Remeh Temeh Punca Perceraian

TIDAK sukar untuk menyelamatkan sebuah perhubungan yang sudah lama terjalin jika tahu mencari puncanya. Bayangkan bertahun-tahun hidup dengannya, anda kerap melakukan kesilapan, daripada perkara remeh-temeh sehingga menjadi bibit yang membosankan.

Membaca atau meneliti kes perceraian yang berlaku, ia tidak hanya berpunca daripada isu besar sebaliknya perkara kecil boleh menjadi titik akhir sekali gus mengundang episod duka dalam rumah tangga.

Seperti mana kata pakar perkahwinan, masalah rumah tangga harus dilihat dalam sudut paling dalam biarpun ia hanya bermula dengan hal paling kecil tetapi boleh memberi kesan besar dalam hidup.

Ada kalanya si suami mengomel isteri selekeh, sering berkain batik dan kemeja-T lusuh apabila berada di rumah sedangkan di luar dia berdepan dengan wanita yang berpenampilan menawan sehingga ada ketikanya menjentik naluri kelelakiannya.

Jika anda tahu ‘lambaian di luar sana’ lebih membuat lelaki teruja.

Elakkan perkara yang diperkatakan ini untuk menjadi pengajaran berguna.

# Memperkecil suami di hadapan orang lain antara sedar dan tidak walaupun ia benar. Contohnya, “Suami saya kan, siang ikan pun tak tahu!”

# Mengganggu suami dengan kerap menelefon dirinya dan panggilan dibuat pada waktu yang salah sekadar memberitahu hal remeh-temeh.

# Terlalu suka mengemas rumah atau mengalihkan barang hinggakan suami tidak jumpa barang yang disimpan si isteri.

# Mengambil muka surat atau bahagian tertentu daripada akhbar dan menyusun akhbar dengan cara amat salah, hingga menyukarkan bahagian yang hendak dibaca.

# Memotong mana-mana bahagian majalah dan akhbar sehingga berlubang di sana sini manakala suami tidak sempat membacanya.

# Menyuruh suami supaya membeli itu dan ini dalam perjalanan balik dari pejabat sedangkan perancangan ke pasar atau pasar raya cuma esok atau baru ke pasar semalam.

# Tidak memberi arahan jelas kepada suami bila menyuruhnya membeli sesuatu dan kemudian menyalahkan suami.

# Membuat janji temu dan aktiviti sosial tanpa mendapat persetujuan suami sehingga kadangkala ia mengganggu perencanaan yang sudah dibuat.

# Bercakap atau bersembang di telefon dengan rakan pada waktu malam selepas jam 10 dan ketika itu, ia sepatutnya menjadi waktu istirahat anda sekeluarga.

# Menjemput tetamu ke rumah tanpa izin suami sedangkan ia waktu rehat seisi keluarga.

# Berpakaian kusut-masai dengan baju-T terkoyak dan batik lusuh selain rambut tidak terurus serta tanpa sebarang calitan mekap, membuatkan si suami muak untuk pulang ke rumah kerana tiada langsung tarikan.

# Mengambil masa cukup lama apabila bersiap seolah-olah pengantin yang begitu lambat menyiapkan diri, membuatkan suami tertunggu-tunggu dan terus tertidur.

# Sengaja atau tidak sengaja terlupa menyuruh orang gaji atau diri sendiri membasuh atau menggosok pakaian untuk hari berkenaan.

# Sengaja atau tidak menyebelahi anak-anak apabila suami ‘naik angin’ apabila mereka ke rumah rakan seharian atau berminggu-minggu tanpa mengambil tahu atau meminta pandangan suami terlebih dulu.

# Tidak suka mandi dan bersiap awal pada hari cuti. Hanya bersiap apabila diberitahu ada kenduri yang harus dikunjungi. Sebagai isteri, seharusnya sering bersiap rapi supaya sentiasa disenangi suami.

# Suka melengahkan masa apabila hendak solat berjemaah atau beribadah dengan melencong ke dapur, bilik anak-anak atau melakukan perkara lain seolah-olah meremehkan perkara berkaitan ibadah.

# Mengganggu suami yang menonton rancangan televisyen kegemarannya misalnya bola sepak. Ketika itu, ada saja kerja yang minta suami lakukan sehingga menjadi bibit percanggahan pendapat atau punca berlakunya perselisihan faham.

# Asyik bercerita mengenai diri sendiri tanpa memberi peluang pada suami untuk bercerita. Ada kalanya, suami anda juga mahukan perhatian atau berkongsi masalah dan cerita di pejabat.

# Membebel dan berleter tanpa henti mengenai hal yang amat kecil dan diulang tayang setiap hari sehingga menjadikan topik yang memang dibenci suami.

# Suka memfitnah dan menuduh suami tanpa usul periksa dengan gosip atau prejudis sehingga menimbulkan rasa bosan dan kebencian suami.

# Menceritakan hal rumah tangga kepada orang lain dan memburuk-burukkan suami, keturunan atau asal-usul suami dengan tujuan merendahkan martabat suami pada mata orang lain sama ada keluarga, jiran mahupun rakan terdekat.

# Sengaja atau tidak, gagal memasak masakan digemari suami. Bertahun-tahun hidup dengannya, sudah pasti si isteri tahu kesukaan suami atau perkara tidak digemarinya. Sebaliknya, isteri banyak menyakitkan hati suami sehingga sedikit demi sedikit, timbul kebencian di hati suami.

# Meminjamkan harta benda suami kepada orang lain tanpa kebenaran terutama barangan yang amat disayanginya.

25 Responses to Remeh Temeh Punca Perceraian

  1. Sally berkata:

    Seperti biasa, perkara yang selalu ditekankan ialah tabiat isteri tapi masalah si suami yang tidak bertanggungjawab tidak diberi perhatian serius. Tak heranlah lelaki-lelaki Melayu hampeh belaka. Cara berfikiran orang Melayu dan cara didikan orang Melayu terhadap anak lelaki masih tak berubah.

    Rata2 sekarang ni masalahnya suami yang tidak bertanggungjawab, hal isteri2 itu boleh dibawa berbincang dari hati ke hati, tapi masalah suami yang mengabaikan nafkah kenapa tak dibincang secara serius? Padahal suami adalah ketua keluarga.

    Kalau si suami dididik menjadi suami bertanggungjawab, soal2 yang berkaitan isteri boleh diselesaikan secara bijak sebab isteri mesti patuh kepada perintah suami, kalau suami itu pembimbing yang baik.

    Sebab itu walaupun kebanyakan perbincangan banyak menekankan hal2 isteri, perceraian semakin banyak.

    • yus berkata:

      bak kata abg saya, sebaik2 umat adalah umat yang berlaku adil terhadap isterinya.. layanilah isteri sebaik mungkin, si isteri pasti menjadi sebaik2 isteri apabila dilayan dengan penuh kasih-sayang.

  2. one berkata:

    Kelakarnya artikel tersebut, lagi2 si isteri yg tak betul, sekarang jumlah suami yang TIDAK BERTANGGUNGJAWAB dan MENGABAIKAN NAFKAH tidak tebilang dan boleh dikatakan sekarang jumlah ISTERI cum SUAMI memang ramai.Sekarang peranan suami dan ayah memang dipikul oleh wanita sedangkan si suami bersenang lenang, tak payah pikir tentang sewa rumah, kereta, belanja dapur, belanja anak dll. Lelaki sekarang tak de apa2 nilai, hanya TALAK saja ada pada diorang.

  3. effa berkata:

    Mmg benar, perkara remeh temeh menjadi satu kudis yg lama kelamaan akan menjadi barah besar dlm perkhawinan. Peringkat awal mugkin pasangan akan menutup sebelah mata tapi semakin lama akan jadi bosan, benci dn mencari keseronokan diluar. Paling penting setiap pasangan harus saling berbincang tentang apa yg mrk suka dn tidak suka pada pasangan mrk utk mencari satu penyelesaian agar mslh ini tidak menjadi kudis dlm perkahwinan.

  4. Minah Jambu berkata:

    Salam Kawan2..

    Ini adalah petikan dari seorang kawan lelaki saya yang menghargai istrinya…terkedu jugak membacanya…

    Yang terpenting adalah”
    Mereka “MENGANDUNG”
    Mereka “MELAHIRKAN”
    Mereka “MENYUSUKAN”
    Mereka adalah IBU
    Mereka adalah Saudara Perempuan
    Mereka adalah Pasangan Khusus
    Mereka adalah Perindu Hati
    Mereka adalah Pendidik
    Mereka adalah Teman Ketawa dan Menangis
    Mereka adalah satu dalam semua yang ramai didunia yang menjadi ‘PELENGKAPNYA BAGI KAUM ADAM”
    Keistimewaan WANITA adalah sangat menyerlah dan keperibadian mereka tersangatlah mengkagumkan kami kaum ADAM.

    Ketakwaan mereka di ibaratkan syurga dunia yang tak terhingga nikmatnya berpasangan dan kejelikkan mereka di ibaratkan neraka sehingga tinggi mana sekalipun kekuasaan dan kerajaan lelaki, pasti hancur binasa.

    Mereka adalah terlebih dekat dengan “perjanjian syurga yang dijanjikan Allah dan begitu juga neraka”

    Riwayat dan sejarah telah meletakkan mereka sebagai orang ke-2 yang menerima Islam sewaktu orang ramai menafikannya.

    Berbahagialah wahai WANITA dan jadilah diantara mereka yang dijanjikan SYURGA.

  5. Minah Jambu berkata:

    hah lagi satu nie kawan…

    Mengapa WANITA sangat Istimewa……

    Mama dan Papa sedang menonton TV, seraya mama berkata. ‘..i letih la..dah lewat ni, i nak tido lah….’
    Mama pun pegi dapur nak tutup tingkap dapur, nanti masuk pulak lipas…leceh pulak nanti..dah tu, ade pulak rice cooker dalam sink..rendam lepas makan tadi..basuh jap…
    susun pinggan kat rak, lap dapur..terpercik kena sambal masa masak tadi…check air panas dalam flusk..takut habis pulak nanti malam anak nak susu…memang dah kering pun flusk ni, jerang la air…sementara tunggu air masak, nampak pulak bekas gula dah kosong….salin la gula…check bubur untuk anak nak hantar ke taska esok..nasib baik ade lagi…ishh…ni lauk bila ni, semalam…dah beku dah…basuh la kejap….pegi yard, masukkan baju kotor dalam mesin basuh…penat dah ni, besok je la basuh…sidai kaian lap je lah…
    tik…bunyi air dah masak…salin air dalam flusk…ok settle…

    baru teringat tak semayang lagi…on da way nak g bilik, papa tgk tv lagi…nampak pulak beg anak untuk hantar ke taska…check…baju 2 pasang, towel…towel kecik utk selsama…calamine lotion untuk sapu ruam…pampers 4 keping….alamak..telupa pulak masukkan botol…basuh botol jap…ok settle…

    ternampak pulak beg g keje…emm..besok nak pakai beg polo coklat lah, asik2 pakai beg hitam ni je…salin jap barang2 g beg coklat…cek sume 6 poket beg, takut la tetinggal apa2..leceh pulak..selalunya barang yang tertinggal tu la yang nak pakai nanti…hishhh sempit la beg ni…hangin je…nak kena beli ni beg baru…rasenya 25 hb ni Sogo sale nih…mana flyers tadi ek…ha ni die..ok, catit jap kat yellow sticker, nanti lupa..ok settle…

    Tetiba dengar suara papa…’..u buat apa lagi tu..tadi kata nak tido..’….’..yelah nak tido la ni..nak smayang jap…’

    masuk toilet..buat apa2 yang patut…cuci muka dulu..2 jenis lak tu…adoi..gosok gigi…smayang…pakai toner…pakai treatment cream…nak lawa and maintain punya pasal lah ni…
    nanti orang kata baru anak satu dah macam anak 4 pulak…huhuhuhu…

    bukak almari…emmm…pakai baju hijau ni lah besok…gosok kejap..check baju papa, baju papa pun kena gosok jugak ni…kat bilik belakang…
    la, napa komputer ni tak tutup ni..gelas kopi pun ade lagi, dah bersemut dah..ishhh …g dapur, basuh, sambung gosok baju…gantung elok2…kemaskan baju gantung2…masukkan seluar papa yang dah kotor dalam tempat kotor…ok settle..

    dgr suara papa lagi…’..i dah ngantuk ni..’..dalam pada nak masuk ke bilik…owh…pokok aku dah nak mati ni ha..lupa dah 3 hari tak siram…ok, siram jap…check jap pintu ni…sah tak kunci lagi…grill pun tak tutup..ni kalau tak check ni, senang2 je mat indon masuk rompak umah aku…bukak lampu luar..

    ni mainan ni sepah2…masukkan la dalam bakul mainan budak ni…banyak nya…sampai bawah meja makan pun ade…adoi….ok dah …

    ok dah boleh baring…adoi sakitnya pinggang…cium si comel ni kejap…selimutkan die…la..napa basah ni…emm, tukar la pempers ni…tak bagus la brand ni, nanti nak tukar lain la…nanti g Sogo 25 hb ni beli la skali…ok sayang tido k…kalau boleh jangan la bangun tgh malam ni eh..tido sampai pagi k…gud nite..sweet dreams…

    aaahh…sedapnya dapat baring…mana pulak lotion sapu kurus aku nih…ha, ni dia…sambil sapu lotion kurus,,,setkan alarm…setkan program kerja besok…pg kul 9.30 ade meeting..
    ahh…boring…panas pulak lotion nih..dah la…emm..sedapnya lelapkan mata…Ya Allah…terima kasih untuk rezekiMU hari ini,…mohon keberkatan dari mu tuhan…papa pun bangun tutup tv…’…i dah ngantuk sangat ni…nak tido lah…citer pun tak best malam ni, bola pun takde…’…selang seminit …dengar suara papa berkeruh…dah agak dah….

    So?….apa yang peliknya..??

    Anda tahu kenapa wanita hidup lebih lama?…SEBAB ADE BANYAK KERJA NAK KENA BUAT….tu yang tak boleh nak mati cepat tu…

    Hantarkan kepada WANITA yang anda rasa hebat…pasti anda disayangi kerana memahami mereka,
    foward jugak kat lelaki-lelaki so mereka akan hargai emak, isteri, dan kawan 2 dengan lebih baik lagi…

    Tak kira la wanita berkerjaya atau surirumah…setiap wanita adalah istemewa dengan cara mereka sendiri…

    Kalau lelaki mengakui kebenaran ini….hormat dah hargailah mereka…untuk keperibadian dan kebolehan mereka untuk berdikari…

    Psst…tapi aku rasaka nmasih ada lagi satu tertinggal..kekadang tu kerja seorang Ibu/istri lum habis lagi…dok sedap nak tido..pejamkan mata..tiba2 ada jer tangan2 yang “naughty”…hah kerja lagi! Wakakakaka……..bila nak tamat dah!!!

  6. kebayan berkata:

    minah jambu .. nice post .. terima kasih ..hehe

  7. Minah Jambu berkata:

    U r most welcome dear..HIDUP WANITA!!!!

  8. ~ black sweet ~ berkata:

    setuju sgt ngan komen kengkawan semua…especially komen dari One. asyik2 is3 jer nak kna jg hati suami, jg penampilan diri, then masa bilanya pulak suami nak jaga hati is3 dan nk jalankan tanggungjawab terhadap is3. Seolah-olah is3 xde hati dan prasaaan.
    Klo bab bercerai je, nak cari salah is3, nampak sgt penulis article ni terlalu berfikiran sempit… klo pun betul hal remeh temeh jadi punca perceraian, x semestinya hal tersebut berlaku disebabkan oleh pihak is3 semata-mata…. sepatutnya kedua-dua belah pihak patut mengkaji tanggungjawab dan peranan masing2..

    Bagus Minah Jambu, article ko tu wat aku bangga sangat jd seorang is3 dan Ibu!!

    • mayrindu berkata:

      yes black sweeet.. saya setuju sgt.. kita terpaksa jd mrs perfect sdgkan diaorg buat perangai tak apa… tak adil betul.. tapi di dunia ni ada ke lagi keadilan buat seorang wanita?

  9. Syu berkata:

    Yer artikel diatas seolah-olah ada gender biased.

    Bagaimana pula jika istri jaga penampilan dsb manakala suami tidak kisah dgn penampilan? Jika sy surirumah sepenuh masa tdk expose dgn golongan elite dsb takperlah tp kerjaya sy ini cukup mencabar hari2 berjumpa dgn lelaki2 muda 30an bertali leher, berkot segak bergaya. Rasenye mcm nk approach shj mrk.

  10. seri berkata:

    assalamualaikum wbt..hye smue!!seripn setuju gk ngn komen2 kowng smue..asyik2 pompuan gk le yg dslhkn..wat minah jambu..nice comment!!seri suke banget!!hehehe..nk copy,ble x??

  11. jj berkata:

    x penah aku kat sini. tapi suka pulak baca cerpen semalam dalam hidup wanita karya minah j. betul ke ko macam tu minah. tu la ko kalau kawin dengan aku bab sapu krim tu aku boleh tolong

  12. Minah Jambu berkata:

    laa JJ..kau nie tak habies2 nak sapu menyapu…bukan kah aku dah pernah tanya kao..kao sanggup nak tunggu aku lagi 30 tahun? engkoa lum jawab lagi….heheheee….bila kao baca criter kisah semalam tu..dapat tak kao merasakan betapa suci nya istri kao tu….

  13. Minah Jambu berkata:

    syu…hakikat hidup nie memang begitu…semuanya nak lawa2…aku pun. Tapi lawa yang sebenar bukan di mata sayang oi..tapi dihati..pernah dengar kan kekata ini?
    Aku rasa banyak juga nasihat2 yang ramai kawan2 kat sini dah kasi tahu..so terpulang kepada syu..tepuk dada tanya selera….

    psstt…terima kasih lah kat kengkawan atas comment2 luhur u tu tentang my article..sesiapa yang nak copy..sila…kita share ajer mana yang baik2…

  14. dishearthen stalker berkata:

    One mu punyo kato2 ‘the whole things..nothing but the truth’,jo kato… kalau hukum membolehkan dah lamo dia kawin pakai dan buang…..kita hidup nak senang..yg bayk masaalah tu gerudi puas 2 lepas tu ..syayonara la..tak payah nak poning sampai botak…macam mana pun ONE u memang ado pemikiran-experiences terbukak seluor laa…apa kan dayo hukum tidak membolehkan….

  15. yus berkata:

    bak kata abg saya, sebaik2 umat adalah umat yang berlaku adil terhadap isterinya.. layanilah isteri sebaik mungkin, si isteri pasti menjadi sebaik2 isteri apabila dilayan dengan penuh kasih-sayang.

    fahammmm…pi belajar solat..solat pun tak betul, nak betulkan isteri.. guane mu nih!

  16. kumbang berkata:

    lawakla korang nyer komen .Bacalah kitab agama banyak sikit .
    Amat mudah untuk isteri masuk syurga sbnrnya .
    Patut pada Allah,puasa,solat dan taat pada Suami.
    Gerenti masuk syurga nyer .tapi in realiti,isteri banyak yang derhaka,xtahu kenapa ..
    Susah sgt ker nak taat pada suami sendiri ? ..

  17. cici berkata:

    salam,
    nape plak semua ape yg diperkatakan tu seolah2 menyalahkan wanita? caner pula dgn lelaki? semua entry tu ditujukan peringatan dan kesalahan wanita. tak adil lah…

  18. iskandar berkata:

    salam..saudara kumbang..sy xmenyebelahi kaum adam ataupn hawa.kalau wanita bersuami kan en kumbang atau sewaktu dgnya..insyaAllah..aman dunia&bahagia hingga ke syurga(spt dijanjikan Allah).xada mcm2 case kita dgr..

    toleransi kedua blh pihak penting,sm2 rs ada t/jwb setelah sm2 bersetuju lafaz “aku terima nikahnya”..

    Allah Maha adil..kita sm2 muhasabah dlm diri masing2.kita sume x sepurna t’msk sy sbg insan yg lmh..ada betul saudara kumbang ckp..rujuklah kitab agama yg byk dijual dikedai2 buku&ustaz..tp timbul pulak masing2 tuding jari..sape yg patut kena belajar/tambah ilmu..sume belagak pandai&xperlu nk belajar..benda spt ni macam 1 barah dlm kehidupan kita sekarang ni..

    jadi sama2 kita muhasabah diri..lps doa(solat)..renungkan diri kita ni betapa kerdil&lemahnya kita.betulkan diri sebelum kita betulkan org lain.kita xnmpk kelemahan diri kita melainkan org lain/sekeliling kita..
    –hehe..sy emo ke??..sorry..benda yg baik dr Allah..yg salah, dgn rs rendh dr sy mohon maaf..salam.

    sorry bro kumbang..wanita/isteri ibarat layang2..mmm..

    -iskandar-

  19. adeq nor berkata:

    salam… sayapun da masalah dlm rumahtangga. suami saya memang seorang yang baik sebelum berkahwin, slalu buat kelakar n menyenagkan hati. selepas kahwin dan ada anak, dia berubah sama sekali. saya masih belajar dan dia dah bekerja.saya disabah dan suami di sarawak. dia kadang-kadang tak send mesej dgn saya sampai 2bln. kalau nak kol apatah lagi. dia slalu macam tu. bila saya tanya napa tak hanta msj, dia akan cakap dia bizy n tak da bauat pa-pa. malas saya nak dgr alsan y tak masuk dek akal. saya kuatkan semangat untuk leraikan kekusutan, p, hanya saya seorang yang nak memperkuatkan hubungan kami. dia hanya diamkan diri je. saya bosan. saya seorang isteri. saya nak kasih sayang dan pedrhatian. bikan saya patung yang tak dilayan. kadang2 dia suka berkata kasar dgn saya. saya dah naik bosan n muak. saya dah tahu nak buat apa lgi.

  20. mayrindu berkata:

    salam…
    saya juga seperti kwn2 yg ada prob rumahtangga. kami kawin 19taun lalu. nak kata cinta giler tak lah. saya paksa diri belajar sygkan dia bila hub dgn pakwe lama dpt tentangan kuarga. anak kami 4 org. suami tak pandai amik ati. sekecil2 pkara boleh bangkitkan kemarahan dia. wlaupun tak pernah naik tangan pd saya, anak2 memang pernah kena terutama yg sulung. d takdirkan anak2 alhamdulillah pandai n baik. kerana tak mau jadi gaduh,semua barannya saya diamkan je. tp lama2 hati saya jd keras n tawar. kami jarang kuar bsama sebab anak2 sekolah n bila kuar, ada je bnda2 kecik yg jd kmarahan dia. saya dah fedup sesgt. esok aniversary kami ke 19 tapi saya tak punya rasa lg. saya bekerja n boleh dikategori wanita yg bergaya n cantik(bukan puji diri tp kwn2 yg selalu puji) walaupun gitu saya x penah ada affair dsbgainya. dia juga begitu tapi yg tak tahan kecerewetannya n ke tidak sensitifan dia thdp perasaan saya. lepas menyakitkan hati sya dia ingat saya boleh forgive n forget tapi susahnya sebab bnda yg sama akan berulang2. Hati wnaita ni sgt mudah terluka. segala yg dipendam dah jd api dalam sekam. skrg saya mula memikirkan utk berpisah dgn dia. dia slalu mengecil2kan anak2 n saya. dia aje yg pandai padahal dia hanya pemandu sdgkan saya ada ijazah n anak2 semua cemerlang dalam pelajaran. sgt sakit hati bila dia aje yg betul. mengecil2kan org lain dan sgt kedekut dgn kerja2 kebajikan. menumpangkan anak jiran pun boleh jadi isu besar. saya tak fhm hatinya tapi yg pasti hati saya dah tawar dgnnya. saya lebih bahagia bila bersendiri dgn anak2. bbila dia balik keja je, kami jd tak seronok sebab ada je yg tak kena. tolonglah kawan2. saya perlukan pendapat n pandangan kwn2 terutama yg ada pengalaman melalui idup dgn suami yg hot temper mcm suami saya

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 344 other followers

%d bloggers like this: