Cara Membuat Makjun Manjakani

makjunSaya sedang mencari-cari ramuan atau resepi untuk membuat makjun berasaskan manjakani untuk kesihatan wanita. Makjun yang saya maksudkan adalah makjun asli tradisional yang lembab basah dan digentel menjadi bebola hitam. Saya hairan macam mana nak buat manjakani atau apa2 ramuan rempah tu jadi macam pes dan boleh digentel. Manjakani tu perlu direbus atau ditumbuk? Boleh dikisar dengan blender? Maaf ye, saya memang tak tau pasal pembuatan makjun.

Tujuan saya adalah untuk membuat makjun sendiri di rumah untuk kegunaan sendiri dan keluarga sahaja. Saya cuba surf untuk mendapatkan maklumat, tapi tak dapat2…huhuhu…

Jadi, ada sesiapa yang boleh kongsi, harap sangatlah dapat memberitahu di ruangan komen.

Terima kasih!

Admin,
Haniey
dearhaniey@yahoo.com

—————————————

Petua Menegangkan Kulit Yang Kendur

manjakaniRamai wanita akan risau bila melihat kulit mula kendur. Bimbang andai kata perhatian suami akan mula beralih arah. Antara cara untuk melambatkan masalah kulit kendur bukan sahaja di bahagian muka, tetapi juga seluruh badan ialah dengan menggunakan buah manjakani. Buah ini bukan sahaja bagus untuk tujuan merapatkan otot vagina wanita tetapi juga berguna untuk petua kecantikan lainnya.

Cara:
Dapatkan buah manjakani. Boleh dibeli di pasar atau kedai-kedai India. Rebus beberapa biji buah manjakani sampai lembut. Anggaran cukup untuk kegunaan seluruh badan. Apabila sudah lembut dan bila dipicit, mengeluarkan lendir atau getahnya, lumurkan getah itu diseluruh muka, dan anggota badan lainnya seperti buah dada, perut, paha dan lengan. Biarkan sampai kering. Kemudian bolehlah mandi. Elok diamalkan setiap hari sama ada sebelah pagi sebelum mandi atau sebelah petang.

Selamat mencuba.

MANJAKANI BUAH AJAIB

Manjakani telah digunakan secara meluas sebagai bahan dalam pengubatan tradisional sejak berabad-abad lalu oleh orang-orang Arab, Parsi, India, Cina dan Melayu. Malahan ia dipercayai telah mula digunakan sejak 2725 SM oleh orang-orang Mesir Purba.

Menurut kajian, manjakani terbaik ialah yang dikenali sebagai Manjakani Mekah atau Manjakani Allepo yang berasal dari daerah Allepo di Syria. Ia terbentuk apabila daun-daun pokok yang dikenali sebagai quercus infectoria (nama saintifik) dihinggapi oleh sejenis spesies penyengat yang dikenali sebagai cynipstinctorial atau cynips gallaetinctoria.

Keberkesanan manjakani ini telah lama terbukti terutama dalam merawat keputihan, sakit tekak, ulser dan masalah kulit.

Kajian menunjukkan bahawa manjakani adalah kaya dengan tannin, asid tanik, antioksidan, vitamin (terutama vitamin A dan C), kalsium, besi, serat, protein dan karbohidrat. Selain itu ia juga mengandungi unsur-unsur seperti astringen, anti-microbial dan anti-radang. Kandungan taninnya yang tinggi menyebabkan manjakani digunakan secara meluas dalam perubatan tradisional, terutama untuk penggunaan selepas bersalin bagi mengetatkan rahim dan otot vagina yang mungkin kendur ataupun longgar akibat proses bersalin. Kajian membuktikan bahawa unsur astringen dalam manjakani dapat membantu mengencangkan otot dinding vagina dan mengembalikan keanjalan.

Berikut adalah antara kegunaan manjakani dalam pengubatan:-

– Awet Muda : Antioksidan dalam manjakani boleh melambatkan proses penuaan sel.
– Pencegahan Kencing Manis : Asid galik boleh mencegah kencing manis dan lelah.
– Pencegahan barah payudara dan rahim : Antioksidan dalam manjakani boleh mencegah barah buah dada dan barah rahim.
– Pencegahan bau yang tidak diingini : Oleh kerana manjakani bersifat astringen, ia boleh membasmi bakteria dan kuman yang mengakibatkan bau yang tidak selesa pada faraj.
– Merawat otot-otot di dalam faraj : Tannin yang terdapat di dalam manjakani mempunyai sifat menegangkan semula otot-otot dalam faraj dan menyebabkan faraj menjadi sempit semula.
– Mengawal lendir dan lelehan faraj : Astringen juga mampu menyerap segala lendir dan lelehan pada faraj yang boleh menyebabkan bau yang tidak selesa.
– Membersihkan lelehan haid dan nifas : Astringen juga mampu menyerap lebihan darah haid dan nifas.
– Mengecutkan semula tisu-tisu : Astringen juga mengecutkan semula tisu-tisu di dalam faraj terutamanya selepas bersalin.
– Menegangkan dan mencantikkan kulit : Astringen dalam manjakani boleh mencantikkan kulit dan mencegah jerawat.
– Mata yang sihat : Astringen terbukti dapat memberikan penglihatan yang jelas kerana ia mengecutkan tisu-tisu pada mata.
– Rawatan payudara : Oleh kerana manjakani mempunyai sifat-sifat menegangkan kembali otot-otot, maka amalan meminum minuman bermanjakani dapat memperbaiki payu dara yang telah hilang kekenyalannya.
– Gigi dan tulang : Kalsium dalam manjakani boleh membantu menguatkan gigi dan tulang.
– Mulut : Astringen dalam manjakani mengekalkan kebersihan mulut.
– Kulit kering dan berminyak : Astringen juga dapat mengawal kulit kering dan berminyak.
– Perawatan kronik ulser : Amalan meminum minuman manjakani juga boleh merawat kronik ulser.
– Pelbagai khasiat makanan : Disebabkan manjakani mempunyai serat makanan ia dapat melawaskan pembuangan air besar. Vitamin dan zat galian serta karbohidrat dan protein boleh memupuk kesihatan

Sumber: Mingguan Wanita – 1 Mac 2004

108 thoughts on “Cara Membuat Makjun Manjakani

  1. Boleh buat sdr dng tumbuk dulu manjakani smpai pecah2 lps tu baru blender kering sampai jd serbuk halus. thn disimpan kering. bila nak makan gintil dng madu. Klu suka keringkan halia bara, cekur , kunyit kmdian blend kering bole + utk bagi panas bdn n melancarkan darah serta buang angin n toksid dlm bdn. GOOD LUCK

  2. kami mmg tahu macamana nak buat makjun tersebut…jika mahu cara membuatnya silalah hubungi e=mail diatas.terima kasih

  3. assalamualaikum..,
    kepada yang berminat untuk mengetahui cara pembuatan makjun?ianya amat mudah,murah dan selamat digunakan.berikut adalah resepi pembuatan makjun turun temurun dari keluarga saya.:
    1.rempah ratus
    2.buah manjakani(untuk kegunaan wanita)
    3.buah pala
    4.cengkih
    5.madu
    6.minyak sapi
    7.kulit kayu manis
    8.halia (jika perlu)
    caranya penyediaannya:
    1.sebatikan rempah ratus dengan cengkih,kulit kayu manis,buah pala,buah manjakani(utk perempuan) yg telah diproses(dikisar halus)
    2.ambil sebanyak mana perlu dan gaulkan dengan madu.
    3.masak di atas kuali sehingga kelihatan kehitaman dengan menggunakan minyak sapi.
    nah,sekarang masanya untuk menggentel..

    selamat mencuba..

  4. selepas kita dh gunakan rebus buah mnjakani…
    air rebusan tu boleh di gunakan atau pon tdak???

  5. bnyak yg sy nak tau tntg manjakani ni,kulit dia tu mmg kna buang ke?bru ni sy xtau sy tlan skali kulit2 tu….kalau nak rebus utk minum air dia kuantiti dia mcm mana plak….kalau yg asah kat pasu tu kna buang kulit dulu ke?

  6. eh saya buat makjun manjakani serbuk manjakani tu saya x masak saya blender halus2 seperti tepung,pas tu kita + dengan sedikit,kita gentel.lpas tu kita jemur,mesti dimasak ke lagi al-khairid..plz email kan kat saya izzati_1906@yahoo.com

  7. Baru tau khasiat manjakani begitu bnyak,thanks infony. Tapi bagaimana cara mengolahnya?apakah dimakan langsung begitu saja?tolong dibantu ya..

  8. rebuskan 2 biji buah manjakani,pinang,daun sireh..masukkan air .rebus sehingga tinggal separuh..minum dan basuh di kemaluan .amalkan selalu gerenti suami sayang

  9. Hi. Salam. Saya ada jual homemade produk manjakani. 100% buah manjakani tanpa campuran apa2 bahan pon. ASLI DAN TULEN ok.. ^_^
    1) Pure Ground ManjaQani Kapsul
    2) Pure Ground ManjaQani Serbuk
    Boleh lawati http://www.facebook.com/manjaqani
    ATAU sms/wa 0199969221 Pn. Madah
    ATAU Instagram @ladywada #manjaqani

    Ada menawarkan pakej harga terbaik utk anda tau.. Dapatkan sekarang!!

    Kelebihan Pure Ground ManjaQani:
    ○ 100% kisaran halus buah Manjakani tanpa campuran
    ● Tiada bahan kimia & pengawet
    ○ Tiada rasa pahit
    ● Mudah, tak perlu merebus/stim
    ○ Lebih kosentrasi
    ● Lebih berkesan berbanding air rebusan
    ○ Produk bumiputera dijamin halal
    ● Proses yang bersih
    ○ Selamat utk ibu menyusu (disarankan untuk bayi yang sihat, tiada jaundis & telah tanggal tali pusat)

    KHASIAT PURE GROUND MANJAQANI:
    □ Merawat keputihan & bau
    ■ Melancarkan haid & nifas
    □ Memulihkan luka dalam & luar bersalin
    ■ Wanita berpantang bersalin normal, pembedahan & keguguran
    □ Membuang lebihan haid & nifas
    ■ Mengetatkan tisu otot ‘MisVee’
    □ Awet muda
    ■ Merawat jerawat & kulit muka
    □ Menganjalkan kulit, punggung & payudara
    ■ Merawat masalah sakit & sengal badan
    □ Membantu merawat gout, buasir, jangkitan saluran kencing & masalah menahan kencing (urinary tract)
    ■ Mencegah diabetes, gout, buasir, kanser payudara & serviks
    □ Merawat masalah bau badan & mulut
    ■ Merawat ulser
    □ Mengembalikan keintiman hubungan suami & isteri

  10. Najwa Ada jual maajun org kampung asli
    100 biji rm 20 sahajaaa
    Sesuai untuk semua terutama ibu2 lepas bersalin,buang angin,keintiman suami isteri,untuk lenguh2 urat dan sakit2 belakang..
    Berminat SMS atau call 0179423983
    Facebook
    Najwa eclipse

  11. Blh bagi full resipi? Rempah ratus tu mcm mana? Malah manjakani pun tak tau mana nak cari. Sukatan pula? Blh email saya d Lailaelley86@yahoo.com.sg…. Tlg ya. Dulu saya sakit. Org bagi saya cuba mkn majun. Ok dah. Tapi Skrg sakit lg. Nak beli, org tu pun tak buat lg. Dah tua. Tlg ya…

  12. Assalamualaikum.. Sy minat nk tau pasal pembuatan maajun..ada sesiapa yg boleh ajar saya.. Terima kasih
    Email sy: rohaya.kamal@ yahoo.com

  13. Kalau tak keberatan,saya pun nak resepi penuh majun manjakani tu….nak buat sendiri…terima kasih

  14. Assalamualaikum..mohon share cara buat majun dengan saya. Saya pun nak buat sendiri….alongumi alongumi45@gmail com.

  15. Salam semua,
    Kak Nam mengusahakan ramuan jamu/maajun homemade. Bahan utama Manjakani. Ramuan asli dari bidan kampung. Boleh call/wasap akak 0193202122.
    Sangat baik untuk yg selalu sakit tumit awal pagi dan masalah dalaman wanita.

  16. Assalam?…
    Saya dh lama mencari resepi serta cara-cara untuk buat majun sendiri…
    Jika ada sapa2 yg tahu serta pandai mohon untk kongsi @ ajar sy…..
    Mudah2an…akan di balas dengn sebaaik2 blasan tuhan nati…..
    “Sebaik-baik manusia adlah manusia yg memberi manfaat pd org lain”
    norslucky78@gmail.com

  17. Salam semua….berminat nak bljr sdri wat makjun manjakani tpi xde resepi lengkap..ada sape2 blh tlong…buat sdri lgi slamat dan meyakinkan..email saya
    nurainimahmud179 @gmail.com

  18. Saya sudah sering mengamalkan buah majakani ini tapi hasilnya belum pernah keliatan, apakah ada yang pernah mengamalkannya dan berhasil?

Tinggalkan Jawapan kepada Haniey Batal balasan