dan solat2 malam, serta rajin berpuasa, bertudung dalam rumah benar-benar menambat hati saya. Saya sering tertanya2 adakah dia yang saya doakan dahulu?

    Bilik dia yang sering anak2 perempuan kongsi, menyebabkan dia terpaksa bersolat malam di ruang tamu, menyebabkan saya yang juga suka bersolat malam sering terserempak.

    Perangai isteri yang tetap dingin menyebabkan saya yakin Allah memakbulkan doa saya.

    Saya mendapat response yang baik dari gadis itu yang tak lama kemudian turut mengakui menyintai saya, dan kami bercinta selama hampir 2 tahun. Walaupun tinggal serumah, kami tidak pernah melampaui garisan.

  32. Enesar berkata:

    Bila saya berterus terang dengan isteri, isteri saya tidak melenting, sebaliknya bertanya mengapa? Saya terangkan spt diatas. Isteri saya merajuk sakan malam itu. Esoknya saya temui gadis itu dan beritahu yang saya dah maklumkan pada isteri saya. Gadis itu faham tetapi tiada selera makan dan minum selama 2 hari. Hanya sibukkan diri dia dengan bersolat dan menanggis. Menangis kerana ibunya juga enggan menerima saya sebagai menantu. Ibunya sebaya dengan isteri saya.

    Tengahari itu, isteri saya masakkan makanan dan bawa makanan ke bilik gadis tersebut dan berbincang berdua. Akibat dari perbincangan, gadis itu meminta dia dihantar balik. 2 hari selepas urusan permit selesai dia saya hantar ke Jakarta.

    Sehingga hari ini, kami masih berhubung. Dia mengatakan tidak akan bersuami kecuali saya. Saya pun merasa menjadi tanggungjawab saya utk memperisterikannya kerana cinta yang telah kami pupuk selama 2 tahun. Kasih sayang saya tidak pernah berkurang malah semakin bertambah. Saya tidak sanggup meninggalkan nya begitu sahaja. seolah2 saya berdosa dengannya dan dengan tuhan yang telah menemukannya.

    Saya yakin saya mampu dari semua segi utk beristeri 2. Pendapatan saya lebih dari mencukupi untuk menampung walau 20 orang. Dari segi ilmu agama, alhamdulillah, saya pernah memberi tazkirah jumaat dan biasa memberi khutbah jumaat.

    Anak2 saya turut bersetuju jika Abah memilih dia menjadi isteri kedua. Cuma isteri saya yang mempertahankan untuk tidak membenarkan saya buka cawangan.

    Cadangan saya, saya bernikah dengannya, dan membawa dia balik ke Malaysia dan tinggal di salah satu rumah sewa saya yang kosong.

    Soalannya, adakah perlu saya meneruskan keinginan saya untuk mengahwininya?

  33. puan S berkata:

    salam..Enesar…kalau nak kawin pun jgn lah amik maid sendiri..org seberang pulak tu..selidik btul2 coz bnyk trjadi yg mereka ni pandai brpura2 jer…tolong laa..jgn nyesal kemudian hari..lebih2 lagi dia sendiri mengakui telah lama menyintai u..
    ntah lah…tepuk dada tanya laa iman..perlukah buat cawangan baru..kan lebih baik perbaiki rumah yg ada..

  34. cemara berkata:

    emmm …. org laki2 klau nak kawin lagi mcm2 alasan dia bagi .Klau dah angau sgt kawin aja ler .Bukan nya berdosa pon .Dah kawin besuk baru tahu bahu tu senget sebelah atau tidak …

    • Enesar berkata:

      Saya bukan angau sbb saya yang berdoa dan Allah dah beri jalannya.

      Sekarang saya berbelah bahagi samada perlu atau tidak meneruskan keinginan.

      Saya fikirkan hubungan dingin bersama isteri selama ini. Isteri saya berjanji untuk berubah, Tambahan, setiap hari sebelum Suboh kami mandi wajib bersama. Rumahtangga saya cukup harmoni sekarang. Namun nun disudut hati saya, saya merasa ragu-ragu dan turut berasa berdosa seolah-olah saya telah mempermainkan perasaan kekasih saya. Saya akui kasih saya padanya (vise Versa) semakin bertambah setiap hari.

      Namun kasih dan sayang saya pada isteri saya turut meningkat sebab perubahannya.

      Saya nasihatkan gadis itu perbanyakkan solat spt tertulis dlm Alquran ” Apabila kamu ditimpa masaalah, perbanyakkan solat dan beristighfar kepada Tuhan kamu….”.

      Setiap kali solat saya akan berdoa, “sekiranya ada jodoh kami, minta dipercepatkan. tetapi jika memang tertulis tiada jodoh kami, Ya Allah lupakan aku pada gadis itu dan dipohon dipertemukan kami disyurga dengan izinNya”

      Amin.

      • cemara berkata:

        enesar ,
        awak sudah berumur dan saya kira isteri awk juga sudah berumur.Isteri awak sedang melalui fasa perubahan dlm hidup ..sepatutnya awk memahami situasi ini .Perempuan yg sedang mengalami situasi ini selalunya akan merasa rendah diri dgn perubahan diri .. maklum la bila merasa diri sudah tidak cantik lagi .. dia mula malu utk mempamirkan tubuh badan terhadap suaminya .Sebagai suami sepatutnya awak kena memberi perhatian yg berganda terhadap dirinya ..
        Jgn la di sebab kan cinta awk hilang perasaan malu kerna sanggup nak berkahwin dgn gadis yg sebaya dgn ank awak … mmg logiknya ibu kekasih awk tidak merestui hubungan ini ..

  35. puan S berkata:

    enesar….btul tindakan awak tu..kiter kembali kpd Allah..kalau sudah jodoh ketentuan Nya..tidak didunia ..disana pasti brjumpa..bersabar lah..aper2 pun di dunia realiti ini..awak fikirlah semasak2nya..kasihan is3 yg dah cuba berubah sedaya upaya melayani awak..melahirkan zuriat seramai 6 org..masa depan yang masih panjang lgi..
    kekasih minah indon tu..lupakan jer lah..selidiki asal usul nya..org jakarta..ntah lah susah nak percayer..masih muda lagi..warak ( spt yg awak ckp lah )..jgn mudah trpedaya tipu helah mereka tu..cari jln lupakn dia…ikhlas saya mcm x percayer minah indon tu..ramai yg dtg sini nak amik kesempatan cam tu..so brhati2 lah..
    adakah awak brtanyer kpd is3 kenapa dia tetiba dingin trhadap awak dulu..moga keluarga awak bahgia dunia akhirat..amin

    • Enesar berkata:

      Saya dah pernah ada ramai maid indon sebelum ini, jadi saya cukup arif ttg tipu helah mereka. Tapi yang ini, saya cukup yakin kejujuran dalam percintaan kami. Kami tidak pernah melampaui batas, malah saya pernah bersua muka dengan ibunya.

      Semasa saya hantar dia balik, dia tidak mahu sebarang wang maupun duit poket dari saya. Walaupun saya tahu dia bukan dari keluarga yang senang. Apa yang dia mahu cuma jika tidak dapat kami disatukan di dunia, kami turut berdoa bersama2 agar ditemukan diakhirat. Mudah-mudahan dimaqbulkan.

      Buat masa ini, saya rasa biar lah saya lebih mengabdikan diri dengan Allah tambahan pula dengan ketibaan Ramadhan, mudah-mudahan kami lebih tenang.

      Macamanapun saya cukup respect cara isteri saya menghadapi semua ini, tidak melenting sepertimana perempuan-perempuan lain. Tiada sebiji pun pinggan yang melayang, malah layanannya kepada saya dan gadis itu di dalam rumah membuatkan saya cukup terharu. Dan saya redho dengan isteri saya.

      • ayah berkata:

        Enesar. Kite di dalam mid life crisis. semua lelaki sebaya tuan akan menghadapi situasi sebegini. Banyakkan munajat pada Allah. Minta diberi petunjuk dunia akhirat. Kenangkan kembali pengorbanan isteri yang separuh umurnya dihabiskan untuk berbakti pada kite. Kenangkan isteri yang sama-sama bersusah payah dan reda kepada kehidupan yang anda lalui, dialah yang sama-sama susah…melahirkan anak kite dari satu kepada dua hingga 6…. terlalu besar pengorbanan dia kepada kita… terlalu besar pengorbana beliau… dan tuan jugak patut berkorban untuk beliau dan keluarga… korban sedikit perasaan tuan…. hidup ni sementara tuan… akhirat yang kekal selamanya.

        Janganlah disebabkan nampak Lap-top canggih kite tolak ketepi Desk Top pantium ? yang telah banyak berjasa pada kite dan anak2. Fikirkan ye tuan. Desktop tu masih elok lagi dan tak salah ape2, tak payah tukar, mungkin hanya perlu sedikit upgrading untuk tambah dia punya performance…. Selamat menyanbut ramadzan…

  36. emi berkata:

    hmmm…

  37. eliana berkata:

    sy dimadu smasa mgandung 4 bulan anak prtama..any komen??

    • Ayie berkata:

      Ade aku kisah???!!!!….. muah muah muah

      • IDS berkata:

        eliana..sedih btul bila dgar suami kawin lain sdgkn kita mgandung 4 bln..
        suami sy pun ada pompuan lain jgk..bila sy setuju d madukn dia pula xnk..alsan dia cuma cinta suka2 jerk..smpi bila sy nk tgok suami sy buat maksiat dgn pompuan lain?? apa boleh sy buat kawin je laa..tp yg sedih bila pompuan tu ckp,xsuka d madukan..suruh suami ceraikn sy..

  38. puan S berkata:

    betul2..ckp ayah tu…saya sokong 100%….baguskn kalau sumer para suami berfikiran cam tu pasti rumahtangga harmoni..kekal bahgia..
    bak pepatah org tua2..sekali ombak melanda sekali pasir berubah..anggap lah ia nya satu dugaan dan cabaran dlm kehidupan yg akan lebih menguatkan lagi ikatan perkahwinan itu..
    Selamat menyambut Ramadhan al mubarak yag mulia..moga ibadat kiter diterima oleh Allah..amin

  39. cemara berkata:

    emm .. kdg2 apa yg dtg bukannya jodoh .. tapi hikmah disebalik kejadian .. dia memakbulkan doa kita .. supaya membetulkan keadaan .. malah memperbaiki hubungan bersuami isteri ..

  40. Enesar berkata:

    Alhamdulillah. Telah datang bulan penuh keberkatan.

    Semoga dengan kedatangan bulan ini, kita mampu berfikir tanpa gangguan Syaitan. Apa yang tinggal mendampingi kita adalah nafsu alone.

    Samada nafsu itu mendidik kita ataupun kita berjaya mendidik nafsu.

    Terima kasih atas nasihat dan pandangan bernas dari tuan puan. Cuma belum saya dapat lagi pandangan dari para isteri kedua, sebab saya yakin isteri kedua mempunyai pandangan tersendiri.

    Biar apa pun, saya ingin biarkan sahaja perhubungan saya dengan kekasih baru ini dengan saya ingin fokus dalam beribadat sepanjang Ramadhan.

    Oh ye, malam ini giliran saya menyampaikan tazkirah ketika terawih. Agak2 tajuk apa yang sesuai? Poligami kot? hahaha…

    Jazakallahu khairan kathira….

    • Dinda berkata:

      1. Puasa mendidik & mengekang Nafsu
      2. Jenis2 puasa… puasa org awam etc
      3. Sempurnakah puasa kita kalau nafsu masih tak dapat dikawal……
      4. Puasa dpt menahan poligami?
      5. Sempurnakah puasa ramadzan kite kalau selepas ramadzan kite berbalik kepada bertuhankan nafsu..
      6. Camp Ramadzan- mendidik jiwa hamba…
      7. Nak kahwin laagi satu kahwinlah dibulan ramadzan, baru kau tahu nafsu kawal awak ke awak dikawal nafsu….

  41. aleesya berkata:

    salam..
    sy kagum dgn ketabahan ina dlm berkongsi kasih..
    sy ingin mengenali ina lbh lg..
    harap sudi menjadi sahabat sy..
    nie email sy aleesya_fahmi@yahoo.com
    salam perkenalan dr aleesya buat ina..

  42. mona berkata:

    baru bertekak dgn suami..cakap dia saja yg betul…heeeee..sakit nya hati…mcm bosan laa ..heeee

  43. Sya berkata:

    salam semua…

    Saya salute pada ina… Ina di minta dapat email pada saya sya7321@gmail.com… Salam perkenalan dari sya pada Ina :)

  44. mawar berkata:

    salam…bila sy trbc artikal ni, sy jd trpanggil untuk minta pendapat dr tuan/puan, sy sudah bekerjaya, bakal suami juga bekerjaya tp sudah ada isteri, sy berkenalan ngn abg scr x langsung, bila dah berkawan n bercinta abg baru bgtau y dia sudah ada isteri n anak..memang sy sedih, kecewa n menangis, tp sebelum tahu semua tu, sy sudah solat istikarah smda abg tu jodoh sy or x..Allah makin dekatkan kami, n sy bahagia sgt2 di sampingnya..alhamdulillah, cuma untuk menghalalkan ikatan ni,kami merancang untuk berkahwin senyap2..abg lelaki y bertanggungjawab, solat, alhamdulillah…perhatian dia kat kak n anak2 dia msh cam dlu, kat saya pun dia tumpahkan cinta n syg dia.. ape y harus sy lakukan? jika sy undur diri, sy seakan menolak takdir u Allah bg, tp bila sy teruskan perhubungan ni, cne penerimaan family, kak n anak2 dia, kawan2 pejabat, masyarakat lain? jahat ke sy? perampas ke sy ni? sy cuba u menolak, tp makin sy tolak, makin dekat n erat ikatan ni… .what should i do? pless bg komen y membangun, jgn menghina sy, sy cuma perlukan pendapat positif dr tuan/puan…terima kasih

  45. fara berkata:

    nasib yg sama yg sy lalui skrg ini…bila berkasih dgn suami org…

  46. ayu berkata:

    yup…samalah kite..mcm mane nak wat ni..

  47. Fiza berkata:

    Apapun Nasib kita kat dunia ni..tak kira isteri ke dua – ke 4 pun yg penting kena redha..jgn pasrah..tak payah peduli sgt apa kata isteri pertama tu..yang penting kita jaga hubungan kita dengan suami je…bila giliran sana kita jgn kacau..itu yg terbaik..bila giliran kita layan suami terbaik…itu je jalan yg terbaik..hal2 yg remeh temeh jgn fikir sgt…bahagiakan suami ganjarannya pahala..taat pada suami itu lah syurga kita nanti..

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 345 other followers

%d bloggers like this: