Nikmat suami muda

Selepas hangat dengan kes perceraian, kini muncul satu lagi ‘warna-warni’ dalam dunia hiburan tanah air apabila secara kebetulan dan tanpa dirancang ramai artis wanita memilih lelaki muda sebagai suami.

Berdasarkan pemantauan, lima artis dan seorang personaliti televisyen wanita memilih suami yang jarak usia jauh lebih muda berbanding mereka.

Menduduki senarai teratas trend berkahwin dengan ‘pucuk muda’ ialah pelakon, Rosnah Mat Aris, 54, yang memilih lelaki bujang, Tajul Efendie Isa, 28. Perbezaan umur di antara mereka ialah 26 tahun.

Ini diikuti Khalidah Adibah Ahmad, 52, atau nama komersialnya, Aida Radzwil yang berkahwin dengan Joe Radzwill, 39, pada 2002 (beza 13 tahun).

Mereka disusuli pelakon jelita, Rita Rudaini Mokhtar, 33, dan pemain bola sepak kebangsaan, Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak, 22, (beza 11 tahun) melalui perkahwinan mereka yang mencetus kontroversi hujung tahun lalu.

Seterusnya, penyanyi dangdut, Rashidah Hamid atau lebih dikenali sebagai Sheeda, 40-an dan guru, Shukri Hashim 30-an (beza 10 tahun) serta personaliti TV3, Azizah Ariffin, 40, dan Eksekutif Pemasaran di Jabatan Pemasaran TV3, Mohd Khafairil Mohd Khalil 30, (beza 10 tahun).

Pasangan terbaru yang memasuki senarai ialah pelakon Tengku Iskhan Shah Tengku Haidar atau Que Haidar, 30, dan koreografer popular, Linda Jasmine Hashim, 37 (beza tujuh tahun), yang selamat mendirikan rumah tangga semalam.

Rosnah ketika dihubungi berkata, tiada bezanya berkahwin dengan lelaki lebih muda kerana tanggungjawabnya tetap sama.

Kata Rosnah, dia berkahwin kerana jodoh dan bukan ada sebab lain yang mendorongnya memilih lelaki muda.

“Jika kahwin dengan lelaki sama usia atau lebih tua dari kita, ia tetap sama. Saya tiada masalah kahwin dengan lelaki yang jauh lebih muda dari saya.

“Blue (Tajul Efendie) sangat matang walaupun usianya jauh lebih muda dari saya. Justeru, kami mempunyai persefahaman antara satu sama lain,” katanya.

Menurut Rosnah, dia bukan memilih lelaki lebih muda untuk ‘berseronok’.

“Kalau fikir nak seronok, baik saya tak payah kahwin. Perkahwinan memerlukan kita menjaga suami dan melaksanakan tanggungjawab sebagai isteri,” katanya yang sebelum ini mencetuskan kontroversi apabila pada awalnya menafikan berkahwin, sebelum akhirnya mengakuinya.

Rosnah berkata, kehidupan suami isteri yang dilaluinya sama dengan pasangan lain dan dia turut mengecapi bahagia.

“Walaupun masing-masing sibuk, dia (Blue) balik malam dan saya juga balik malam, tetapi kami memanfaatkan masa terluang bersama.

“Paling menyeronokkan, kami kerap meluangkan masa masuk ke dalam hutan untuk memburu. Ini pengalaman baru yang belum pernah saya lalui sebelum berkahwin dengannya,” katanya.

Sejak berkahwin dengan Blue, rezeki Rosnah nampaknya semakin bertambah apabila kini dia dan suami memulakan perniagaan produk kosmetik dan kolam ikan. Bagaimanapun, permintaan Metro Ahad untuk mengambil gambarnya bersama suami tidak dapat dipenuhi.

“Suami saya tak mahu glamor,” kata Rosnah.

Bagi Sheeda pula, tidak timbul perasaan bangga dalam dirinya apabila jodoh kali ketiganya ditakdirkan dengan seorang guru yang 10 tahun lebih muda darinya.

“Saya berkahwin dengan suami lebih muda bukan untuk berbangga, tetapi ia jodoh yang ditetapkan. Jika ada yang beranggapan saya mengamalkan petua tertentu untuk memikat lelaki muda, ia tidak benar kerana saya tidak berbuat demikian,” katanya.

Menurut Sheeda, perkahwinannya juga diibaratkan seperti ungkapan ‘cinta tak mengenal usia’ sambil memberitahu, bukan mudah untuk dia dan suami ke jinjang pelamin kerana mereka bukan saja mendapat tentangan keluarga, tetapi masyarakat.

“Lima enam bulan sebelum berkahwin, kami menderita juga. Saya perlu meyakinkan keluarga suami dan suami perlu meyakinkan keluarga saya.

“Saya juga perlu meyakinkan penduduk kampung suami yang pada mulanya memandang serong hubungan kami. Akhirnya berkat kesabaran, bukan saja keluarga suami, tetapi penduduk kampung suami merestui perkahwinan kami. Begitu juga keluarga saya,” katanya.

Sheeda berkata, kejujuran adalah faktor paling penting dalam menjamin kerukunan rumah tangga, apatah lagi apabila berkahwin dengan suami yang lebih muda.

“Kalau tak jujur, apa dilakukan memang tidak akan menjadi. Suami pula meyakinkan saya dengan memberitahu terimalah dia seadanya,” katanya.

Menurut Sheeda, perkahwinan dengan suami ketiganya bagaikan membuka lembaran baru dalam hidupnya.

“Sebelum ini saya bukan orang berniaga, tetapi dia bijak mengajar saya. Kini saya mampu mempunyai produk sendiri, iaitu Kopi Dangdut Kacip Fatimah dan album yang diedarkan sendiri tanpa perantaraan syarikat rakaman,” katanya.

Azizah pula menyifatkan umur hanya angka dan bukan faktor utama yang membolehkan perkahwinan itu berkekalan atau sebaliknya.

Menurutnya, ada isteri mendapat suami agak berumur tetapi tetap berpisah, dan kerana itu dia beranggapan faktor usia tidak boleh dijadikan ukuran keharmonian rumah tangga.

“Saya dan suami tidak pernah ada masalah berkaitan umur ketika mahu melangsungkan perkahwinan hinggalah kami disatukan sebagai suami isteri.

“Saya bersyukur suami seorang yang memahami dan tidak pernah menjadikan faktor umur sebagai tembok pemisah untuk kami hidup bahagia seperti pasangan lain,” katanya.

Menurut Azizah, dia dan suami percaya persefahaman, kesabaran dan perbincangan perlu ada dalam hubungan suami isteri bagi memastikan tiada pihak membuat keputusan yang boleh mengguris hati pihak lain demi keharmonian rumah tangga.

Pada masa sama, Azizah turut memaklumkan, mungkin lelaki muda menerima jodoh bersama wanita lebih berusia kerana sifat tertentu wanita berkenaan yang menambat hati mereka.

“Dalam hal suami saya, saya tahu dia pernah mempunyai teman wanita yang juga lebih berusia darinya.

“Mungkin dia mahukan wanita berusia kerana matang dalam pelbagai perkara. Saya pernah melayari bahtera rumah tangga dan ada sedikit pengalaman boleh digunakan untuk kebahagiaan kami bersama,” katanya.

Berkaitan pandangan masyarakat, Azizah berkata, jika diikutkan apa yang dikatakan oleh orang di sekeliling, pasti semuanya salah dan dia serta suami tidak mungkin bersatu.

Katanya, masyarakat ada sebab sendiri untuk memandang serong atau menyokong sesuatu perkahwinan membabitkan isteri lebih berusia dari suami.

“Ada rakan sekerja saya bercakap bukan-bukan di belakang saya ketika hari perkahwinan sudah hampir, tetapi saya buat tidak tahu kerana yang mahu berkahwin adalah saya, bukan mereka.

“Pada saya, yang penting dalam perkahwinan kami ialah kasih sayang suami isteri serta anak, restu keluarga, saling memahami selain yakin pada jodoh ditentukan Allah SWT kerana kita akan menjadi lebih baik dari semalam jika semua itu ada,” katanya.

Bagi Rita pula, dia pernah memaklumkan sebelum ini bahawa hati kecilnya sedikit pun tidak berdetik rasa kesal kerana baginya menjadi isteri kepada lelaki yang sangat dicintai ibarat mimpi menjadi kenyataan.

“Doa kami berdua akhirnya dimakbulkan Tuhan walaupun banyak rintangan perlu dihadapi membabitkan pelbagai perkara sepanjang tiga tahun bercinta,” katanya.

Suaminya, Aidil juga mengeluarkan kenyataan sebelum ini bahawa dia tidak pernah memikirkan soal umur atau statusnya dalam memilih pasangan hidup, asalkan dalam diri wanita itu ada ciri-ciri yang dia mahukan.

“Saya bukan lelaki cerewet walaupun pada zahirnya ada yang membuat andaian begitu. Ada juga yang kata saya memilihnya kerana Rita artis popular.

“Bagaimanapun kalau hendak diikutkan, beristerikan orang popular lagi susah kerana tekanan dari luar lebih banyak. Cuma sepanjang tiga tahun mengenali hati budinya, Rita wanita yang berbeza berbanding gambaran mengenai selebriti yang sering kita dengar,” katanya.

Menurut Aidil, mereka ada beberapa persamaan seperti bersikap sederhana, tidak suka keluar rumah jika tiada urusan kerja dan pelbagai lagi.

Aidil juga yakin mahu memperisterikan Rita kerana dia wanita matang, memahami kerjaya dan dirinya.

“Tanggapan orang bahawa perkahwinan dengan artis tidak menjanjikan kebahagiaan berpanjangan, rasanya tidak benar kerana saya percaya keikhlasan dalam setiap hubungan akan menjadikan kita kuat untuk berdepan apa saja masalah,” katanya.

Bagi aktres, Aida Radzwill pula, hidup dengan berlandaskan hukum agama menjadi pegangannya dalam melayari kehidupan berumah tangga.

“Kahwin lelaki muda, sama usia atau lebih tua, cabarannya tetap sama. Kita perlu jujur dengan diri sendiri dan berpegang kepada ajaran Islam,” katanya yang meniti kehidupan bahagia bersama Joe kira-kira tujuh tahun.

Menurut Aida, dia bersyukur Joe memahaminya dan bersedia untuk mendengar kata-katanya.

“Walaupun dia lebih muda, sikapnya matang. Dia boleh mendengar kata-kata saya dan kami sentiasa berbincang. Segala keputusan dalam sesuatu perkara, kami lakukan bersama,” katanya yang kini bertudung.

Sementara itu, jika ‘rekod silam’ dijadikan perbandingan jarak usia paling jauh di antara suami dan isteri, ternyata Rosnah ‘tewas’ dengan pelakon drama Aripah Damanhuri yang kini berusia 60 tahun.

Ini kerana Aripah pernah berkahwin dengan lelaki bujang yang jarak usia 32 tahun lebih muda darinya.

Aripah berkahwin dengan Norhariman Muhamad pada 21 Mei 1999 ketika dia berusia 50 tahun dan suaminya berusia 18 tahun.

Bagaimanapun, jodoh mereka tidak berpanjangan apabila pada 24 Oktober 2008, mahkamah mengesahkan permohonan lafaz cerai yang difailkan bekas suaminya.

Info

> Azizah Ariffin dan Mohd Khafairil Mohd Khalil atau lebih dikenali sebagai Fairil dinikahkan pada 18 Ogos 2007 di kediaman Azizah di Bandar Utama.

> Rita Rudaini Mokhtar dan Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak berkahwin di Songkhla, Thailand pada 25 Februari 2008.

> Rashidah Hamid atau lebih dikenali sebagai Sheeda dan Shukri Hashim bernikah pada 7 Oktober 2008 di kampung Sheeda di Kampung Pasir Pekan, Kelantan.

> Rosnah Mat Aris dan Tajul Efendie Isa dinikahkan pada 13 November 2008 di Masjid Al-Khairiah, Taman Sri Gombak, Selangor.

> Tengku Iskhan Shah Tengku Haidar atau Que Haidar dan Linda Jasmine Hashim dinikahkan pada 14 Februari di Restoran Bora Ombak, Jalan Ampang.

Oleh NAZARALI SAERIL, ASMIZAN MOHD SAMIRAN dan MOHD NASIF BADARUDDIN

13 Responses to Nikmat suami muda

  1. denaihati berkata:

    emmm..menarik juga ni.

  2. ajak berkata:

    biarlah , dah jodoh, hati dan perasaan siapa yang tahu, lelaki nak mampus kawin anak dara sunti pun ada , wokkundur kawin org bujang pun ada, dah jodoh, allah yang tetapkan

  3. gingerdgreat berkata:

    kalau dah sama-sama suka, apa salahnya. asalkan tanggungjawab suami isteri dapat dilaksanakan. yang penting ketua keluarga. kalau suami betul, betullah isteri dan anak-anak. kalau suamipun menyimpang, lagilah isteri dan anak-anak! bukankah tanggungjawab suami yang lebih berat dalam perkahwinan.
    A good marriage must be created.
    In art of marriage the little things are big things.
    It is never being too old to hold hands.
    It is remembering to say, “I love you,” at least once each day. It is never going to sleep angry.
    It is having a mutual sense of values and common objectives. It is standing together facing the world.
    It is forming a circle of love that gathers in the whole family. It is speaking words of appreciation and demonstrating gratitude in thoughtful ways. It is having the capacity to forgive and forget. It is giving each other an atmosphere in which each can grow. It is finding room for the things of the spirit.
    It is common search for the good and the beautiful.
    It is not only marrying the right partner, It is being the right partner.

  4. serina berkata:

    Tak jadi masalah kahwin orang muda ke orang tua….semua sama. Yang penting hati suka, rasa bahagia bersama…ada persefahaman…rasa serasi dan fikir itulah pasangan hidup paling sesuai untuk seseorang berkongsi segalanya dan boleh melayari bahtera perkahwinan hingga akhir hayat….Yang lagi penting …. sah dan tak melanggar hukum Allah.

    Moga perkahwinan kekal abadi….

  5. beautifulmaria berkata:

    Paling penting dalam perkahwinan ialah sehati sejiwa, bersefahaman dan selalu berbincang dalam tenang. Selalu hormat menghormati dan mempercayai antara satu sama lain. Kalau boleh buat sama-sama…tolong menolong dari A sampai Z.

    Bila sama-sama balik kerja janganlah biarkan isteri seorang diri di dapur manakala suami duduk senang lenang bersantai. Isteri pula jangan mudah melenting tak tentu arah…diplomasi beb…dan doa selalu agar rumah tangga kekal hingga ahkir hayat….

    JODOH PERTEMUAN DITANGAN TUHAN…tetapi kita mempunyai akal untuk berfikir…

    lu fikirlah sendiri..

  6. jj berkata:

    muda ke tua ke janji dapat main. okkk la tu

  7. Nujumbelalang berkata:

    JJ..tak selera la aku dgn yang tua..agak nya budak muda la ni sonok di manja /belai dgn wanita matang kut..maklum la pompuan matang ni ayat pun power..
    untuk long term..mmg akan terasa jemu..yang pompuan dah monopos..kering pulak jenuh la ..masa tu mata mula cerah nak cari awek muda pulak..

    tapi apa pun pada aku ..tabik spring la mana2 pompuan yang dapat laki muda..baru bekas laki lama telan ayaq lioq..baru padan muka..

  8. Nujumbelalang berkata:

    haa hang pa tengok apa kata rosnah arip tu..sonok kata nya bila dapat pi hutan berburu..tu yang dok jadi kat aku la ni..
    dok pi berburu tu pun bukan nya dapat sangat pun..jenuh juga guna macm2 teknik ..kalau dapat napoh , landak , kancil dah kira ok dah tu..

    sebenaq nya dok dalam hutan mmg menyeronokkan ..suasana malam dalam takut2 seram dsb nya ..bila ada pulak awek teman..adoii la la tu jadi perkasa dan berani..tak caya coba la..

  9. jj berkata:

    nujum.. hang jangan ingat pompuan la macam dulu. tah apa yang depa dok makan. ayaq sentiasa ada. basah jer manjang.

  10. serina berkata:

    hmmm…dunia……….

  11. tipah berkata:

    amboi jj lancang hang ni ..mak hang tu pompuan jugak tau ..hang kata kata pompuan sama juga hang kata kat mak hang dan adik adik perempuan hang .. hormati sikit kami kat sini ..

  12. kasmabotty berkata:

    takiro lah mudo ke tuo asal naik tahan lamo..tampa tongkat langit dah lah..

  13. surimanja berkata:

    ermm biarlah mereka…. asalkan bahagia. kita x leh sangkal jodoh orang…so kita xleh kata pada diorang manalah tahu nnty kita plak jd cm tu… mgkin dah jodoh nak wat mcmmana

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 351 other followers

%d bloggers like this: