Isteri ego punca suami cari lain

Pembaca mungkin telah banyak membaca masalah, penderitaan dan isu-isu berkaitan wanita hidup bermadu. Daripada banyak pandangan yang diberikan rasa-rasanya cuma satu dua sahaja wanita yang dimadukan berasa bahagia dan selesa hidupnya dipoligamikan. Kebanyakannya rata-rata mereka melahirkan rasa tidak puas hati, kecewa dan menderita bukan sahaja melibatkan diri mereka tetapi anak-anak turut menjadi mangsa.

Namun tidak dinafikan mungkin ada yang berasa bahagia, tetapi tidak mahu pengalamannya dipaparkan di ruangan ini untuk kita sama-sama melihatnya dengan hati dan mata lebih terbuka.

Bagaimanapun penulis kurang menerima pandangan daripada kaum lelaki yang berpoligami kalau adapun yang mengirimkan, jumlah mereka terlalu kecil berbanding wanita. Kebanyakan surat, e-mel mahupun faks yang diterima daripada kaum wanita sentiasa menceritakan masalah hidup bila suami kahwin lagi.

Seorang suri rumah, Cik Wan memberikan sebab mengapa kaum lelaki kurang memberi pandangan. Katanya, kerana mereka tidak menghadapi masalah berpoligami, sebab mereka yang menerima padah bermadu adalah wanita, ada antara isteri yang ditinggalkan tanpa nafkah, ada juga yang terpaksa ikat perut kerana suami kurangkan duit belanja dan sebagainya. Jadi hidup kaum lelaki memang tidak ada masalah, kerana mereka adalah golongan pembuat masalah.

Katanya, kaum lelaki boleh tutup mata, hati dan perasaan terhadap kehidupan anak-anak. Dia tak peduli anak-anaknya dapat makan, boleh pergi sekolah, duduk di rumah yang sempurna ataupun tidak, asalkan kehendak hatinya beristeri lebih daripada satu terlaksana.

Pada mereka, masalah isteri dan anak-anak tak penting, asalkan cita-cita dan hasrat hatinya terlaksana. Kaum lelaki juga sering melahirkan kata-kata keramat bahawa keadilan kalau beristeri lebih tidak boleh diukur kerana tidak ada kayu pengukur, dan ia terlalu subjektif. Wang ringgit juga tidak boleh diambil kira, kerana wanita sentiasa laparkan wang berapa banyak pun wang yang diberi tidak pernah cukup.

“Pada saya itu adalah pembohongan, kaum lelaki sering lalai dan lupakan tanggungjawabnya setelah beristeri lebih, biasanya isteri mudalah yang menjadi keutamaan. Tetapi banyak juga isteri kedua menghadapi masalah kerana sebab-sebab tertentu. Terutama setelah rahsia dia berpoligami terbongkar.

“Selagi boleh menyembunyikan isteri keduanya, selagi itulah lelaki akan menafikan dia berkahwin lagi. Bila rahsia sudah bocor, suami biasanya akan menjadi takut dan terus meninggalkan isteri keduanya, terutama apabila dia merasakan isterilah atau keluarga isterinya tempat dia banyak bergantung.”

Demikian pandangan Cik Wan kenapa kaum lelaki kurang memberikan pandangan tentang poligami. Mereka lebih suka berkokok di belakang, tidak berani berhadapan isterinya.

Bagaimanapun baru-baru ini penulis menerima e-mel daripada Saiful yang menceritakan pandangannya tentang masalah poligami. Oleh kerana pandangan kaum lelaki jarang diterima untuk ruangan ini, maka minggu ini dipaparkan pandangan beliau yang rasa-rasanya tidak kurang menariknya untuk dibaca dan diteliti.

Kerana beliau sendiri menceritakan mengapa dia mahu berkahwin lagi, sebab dan apa kekurangan isterinya. Di mana silap isteri sampai suami berasa amat kecewa dengan sikap mereka yang terlalu ego.

“Saya mengikuti dengan penuh khusyuk tentang artikel yang dimuatkan dalam ruangan Di Celah-Celah Kehidupan (DCCK) ini tentang bermadu. Memang menarik, pelbagai pandangan diberikan dan saya memang suka mengikuti bab ini. Kerana ia secara tidak langsung melihatkan diri saya sama ada secara langsung ataupun tidak langsung.

“Namun sebagai pembuka tirai izinkan saya memperkenalkan diri saya sebagai Saiful berusia dekat 40-an tahun dan sudah berumah tangga. Kini saya mempunyai tiga orang anak yang sedang meningkat remaja.

“Di dalam saya mengikuti artikel-artikel yang dipaparkan terutama sekali DCCK bertarikh 24 April lalu berjudul Pegang bara api dulu baru layak bermadu, saya teruja untuk memberikan pandangan kerana saya berasa amat kesal dengan cara Norlia mengatakan cukup tebalkah iman lelaki untuk berlaku adil seperti Nabi? Sesungguhnya iman seseorang manusia itu tidak dapat diwarisi dan saya kesal kerana beliau mengambil mudah untuk menggunakan Nabi sebagai kayu pengukur.

“Beliau mungkin terlupa kisah isteri Nabi bernama Habsah yang telah dipulaukan oleh Nabi selama sebulan, sehinggakan bapanya, Saidina Umar datang menyepak Habsah. Lupakah kita bahawa isteri-isteri Nabi adalah mereka yang dijanjikan syurga. Jika wanita boleh berkelakuan sedemikian kepada Nabi, inikan manusia biasa dan banyak kes perceraian berlaku atas sikap wanita itu sendiri. Mereka terlalu ego dengan kelebihan dan kedudukan mereka sekarang.

“Kaum wanita suka menyalahkan kaum lelaki bila rumah tangga mereka kucar-kacir, mereka tidak pernah melihat ke dalam diri mereka sendiri, mengapa suami mereka ingin kahwin lagi, dan apa punca dan masalah suami mereka sampai sanggup berbuat demikian. Sebenarnya bukan mudah lelaki berkahwin dua tanpa sebab tertentu.

“Pada pandangan saya kebanyakan wanita Melayu mempunyai ego yang teramat tinggi. Mereka ingin kahwin tetapi tidak mahu jadi isteri solehah. Berbeza dengan wanita bukan Melayu, mereka mempunyai tanggungjawab yang tinggi dan setia.

“Sebagai contoh saya mempunyai seorang kenalan hasil daripada penglibatan saya dengan Perkim. Beliau merupakan seorang wanita Inggeris yang telah memeluk Islam dan berkahwin dengan lelaki Melayu. Dia sanggup meninggalkan kehidupan metropolitannya pada masa lalu dan kini menetap di pedalaman di Selangor bersama suaminya tanpa keperluan asas seperti elektrik mahupun air.

“Semua ini dilakukan untuk kebahagiaan suami dan keluarga. Itulah pengorbanan namanya yang mana jarang kita temui daripada kaum Hawa Melayu, kesanggupan wanita Inggeris ini meninggalkan kemewahan hidup hanya untuk bersama-sama suami amat mengagumkan saya dan beliau telah membahagiakan suaminya.

“Jadi kepada Norlia, Nabi pernah berkata bahawa sekiranya manusia ini boleh menyembah selain daripada Allah, maka isteri akan disuruh menyembah suami. Dan bagi wanita, sesungguhnya syurga itu amat mudah jika dibandingkan dengan lelaki, sembahyang, puasa dan taatlah kepada suami, maka pilihlah mana-mana pintu syurga yang kamu kehendaki.

“Saya bukanlah bersikap menegakkan bendera orang lelaki atau mengangkat martabat kaum lelaki, tetapi ini adalah yang hak, dan anda sendiri yang menggunakan Nabi sebagai kayu pengukur, sepatutnya menjadi lebih insaf.

“Pada pandangan saya kebanyakan cerita yang dipaparkan seolah-olah menyalahkan kaum lelaki berpoligami, seolah-olah dengan berpoligami itu satu cara yang sah untuk kaum lelaki memuaskan nafsu mereka. Tanggapan ini bagi saya adalah tidak benar malah ia lebih menyakitkan hati kaum lelaki.

“Jika kita melihat fitrah kejadian Adam, Nabi Adam hidup senang lenang di syurga dan kenapakah dijadikan Hawa? Kerana Allah mengetahui bahawa Adam kesunyian dan dijadikan Hawa itu, sebagai pasangan hidupnya. Itulah sebabnya, lelaki yang kematian isteri mereka kemudiannya akan berkahwin lain.

“Berlainan dengan kaum wanita yang boleh meneruskan hidup selepas kematian suami. Mereka boleh hidup sendirian, boleh menguruskan diri, rumah tangga dan anak-anaknya sendiri, tetapi lelaki tidak, walaupun bukan semua lelaki demikian, tetapi itulah yang berlaku kepada lelaki. Sama seperti kejadiannya.

“Apa yang saya ceritakan ini sedikit sebanyak turut melibatkan hidup saya, saya katakan demikian kerana keadaan hidup saya yang selalu kesunyian walaupun ada isteri tetapi dia yang tidak mempedulikan kebajikan saya menyebabkan atau menjadi faktor utama yang menolak (pushing factor) saya ke arah hidup berpoligami.

“Sebagai suami siapa boleh sabar kalau isteri pun tidak mahu bertegur sapa dengan kita, kerana egonya terlalu tinggi. Malahan hubungan kelamin pun tidak mendapat layanan sewajarnya, baginya, hubungan suami isteri semata-mata untuk mendapatkan zuriat sahaja. Adakah itu adil, adakah itu sewajarnya sikap seorang isteri terhadap suaminya? Dan sikapnya yang sedemikian tidak boleh ditegur dan dinasihati.

“Bagaimanapun bagi saya, hubungan seks itu bukanlah menjadi keutamaan, tetapi saya amat kesunyian dan memerlukan companionship yang lebih lagi. Saya selalu memikirkan apakah akan terjadi kepada diri saya apabila saya tua kelak. Rasa-rasanya pada masa itu seks bukanlah perkara utama lagi malahan saya amat memerlukan seorang rakan hidup.

“Pada pandangan saya zaman ini kebanyakan kaum wanita setelah mereka diberikan pendidikan, pekerjaan dan taraf kedudukan yang tinggi di dalam masyarakat, mereka telah gagal memahami fungsi sebagai ibu dan isteri di dalam institusi keluarga. Malahan, mereka beria- ia ingin setanding dengan lelaki yang mana akhirnya membawa kemusnahan kehidupan keluarga itu sendiri.

“Apa yang saya cuba ceritakan ini adalah pengalaman saya sendiri di mana sikap dan perbuatan isteri saya sendiri jika ditegur kepada kebaikan, isteri saya akan meminta menceraikannya dengan alasan bahawa kami sudah tidak sesuai lagi sebab saya menegurnya. Apakah salah suami, yang menjadi nakhoda menegur isteri?

“Sebab itulah apabila kaum lelaki ingin bernikah lain, kebanyakan isteri akan melenting malah sanggup meminta cerai daripada hidup bermadu tanpa memikirkan atau muhasabah diri sendiri di manakah silap mereka terdahulu.

“Itulah sebabnya mengapa saya katakan bahawa ego isteri zaman ini amat tinggi sekali. Kaum wanita tidak ingin diperlekehkan oleh masyarakat yang memandang serong dengan tanggapan bahawa mereka tidak tahu melayan suami sehinggakan suami cari lain, atau berkahwin lagi.

“Secara jujur dan ikhlas saya nyatakan bahawa saya memang berhasrat untuk menikah lagi dan saya kini sedang berkenalan dengan seorang janda. Beliau banyak membantu saya di dalam melalui kehidupan yang amat kesunyian ini dengan menjadi rakan hidup saya yang baik.

“Bukan itu sahaja beliau selalu mengingatkan saya tentang tanggungjawab saya sebagai suami dan bapa kepada anak-anak saya. Beliau tidak ingin digelar perampas suami orang. Itulah peliknya kaum Hawa. Mereka hanya memikirkan diri sendiri tanpa memikirkan apakah perasaan kaum lelaki.

“Jadi kepada Norlia, saya amat bersimpati dengan saudari tetapi, kaum Hawa juga perlu ingat tanggungjawab mereka sebagai isteri dan menjaga hak-hak suami. Jangan memperlekehkan suami. Jangan hanya memikirkan tentang apa yang anda harus dapat daripada suami tetapi berilah apa yang hak kepada suami anda.

“Kepada mereka yang mempunyai tanggapan serong tentang kaum lelaki yang ingin berpoligami semata-mata untuk memuaskan nafsu mereka, lihatlah ke dalam diri sendiri dahulu. Ada juga kaum lelaki hanya mahukan rakan hidup lebih daripada seks. Perkahwinan ini adalah segala-galanya bukan hubungan kelamin sahaja.

“Jika agama itu dijadikan landasan hidup berumah tangga, maka tidak akan menjadi porak-peranda kehidupan masyarakat kita hari ini. Hidup ini amatlah pendek dan kita hidup di dunia ini hanyalah pinjaman sahaja. Nyawa kita adalah pinjaman dan ingatlah jika kita melakukan yang hak kepada suami kita dan suami kita reda dengan kita, maka syurga itulah pembalasannya dan itulah yang kekal.”

Demikian cerita Saiful mengenai pengalamannya dan pandangannya tentang kebanyakan isteri zaman ini dan mengapa suami mereka kahwin lagi. Benarkah wanita ego atau sebaliknya, tentu pembaca sendiri lebih tahu dan lebih memahami. – dcckmonaum@hotmail.com – MAIMUNAH

40 Responses to Isteri ego punca suami cari lain

  1. arabella berkata:

    moral nye: kaum lelaki mmg suka berkawan…walaupun dah ade isteri dan anak…dia tetap kesunyian…mmg pelik…tp mmg itu la lumrah nye….

    so, sendiri mau ingat laa……

  2. Mak ina berkata:

    Saya bersetuju dengan saiful. Perempuan juga banyak ambil kesempatan dari ape yang dia ada sekarang. Contohnya, kaum hawa sekarang seolah2 tak boleh hidup tanpa org gaji. Sume kerja dibebankan kepada org gaji dgn alasan penat bekerja di pejabat.

  3. ajak berkata:

    ya betul, ego terlalu tinggi, bila cerai salahkan lelaki sampai curang dgn alasan tak pandai jaga hati,

  4. kainsarung berkata:

    memang pun, jika di ofis dia boss, kat umah pun dia nak jadi boss, sampai makan pun malas basuh pinggan sendiri, cuba fikir tempat tidur pun laki kena kemas, alasan satu malaysia aku ingat penat keja kat ofis,, aku nasihatkan kalau maca tu berhenti keja aje, awak ada tanggung jawab, kalau x leh buat keja umah, wife bukan kerja nak tanggung keluarga, pada pendapat aku perempuan kerja sebab nak lari dari tanggung jawab rumahtangga, aku pernah survey sendiri, kenapa datang ofis, dia jawab buang masa duduk umah,, eee geli… ko orang fikir la….
    so, tanya sendiri mak mak kat kampung ada dia bagi sumbangan kat mak bapak dia kat kg????? kalau dah x tanggug keluarga bagilah belanja mak ayah kat kg, nak ulur macam macam alasan….. aku cerita dari pengalaman aku sendiri,,,,, gaji besar tapi x cukup aku pun heran…. kalau lelaki aku faham sangat… kadang kadang cukup makan aje ujung bulan…semua kena tanggung apatah lagu duduk bandar…. ukur baju badan sendiri wahai wife….kalau kerani pun pakai toyota vios gila tu…..kawan aku wife dia pakai BMW ko,,,, maintance dah berapa servis dah berapa, wapper pun sebelah 60RM ko fikir…. baik simpan tanggung mak ayah ko,, jangan ikut nafsu….. nanti lesu…. duit tu ko menabung lagi baik…. kaum lelaki x boleh tegur,perang ko,,, pasal tu mau seminggu x tegur… 3 hari dah x tegur ko orang faham la…. tapi dia orang apa kisah ko punya pasallah… mati lain cerita…..apa pendapat kaum lelaki……

  5. orchidbiru berkata:

    kata-kata saiful tu ada benarnya… tetapi kes saiful adalah kes terpencil. selebihnya lebih suka jadikan isteri sebagai alat untuk mereka jalankan tanggungjawab.saya bercakap juga berdasarkan pengalaman. memang betul isteri sanggup tak makan kesiankan suami.. sampai pengsan pun tak pa supaya duit tu boleh beli lauk untuk suami mkn malam, untuk anak minum susu, beli pampers… kononnya nak bantu suami. tapi suami berfoya-foya dengan perempuan lain.. siap boleh keluar jalan belanja makan.. bini?… bukan tak tau tapi tak nak amik tau… mintak tolong sikit pun dah melenting bila isteri cakap sikit dikatakan melawan… yang isteri pun takut juga dikatakan nusyuz.. itu isteri ada degree suami kerani cabok… jer kalau suami yang ada degree… isteri jadi kerani cabiok macam mana..? jadi siapa yang tak tau terima kasih dan siapa tak tau berkorban…. isteri ni sabar jer… kalau dah hilang sabar angkat kaki dah tak toleh lagi… dah. apa nak heran dah sebab ada suami pun sara diri dan anak -anak sendiri jadi tak der suami pun sama gak … jadi lebih baik tak der… tak payah tambah dosa… hati tak sakit..

  6. kayeye berkata:

    senang citer la, bg aku kalu dua2 ego tinggi x kemananye rship tuh..

    terus terang aku ckp, xde yg senang untuk masuk syurga, mmg org ckp pompuan kalu nak masuk syurga, jadilah isteri solehah, tp pompuan, dugaan camtuh korang da xleh handle.. bg aku la, kaum hawa beruntung, sbb korang hanya dpt dugaan dunia je, da leh masuk syurga.. laki korang kalu jahat manapun, kalu korang ikut landasan islam dan taatinye, da leh masuk syurga da..

    lain lak kaum adam, mmg korang nampak diorang senang lenang kat dunia nih, tp korang tau x diorang la paling susah nak masuk syurga.. byk tggjwb adam untuk mentitlekan diorang ahli syurga..

    korang hanya nampak benda di depan mata je, so korang da assume benda2 cani..

    kalu korang dalami islam bebetul, korang leh tau yg mana jalan terbaik untuk korang… usah salahkan org lain, tepuk dada tanye selera, bersyukurla ngan ape yg ade, tuhan tuh maha pengadil..

  7. Nur Humaira berkata:

    semua orang tanpa mengira jantina …bila dalam hal hati..sama saja…jika matlamat suami adalah isteri yang selalu layan dia dan matlamat isteri pulak mahukan suami yang selalu faham dia…tidak akan ke mana…semua itu adalah asam garam dalam perjalanan kehidupan seorang insan yang tujuan dihidupkan adalah sebagai hamba kepada yang Menciptakan. Siapakah Pencipta itu? tak lain dan tak bukan…hanyalah Allah.

    Jika lelaki dan perempuan..suamai dan isteri…mengasihi dan menyintai kerana Allah…tiada yang tidak akan tidak puas hati…kerana kita smeua memang diciptakan dengan segala kelemahan walaupun Allah berikan akal fikiran…otak yang seharusnya boleh berfikir dengan bijak…namun…nama pun kita ni manusia….

    Istighfar lah kita semua banyak-banyak kerana kita tidak dilahirkan untuk menjadi juara yang hidup dalam comfort zon…Jika kita teliti dan kenang kemabali….tiada satupun dalam perjalanan hidup kita ini kita tidak di uji dengan pelbagai hal dan perkara…cuma kita perasan atau tidak bahawa kita telah di permudahkan Allah untuk mengharunginya.

    Oleh itu…wahai saudara dan sahabat …yang apstinya menulis di sini adalah Islam..baik suami mau pun isteri…adalah islam…maka mari lah kita kembali kepada matlamat akhir kita iaitu…bertemu Allah..bila? kita tak tahu lagi…so….saya ingatkan diri saya juga…untuk sentasa bersyukur dengan apa yang ada…walaupun kadang kala hati memberontak juga…sedih..sunyi….marah…geram..sakit hati…ada suami macam tak ada suami…tapi itu lah kehidupan…saya sentiasa bersyukur saya di kurniakan suami yang sangat menyayangi saya walaupun kami tidak mungkin dapat selalu bersama…..saya yakinkan hati saya bahawa kasih sayang itu adalah sifat Allah dan hanya kepada Nya dapat dipohon kkeuatan dan kasih sayang itu..

    Moga Encik Saiful tidak menyalahkan isteri sepenuhnya…hargailah dia kerana pastinya dia akan menghargai encik saiful…sekalipun encik saiful mahukan rakan hidup seorang lagi…janganlah lupa untuk sentiasa kasih kan isteri sedia ada dan berdoa lah hatinya lembut untuk kekal menyayangi encik saiful..tiada satu perkara pun di dalam perjalanan kehidupan kita ini yang tidak ada penyebab ia berlaku…pasti ada sebab samada kita sedar atau tidak…mohon petunjuk dari Nya sentiasa…insya Allah hati kita akan tenang…

    Sentiasa ingat….kehidupan kita ini adalah sebuah perjalanan bukan destinasi…Destinasi kehidupan kita adalah Tuhan yang Satu.

    Wallah hu alam bissawab…moga kita semua umat muhammad berada pada jalan yang benar dan lurus.

  8. Kalam berkata:

    Hidup ni sebenarnya mudah..bagi saya jika kita asyik mencari salah dan silap orang sampai bila pun tak akan selesai masalah..yang penting kena ada sifat syukur pada diri…terimalah isteri atau suami seadanya…selalu berbincang untuk baiki kelemahan kerana kita sendiri bukanlah manusia yang sempurna..
    Kita akan dapat dengan apa yang kita beri.. kita nak orang lain hormati kita…kita terlebih dahulu kena hormati orang…kita nak orang menyayangi kita…kita terlebih dahulu perlu menyayangi orang…jadi apa yang susahnya…
    Susahnya apabila seseorang tu terlalu mahukan kesempurnaan walaupun kita sendiri tak sempurna…sepatutnya kita bersederhana, mahu seperti mana yang orang lain dapat dan ada walaupun kita sendiri tiada keupayaan untuk itu,ini semua nafsu….
    Kita sendiri yang menjadi hidup seperti sangat susah…

  9. serina berkata:

    Isu keretakan rumahtangga…suami cari lain…isteri ego ke…atau pun apa2 topik yang mewujudkan kerengangan dan masalah dalam rumahtangga sepatutnya lelaki dan perempuan tidak boleh lah salah menyalahkan…

    Sepatutnya sama ada isteri ataupun suami harus tahu tanggungjawab masing2…dan apa tujuan wujudnya sesuatu pekahwinan dan PERKONGSIAN HIDUP…Semuanya termasuk semua aspek…kasih sayang, kesetiaan, ketaatan…hormat-menghormati..pengorbanan…dan mcm2 nilai2 murni…Jika semua pihak tahu tanggungjawab…dan apa yang patut dan tak patut dibuat takkan ada ketidak puasan hati dan dendam dalam hati….

    Ini lah dikatakan dugaan dalam rumahtangga…Setiap apa yang berlaku adalah dugaan Allah untuk melihat sejauhmana kukuhnya kasih sayang suami isteri tersebut…Perkahwinan mana yang tidak dilanda badai…melainkan suami dan isteri sentiasa berdoa moga perkongsian hidup dan kasih sayang mereka selalu dirahmati Allah dan diberi keberkatan disisi-Nya.

    Anggap la sikap ego isteri adalah dugaan kasih sayang terhadap saudara…Tuhan beri lelaki 9 akal dan satu nafsu untuk menyelesaikan masalah….Nabi adalah role model yang utama untuk kita…walaupun kedudukan dia dan martabat dia lebih tinggi dari kita…Tetapi apa yang dia buat kita boleh jadikan pedoman hidup…bukan menganggap kita ni tak layak ikut sunnah dia sebb dia mulia…Sebb itu adanya sunnah Rasullah sebagai panduan…

    Mmg la orang kata berat mata memandang berat lagi bahu memikul…itu tak dapat di sangkal lagi…cuma keimanan kita dan kepercayaan kita pada Allah tu,benda yang paling utama.Allah takkan menguji hambanya jika sesorang itu tak mampu menanggungnya…Dia beri ujian ini adalah untuk menghapuskan dosa kita yang lepas2 dan untuk mengangkat darjat kita di sisinya….ingat sesuatu musibah dan cobaan dari Allah itu ada beribu2 hikmah….Fikir lah…

  10. juhaida berkata:

    Apa yg dinyatakan di dalam Al-Quran adalah benar dan wajib percaya sampai hari khiamat.

    Isu poligami tu x de lah besar sngt,tp si suami klu nk poligami cube buat petanyaan pada diri sendir> adakah solatnya cukup>adakah puasanya cukup>adakah cukup didikan agama yg diberikan pada si isteri dan anak2>adakah pernah bangaun solat malam> adakah dia menjadikan dunia sbgai singahan dan akhirat sebagai tempat yg kekal>adakah dia boleh berlaku adil untuk menjadi pemimpin kepada 2 buah kapal>adakah ekonominya cukup>adakah si isteri tidak mampu lahirkan zuriat…..tanyalah pada diri anda…jika semua jayapannya ya..alhamdulillah insyaalah anada akan jadi pemimpim yg beriman dan betaqwa kepada lebih daripada 1 kapal…. ingat yg penting berlaku adil… itu yg perempuan mahukan…

  11. yana berkata:

    sy berminat dengan cite ini,blh tinggalkn email @ ym sy ade masalah family

  12. bb yaya berkata:

    citer ni mmg best.tp ntah la kan.kita pn ade mslh gak.mmg la hubby keje tpt ln.tp knp ms bru kawin dl,ms dok sm2 xde pn timbul mslh nk cri pempn ln.ape yg krgnye wife yg ade.ape nk sume kita bg.pelik tul.x ckp duit pn mintak ngn wife tp knp msti nk ade pmpn ln.yg pelik tu,bl bini mintak tlg yg agk pyh nk uruskan,xnk plk tlg.ade je mslhnye.tp bila pmpn ln adce mslh siap settlekan hbis.mcm la pmpn tu x pndai nk uruskan sdr.nk settlekan sdr.eeii… pening dibuatnye…ape la nasib….

  13. hai369in berkata:

    pd kwn2 yg bmasalah cpt cri jln penyelesaian..setiap penyakit ada ubatnya..kta owg pompuan mmg setiap msa dpersalahkan dlm hal ini..lau dlu sgala kebaikan dpandg..tp skrg kburukan pjdi ukuran..

  14. bolehje berkata:

    yana, citer je kt sini ramai yg boleh tlg. kt sini pn ramai pakar gaks…kadang2 terubat gak baca hati baca forum ni.

    bb yaya, mcm 2 lah nasib kita org pmpn ni.. selalu kene tindas. apapun kuatkan semangat, byk kn berdoa semoga semangat kita kuat. doa dr org teraniaya ni di makbulkan tuhan, selepas solat sediakan sebekas air pas tu bacakan surah alfatihah dan surah yasin mohon supaya suami balik pada kita dan di lembutkan hatinya supaya tak menganiaya kita lg. kita pun boleh minum sekali air tu (nanti suami perasan lak klu kita asingkan air tu). InsyaAllah, makan masa sikitlah bukan sekali minum dah berubah. saya pun pernah buat, alhamdulillah hb skrg lebih baik dan romantik dari zaman bercinta dulu…

  15. bolehje berkata:

    hai369in, sy ada baca citer u kt halaman lain. sedih la dgr….terkenag citer lama. sy pn pnah alami benda 2 masa mengandung anak ke 3. betapa x berdayanya sy masa 2 smpai sy ambik keputusan berhenti keje sbb x tertahan menanggung tekanan. masa 2 sy bodoh, 1 jabatan dah tau skandal 2 tp sbb terlalu percayakan hb saya jd buta. smpai jabatan dah ambik tindakan tukarkan pmpn 2 ke daerah lain pn saya x tau. rupanya selama ni bila saya dan hb hntar ank ke rumah pengasuh pmpn 2 slalu intai. akhirnya Allah tunjuk kt sy kecurangan suami. Rasa dunia mcm dah tamat, tanya suami mmg x ngaku punya. bila saya siasat dan ada bukti baru hb mengaku. siap bgtau dah pnah berzina lg. dia bgtau kwn2 dia, dia buat mcm 2 sbb sedih anak sulung baru meninggal. Habis, saya ni x sedih ke.. ibarat jatuh di timpa tangga. rupanya org leki ni bila wife tau skandal dia makin menjadi2 la dia. kakitangan dah mula naik, rumah pn dah jd hotel. saya dlm pantang pn dia masih jumpa pmpn 2. cuba bayangkan bila saya tpon pmpn 2 dorang tgh dating dia boleh tanya kt pmpn 2 saya nak apa. dia ingt saya x dgr suara dia tp suara laki kita kn mestilah kita kenal. Saya berdoa siang malam agar Allah berikan saya kekuatan. bila terlalu tertekan saya bercakap dengan cermin dan gambar arwah anak. mak mertua pula mcm sokong tindakan dia, boleh mertua ckp kita org pmpn kena terima apa org laki buat. Sampai tahap saya dah x boleh sabar saya pernah sumpah x halalkan makan minum dia walau 1 sen pun duit saya. dalam 4,5 tahun jgk saya menderita. akhirnya doa orang teraniaya termakbul. Dia dpt penyakit yg membuat daya sek menurun. masa 2 sy bgtau dia itu semua kerana perbuatan dia menyiksa saya. mungkin berkat kesabaran saya akhirnya dia berubah dgn sendirinya.. sehingga sekarang hampir 10 tahun dia dah berubah… mcm yang ckap sblm ni, cubalah hai369in buat. InsyaAllah…

  16. hai369in berkata:

    bleh je..mcm2 sy usaha tuk jd mcm org lain..stiap hari sy bdoa agar dbriu kekuatan n ktngan dlm mghadapi ini semua..smpai 1 thap rs nk bnuh dri..tp bla sy sll mnatap wjah arwah sy dlm bingkai gmbr n bla mak sy sllu kol n bri kekuatan..sy tlupa sy msih punya kuarga n kwn2 yg amat2 sygkan sy..sjk suami kta die dh da bhbung lg dgn pompuan tu sy rs die msh tpu lg..mne mungkin phubungan yg 3 thn lbih bleh dlupakan dlm tmph 1 hri..dpt2 suami sy dh kna bmohkan dgn pompuan tu..mcm2 sy iktiar, doa, ubat2tan tradisional sy ttp buat..kol ustaz2 n amik air yasin kt masjid..tp pompuan tu ingat ilmu die lbih kuasa tanpa ingat haram n halalnya buat pkara tkutuk tu..ikutkan sy nk biarkan jer suami pg pd pompuan tu lau die nk sgt..tp bla sy pkir blik, tuk apa sy ngaku klh awl2 sblum btanding..pd sy,SETIAP PENYAKIT PASTI ADA PENAWARNYA KECUALI MATI..jd sy usaha minta penawar..biar hbis duit asalkan sy msih trus bsama suami..8 thn menyulam ksih..bla tiba-tiba hdr org ketga melenyapkan semuanya..yg indah jd malap..yg nmpk keburukan istri..knp tdak dpandang kebaikannya..sy xkan mungkin maafkan perempuan2 sundal n jalang yang suke merampas hak orang!!dpt perempuanyang bernama SUHAILI BINTI AHMADI!!!BUDAK SIJANGKANG YG BUSUK HATI N PEREMPUAN JALANG MCM NI ELOK SULA JER..BIAR DIE THU LANGIT TU TINGGI OR RENDAH..bleh je..sy x pnh mrh org mcm ni..tp sy berubah skp sjk bjumpa dgn pompuan mcm ni..knp suami x pnh puas dgn isteri sndri..sy thu suami sy pnh bzina dgn pompuan ni..tp die xkan mengaku..kwn2 sy kta bg jer nikah..tp tgk x smpai sbulan die akan menyesal n cri sy blik..tp sy x mungkin dpt memaafkan suami sy n pompuan sundal 2..ape kurangnya sy..bla sy ajak suami b’ubat hopital tuk dptkan bby, mcm2 alasan die bg..suami jenis apekah ini..

  17. hai369in berkata:

    bleh je..bhempas pulas slama ni sy mncari duit tuk khidupan kami..bla ada duit lbih dpt kmi mkn n belanja sme2..tp sy x sngka bla sy keluar buat bis, die buat jahat n dosa dgn pompuan yg sy anggap mcm adk sy sndri..pompuan ni sudah bsuami n bcerai dgn suaminya krn hendak nikah dgn suami sy..suami sy pun bodoh, ikut jer telunjuk pompuan ni..suami die n suami sy dkirakan bkwn baik juga..tp dlm msa yg sme msg2 buat taik..lau suami die bleh dpbdohkan, x mustahil suami sy juga akan kna mcm tu..tp suami sy msh x sdr..wlau die brubah skali pun amat2 skar tuk sy pcaya…2 kali sy bg die pluang..tuk ape sy bg bkali2..die pkir sy tlalu lemah tdak bleh khlangan die..TP SY BTUL2 SYGKAN DIA N RUMAHTANGGA KAMI..MCM NER SY NK LUPAKN APE YG TELAH DIE BUAT…KNP SY MSIH BRI DIE PLUANG BKALI2 KPDNYA SDGKAN DIE X MUNGKIN BRUBAH..jiwa sy ckup2 merana bleh je..ckup2 merana..stiap x memandang wajah n susk tubuhnya stiap x sy membayangkan die bzina dgn pompuan tu..sy cb memaafkan, tp amat2 sukar..knp istri buat ksilapan tdak dtgur..knp plu curang dgn mcari pompuan lain..pmpuan tu pnh bgtahu sy bru2 ni yg die akan rmpas juga suami sy..dlm thn ni juga mreka akan bnikah,die kta jgn cpat puas n mgah hati bla suami sy msih dgn sy..sdgkan cinta n hatinya msih dgn pompuan tu..pompuan tu pkir hanya dgn cinta n k.syg bleh hdup smpai mati lau x kje..ingat kta nikah hanya tuk bseronok atas ktil..ya allah ya tuhanku..kuatkanlah imanku n hati ku agar dpt menempuhinya dgn tenang…

  18. bolehje berkata:

    hai369in, kelukaan mmg buat kita berubah. saya mmg amat2 memahami perasaan u. apa yang saya cerita kat atas hanya sedikit dari penderitaan saya. saya di siksa dari segi fizikal dan mental. kerana perempuan lain saya pukul… masa tu diri rasa sgt hina.
    hai369in, mmg susah untuk melupakan apa yang telah dia buat kat kita, even sampai hari ni pun saya tak dapat melupakan. tp di sebabkan kelukaan tu lah hari ini saya menjadi kuat. saya jd lebih berjaya dari perempuan tu. saya berjaya membina perniagaan sendiri dan lebih berjaya dari suami. sedangkan dulu saya adalah seorang yang lemah. adik beradik pun tak sangka saya boleh bangun sampai tahap ni. sebut pasal berubat ni, saya pegang pada 1 prinsip sbb suami saya pnah pesan x pyahlah nak bomohkan dia sbb ilmu dia lebih tinggi. saya pegang setebal mana pun ilmu dia kalau saya ketuk sedikit demi sedikit hari demi hari lama2 akan retak dan runtuh tembok ilmu dia tu sbb ilmu syaitan x kn dpt lawan dgn Allh. Klau nak cerita psal kelukaan ni cerita 7 hari 7 mlm pun x habis. 4,5 tahun saya menderita saya rasa bukan masa yang singkat, kalau tak kuat iman boleh gila. airmata dah kering. tapi berkat kesabaran dan doa inilah yang saya dapat hari ni….. mmg mula2 x prcaya dia akan berubah tp kena lawan hati. betul cakap u mmg bukan senang dia nak melupakan si sundal 2 dlm masa yg singkat tp kita kena lawan perasaan tu… jgn bg sundal tu menang. byk kn usaha lg utk jmpa sesapa yang bleh tlg dan sambil tu u pun buatlah sendiri air yasin ke bg dia minum. mgkin suami u dah termakan benda yang tak elok jd makan masa utk pulihkan dia. tekadkan hati nak lawan sundal 2… dasar perempuan sundal mmg mcm 2..(terlebih marah la plak)… apapun sya doakan u tabah dan berjaya menempuhinya….

  19. hai369in berkata:

    btul 2 bleh je..suami sy ingat sy nk bmohkan die wlhal die x sdar pompuan sundal 2 yg dh bg die mkn bnda ktor..sy cri ubat n pnwar agar die pulih n chat spt dlu..tp die ckp sy pompuan yg jahat nk bmohkan die..ya allah..knp die mnuduh sy mcm tu..sy bkn istri yg jahat n x da pelajaran..sy bkn x leh menilai mne yg bruk n baik..bla sy g b’ubat sorang dri..ada pakcik tu kta sy tlh dbri pembenci yg tlalu byk n suami tlh dbri pengasih supaya suami ingat n sygkan pompuan tu..pompuan ni dh x ingat k hari akhirat yg amat2 meyiksakan..tlalu byk pompuan ni bg suami sy mkn bnda ktor..org yg alami pkara mcm ni mmg akan tlebih mrh krn kpritan hati n tseksa jiwa n raga..btul kta awk..air mta dh x da lg nk kluar..dsbbkan pompuan tu suami sy snggup memukul, terajang n menampar pipi sy krn mahukan penjelasan yg jelas..knp dh brani buat tp x barni nk tanggung..sy juga ingin mjdi spt kmu bngun n bangkit dr kekecewaan n kesakitan..sy xkan bg pluang lg ianya blaku kali ketiga..sy tahu suami sy xkan henti2 mengganggu n suami pula msih lg bhubung dgn die..1 hri nanti kebenaran akan tbukti juga..n msa tu sy xkan bg pluang lg..kwn2 sy sume kta mreka respek dgn sy n bsbr n mbri byk pluang dgn suami..sy x thu knp sy trus bsbr dgn sgala perbuatannya..adakah sy amat2 menyayanginya n x snggup nk bpisah dgn die..stiap hari sy x pnh lupa mdoakan kebahagiaan rumahtangga supaya sgalanya2 akan pulih spt biasa…insyaallah…sy pnh tanya bkas suaminya minggu lps ttg pompuan sundal tu, suaminya jwb die xkan mungkin blik smula krn pompuan sundal mcm tu x ptt dbri pulang n tlalu kotor tuk mjdi istri..jd sy tpkir, pompuan mcm ni suami aku bangga2kan sgt..sdkan bkas suaminya pun dh x nk dgn pompuan jalang mcm ni..aku pasti suami aku akan tsedar n pulang k pangkal jalan..mudah-mudahan…t.ksih krn kwn2 mdoakan sy n sy juga hrp dgn bantuan drNYA sy akan dpt hadapinya dgn tabah..WHAI SUAMIKU SEDARLAH..LAWANLAH SGALA KEMUNGKINAN YG DTG DLM PERKAHWINAN KTA KRN ALLAH SWT SNTIASA MDUGA HAMBANYA YG DISAYANGI..AMIN..

  20. bolehje berkata:

    hai369in, masa dlm proses nk ubatkan hb dulu saya ada mengamalkan ayat2 alquran dari surah2 tertentu yang di baca pd masa2 tertentu. sebenarnya ayat yang biasa kita baca tp selepas mengamalkannya mmg nampak perubahan cuma kena sabar ckit sbb kita bukan buat magik. tp cmana nak bg kat u ekk, x kn nk bg kt sini nt ramai plak yg salah guna. nak bg no tpon sy nt x berhenti plak tpon sy brbunyi, nak bg emel adress pn x leh gak. by the way, cmana dgn bisnes skrg, sy pn pnah buat hai o tp x mnjd… skrg dh stop. apapun saya doakan u jd insan yang lebih tabah….

  21. hai369in berkata:

    hai boleh je..mcm ner ye kta nk bhubung..sy nk sgt thu ayat2 tu..sy pun rs tharu, wlaupun kta x mgenali antara 1 sme lain tp awk seorang kwn n pgr yg baik..mlm ni sy rs sesuai tuk sy amalkan coz mlm ni mlm jumaat..sy pas solat mesti bca surah yasin…sy thu sgalanya2 yg kta lakukan kna bsabr n tenang..x pelah sy ttp bsbr dgn sgala ujian drNYA krn sy thu DIA menguji sy sbg hambanya..skrg ni bisnes ttp ok..wlaupun sy jarang kluar tp rzki allah ttp melimpah ruah..knp you x truskan pjuangan dlm hai-o..lau you nk thu hai-o yg byk mgajar erti kesabaran pd sy n sentiasa pndg khadapan..sy pun bru naik pgkat lg..tinggal 1 takuk lg tuk bgelar jutawan hai-o..jd sy ttp bsemangat truskan pjuangan sy krn sy sudah smpai k penghujungnya…awk stokis mne..sy stokis bt.caves..lau awk sng kta deal msa n leh jumpe kt sne..

  22. bolehje berkata:

    hai369in, sy jauh, susah kot nk jmpa. dulu masa aktif slalu gak g kt stokis shah alam. sy rasa klu u nak tau psal ayat2 td u mintak no tpon sy kt stokis temerloh. nt sy psan kt clerk sana bg kt u tp dlm mggu dpn la sbb ptg esok baru sy nk ke stokis 2.

  23. hai369in berkata:

    bleh je..x pun mcm ni sy bg no. tel ni awk tinggalkan no hp awk n awk leh dptkan no sy kt cni gak 03-31913222.yg ni operator leh jwb..bleh x awk kol skrg coz sy ngah kje..lau lbih dr kul 8 t owg lain lak jga..

  24. bolehje berkata:

    hai369in, sori lah, td sy dah ttp pc sbb ada customer. ni baru buka balik tapi ni pn x lama. ptg esok baru sy free nak ke stokis 2 sbb pg waktu sy dah penuh dgn appointment…. x pn u tpon stokis 2 pg sabtu…..mcm familiar je no tpon yg hujung2 2… hehehe suami sy pn keje kt c2 jgk.

  25. hai369in berkata:

    boleh je..hehehehe…eh suami u kje kt ner..stokis temerloh ye..tp nk sbut nma ape..mmg familiar no 2..sume org leh thu…nk thu sy kt erea banting jer..

  26. bolehje berkata:

    hai369in, suami sy kt D9 ktn. u mintak no bolehje aje lh….apa2 hal nt u leh tpon sy (wah! cm bomoh la plak) he he he

  27. hai369in berkata:

    ai bolehje..oooo…ok t sy kol branch temerloh..n leh sy kol awk lps 2..tq boleh je..eh nk tanya..u kje ape..u pun dh thu sy kje ape..awk bisnes jugakkan..maknanya u duk ktn jugak k..leh sy jumpe d sne t..coz parent hb sume kt sne..

  28. hai369in berkata:

    boleh je..mcm ner nk tau lau2 die n pompuan 2 x bhubung lg??ati sy msh sangsi coz hp sllu die smpan..kdg2 die tinggalkan..mungkin die g tau awl2 kt btina sundal tu,lau sy ada d rumah jgn kol..bleh jdkan..

  29. bolehje berkata:

    hai hai369in, sy dah tggalkn no tpon kt branch temerloh td. lpas hb ada skandal dulu dah bhenti keje. skrg sy ada kdai pakaian & kt umah sy buka pusat rawatan terapi utk pelbagai penyakit. sy x ikut hb ke ktn still kt tloh je.
    hai369in, kita x leh la nk tau samada hb u kol @ x sundal 2 cuma kita leh nmpk perubahan hb melalui tingkah laku dia yg lbih ambil berat & lebih berbudi bahasa la kt kita. mgkin nt dia pn dah x suka keluar umah selain g keje (takut u yg rimas lak nt asyik nk brkepit je)…. perasaan sangsi 2 mmg biasa lh sbb hati kita dah terluka, mgkin ambik masa nak dapatkn keyakinan kita pd hb….

  30. hai369in berkata:

    bolehje..ape yg sy nmpak die mmg ada prubahan yg ketara..lbh amik brt dpt2 sy dmam skrg ni..cm skrg ni die x brape nk ikut sy jumpa rkn kongsi coz die kta mlu atas ape yg tjdi myebabkan pemimpin n ada rkn kgsi yg tahu ttg kecurangannya 2..sy ajak blik kg sy kt melaka pun die x nk bdepan dgn fmly sy..wlhal fmly sy ada yg thu n x thu..lbih2 lg ibu sy sndri..sy tpksa bgtahu ttg hal kmi coz sy x nk die dgr drmlut owg lain..tp mak sy still nshatkan sy jgalah umahtangga baik2..solat jgn tinggal..ape yg mak sy hrpkan supaya jdoh sy kekal hingga ke akhir hayat n tabah hadapi sgala ujian..mak sy x slhkan hb coz ape2 hal die ske nasihatkan ank sndri lu..tp hb rs mcm ibu sy x syg n mrhkan die..biasalah perasaan org yg bslh mcm 2..
    tpka bolehje..sy nk minta pendapat u ttg fmly die..sjak kejadian ni blaku, mok, akak n adik die jd benci dgn sya..mreka hanya nmpak keburukan sy..lau dlu sylh menantu yg baik tp bla sy tlepas mrh dgn hb gara2 die msih bhubung n menipu sy, n sy tlepas mrh dgn cra yg x sengaja, trus mak mertua membenci dgn sy..sy thu sy x spttnya memaki hmun n herdik hb sy, tp msa tu sy btul2 hilang arah n pertimbangan setelah begitu lma sy thn sbr..silapnya hb sy die bg mak die bc msj tu..konon2nya die x da tmpt nk ngadu hanya ibu die sja..last2 mak metua sy antar msj pd sy n menyatakan selama ni menyangka sy seorang menantu yg beriman tp bla bc smj tu hatinya hancur..jd sy ckp pd mak mertua sy..mak x thu ape yg blaku, jd lau mak berada di tempa t sy mak juga akan keluarkan kta2 yg sme..sbnrnya mmg sy menyesal..sy thu sbg sorng istri sy x ptt mengeluarkan kta2 kasar thdp suami tp msa 2 tahap kesabaran sy sudah btul2 hilang, hati terasa pedih n amat2 luka..skrg ni sy cb jernihkan keadaan tp maknya ttp membenci sy..bolehje ada x cara mcm ner nk minta maaf pd emak sy..ttg adik ipar sy tu biarlah dlu..die msih muda, skapnya sme sje dgn abgnya yg pns baran..die adik n sy kakak..pd sy die yg plu meminta maaf dgn sy, bkn sy kna minta maaf dgn die krn x da ribut x da angin trus x nk hubungi sy..nilah pdhnya bla hal kain sndri suami suke citer pd kuarganya..seolah2 sengaja mencari nahas..bla fmlynya dh membenci sy die pulak x nk cri iktiar nk pulihkan keadaan..mlm td die kta raya t blik kg sndri..sy blik melaka n die blik tganu..die t’ingin nk blik kg jd org bujang..sy ckp spptnya dmana ada suami dc2 ada istri dpt2 hari baik bulan baik mcm 2..tp die pulak nk kmi baut haluan sndri msa hari raya..sy jd sdih n trus mndiamkan dri..apa matlamat die sbnrnya untuk truskan perkahwinan ini seandainya ini jalannya…

  31. hai369in berkata:

    hati sy btul2 sangsi klu2 die ada niat nk nkah dgn pompuan tu sblum raya n nk bwk pompuan sundal tu pknlkan pd kuarganya..sy thu sy spttnya bfikiran positif n yakin dgn suami sy n jgn ske slh anggap..mnyebbkan kdg2 ape yg kta pkirkan tu mjdi kenyataan..tp kesangsian tu ttp ada..coz ubt gne2 pompuan tu amat kuat..die kta wlau ape pun tjdi akan nikah dgn suami sy dlm thn ni..sy x taulah ape akan jd skiranya ianya tjdi juga..entahlah bolehje..sy ingat lpas hbis uzur ni sy nk buat solat istiqarah minta dbri petunjuk yg baik adakah sy patut truskn perkahwinan ini atau sebaliknya…sy x mau trus dikhianati n ditipu bkali2…sy kna bsiap sedia hadapi apa sja kemungkinan..sy plu kuatkan semangat..plu tbh..xkn ada wanita inginkan rumahtangganya hanya sekerat jalan…btulkan bolehje..

  32. hai369in berkata:

    ai bolehje..awk buat ape..chat k..sy bru je baik dr dmm..3 hri dmam btul2 x lrt..bolehje..mlm td sy borak dgn kwn sy kje kdai mkn..die bpgkt adiklh ngan sy n sy sllu order dr kdai die lau sy x lrt nk msak..die tgk sy die kta bdn sy susut sgt n muka jd cengkung,sy gelak jer n sy gurau2 dgn die sy ckp mkn hati..pas2 die punya air muka b’ubah mcm nk nangis..coz budak ni ati lembut n sensetif..budak ni sllu luahkan mslh umahtangganya dgn sy..jd sy sllu nasihatkan die spya byk2 sbr n pkir dmi msa dpn ank2..pas2 die ttba minta maaf dgn sy..die kta x pnh jumpa kwn sbaik sy wlau pun x knl n bkn adk bradik sy sentiasa mengambil berat n jd pdgr yg baik bla kwn2 ada mslh..jd bla sy ada mslh sy ssh nk luah pd kwn2..jd ttba die kta, die thu pkara ni dh lma tp x smpai hati nk citer ngan sy coz die tkut sy tkejut n x leh trima hakikat..die kta sblum sy dtg kt c2 ikut suami, suami sy sllu borak ngan suaminya n bwk pompuan2 indonesia lepak kt kdai mkn kt c2..budk 2 tanya suami die ttg suami sy msh bujang or dh nikah..jd suami die kta dh nikah n isterinya kje kt kl..msa 2 die x knl n x pnh tgk sy lg..jd bla sy tkar kt sne n die knl sy trus die tkejut..budak 2 ckp isteri sebaik n secantik ni n ada kje bgus n bisnes bgus msih lg nk curang n buat jhat dgn betina lain..jd mlm td die bru buka rahsia yg suami sy juga ada scandle dgn pompuan2 indon n thailand kt sne..suami sy bgtahu pd suami die, die berani buat mcm 2 coz sy jauh n kje kt kl..hati sy trus bdgup kencang n mkin pns 1 bdn..bdk 2 bhtahu juga, ada pompuan thailand bgtahu die, yg pompuan 2 pnh ckp pnh couple dgn suami sy n msa 2 die x thu suami sy dh nikah, smpai 1 msa sy dtg jumpa pompuan tu bla ada kwn suami sy bgtahu suami sy ada simpan pompuan kdai mkn..msa tu itulh kali ptama sy dpt thu suami sy curang..jd kali ni curang lg smpai nk nikah..jd bolehje..adakah sy tlalu lmbut hati dlm pkara2 mcm ni..mbri pluang bkali2 smpai x mhargai sgala kpcayaan n kjujuran yg sy brikan slama ni…mlm td tbongkar sgala2nya…sdkit dmi sdkit allah swt bri petunjuk tuk sy..adakah sy hrus truskan pernikahan ni atau sebaliknya..

  33. bolehje berkata:

    hai369in, semlm cbuk ckit cari stok brg kdai. dari apa yg dh sy lalui kadang2 kwn yg kita x kenal hati budinya lbih senang memahami kita dari yg jmpa hari2. yg jmpa hari ni byk phd dari keikhlasan (bkn semua). kisah u ni kn mmg hmpir sama dgn sy sbb 2 sy dpt memahami apa yg u rasa. rasa selama ni mcm kita ni x bermakna pn dlm hidup dia. kwn2 dia pn slalu ckp dia bodoh sbb dah dpt wife cantik dan ada kerjaya pn nak cari lain (bkn perasan tp org slalu ckp). badan masa tu jgn ckaplah kalah supermodel kurus kering tapi skrg dah gemuk balik he he he….. org tanya ckp diet. mgkin dia xnak tggl kita sbb duit je. sori emosional ckit, semlm masam muka ckit ngn hb hu hu hu. sebenarnya hai369in sy ada byk perkara yg nak luahkan pd u tp rasa mcm forum ni dah lari tajuk plak dan x nak nt ada yg berkecil hati sbb ramai yg baca forum ni kn. rasanya pas ni kita chating dlm tenet je lah yea. email add sy rohayawfg19@yahoo.com. pas ni nk g kdai jap nak bayar gaji staff. kdai sy jauh kt area bntong. penatnya keje nak cari duit hu hu hu….

  34. hai369in berkata:

    hai bolehje..ok sy msuk dlm email awk jap lg yek..seronok bual ngan awk..mesti awk pgkt kakak dgn sy..hehehe…

  35. ct berkata:

    lelaki sumuanya sama….kalau dh nak kawin lagi banyakla,,, alasan yang diberi. hakikiatnya nafsu mereka …. pentingkan diri, kianati janji….

  36. siti syahira berkata:

    saya cintakan suami saya tu je saya nk bgtau..tq

  37. tengah sedih berkata:

    salam…mlm ni sy sukar sgt nk td..sbb dah 3hr xtgor suami…sakit ati..nyampah.meluat…ngan perangai die yg xpenah nk berubah dr dulu pai skg…dulu die sk tengok majalah kete yg de.pompuan seksi.awal pekahwinan…video lucah dlm hp.bluetot dr kwn2 pt kj..skang facebook tgk gambo2 pompuan bogel..sy sedih. .np suami saya xnk berubah…..bantula sy…pe yg sy arus wat…..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 349 other followers

%d bloggers like this: