Mencari bahagia selepas dimadu

Saya sangat tertarik dengan maklum balas yang puan berikan terhadap masalah Fatin dalam siaran akhbar ini pada 25 Januari lalu. Kata-kata semangat dan motivasi puan menjadi santapan saya setiap hari dan Insya-Allah saya semakin mendapat cahaya di dalam kegelapan.

Berbeza dengan Fatin, saya dimadukan tanpa pengetahuan saya dan suami menyemai cinta bersama isteri kedua ketika saya sedang berada di tahun akhir pengajian sarjana. Keazaman saya untuk menjadi pakar perubatan menjadikan tumpuan saya lebih terarah kepada pengajian dan anak-anak. Saya hanya mengetahui pernikahan mereka sebulan sebelum saya memulakan tugas. Segala-galanya sudah terlambat kerana mereka sedang meniti hari bahagia untuk menimang cahaya mata. Saya akui walaupun sebagai seorang profesional, perkahwinan suami menjadikan saya hilang arah dan pedoman.

Alhamdulillah, hasil sokongan rakan-rakan dan bantuan profesional mereka, menjadikan saya segera sembuh daripada depresi. Saya juga bangkit daripada keruntuhan perasaan untuk menjalankan tanggungjawab saya terhadap masyarakat dan keluarga. Walaupun hampir setahun berlalu, saya masih di dalam proses menguatkan diri untuk menerima kenyataan pahit ini, memaafkan suami dan berusaha untuk terus menyintainya serta menerima madu saya sebagai saudara sendiri. Namun, payah untuk melupakan apa yang terjadi dan ia seolah-olah menjadi penghalang untuk saya memaafkan suami serta isteri keduanya. Puan, saya memilih untuk menerima poligami, malangnya jalan yang terpaksa saya lalui sangat sukar dan berliku-liku. Mampukah saya mencapai destinasi bahagia??

Hani Eliza, Kuala Lumpur.

Jawapan:
HANI Liza yang sedang membangun kekuatan. Terima kasih kerana sudi berkongsi masalah dengan Umi. Mudah-mudahan perkongsian ini membuahkan keyakinan berpanjangan.

Hani, anda sedang diuji Allah. Sebagai langkah pertama cuba fahami dan hayatilah pesanan Nabi Muhammad SAW yang berbunyi “sebaik-baik ibadah ialah sabar menunggu jalan keluar”. Ini bermakna tidak ada satu ujian pun yang akan kekal. Mana mungkin ada malam yang tidak ada siang, pagi tanpa digantikan dengan petang, mana mungkin banjir berpanjangan dan tidak akan terjadi kemarau berpanjangan. Jika ini kenyataan yang terjadi bermakna Allah tidak pernah tidak adil pada makhluknya. Bagi memperhatikan lagi cinta Allah pada makhluk-Nya dan membuktikan lagi kehebatan Allah Yang Maha Adil maka dibekalkan makhluk-Nya dengan pesanan melalui surah Hud :81 yang berbunyi “bukankah Subuh itu sudah tiba.” Subuh bermakna betapa pun panjangnya malam pekat pasti akan bertemu dengan waktu tamatnya.

Oleh iu betapa pun berat dan panjangnya penderitaan yang ditanggung oleh hamba Allah, Dia telah menjelaskan pasti Allah menemukan saat penyembuhan untuk keluar daripada permasalahan itu. Subuh bermakna cahaya fajar bagi orang yang ditimpa kesedihan itu telah menyerlah. Maka pandai-pandailah merasai sapaan dan sentuhan suria pagi, tunggulah panasnya bebola mentari pagi sebagai tanda bahawa kemenangan telah datang dari Yang Maha Berkuasa. Oleh itu laluilah kehidupan dengan keyakinan ini dan puan akan merasa sentuhan Allah tidak pernah putus daripada kita hamba-Nya. Ini dipastikan dalam janji Allah bahawa Allah tidak pernah mengantuk, tidak pernah penat, berhenti mengurus langit dan bumi serta seluruh isinya.

Begitulah juga dengan puan sebagai seorang daripada hambanya. Keadaan puan ketika ini harus dilihat sebagai seperti seutas tali. Jika tali itu sudah sangat tegang, maka ia akan segera putus. Ertinya jika persoalan itu sudah kritis atau matang, maka tunggu kerana ia pasti akan berhenti dan ditemukan dengan jalan keluar. Allah akan pastikan setiap kesedihan dan kegembiraan itu menemui penghujungnya.

Ini ditegaskan lagi oleh Allah, “dan barang siapa yang bertaqwa kepada Allah nescaya Allah akan menjadikan baginya jalan kemudahan dalam urusannya (QS Ath-Thalaq:4). Ini janji Allah yang sangat pasti, maka bangunkan keyakinan puan dan panjatkan doa dan kesedihan puan kepada-Nya, pasti puan akan berasa bahawa kesedihan tidak berpanjangan kerana Allah tidak membenarkan keadaan itu terjadi selagi puan tidak berputus asa dari rahmat Allah. Sebab itu Allah menjanjikan, “maka, sesungguhnya bersama dengan kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan.” (QS Al: Insyirah:5-6) Dengan syarat puan yakin sepenuhnya bahawa apa yang puan lakukan kerana Allah dan mahu mendapat reda Allah, bukan kerana manusia.

Pandanglah manusia yang bersama puan kerana itu adalah pemberian Allah. Terima dan layanlah mereka kerana Allah bukan kerana manusia. Jika tidak, puan tidak akan berasa ikhlas melayan mereka kerana rasa dendam dan curiga. Pesanan Umi setiap kesulitan akan menjadi sulit bila kita memikirkan kesulitan. Kerana apa yang kita fikirkan itulah yang akan terjadi. Maka untuk mencapai bahagia sejati ikutlah apa yang dilakukan oleh Zulaika yang amat mencintai Yusuf sebelum mendapat cinta Allah.

Maka setelah dia mengahwini Yusuf dan mendapat cinta Allah, dia memberikan sepenuh cintanya kepada Allah dan melayan Yusuf kerana cintanya kepada Allah, bukan lagi kerana cinta sepenuhnya kepada Yusuf semata-mata seperti sebelum menikahinya. Umi harap puan juga begitu. Tinggalkan kesedihan sedapat yang mungkin. Jika puan terus bersedih dan luka, pasti puan tidak dapat menikmati bahagia yang puan cari.

Biarlah takdir berjalan semahunya dan jangan puan tidur kecuali dengan hati yang bersih kerana Allah. Ia pasti akan mengubahnya dari satu keadaan ke keadaan yang lain sebagaimana yang puan doakan dan impikan kerana Allah itu mengikut sebagai mana sangkaan hamba-Nya. Jika mereka berasa aku dekat maka aku akan dekat, begitulah jika mereka berasa aku jauh maka aku akan jauh daripada mereka. (hadith Qudsi).

Perbanyakan membaca istiqhfar agar puan dapat menemukan jalan keluar dari setiap kecemasan dan akan membuka pintu keluar dari setiap kesempitan, mendapatkan ketenangan batin, harta yang halal, keluarga yang salih dan kebahagiaan yang sebenar. Akhir sekali bangunkan fikiran positif, perasaan yang positif dan perlakuan yang positif dengan hati yang ikhlas. Insya-Allah puan akan diberi petunjuk oleh Allah…..Amin.

Bersama Dr Rubiah K Hamzah (Pakar motivasi)

44 Responses to Mencari bahagia selepas dimadu

  1. ikin berkata:

    hani eliza,
    saya merasa terharu di atas ketabahan hati puan. Semoga allah bersama-sama puan dan ingatlah Allah tidak tidur, dia mendengar setiap rintihan hati puan. Semuga hari2 gelap yg puan lalui akan berakhir..insyaallah.

  2. seri berkata:

    hani eliza,
    sya juga bermadu, memang kalau x kuat iman dan x pandang orang sekeliling kita terutama anak2, boleh sasau kita dibuatnya.. ialah x sangka begini ujian yang saya hadapi..cukup berat sekali walau suami berkali-kali menyakinkan saya dan anak2 tetap no. 1 dihatinya.Sya syorkan hani laluilah kehidupan seharian seperti biasa, layanlah suami seperti sebelumnya malah buatlah yang terbaik, insyaalah suami akan lebih menghargai diri kita..

  3. pp berkata:

    saya hormati setiap isteri pertama yang berkorban hati,perasaan,akal,minda,jiwa dan raga memikirkan kebahagian dan masa depan untuk anak-anak.SAYA SANGAT MENGAGUMI ANDA…..sedangkan suami saya melakukan kesalahan yang kecil pun saya akan terasa hati…ini kan pulak anda yang akan berhadapan dengan seorang suami yang telah berjanji sumpah setia hanya pada anda tetapi telah meroboh kan benteng kepercayaan yang telah d bina…kuat lah wahai isteri…..walau jika saya yang melaluinya saya mungkin tidak setabah anda…wassalam

  4. nuriman berkata:

    sedih baca kisah insan tabah ini..semoga allah memberi ketabahan dan kebahagiaan untuk hani dan anak2…memang payah, pahit untuk di telan..tetapi mungkin ada manisnya bersabarlah…

  5. serina berkata:

    Assalamualaikum…

    Setiap perempuan atas dunia ni mmg akan rasa sedih bila mengetahui dirinya dimadukan atau bermadu. Tak ada siapa dalam dunia ni boleh menerima keadaan ni, walaupun orang tu bernama isteri kedua…ni pulak isteri pertama. Semua adalah lahir dari perasaan kecewa, sedih, rasa tidak dihargai, dikhianati. Mmg tak dapat dinafikan….akan timbul sesal, sakit hati dan dendam.

    Tapi sebagai manusia kita harus ingat…Allah turunkan sesuatu ujian dalam rumahtangga mungkin kerana untuk memperbaiki iman kita,diri kita, keluarga kita dan anggap lah ia sebagai ujian untuk uji kesabaran. Sama ada kita telah melakukan dosa…ujian ini adalah salah satu cara untuk DIA menghapuskan dosa di dunia…ataupun ia sabagai ujian untuk menaikkan martabat dan keimanan kita di SISINYA.

    Manusia tak boleh persoalkan mengapa ditakdirkan hidup di madu dan suami mengkhinati cinta.Siapa kita untuk mempersoalkannya…Suami adalah suatu pinjaman dan amanah Allah. Saya dulu mmg tidak boleh terima hidup bermadu. Bila banyak membaca saya faham bahawa kita tidak boleh meletakkan cinta kita yang utama pada hambanya(suami). Cinta utama adalah pada Allah. Suami adalah haknya dan Allah boleh uji keimanan dia dalam apa jua keadaan.

    Kalau kita pilih jalan singkat (Bercerai) maka itu lah jalan penyudah tetapi ujian lain akan lebih kental. Jika kita bertahan maka Allah janjikan seribu rahmat bagi kita kekal dalam kesabaran…Perkahwinan adalah suatu ibadah. Jadi setiap khidmat kita pada suami menjadi ibadat dan amanah yang harus dipikul. Cuma puan harus berdoa moga2 rumahtangga akan bahagia.

    Tidak semestinya puan bermadu puan akan rasa tidak dihargai. Puan jalankan tugas setia sebagai seorang isteri seikhlasnya seperti biasa. Jika puan fikir madu puan hidup bahagia dan suami puan mengabaikan puan itu yang akan buat hati rungsing dan timbul rasa dendam.Cuma puan harus selalu berbincang dengan suami puan…mcm mana untuk wujudkan keadilan anatara dua rumahtangga tanpa mengabaikan puan.

    Berpoligami akan menemui bahagia jika kita cari bagaimana untuk wujudkan manisnya dan ia akan rasa pahit bagai hempedu bila kita fikir ia tiada jalan penyudahnya. Dekatkan diri pada Allah dan banyakkan membaca berkenaan dengan wanita Solehah serta Poligami. Mungkin puan akan tahu apa jawaban bagi kesedihan puan. Sebaiknya berbalik la pada Quran dan Sunnah moga jalan terang lagi bersuluh. Insya-ALLAH.Moga hidup puan sekeluarga dirahmati Allah. Amin.

  6. Ain berkata:

    Serina,

    Sebelum suami saya kawin lain, dia memang kaki perempuan dan tidak bertanggungjawab. Saya memang tak bahagia dengan dia dan dah cuba mempertahankan rumahtangga tapi dia masih dgn sifat jahatnya yg suka mempermainkan wanita. Sekarang dia kawin lain, dan nafkah memang tak pernah diberi. Adakah kita sebagai isteri mesti kena bersabar dgn suami macam ni dan menerima madu? Suami akan merasa seolah2 apa yg dia buat adalah betul jika kita sebagai wanita masih mengalah dan menerima dia.

    Bagi isteri yg mana suami baik dan bertanggungjawab selama ini tiba2 dimadukan mungkin boleh diminta bersabar dan menerima keadaan ini.

    Saya ingin minta pandangan sahabat2 di sini. Adakah saya perlu bersabar dgn suami macam ini utk anak2? Padahal Islam menaikkan martabat wanita dan menggalakkan kita menuntut hak2 kita. Itulah kelebihan Islam tapi suami meletakkan isteri di bawah kaki dia. Adakah saya dan isteri2 yg mempunyai suami seperti ini harus bersabar?

  7. jj berkata:

    rajin aku malam ni nak bagi nasihat kat ain…
    ain… walau pun aku ni lelaki yang setia ku masih di sini,aku cukup marah dengan jantan macam hb hang tu . nak kawin 2 pun kawin la tapi sampai x balik rumah satu hal. tu skrip cita p ramli. nasihat aku kat hang ain kalau rasa dah x boleh layann hb hang tu. baik berpisah je la. tapi kalau lepas kawin dua laki hang jadi baik. biaq pi kat dia la. lagi ok apa wahai pompuan2 sekelian kalau hb hampa kawin 2. dapat kongsi sama rata. boleh la rehat sikit bila turn bini lagi satu. kan adil tu tuhan bagi hidup beradu ni. lagi satu kena pikiaq jugak kat akhirat nanti sapa yang bermadu hampa dapat sorang satu payung emas tau. bukan senang nakdapat kalau kat dunia macam tu.
    minah… walau pun laki hang x mampu bagi emas kat dunia tapi hang nasihat la ain n dilemma n wanita2 yang lain tu. bagi la hb hampa kawin dua nanti hampa dapat payung emas di sana.

  8. huband miang berkata:

    mak oii kalu dapet lah..badan macam ‘tips ramping’ini >>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>memang sodap..

  9. Minah Jambu berkata:

    JJ, tak payah lah tunggu nak dapatkan payung emas tu kat akhirat sana JJ… kat cni pun leh dapat dah.. istri3 sekarang banyak yang bijak laksana bulan.. lambat lah nak tunggu kat akhirat baru dapat, kat cni kita suruh lah dier belikan untuk kita dulu kalau nak kahwin lagi satu! Kalau dah tak mampu nak kasi… hmmm nampak gaya…. tepuk dada tanya lah hati!

    nie tips apa jer si husband miang nie cakap nie..syok sendiri nampak….??

  10. eza berkata:

    I setuju dengan Minah jambu, kalau kat sini bukan payung emas yang diminta, cukuplah nafkah anak bini diberi setiap bulan, kalau mampu tu, kawin ler….nak tunggu payung emas buat apa…

    Hadith mana kata ada payung emas ni? Boleh bagi rujukan tak? Kalau tidak, statement tu tak valid

  11. sharing feelings berkata:

    ye le..kalo ada anak 2 bagi lah nafkah zahir demo..pandai buek pandaei tanggong..jgn nak jadi kontrektor korek telaga..tak pandai bela…

    Kadang2 yg dah beranak tu..bukan nye gilakan anu..tu..mereka mengutamakan kebajikan anak2-masa depan demo……

    Jgn lah nak seronok mengorek aje..pandai2 lah tolong menolong mengurangkan bebanan…

  12. Minah Jambu berkata:

    Hidup kaum sejenis ku!! caiyok3x..

  13. tun teja berkata:

    bukan persoalan diri dimadukan ..tapi hati sedih dan hancur bila mengenangkan bibit bibit percintaan suami dengan madu sebelum berkahwin .Mestinya indah ketika mereka menyulam kasih .. sedangkan kita dirumah kena bodoh saja dengan suami .. belengas satu badan menjalankan tanggung jawap dirumah .Bila dah kawin .. membayangkan malam pertama mereka pula .. aduhai mengenangkan apa yang suami pernah lakukan pada kita dan sekarang melakukan perkara yang sama pada perempuan lain ..siapalah yang sanggup ..terasa diri sudah tidak bermakna lagi ..

  14. jj berkata:

    jauh nya hang pikiaq sampai macam tu tun teja. x payah la nak bayangkan malam pertama hb hang tu. hang pun dah dapat dulu. nak tanya juga pompuan2 lain hampa semua macam tun teja ka. dok pikiaq apa hb buat dengan bini muda dia. minah… hang pun bole jawab

    • anne berkata:

      hah ah eh..memang semua org dapat mlm pertama tuh…cuma kenapa lelaki dpt byk kali… bagilah can isteri dapat byk kali juge… kalau dah tak mampu nak tanggung isteri dan kalau dah tak boleh nak ‘layan’ isteri sebaiknye..yelah dah dapat yg lbh ketat..lepaskan isteri supaya isteri boleh kawen lain dan dapat mlm pertama yg berbeza juge..jgn seksa isterilah..

  15. azida berkata:

    mmmmmmmmmm……
    Memang sedih…..
    Tak terkata……
    Tapi semuanya ada hikmahnya…..
    “Sesungguhnya kita merancang….namun Allah juga merancang….namun rancangan Allah adalah yang terbaik…”
    Saya sokong la kawan-kawan….semua positif…
    Suami adalah pinjaman….
    Yang kita jadi sedih tu…kena tipu….. :(

  16. eza berkata:

    Betul Azida, isu di sini kena tipu. Semasa menjalin kasih dgn orang lain, berapa tons dah tipu bini, nak gi outstation la, ada kerja la…bini ni tolong la kemaskan baju suami ingatkan suami gi kerja, rupanya gi cari ppuan. Alahai…jantan, jantan..tak layak di panggil suami…Label SUAMI di sisi ALLAH adalah tinggi martabatnya, kalau manusia boleh disembah Allah suruh sembah suami…tapi malangnya label ini tak layak utk para jantan yg tak bertanggungjawab…maaf ye jantan jantan yg lain

  17. tun teja berkata:

    hang jantan jj memang tak pernah memahami .. hang tau seronok aje ..hang janganlah laser tak tentu pasal .. hang sebenarnya tak layak kat topik ni ..

  18. smm berkata:

    Kes ‘pergi outation’ ni barangkali banyak belaku dikalangan ‘kolar putih’ yg berkemampuan..apa, hari hari makan nasi himpit..nak juga tukaq nasi kankang kot …sekali sekala..bagi peluang lah ..lebeh kurang lah kpd yg maseh mempunyai minda bertanggungjawap – menyara berterusan..zahir batin…apa lah salah nya..kalau madu yg baik tu,dapat jadi teman masa kesusahan…give and take will yerr

  19. sss berkata:

    TT pikiah.. kot kot masa suami dia menalipon..barangkali dio balik lambat ada meeting..tapi dio sedang berselimut berdua duaan menyedap kot …di mana mana kot……

    Relax TT like is likes that..ones have go through..

  20. sss berkata:

    TT pikiah.. kot kot masa suami dia menalipon..barangkali dio balik lambat ada meeting..tapi dio sedang berselimut berdua duaan menyedap kot …di mana mana kot……

    Relax TT life is likes that..ones have go through..

  21. smm berkata:

    Itu lah nuriman…sedap berdua..menangis kesaorangan..kalo anak seorang ok lah jugak…ni lak lama kawin dah tenggala – tengah jalan..memang pahit..sakit hati tak terkira lah rasa nya,kemanisan yg dirasi selama ini..menjadi pahit maung macam hempedu untok ditelani….

    Harap HANI mengambil iktibar ..dalam perjalanan hidup ini ke alam destinasi yg kekal…

  22. suami miang -kawin lagi-syok berkata:

    ye lah minah sayang oi..syok sendiri lagi baik drp menyakiti insan lain-hingga patah hati-kemati…

  23. kebayan berkata:

    panas komen komen disini .. betul juga .. mungkin kalau sisuami menyuruh bininya meminang sendiri madunya .. tidaklah sakit hati .Pernah terjadi dikampung dulu seorang lelaki yang ingin menyelamatkan seorang janda yang hidupnya terumbang ambing menyuarakan hasratnya kepada isteri yang berhati mulia .. semua nya kerana allah .Mereka bernikah dengan dipinang sendiri oleh isterinya .
    La ni .. dah dok bercinta syok masyuk .. ada yang sampai terlanjur .. tiba tiba nak jadi madu kita .Siapalah tak sakit hati .. agak agak kalau nak kenen dengan laki kita .. tanyalah bininya dulu ..

  24. mat steam berkata:

    Walau bagaimana pun..macam mana ..bini sapa pun yg baik ati bagi diri nya bermadu..ada masa terhuris di hate dia jugak,adae masa die akan merasai “kehibaan dengki hati-sementara”

    KOKOMAN KATA:

    Katakan lah .. satu tak cantik sangat ..TAK STEM.. dia suka kat kita 101%..hali2 talipon..bagi present..hadia yg tak pernah di banyangkan atau dapat atau rasai dlm hidup kite. die lak sanggup membiayai apa2 jua dlm kehidupan …akan membenar bermadu selepas berkAWEN.( kite lak ada experiences bertepuk sebelah tangan dgn ratu cantik..seolah2 anjing kurap menyalak bukit-keadaan bertepuk sebelah tangan lah-rasa pahit maung perasaan.kalo tak menerima nya.

    yG SATU LAK ADE RUPA -POTONGAN BADAN YG MENARIK..macei TiPS ramping sebelah sana tu >>..agak nye lah..TAK KERING LAH DI MALAM HARE.. bilo deh berkawin keduo2 nyo…kata kokoman.. bila kito lamo sikit bersamo yg badei “tips ramping” 2..barangkali dia dah mula cemburu…barangkali juga die mula mengatakan -kaitan nasi kangkang laa..kou jilat lah puas2..bbilo lamo sikit yg tak ado rupa 2..yg badei “tips rampings” lak berkali2 talipon..

    Kokomaan !..kata aku kat die..kou pakai yg tiada rupa tu dulu belah malei ..kou balik pagi subuh tutoh lak..yg “tips ramping” kou punye 2…kokoman tersenyum tersipu2…

    Perasaan iri hati…bertikam lidah..bermasam muka..perasaan kurang senang-makan hati memang terjadi di alam bemadu ni.. melainkan kematian sa;lah saorang di antara satu aje yg dapat atau akan menginsafkan diri mereka…wallahuallam

  25. pp berkata:

    kepada JJ saya nak jugak tau dari mana dapat tau dapat payung emas kat SYURGA?bagi saya tu semua kata kata sang suami yang nak memujuk si isteri je tu…. tak da pun dalam hadis Al-Quran mengata kan sedemikian…bah kan fadilah kamsah pun menafikan kenyataan perkara tersebut…..jangan lah anda terikut ikut dengan kata kata lelaki yang tak da modal nak beristeri 2 3 4….. maaf kan saya… :)

  26. pp berkata:

    kepada lelaki yang suka menipu isteri hentikan lah…. sangat besar pengorbanan isteri kepada anda. berusahalah anda kepada keharmonian rumahtangga :)

  27. nida berkata:

    salam hani, sy juga bermadu. sy isteri kedua, bkawin tnpa mgetahui suami sudah punya isteri & anak 3 org yg masih kecil. skrg sudah 2thn berlalu. walau sy cuba berbaik dgn madu, dia seperti tdk ikhlas menerima sy. baik hanya di depan suami. irihati, hasad dengki, marah, bnci, tdk puas hati adalah perkara biasa dlm hidup sy & madu. walau cuba mencari kebahagiaan bersama suami, hingga kini kebahagiaan tdk pernah kekal lama krn madu sering cari pasal, mfitnah sy, dtambah pula sikap suami yg tdk mmpu berlaku adil & kaki perempuan.

    • anne berkata:

      saya juga bermadu…bukan dua tapi tiga…saya baru jer sebulan ( dis 2013 dan jan 2014 ) dapat tahu saya dimadukan selepas 4 tahun dgn isteri kedua dan 2 tahun dgn isteri ketiga.. yg hebatnyer.. kami tiga3 tak tahu kewujudan masing2.. suami saya bgtau saya..sayalah satu2nya dlm hati dia…dia bgtau isteri kedua..dialah satu2nya.. dan begitu juga isteri ketiga…jd kami semua kena tipu,,isteri kedua dinikahi tanpa pengetahuan keluarga dan sesiapa..tanpa dokumen..tanpa surat…tanpa wali.. yg tahu mereka bernikah hanya mereka berdua dan org yg menikahkan mereka..begitu juga dgn isteri ketiga.. suami saya guna taktik agama mendekati mereka..bg nasihat utk solat dan menutup aurat…mengajak mereka ke arah kebaikan…solat berjamaah…tapi sebenarnye suami saya selalu tinggal solat…bagi nafkah ikut dan dia jer..lebih tak bg nafkah sesen pun dr bagi nafkah…walaupun dia sekolah pondok bertahun2 lamenyer… dia sorok telefon tak bg saya call dia..dia kata dia duk umah mak dia…jadi bila dia balik saya dan anak2 adalah suami adalah bapa..kalau dia tak balik..kami diam jerlah dan tunggu jelar…anak sakit ke saya sakit ker..anak nak amek hadiah ker..sukan ker…nak masuk sekolah ke kami pandai2lah urus sendiri..sbb tak boleh nak hubungi dia… dia tak pernah tanye kami ader mkn ke takde, ader duit belanja ke takde…sbb saya bekerja pandai2lah saya urus semuanyer..tup tup rupanya dah kawen 3..bini no tiga pun tak tahu status dia..di tipu perempuan tuh katenye umur dia 23 tahun bujang…padahal dah 37 thn 2 org bini..satu rasmi dan satu secara gelap.. 2 anak yg masih kecil dan seorang anak yg gugur….maka kawen lg satu secara rahsia juga tanpa dokumen tanpa pengetahuan ibu bapa ….ibu bapa mertua saya tak tahu semua nih dan ibu bapa perempuan2 tuh pun tak tahu… semua perempuan2 yg dia nikah tuh pun tidak diberi nafkah..minta duit diorang lg ader,,spt yg dia minta dr saya…bila terbongkar dia salahkan saya..sayalah penyebab segalanya..sdgkan dia yg buat hal..tipu sana sini..menjamah tubuh2 lazat sana sini tanpa perlu keluar duit satu sen pun…dgn saya isteri pertama pun dia minta saya duit untuk duit hantaran duit kenduri duit belanja dia nak kawen dgn saya..padahal dialah yg beria2 nak kawen dgn saya sampai sanggup melutut atas lantai agar saya terima dia sbg suami.. bila rahsia terbongkar..isteri kedua hancur hati dan mohon maaf pd saya..saya pun kesian tengok keadaan dia yg ditipu hidup2 selama nih oleh suami saya yg bertopengkan agama..isteri ketiga saya tangkap ketika suami sdg baring di paha perempuan tuh..juga terkejut dan minta maaf..tp sesenang jer boleh terima selepas tuh..mcm takde aper jer….sempoi jer…hmmm budak umo 20 tahun..tak lalui lagi kepayahan hidup..mcm bebiasa jer,,,bila saya kata kalau boleh saya nak cari mak bapak dia bgtau yg dia dah setahun lbh nikah tanpa dokumen dgn suami saya dan dah kehilangan daranya pada suami saya…barulah dia menggelabah mohon saya kesiankan dia…hmmmm…. betapa hancurnye perasaan saya tuhan jer yg tahu..masa saya tahu yg no 3 tuh saya sedih dah paksa diri saya redha utk terima bermadu..tapi pd jan 2014 bila saya tahu ader isteri lagi satu yg dia nikahi sewaktu anak kecil saya blm berumur 1 tahun …di kala anak2 saya sering bertanya… mana papa ummi? rindu papa….dan saya saya letih memujuk anak kecilku dgn pelbagai alasan….nak tenangkan diorang..jaga dua2 yg acapkalai demam tak berenti…suami aku enak meratah daging perempuan2 lain.. menusuk kejantanannya ke dalam “v” perempuan lain.. aku buat keputusan jantan keparat nih perlu di ajar……

  28. pp berkata:

    hai nida…. kesian nya awak…saya paham perasaan awak…ingin suami nengambil berat tapi sebalik nya..itulah nasib isteri ke 2 3 seterusnya 4,madu awak tu sebenarnya marah dengan suami awak sebab suami dia ada perempuan lain kemudian nya kawen pulak dengan awak..mana mana isteri pertama yang d curangi oleh suami mereka pasti akan marah…tak tau lah pulak perasaan isteri ke 2 macam nmana ek sebab mereka dah berkongsi suami dengan org lain…hmm banyak kan lah bersabar ek sebab awak sudah pun menerima suami awak yang buaya darat tu….maaf…

  29. Den berkata:

    Dari pengalaman aku yang mempunyai 2 orang isteri, semuanya bengantung pada suami. Dari awal lagi hendaklah difikirkan matlamat berpoligami, macamana nak corakkan kehidupan selepas isteri bermadu.Perlunya perancangan dari awal dan bersikap jujur pada ke semua isteri.Tidak dinafikan memang sukar untuk membentuk ke dua-dua isteri agar menerima nasib bermadu, tapi dengan sikap ikhlas,tulus dan banyak bersabar dari si suami insyaAllah akan menemui kemanisan dalam poligami dan hidup bermadu.

  30. pandanwangi berkata:

    Saya juga dimadukan tanpa pengetahuan. Selepas 2 thn baru saya tau itupun selepas saya mendesak suami berkali2 yg sebelum ini menafikan sekeras2nya dia dah kahwin dgn remaja 21 thn dan kawan sepejabat sehingga sanggup bersumpah dgn Al-Quran. Walhal dia tlh bernikah di Siam semasa umur anak sy yg bongsu belum pun mencecah setahun. Nafkah sy pun tak pernah cukup diberi, rumah pun sy yg bayar bagaimana dia mampu utk tanggung 2 isteri lebh2 lagi tanpa kerelaan dan restu sy sbg isteri yg selama ini tlh bertungkus lumus utk mencari kesenangan hidup sehingga terpaksa berkerja part time utk tambah pendapatan keluarga?Bagi sy suami yg menipu isteri, tidak mendapat keredhaan isteri utk berkahwin lain tidak akan juga dia capai bahagia dgn org yang dicintainya….jiwanya tak akan tenang, tindakannya akn sentiasa berbelah bagi….tidak akan dicapai bahagia selagi sy sbg isteri tak meredhakan perbuatannya terhdp sy dan anak2.

  31. wans berkata:

    Saya ingin memetik kata2 daripada satu laman sesawang:

    Teks-teks hadis poligami sebenarnya mengarah kepada kritik, pelurusan, dan pengembalian pada prinsip keadilan. Dari sudut ini, pernyataan “poligami itu sunah” sangat bertentangan dengan apa yang disampaikan Nabi. Apalagi dengan melihat pernyataan dan sikap Nabi yang sangat tegas menolak poligami Ali bin Abi Thalib RA. Anehnya, teks hadis ini jarang dimunculkan kalangan propoligami. Padahal, teks ini diriwayatkan para ulama hadis terkemuka: Bukhari, Muslim, Turmudzi, dan Ibn Majah.

    Nabi SAW marah besar ketika mendengar putri beliau, Fathimah binti Muhammad SAW, akan dipoligami Ali bin Abi Thalib RA. Ketika mendengar rencana itu, Nabi pun langsung masuk ke masjid dan naik mimbar, lalu berseru: “Beberapa keluarga Bani Hasyim bin al-Mughirah meminta izin kepadaku untuk mengawinkan putri mereka dengan Ali bin Abi Thalib. Ketahuilah, aku tidak akan mengizinkan, sekali lagi tidak akan mengizinkan. Sungguh tidak aku izinkan, kecuali Ali bin Abi Thalib menceraikan putriku, kupersilakan mengawini putri mereka. Ketahuilah, putriku itu bagian dariku; apa yang mengganggu perasaannya adalah menggangguku juga, apa yang menyakiti hatinya adalah menyakiti hatiku juga.” (Jâmi’ al-Ushûl, juz XII, 162, nomor hadis: 9026).

    Sama dengan Nabi yang berbicara tentang Fathimah, hampir setiap orangtua tidak akan rela jika putrinya dimadu. Seperti dikatakan Nabi, poligami akan menyakiti hati perempuan, dan juga menyakiti hati orangtuanya.

    Jika pernyataan Nabi ini dijadikan dasar, maka bisa dipastikan yang sunah justru adalah tidak mempraktikkan poligami karena itu yang tidak dikehendaki Nabi. Dan, Ali bin Abi Thalib RA sendiri tetap bermonogami sampai Fathimah RA wafat.

    Cubalah tanya mengapa seseorang lelaki ingin berpoligami? Adakah mereka mengamalkan perintah rasul selama ini? Ingin menolong wanitakah yg kesusahan? Maslahat agama yg apakah?

    kesihan tengok anak2 terbiar akibat kurang kasih sayang..

    • hamba daif berkata:

      saya xnak bahas pasal poligami.hakikat semua milik Allah.jika dalam dada setiap wanita dan lelaki sedar bahawa isteri dan suami milik Allah yg blh diambil bila2 masa,setiap org akn sdr tiada istilah rampas atau ‘milik’ sesiapa..di sini saya cuma nak jelaskan pasal hadis di atas.larangan Rasulullah menentang poligami.bkn sbb nabi tolak poligami..tolong.jangan berdusta menggunakan nama nabi.jgn kata nabi selaku seperti ayat ni:”Sama dengan Nabi yang berbicara tentang Fathimah, hampir setiap orangtua tidak akan rela jika putrinya dimadu. Seperti dikatakan Nabi, poligami akan menyakiti hati perempuan, dan juga menyakiti hati orangtuanya.”..Allahuakbar..bertaubatlah..ini dah jadi fitnah mengguna nama nabi.dalil mana kata nabi bersabda poligami akan menyakiti hati perempuan dan org tua???mana??bertaubatlah…

      hakikat sebenar sambungan khutbah nabi tu ialah begini:
      Tindakan Nabi Muhammad saw melarang Sayidina Ali berpoligami tidak bermakna baginda melarang poligami. Memang benar Rasulullah s.a.w melarang Sayidina Ali menduakan puterinya. Baginda amat marah mendengar ura-ura Sayidina Ali hendak berpoligami lalu masuk ke masjid dan menaiki mimbar sambil berseru: “Beberapa keluarga Bani Hasyim bin al Mughirah (kerabat Abu Jahal) meminta izin kepadaku untuk mengahwinkan puteri mereka (anak Abu Jahal) dengan Ali bin Abi Talib. Ketahuilah aku tidak akan mengizinkan, sekali lagi aku tidak akan mengizinkan. Sungguh tidak aku izinkan kecuali Ali bin Abi Talib menceraikan puteriku terleboih dahulu. Fatimah adalah sebahagian dari diriku, apa yang mengganggu dirinya mengganggu diriku, dan apa yang menyakiti hatinya menyakiti hatiku.”

      Namun hadis ini difahami dan diperjelaskan secara berbeza oleh para ulama. Berdasarkan Imam Nawawi, fokus utama hadis ini bukanlah berkaitan poligami secara umum tetapi ia berkaitan dengan hasrat Sayidina Ali memadukan isterinya Siti Fatimah binti Muhammad saw dengan puteri Abu Jahal. Ini diperjelaskan lagi oleh sabdanya sebagai kesinambungan daripada hadis yang pertama: ”Dan sesungguhnya aku tidak mengharamkan yang halal dan tidak pula menghalalkan yang haram, akan tetapi, demi Allah jangan sekali-kali bersatu puteri utusan Allah dengan puteri musuh Allah.”

      ini hakikatnya..nabi xnak putri kekasih Allah bersatu dgn musuh Allah..ada faham??wahai semua org islam,jgn sesekali anda sendiri yg menjatuhkan dan menghancurkan islam dengan mengguna nama nabi..jika xmampu dokong Islam dan sunnah seperti poligami,jgnlah anda jadi org yg menentang.jgn bercakap ikut hati..istighfar sblm berkata2..ni kdg yg ckp lebih laser walhal dia tidakpun dimadu…Allahuakbar..

  32. abd karim bin shariff berkata:

    salam..saya mempunyai 2 orang isteri,tak di nafikan saya pun ada ramai kwn wanita ,tapi akhirnya saya beristeri 2.Diruangan ini saya tak dapat nak gambarkan perasaan isteri pertama bila dapat tahu saya beristeri lagi,sedih,terkejut,marah dan mcm2 lagi rasanya,dpt saya rasai perasaan isteri pertama saya tu.Dari segi ekonomi pun saya rasa mcm tak mampu,tapi sebagai ora islam kita hendaklah bersyukur di atas apa yang allah takdirkan.Bagi saya beristeri 2,dapat belajar bersabar,menepati masa,memikirkan nak kuatkan ekonomi,dan sentiasa berdoa pada allah yang dulu2 jarang berdoa.Ini semua berkat kedua dua isteri yang telah memberi satu tenaga dan kemahuan untuk berubah.Pada isteri pula,bila dah bermadubarulah terbongkar rasa dalam hati,maknanya secara langsung dapat membersihkan hati dari kekotoran rohani yang kita tak perasan..ibarat kata ‘DAH TERHANTUK BARU LAH TERGADAH’,banyak yang hendak saya utarakan dalam hal poligami ini,tiap2 apa yang allah wahyukan sudah pasti ada hikmahnya..jika kita ingin bmuhassabah diri..

  33. nor berkata:

    salam…sy tercari cari artikel yang dapat membantu sy membuat keputusan..akhirnya alhamdulillah sy menjumpainya..berbeza dengan situasi saya..sy merupakan bakal isteri kedua..dan isteri pertama teman lelaki sy sudah pun bersetuju utk dimadukan malah kami juga berkawan baik sekarang.Cuma tipulah jika kata tiada perasaan cemburu.Masing masing cuba menjadi yang terbaik utk memenangi hati B(bakal suami).Sebelum mengikat cinta dengan pertunangan sy mendesak B ntuk mengaku tentang status beliau.Sebab sy sendiri dapat rasa walaupun dia tidak pernah menyorokkan telefonnya dan sentiasa ada masa dengan sy..akhirnya dia mengaku.Dia mempunyai seorang putri comel hasil perkahwinannya.Waktu itu hanya Tuhan yang tahu betapa sakitnya hati.Hancur segala impian untuk bahagia hanya berdua dengannya.Saya berniat mahu meninggalkan B,sbb sy tahu apa perasaan isterinya bila tahu tentang kehadiran sy dalam hidup B.Tapi B menghalang,malah katanya,isteri pertamanya bersetuju dengan kehendak B mempunyai isteri kedua sejak mereka belum lagi berkahwin(atas sebab tertentu).Akhirnya B membawa sy bertemu dengan isterinya serta putri comel mereka.A(Isteri pertama) menerima sy dengan hati terbuka,malah kami begitu mesra jika chitchat(yahoo messengger) atau ber sms.Sudah bagaikan saudara sendiri.Cuma kadang kala hati mana yang tak tersentuh bila bersama B,A call atau sms.Cemburu membuak-buak.Sedangkan kami terlalu baik.Saya cuba membuang segala perasaan buruk dalam hati.Moga-moga apa yang kami lalui tiadalah dendam atau amarah.Begitu juga dengan B,dia kalau boleh mahukan kami rapat seperti adik beradik.Cuma sy takut akan hal yang mendatang.Teman-teman banyak menasihati sy tentang keburukkan bermadu.Tapi jawapan sy,sy cintakan B kerana sy bersamanya sebelum tahu dia sudah beristeri,mlah sy dengan A juga baik.Tiada masalah,semuanya berjalan baik dan lancar.Malah sy juga sayangkan putri mereka yg juga mula memanggil sy Ibu.Tetapi hati ini masih tidak tenang bila kami masih belum berkahwin.B meminta saya menunggu kerana katanya mahu mengumpul wang dan supaya hidup kami selepas khawin lebih senang dah stabil.
    tetapi masalah saya.Saya cemburu melihat putri mereka yang dilimpahkan dengan penuh kasih sayang dan perhatian.Begitu juga A.Tapi antara saya dengan B,hubungan kami terbatas kerana masih belum berkhawin.Ada rasa ketidak adilan dengan semua ini kerana sudah tentu masa dia dengan keluarganya lebih,tetapi sy,terpaksa banyak mengalah dan bersabar.Malah keinginan sy untuk memberikan B cahaya mata membuak-buak bila setiap kali putrinya memanggil sy Ibu.

    Saya memohon balasan dari anda untuk membantu sy menguatkan hati dan menjauhkan hasad dengki serta iri hati.Sya mahu semuanya dalam berkeadaan baik dan fikiran saya sentiasa positif.Saya sayangkan B malah kadang kala kesian dengan B yang terpaksa menjaga hati kedua belah pihak serta harus berulang alik dari putrajaya(tempat tggal A yg bertugas di sana)-klang(Rumah B yang juga berkerja di sana)-kepong(tempat tggal sy tetapi bekerja di KL) untuk membahgaikan masa dengan seadilnya.

    salam

    • anne berkata:

      saya rasa lbh baik awak tingaalkan dia dan carilah org bujang ker…duda ker…spy awak tak terus menerus bereperasaan cemburu mcm nih…ingat kawen satu dua hari jer ke…kalau dah kawen dan ader anak dan suami lbhkan anak sana tambah cemburu…boleh bahagia ker ????????hahahahahahaha… hey pikey betul2..jgn terus seksa dirilah…

  34. sha berkata:

    pada pendapat sy eloklah awak segera menikah dgn B dan ikutlah berpindah ke klang utk memudahkan B awak.

    ada sesorg yg tlh memadukan isterinya sehingga 3 isteri sekali. si suami adalah seorg yg tegas dan garang. isteri2nya sangat menghormatinya, isteri2nya yg ke2 dan ke3 sangat menghormati isterinya yg ke 1, dan yg pertama sanagt baik dan prihatin terhadap madu mereka, malah mereka tinggal di taman perumahan yg sama (tetapi berlainan “row”).

    kalau yg pertama di belikan kereta, yg pertama siap bertanya kpd yg ke 2 dan ke 3 kereta apa pulak yg mereka nak minta dan siap boleh bagi cadangan kpd suaminya utk belikan kereta utk madu2nya mengikut kemampuan si suami.

    begitu jugak dgn anak2 semua anak2 yg dh blaja di kolej di belikan keta second hand (berlainan jenis, ikut kemampuan dan kemahuan msing2).

    isteri2 jugak klau ikut hb gi outstation/shopping.. slalu ingat utk belikan utk madu2 mereka. Isteri2 dan perempuan2 mcm gini di zaman ini mcm cerita dongeng je kan?? tetapi itulah realitinya.. masih wujud wanita2 dan suami mereka yg baik dan tahu tahap kedudukan masing2, saling hormat dan menghormati. dlm situasi mereka.. tidak pulak sy lihat perempuan yg jenis nak bolot hb sorang2 utk kepentingan diri sendiri.

    ataupun.. mungkin suami yg buta hati yg pentingkan nafsu sendiri dan wanita2 yg tamak haloba lah yg menjadikan poligami itu selalu di pandang serong dan pincang.

  35. nor berkata:

    terima kasih sha…sbnarnya sudah berkali sy mencadangkan kepada B tentang perkara ini.Malah ada masanya saya sudah putus harap kerana tidak sanggup menunggu.Tapi dia meminta saya menunggu putri mereka besar dahulu.Saya seperti tersepit.

    dan ya,B pernah mencadangkan utk tggal sebumbung pada A dan saya.Walaupun macam satu gurauan tapi sy tahu die sebenarnya mahukannya terjadi kerana berulang kali diajukan cadangan itu.

    haruskan sy menunggu dan terus menunggu.Kasihan dengan B yang benar benar tersepit..dia taidak mahu kehilangan ketiga tiga insan ini dalam hidupnya A,sy dan putrinya.Saya tahu saya harus lebih banyak mengalah dan bersabar.tapi tidak tahulah sampai bila saya harus menanti dan beralah.

    • honeymadu berkata:

      salam untuk sha..pada pandangan honey…sebelum apa-apa berlaku..sha fikirlah sebaik mungkin..mungkin ada jalan lebih baik dari…

  36. nora berkata:

    salam…setelah saya terbaca artikel2 di atas, terpanggil saya utk memaparkan kisah saya di ruangan ini utk dikongsi bersama kawan2.

    saya mempunyai seorg suami yg amat penyayang dan bertanggungjawab dan kami dikurniakan 4 org anak yg skrg meningkat remaja. saya amat mementingkan kecantikan…dari hujung rambut sampai hujung kaki akan saya jaga utk menambat hati suami.

    malangnya…dlm saya BERJAGA2 suami masih tetap ada keinginan utk berkahwin seorg lg. bila saya tanya kenapa…dia sendiri x ada jwp. kelau saya halang dia dr berkahwin…boleh jadi kami smpai bergaduh2. jadi utk mengelakkan pergaduhan berpanjangan maka saya redha kalau suami ingin berkahwin lg.

    saya akui saya amat2 menyayangi suami dan suami juga begitu. Sudah kali kedua dia terkantoi. alhamdulilah setiap kali suami ada gf, allah beri petunjuk kpd saya…dan kedua2 x gf suami pun telah saya temui. dr petemuan saya dgn x gf suami…saya dpt tahu yg suami saya terlalu memuji2 kebaikan saya dan saya dijadikan role model kpd mereka.

    Hati siapa yg x sedih bila suami nak kahwin lg. Saya byk merujuk dan minta nasihat pd ustaz n ustazah utk mengatasi kesedihan saya. Alhamdulilah…dlm masa suami bercinta…saya byk amalkan solat2 hajat dan membaca yasin 7 mubin serta amalkan doa2 yg saya perolehi dr ustaz n ustazah.

    Alhamdulilah…saya semakin tenang dan kembali dekat dgn allah. Kalau dulu saya jarang membaca quran n buat solat2 sunat…skrg dah menjadi amalan saya. Dgn cara inilah saya mendapat ketenangan jiwa. Setiap kejadian pasti ada hikmah dan….inilah hikmah yg saya perolehi. Kerana sikap suami…saya menjadi lebih dekat dgn allah. Dan skrg saya dah boleh terima keinginan suami utk berpoligami….

  37. farah berkata:

    bersabarlah wanita… kita mungkin sedih bila org yg disygi menduakan kita… tetapi jika dia benar berlaku adil, dan mnjadi suami yg lebih bertanggujawab dan soleh mengapa di tentang masjid yg sudah pun terbina….!!! tapi jika kita sendiri tidak mampu untuk menjadi isteri yang baik, daripada derhaka…. lebih baik bebaskn diri dengan baikk..

  38. iblisie berkata:

    kalo di jago sebonar2 nya..tak lekang lah dia..idup subor sampei kematien lah..ini de luak ajorr cantek molik..suar ajerr semacein madu lobah.. ..de dalaem..tuhan yg tau..mana yak dia pasang spare part.lagie….

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 351 other followers

%d bloggers like this: