Malang isteri kedua

Saya suri rumah berusia 25 tahun dan belum ada cahaya mata. Saya berkahwin kira-kira setahun selepas menjalin hubungan selama lima tahun.

Saya isteri kedua dan beza umur dengan suami 12 tahun. Kami berkahwin tanpa pengetahuan isteri pertama, tetapi saya bersyukur ibu bapa saya merestui perkahwinan kami.

Bagaimanapun, selepas tiga bulan berkahwin, isteri pertamanya tahu. Apa lagi, perang besar dibuatnya. Madu saya memaksa suami menceraikan saya, namun syukur suami masih ingin meneruskan perkahwinan kami.

Masalahnya, sehingga kini saudara mara sebelah ibu saya tidak tahu mengenai perkahwinan saya dan lebih teruk lagi, saya juga belum berjumpa mentua serta ipar duai sebelah suami.

Saya tidak sanggup lagi menyembunyikan perkahwinan saya daripada saudara mara. Apabila saya suarakan perkara ini kepada suami, dia hanya minta saya bersabar. Persoalannya, sampai bila?

Saya semakin tertekan apabila baru-baru ini saya mendapat tahu madu saya hamil anak ketiga. Anak bongsunya sekarang berumur 10 tahun. Perkembangan ini menyebabkan saya kecewa.

Saya sedar anak adalah anugerah Allah, tapi saya geram dan tertekan kerana sekian lama menanti untuk hamil tetapi tidak hamil, alih-alih madu saya yang hamil.

Seperkara lagi, suami saya juga gagal melaksanakan penggiliran dengan adil. Biar apa keadaan sekali pun, setiap hari dia mesti pulang ke rumah madu saya. Memang setiap hari (kecuali hari cuti) kami berjumpa, tapi dia jarang tidur di rumah saya.

Dia hanya bermalam di rumah saya apabila ada tugasan luar. Oleh itu, saya tidak berpeluang menjalankan tanggungjawab sebagai isteri seperti menyediakan pakaian serta makan minumnya.

Bila musim perayaan pula, dia pulang ke kampung bersama isteri pertamanya. Saya rasa macam tiada suami ketika itu. Namun apa boleh buat, semuanya terpaksa saya telan juga biarpun pedih.

Kebelakangan ini kami semakin kerap bergaduh. Saya tidak menyalahkan suami 100 peratus kerana adakalanya salah saya juga, tidak dengar cakap. Suami sering suruh saya banyak bersabar sementara dia usahakan sesuatu untuk kebaikan kami bersama.

Suami memang bertanggungjawab daripada segi nafkah zahir dan batin. Saya juga sedar mungkin ada hikmah di sebalik apa yang berlaku sekarang, tapi saya juga manusia biasa. Saya tidak kuat untuk menghadapi semua ini.

Saya terlalu inginkan anak, tapi keadaan belum mengizinkan kerana kami masih dalam proses mendaftarkan perkahwinan. Ini kerana pernikahan kami dulu dilakukan di negara jiran.

Dang Setia, beginikah nasib isteri kedua? Hidup saya penuh dengan istilah ‘tunggu’ dan ‘sabar’. Saya ikhlas berkahwin dengan suami, bukan kerana harta atau sebab lain. Saya tidak minta jadi begini, namun sudah takdir saya menjadi isteri kedua. Bilakah nasib malang saya akan berkahir?

YANG MENGHARAP
Kuala Lumpur

Jawapan

Dang Setia simpati dengan nasib puan kerana hakikatnya kehidupan isteri kedua tidak semestinya malang. Ironinya, ada juga isteri pertama mengadu dan merintih dengan sikap suami selepas kahwin lagi satu.

Alasan yang kerap diberi ialah lebih mengutamakan isteri baru kerana lebih muda dan cantik, manakala ‘selera’ terhadap isteri tua yang berusia semakin berkurangan.

Jadi, jika isteri tua tak puas hati, isteri muda pun tak puas hati, siapakah yang puas hati?

Dang Setia sengaja membangkitkan persoalan ini supaya puan atau mana-mana isteri berpoligami bersikap lebih rasional dan tidak terus menyalahkan madu apabila berlakunya masalah.

Bagi Dang Setia, rasa tidak puas hati, sama ada membabitkan isteri tua atau isteri muda, sebenarnya banyak berkait rapat dengan kewibawaan suami masing-masing. Ini kerana suami orang paling penting untuk menentukan keharmonian pelaksanaan sistem poligami.

Terlebih dulu harus difahami, Islam membenarkan poligami kerana Allah maha mengetahui fitrah manusia yang dicipta-Nya. Namun, sebagai agama yang adil lagi sempurna, Islam juga meletakkan syarat serta peraturan tertentu untuk melaksanakan poligami.

Masalahnya, peraturan yang ditetapkan Islam ini sering tidak dipatuhi dan menyebabkan timbul pelbagai masalah sehingga akhirnya orang yang kurang faham menyalahkan Islam dan poligami.

Hakikatnya, Islam dan poligami tidak salah, sebaliknya yang bersalah adalah orang yang gagal melaksanakannya dengan sempurna.

Contohnya dalam kes puan, Dang Setia berpendapat masalah timbul kerana sejak awal lagi perkahwinan puan dan suami dilangsungkan tidak mengikut kaedah betul apabila ia dirahsiakan serta dilakukan di negara jiran.

Namun, tiada gunanya Dang Setia bersyarah panjang lebar mengenai perkara lalu, kerana yang lebih penting ialah situasi sekarang dan akan datang yang bakal puan lalui.

Nasihat Dang Setia, ajak suami berbincang dan sedarkan dia mengenai kesilapannya iaitu tidak mengikut garis panduan ditetapkan Islam.

Sebagai contoh, merancang mendapat anak dengan alasan perkahwinan belum didaftarkan adalah kesilapan besar. Jika diteliti, antara matlamat perkahwinan ialah mendapatkan zuriat bagi meramaikan umat Islam.

Selain itu, mendapat anak hasil daripada perkahwinan juga fitrah atau keperluan manusia. Jadi, apabila puan dan suami melakukan sesuatu yang bertentangan dengan fitrah, tentu jiwa puan kacau bilau dan hidup jadi tertekan.

Setahu Dang Setia, proses mendaftar perkahwinan yang dilakukan di luar negara mudah. Jika lengkap dokumen diperlukan dan bayar denda dikenakan, pendaftaran mudah diterima pihak berkuasa.

Begitu juga tindakan puan dan suami merahsiakan perkahwinan daripada pengetahuan keluarga serta saudara mara. Ini satu lagi perbuatan yang bertentangan dengan syariat Islam yang mewajibkan perkahwinan dihebahkan, bagi mengelak salah tanggapan atau buruk sangka.

Akhir sekali, Dang Setia juga terpaksa bersetuju dengan kata-kata suami puan yang puan perlu banyak bersabar. Hidup bermadu banyak cabarannya, namun ingat, setiap kesabaran dan pengorbanan kita bakal mendapat ganjaran setimpal daripada Allah SWT.

Jangan marahkan madu puan kerana dia hamil. Itu rezeki Allah SWT kepadanya. Jika puan marahkan dia, itu bermakna puan marahkan Allah. Menyediakan pakaian serta makan minum suami memang penting, namun yang lebih penting ialah patuh arahan suami (selagi tidak bertentangan hukum Allah).

Ingat, mengikut arahan suami ada pahala daripada Allah SWT dan ingkar cakap suami pula bukan saja berdosa, tapi turut menyebabkan keharmonian rumah tangga sukar diwujudkan sampai bila-bila.

Kesimpulannya, suami puan perlu berubah dengan mencorakkan kehidupan berpoligami sebagaimana disyariatkan Allah dan pada masa sama puan perlu berubah dengan mendidik diri supaya lebih rasional dengan menjadikan ganjaran Allah SWT sebagai matlamat utama, bukan keindahan hidup di dunia ini yang hanya sementara.

~ Dang Setia


Seni Ciuman. Keterangan lanjut, sila klik sini.


Super Isteri. Nak tau, sila klik sini

61 Responses to Malang isteri kedua

  1. nuriman berkata:

    Sabarlah la..jgn marah atau cemburu kalau isteri pertama mengandung kerana itu adalah rezeki dari allah s.w.t. Mungkin belum rezeki anda utk mengandung…..ada hikmah di sebalik apa yg berlaku..bersabarlah…

  2. wanitahariini berkata:

    Suruhlah suami kawin yang ketiga pulak dan awak boleh merasa macamana suami diambil orang, bukan nak balas dendam,masalahnya bila dah jadi isteri ke 2, maknanya sanggup lah menghadapi cabarannya, jangan complain,

    Kalau selama ini boleh bersabar untuk mendapatkan lelaki itu menjadi suami,walau dah tahu dia dah beristeri, maknanya kenalah bersabar juga sekarang ni.

    Saya ni bukan nak hentam isteri ke 2, cuma sebelum berkahwin kononnya sanggup menghadapi segala cabaran demi cinta disebabkan sudah berjumpa lelaki idaman walaupun dia suami orang, tapi bila isteri pertama mengandung pun, dah ada rasa cemburu. Kenapa tak ada perasaan tu sebelum berkahwin dulu, lainlah kalau masa kawin tak tau dia tu suami orang.

  3. serina berkata:

    Assalamualaikum…

    Saya rasa tak patut lah kita ni menghentam sesama wanita. Tidak ada siapa dalam dunia ini nak berdiri di atas dunia ni untuk mendapat gelaran ” Isteri No 2″. Jika tuhan tak izinkan kita berjumpa dan berkahwin dengan lelaki tu tak jadi masalah ni. Jikalau begitu Aisyah isteri nabi Muhamad S.A.W pun tak betol juga la.

    Memang wanita yang kahwin dengan suami orang ni akan dianggap perampas….namun sedarlah hakikat sebenarnya…bukan semua Allah takdirkan kepada manusia untuk sahut cabaran hidup sebegini. Manusia bodoh mana yang sanggup menelan kepahitan. Hanya orang yang terpilih sahaja Allah berikan beban dan cabaran untuk menanggung luka dan dugaan perasaan yang amat dahsyat ini. Anggap la ini cobaan hidup bagi puan.

    Memang senang bercakap apabila terkena atas batang hidung orang lain, cuba kita tuhan anugerahkan keadaan ini. Macam mana? Saya bukanlah memihak kepada isteri kedua…tetapi kita kena banyakkan beristigfar ingat sesuatu itu datang dari Allah. jangan menentang apa yang Allah halalkan. Siapa kita? untuk menghukum sesama makhluk cuma caranya perjalanan sahaja yang kurang tepat.

    Puan, saya nasihatkan puan pergi ke Pejabat agama untuk rujukan walaupun tindakan puan kahwin itu bertentangan dengan undang2. Dari segi hukum ia adalah sah. Puan masih boleh berunding. Bukannya orang jabatan agama tu kejam. Jika puan tak berani saya bimbang suami puan akan berterusan berbuat demikan dan dikatakan boleh mengambil kesempatan. Sebab semua hal bergantung pada suami. Tak perlu ambil masa lama untuk berterus terang. Jika dia berani buat berani la tanggung risiko samada pada pihak keluarga puan, keluarga suami dan juga pihak isteri pertama.

    Jika dia mengelak maknanya dia tidak ada ketelusan dan tidak ikhlas pada puan. Puan harus tegas. Yang menanggung senggsara dan kesediahan hanya puan. Suami puan tidak akan merasa apa2 sebab dia sudah ada jaminan pada keluarga yang sebelah lagi. Semua sudah cukup bagi dia. Saya harap puan berani dan cuba berbincang dengan madu. Buat sembahyang hajat dan selalu bersedahakah ayat2 al-Quran kepada madu. Supaya hati dia lembut untuk menerima puan sebahagian dari hidupnya.

    Dan cuba banyakkan membaca di Internet mengenai poligami. Dan jangan sesekali membuat perkara2 yang menyakitkan hati semua pihak..bersabar. Mengenai keluarga puan. Puan perlu telus.Berterus terang. Insya-Allah Ibu bapa mana yang x sayangkan anak. Minta ampun maaf dari mereka walaupun ia akan memakan masa yang lama untuk menerima kejutan itu.

    Ingat kasih sayang dan cinta sesama manusia hanya pinjaman dan sementara. Jangan terlalu tumpu kepada cinta manusia. hanya Allah yang kekal dan Maha Pemberi segala nikmat. Rujuklah pada dia. Insya-Allah hati puan akan tenang setenangnya. Walaupun suami tiada tapi Allah sentiasa bersama kita jika hati kita tulus ikhlas. Jika Allah mengampunkan dan redha pada kita semua pintu masalah akan etrbuka dan percaya la. Hanya kita boleh merubah hidup kita dan jangan bergantung kepada orang lain. Satu lagi, dengan suami jangan bergaduh….tetapi gunakan cara pujukan dan buat dia senang walaupun hati kita berat dan pedih.

  4. lina berkata:

    yang mengharap..

    kesian kakak baca citer u ni. nak buat mcm ne tu ler namanya isteri ke 2. banyak kan ler bersabar. Situasi ni lah yg I dah lalui. now I dah bahagia sekarang kerana banyak bersabar. I pernah hidup bermadu.. 21 tahun yg lalu I kawin sebagai isteri ke 2 ngan suami..isteri pertama tau walaupun x setuju…dah jodohkan. Suami cuba seadil2nya. Giliran dibuat berselang seli hari…so x de complain x adil lah. Cuma bila kita dah di takdirkan sebagai no. 2.. kenalah banyak bersabar dan mengalah. Walaubagaimana pun kebijaksaan suami ler yg penting. Now anak2 I dah besar kat kolej…hubungan ngan anak tiri pun ok. ..madu I dah meninggal dunia 15 tahun yg lalu..dalam hidup kita ni kena banyak bersabar dan tidak sume yg kita idamkan akan dapat…ok

  5. ikin berkata:

    kalau takot dilambung ombak jgn berumah di tepi pantai. Betol dah kata dang setia tu…dalam hal ni suami tu sendiri yg harus sedar..x mampu nak berlaku adil sibok nak kawin lagi..siap sorok2 lagi. Allah maha adil, macammana peritnya dan hancurnya perasaan isteri pertama bila tiba2 dpt tahu yg suami berkahwin lagi macamtu lah sekarang isteri kedua rasa…

  6. mimie berkata:

    padan muka kau. tu lahh dalam diam kahwin dengan suami orang!

    • hamba Allah berkata:

      ngape plak ckp mcm tu…
      spe plak yg nk bkawin ngan suami org?
      tpi jodoh tu dah Allah yg mngatur..
      kte ni mnusia mnjalankan.

    • riana berkata:

      tiada istilah suami orang…yang nyata kita hanya milik Allah S.W.T, terdetik hati saya kerana pernah berbual dengan seorang isteri pertama yang menceritakan tentang rumahtangganya…betapa baiknya dia dengan madunya..sewaktu suami mengeluarkan hasrat untuk beristerikan lagi satu si isteri telah redha…saya pun pelik kenapa redha? dia berkata…tiada istilah isteri 1,2,3 dan ke 4…kita semua milik Allah S.W.T telah Allah tetapkan jodoh kita dan kita terpaksa melaluinya…saya igtkan dulu saya sealu berpesan kpd rakan2 jgn sekali2 amek suami org tapi inilah kenyataannya saya sendiri sekarang melalui cerita isteri kedua…jadi mimie…Allah tu maha berkuasa setiap kata2 berwaspada lah…

  7. hebatdranjang berkata:

    mimie jng marah sngt… dah tertulis nasib dia begitu… x der sape wanita dlm dunia ni sanggup berkongsi, lebih2 lagi nak dpt gelaran ke2, ke3, ke4…

    itu semua dah tertulis… gua bukan la nak sokong… pasal gua ni lelaki… tapi gua selalu dngr dr ustaz2.. dunia ni pinjaman sementara.. tiada milek kekal antara kita..harta kita.. malah suami dan isteri bukan milek kekal kite.. semua tu pinjaman dr Allah.. suami tu Allah pinjamkan kepada kite.. isteri tu Allah pinjam kan kepada kite…

    Dalam bab bermadu ni pun begitu juga… hanya Allah saje yg tahu… kerana semuanya dgn izin Allah.. sudah dibuktikan pada Nabi kita … oleh itu para suami yg mempunyai lebih satu isteri kena lah ikut cara nabi melayani isteri2 baginda.. bukan duk tiru kawen ramai jer.. barulah para isteri tak cmplain.. tak adil la..bla..bla..

    Para isteri pula.. bila suami kawen lain.. kena la reda… mmng la pedih, sakit hati.. bla..bla.. tapi Allah dah janjikan bonus pada isteri pertama… payung emas disyurga…
    ingat suami tu bukan hak milek mutlak kita… semua hak Allah.. bila kita reda.. tiadalah berlaku kekecohan.. gaduh isteri pertama dgn isteri ke2.. kekadang tu.. buat suami jadi tidak adil.. bila ada tekanan dari satu pihak.. yg x bg peluang giliran.. mestilah satu pihak lgi tak puas hati.. yg satu pihak tu memng nak alas dendam.. atau sakit hati… jadi x baik mcm tu… kalau dah berkongsi kena buat cara berkongsi..
    bergilir la.. biar suami berlaku adil.. jng jadikan suami anda tidak adil..

    suami pun jngn la ambil kesempatan… gua pun pernah gak dulu hampir2 nakpasang 1 lagi.. tapi x de jodoh owng kate.. hu..hu.. isteri gua memng bengan dgn gua… tapi dia tahu ape puncanyer.. dia abaikan gua dranjang.. gua pun melilau la.. tp skrng wife gua dah ok.. tiap2 hari boleh on… so gua xyah la nak cr lain..

    buat2 isteri pertama tu.. pesanan gua.. mcmana lyanan dranjang… kalau susah nak dpt.. asyik tolak saje… sebulan sekali dua saje… baiklah buat schedule baru.. he..he..
    kalau x nanti suami masing2 melilau la kat luar… bukan ape.. dr pengalaman gua sendiri la.. bukanye gua gatal tahu.. tapi adik kat dlm seluar ni dia mane atahu isteri gua penat ko.. sibuk ko.. bla..bla… tapibila dah dranjang bersama wife tu…adik ni bangun la pula.. cuba para isteri fikirkan… adik sehari suntuk duk tidur je.. (waktu kerja la .. x kirala kerja ape sekali pun)… bila mlm adik nak dbelai juga… nak buat exsesise.. keluar masuk.. nak bg mantap… so para isteri kena la jlnkan tggung jawab..
    kalau bukan isteri yg memuaskan suami… sape lagi.. tu la bila suami pasang lain dah gaduh..

    itu je lah pandangan gua.. dr pengalaman gua sendiri.. kate hati gua.. cukuplah satu isteri… 2 ni gua pulak x der rest… he..he..

  8. serina berkata:

    Hmm lelaki ni bab tu je dia dok pikir…Kalau bab “TOT” tu mmg la alasan pertama lelaki / suami cari lain. Tapi kekadang tu sikap tak puas hati dalam beberapa bab dan perangai lelaki juga buat isteri buat perangai….itu yang tak dak mood nak layan…Lelaki mmg nak layanan best dari isteri semua nak tip top mit top…semua top top la tapi isteri kdg2 lelaki buat mcm isteri benda yang tak penting…..cuba lelaki2 kat dunia ni layan isteri mcm nabi layan isteri…tak dak la rasa kecik ati…tak la cabaran2 yang berat tuhan bagi untuk perbetul kesilapan dalam rumah tangga….Pikirkan lah wahai kaum ADAM….

  9. hebatdranjang berkata:

    Hmmm.. tidak dinafikan serina… pompuan pun ada perasaan.. lelaki pun tak sempurna sepenuhnya.. masing2 ada kekurangan… cuma serina kena ingat.. salah satu ikatan kasih sayang ialah hubungan sex.. dari mana suami nak.. tentulah dr wife… tapi kalau wife dah mula bersikap dingin… kerana rasa tak puas hati pada suami.. dah tak nak bagi… mulala suami cari kat lain… Serina.. terus terang gua cakap.. dekat luar sana ramai yg sangap batang… contohnya pada gua.. pantang je gua kenal awek baru.. memang senang dapat dan boleh dapat..

    Back to the point.. para isteri apa pun alasannya… bila suami nak kena bagi.. nnti kalau suami pasang lain… awak juga yg merana.. so tambat hati suami dgn hubungan diranjang.. so tak der la nak fikir cari lain.. hu..hu..

  10. piah berkata:

    kekadang tu isteri dingin di ranjang sebab rasa tak puas hati dengan suaminya yang tidak menjalankan tanggungjawab sebagai suami. Di ranjang aje yang nak bertanggungjawap tapi luar ranjang..isteri kena tanggung semua…mana aci weh…

  11. herbaqu berkata:

    hello saya dari indonesia, lihat blog ku yang cantik sekali, ada artikel menarik sekali, lihat saja di http://www.herbaqu.co.cc/

  12. wanitahariini berkata:

    Kdg2 tu isteri bagi tiap2 malam pun suami nak juga makan luar…nak rasa kelainan konon… yg penting keikhlasan dan kejujuran terhadap pasangan bukannya sebab kurang layanan kat tempat tidur semata2. Cubalah tambahkan amal ibadat, tingkat ilmu supaya kehidupan lebih bahagia dan diberkati. Asyik nak berseronok dengan kehidupan dunia saja…tak ingat nak mati kut?

  13. mas berkata:

    salam semua.. bkn semua isteri ke2 itu jahat or perampas suami org..sy jgk isteri ke2. sy bkn nk ckp tndkan sy mgahwini suami adalah tndakan tbaik & tdk bsalah. keadaan ini bgantung kpd situasi. spt sy, sy bkahwin dgn suami dgn keadaan sy tdk mgetahui dia adalah suami org & punya 3 org ank. tmbahan pula suami memnta adiknya bsepakat menipu sy. pd mulanya sy amat marah bila mngetahui diri tertipu. tp kasih syg suami mnyebabkan sy memaafkannya. mmg pd mulanya madu amat membenci & sering mngada2kan cerita yg bkn2 kpd suami ttg sy. namun kebenaran ttp kebenaran. shgga kini, telah 1 thun 4 bln sy bkahwin. madu sudah menerima sy seadanya & adakala kami spt adik beradik. bila bksempatan, suami sering mbawa sy ke rumah madu. bila dsana, sy akn tdo dgn madu manakala suami akn tdo dgn anak2. hubungan sy dgn anak2 madu juga erat & sy mnyayangi mereka spt ank2 sndiri. timbul juga rasa terkilan krn hgga kini sy masih blm hamil ttp madu sedang hamil ank ke4. bkn semua isteri ke2 itu jht, tdk memahami & perampas. pokok pgkalnya hati kita. rumahtgga kami juga sering di uji dimana suami jatuh cnta lg dgn seorg janda & hmpir bkawin. sy teramat sedih ttp madu berfikiran sbliknya & sering menasihati sy supaya bsabar. hgga kini, kami masih gembira hdup bsama & suami tdk jdi bkawin dgn jnda tersebut..

    • mama haziq berkata:

      saya jg merupakan isteri ke2 dan saya yakin saya bkn perempuan jht w.pun ber kahwin dgn suami org!ini kerana msa berkahwin usia sya masih muda..25 thn,saya ada pekerjaan tetap dan ada rupa juga tetapi sudah jodoh saya dgn suami org..pada masa itu kehidupan suami tak ubah spt org bujang w.pun telah mempunyai ank seramai 2 orang..rumahtangganya benar2 dilanda kemelut,jika tidak masakan, keluarganya melamar saya untuk dijadikan isteri k2 suami saya..itulah yg dikatakan jodoh yng tuhan tentukan…sementara keluarga saya jg turut merestui perkahwinan ini,dan perkahwinan kami berkekalan sampai kini ( 16 thn lebih ..)masalah memang ada..tetapi kami menyelesaikannya dengan bijak..

      • kie kie kie berkata:

        dah lumrah alam..ada yg dah terpaku -terpaksa bersama -sekarang nie kalo tak meredai diri no 2, memang tak kawin kawin..sobab manusia yg benama ama lelaki nie dah kurang bilangei nyo…jadi bilo nok carie tu keno hati2 ..yg terpilih saja..diterima..kena pandai selidik..jangan ikut nafsu body tergadai..dah terpaksa..lelaki ni ..bukan keseluruhan nye..memang hebat sentuh ajerr d ah tunjuk lagit..nak nak..pompuan lak yang lagi e
        dashat ..eletric siot copat..dah kena baru me enyosal.bukan u ajerr macam tu dah menjadie kenyataaei..kalo mula mula memang laa..selalu bersama..kemudian lama lama slow sikit dan menghilang..terutama maso kito perlukan dio..hal2 tertentu..sakit ..poning..memang menyiksakan..macei tak kawin puin..menjelma lak..igatei ..tak kawein pun tak pa….suka bersama ..duka kesaorangei.. dah biaso..lak kalo dah tak menawan…

  14. jj berkata:

    sebagai lelaki aku sokong mas.. bersabar untuk dapat payung emas bersama madu anda nanti.biar la hb u kawin dengan janda tu dapat gak pahala tolong orang macam tu..

  15. ilacayang berkata:

    erm..baru tahu macmne penderitaan jd istri 2 ni,jgn byk komplen,u tahu x mcmne deritanya isteri pertama dia?ada u ambil kisah!dan lagi 1 jgn mudah terpedaya dgn kata2 jantan ni,dorang ni pandai je tabur janji tapi….hampeh…kalu bab nk poligami jek pandai jawab,ikut sunah nabi la,apa2la alasan nye,yg merana nye sape???awk kan?diaaa?lu pk la sendiri…tp saya memg dgn pendirian saya PERMPAS SUAMI ORANG INI LAH RISIKONYA…

  16. guara berkata:

    jangan salahnya suami sekiranya dia ingin berkahwin lagi. byk faktor yang isteri kena fikirkan kepada suaminya mahu berkahwin lagi? Adakah berdosa seorg lelaki itu berkahwin lebih dari satu sekiranya ia merasakan kekurangan dlm rmhtangga dan mencari kebahagiaan yg sebenar sekiranya dia mmg mampu..Dan jangan lupa menolak takdir kerana jika sudah di tentukan seorg lelaki itu berpoligami dan seorang wanita itu harus berkongsi suami, tiada kuasa yang dapat menolak ketentuan ilahi.

  17. mak lamah berkata:

    kawan-kawan…sememangnya menjadi isteri kedua menuntut kesabaran yang benar2 hebat, semangat yang betul2 kuat.. Menjadi isteri kedua akan banyak senyum hiba dari senyum bahagia, akan banyak airmata duka dari airmata gembira…Itulah hakikatnya..

    memang bukan semua isteri kedua itu perampas atau perosak rmh tangga…kadang2 sudah jodoh namanya..wlupun cuba dielak…

    YANG MENGHARAP perlu terus sabar jika ingin rumahtangga berkekalan. Bayangkan lah saya yang telah 11 tahun menjadi isteri kedua dan telah mempunyai 3 orang cahayamata masih belum mendpt keadilan sepenuhnye. Tapi saya redha..kerana ini yang saya pilih. Sehingga kini suami tadak dapat tidur dirumah saya kerana menjaga hati isteri pertama… Tidak dinafikan yang saya merasa sedih kerana rutin perkahwinan saya tak seperti yang lain-lain.. Tapi apa nak buat.

    Dan saya bersyukur sangat..kerana walaupun isteri pertama tidak mahu menerima saya sampai mati katanye..tetapi dia tidak pernah menyerang saya, atau memaki hamun saya kerana menumpang kasih suaminya. Dan untuk pengetahuan semua saya tidak pernah lansung menyuruh suami supaya menceraikan isteri pertama.

    Saya sentiasa memanjat doa pada yang Esa, memohon kepada keajaibanNYA agar isteri pertama berubah hati untuk menerima kehadiran saya.

  18. ilacayang berkata:

    tidak dinafikan jodoh semua adalah ketentuan tuhan,tapi kita diberi akal dan fikiran yang logik..kita sudah tahu risikonya apabila bermadu kasih dgn suami org..tapi knp kita masih lagi hendak menanggungnya?sebab cinta itu BUTA atau PENGORANAN?walaumacmanapun,saya doakan kalian yang bermadu kasih ni supaya dipanjagkan jodoh..amin

  19. iza berkata:

    Ilacayang, kdg2 yang menjadi isteri ke 2 tu sebab terpaksa, mungkin tak ada lelaki yg dtg, tiba2 dtg lelaki yg dah bersuami ni nak kat dia, jadi dia rasa, ada juga nak kat dia. Suami saya kawin lagi, dgn seorang perempuan umur 33 tahun, walaupun dia tahu suami saya ni kaki perempuan, jahat, dsb, dia kata, tak apa, yg penting dia ada suami. So, saya, isteri pertama juga jadi mangsa sebab saya tak tahan diperlakukan seperti tunggul kayu. Betullah, perempuan juga yang menghancurkan perempuan. Kdg2 saya pelik dengan perempuan ni, seperti awak kata BUTA atau PENGORBANAN? Isteri ke 2 suami saya nak jadi isteri solehah kpd suami saya yg jahat tu…dia tak kisah walaupun duit dia dikikis suami dan playboy…atau SAYA BUKAN ISTERI YANG PENYABAR? Kdg2 saya confuse, tahap mana kita harus bersabar?

  20. ilacayang berkata:

    salam iza,
    sebenarnya kita sbg seorang isteri sudah banyak bersabar dan berkorban untuk suami kita..sbg contoh,kita pertarungkan nyawa kita untuk melahirkan zuriat dari benih suami,dgn algment body dah lari,tapi kita berusaha juga untuk beri yg terbaik pada dia,tapi apa yg kita dapat?knp para suami nak komplen yg bini x pandai jg bdn la,apala,walhal semua tu kita korban untuk dia,btol x?kalu x de anak,mula cr alasan lain plak nak kawin lg satu,kesimpulanya,si suami ni KEBANYAKKANNYA kawin sbb nafsu..cuma saya nasihatkan iza,supaya cubalah bina hidup baru spt bermula berdikari dr sekarang,fokuskan kpd ank2 krn nescaya satu ari nanti merekala yg bakal jg kita pada hari tua percayalah.. dan jgn kasi muka sgt pada suami..beljarlah berdikari…

  21. akuygsedih berkata:

    salam, sy nk minta pndapat org di cni. sy dah kawin sthn stgh. baru2 ni, sy dapat tahu suami ada prmpuan lain. bila di tanya, suami tdk mgaku.walaupun ada bukti (sms prmpuan tu htr pd suami, sy smpat baca), suami tdk mgaku & bila di tanya berulang kali, suami hanya mdiamkan diri. setelah berkali2 sy merayu pd prmpuan itu, dia setuju utk brjmpa sy. dia juga tlh mgembalikan brg2 pmberian suami sy kpdnya trmasuk hp & duit. suami amat marah kpd sy, serta melemparkan bermacam sumpah seranah pd sy. selang beberapa hr, suami mula berbaik dgn sy. sikapnya juga berubah dr sblum ini. walaupun suami sudah berbaik dgn sy, hati ttp berasa curiga. ini krn setiap pagi suami akan menerima sms dr seseorg. baru2 ini, suami mdapat panggilan, suami bcakap dgn nada perlahan & sy hanya mdengar suami mgatakan yg dia berada di rumah. bila ditanya berulang kali, suami mgaku prmpuan tsebut yg mhubunginya & ingin bertanya ttg kerja. sjk hr itu, suami kembali dingin & jarang bckap dgn sy. adik ipar sy pernah mgadu tnampak suami dgn seorg prmpuan kluar dr kwsn perumahan bdekatan dgn rumah kami. pd hr ni(21 feb 09), sy mgajak adik ipar menemani sy mcari suami di kwsn perumahan tsebut. mgkin juga Tuhan nk tunjuk kpd sy ttg kcurangan suami, sy trnampak kereta suami dlm pagar sebuah rumah. pintu rumah trsebut tertutup rapat. mggigil bdn sy hanya Tuhan yg tahu. ingin sja sy ke rumah trsebut, namun adik ipar mlarang utk mgelakkan pkara buruk blaku. dlm 15 mnt sy menanti diluar rumah, suami keluar diiringi seorg prmpuan. namun sy tdk pasti sama ada prmpuan yg sama yg sblm ini atau tdk. sy terus balik ke rumah, 10 mnt lps tu, suami smpai ke rumah kami. reaksi nya biasa seolah2 tiada apa yg blaku. sy berasa amat sedih & hampir hlg kwlan memikirkan perbuatn suami. wlaupun usia prkhwinan kami masih baru, ini juga bkn kali prtama suami curang. apa yg perlu sy buat? sy sgt sygkn dia tp hati sy terlalu dalam lukanya..haruskah sy terus bersabar?

  22. ieqa89 berkata:

    aku bakal jd bini no 2 dia….aku sedih dia tipu tp nk at cmna krn syg n aku da jd mcm laki bini je aku tetap nk kawen dgn dia..aku trpaksa tanggung risiko kan tp dia ckp walauapepun trjdi dia akan jg dan bertanggungjawab trhadap aku..haruskah aku percaya??…aku da gtau dia,nanti aku jg yg akan kena dia msti akan lepas tgn tp dia kata xkan sesekali..aku rs nk buat perjanjian jer…

  23. helpless berkata:

    hi ieqa89… sy pun same situasi dgn awak… tapi sy tak tau nak cite ngn sape…. email sy @ aireendeen@yahoo.com … mungkin kite leh kongsi cite…. takde kwn sy yg memahami sy sbb dorang tak lalui mcm sy lalui… n kalu ade pembace2 yg nak kutuk atau hine , terpulangla….

  24. perogolmalam berkata:

    ala helphless gal..apa hal ni ..muda2 dah macei frust aje…osamaladen@gawab.com

  25. MJ berkata:

    hai kesian betul wanita nie.. kenapa lah lelaki suka mengambil kesempatan pada wanita yang lemah. walaupun wanita tu mungkin berkerjaya, boleh handle perkerjaan dengan baik, berwibawa dimata karyawan2 tetapi hakikatnya wanita ini tetap lembut jiwanya..

    Bayangkan kalau dunia tanpa wanita,

    1. tiada lah keindahan pada dunia ini (indah apa nya kalau bentuk badan itu2 juga.. tiada lekuk lekukan yang hanya wanita saja memiliki..pun takde gunung ganang dan “tut”nye)

    2. Sepi lah dunia ini.. kerana tiada suara yang merdu nenawan kalbu mengusik jiwa… takkan lah nak dengar suara gurauan senda yang bergarau kot!

    3. Gelap gulita lah dunia ini kerana tiada matlamat hidup yang sebenar… zuriat yang akan membawa diri kita di tahap generasi berikutnya..

    so .. insan yang bernama lelaki tu, hargai lah wanita ini, tak kira sesiapa pun mereka.. kerana tuhan maha mengetahui kenapa di jadikan NYA insan yang bernama WANITA…..

  26. tok mau mau punye berkata:

    biase alh tu kaum hawa yg membuat munusia menjadi malang dri asal usul sampai le ke hari ini..

  27. maafku pinta berkata:

    Biase nye lah yg jadi kedua nie biase nye bukan kena tipu..dah geraguk sangat nak kawin buat tak tahu yg laki tu dah ade partner…berkeadaan market dah tak de kot…

    Tak kesah konon bilae dah bersatu tak ngam.amacam2 tuduhan palsu tak henti2..tak kan dewasa ni pompuan lebeh canggih drp lelaki pun kena tipu.

    Ye le bila dah tengok orang berkepit sana kemari -beranak-cucu tak kan benda tak keinginan atau kemaruk di malam hari yg sepi..mak oii sepi nye kalo mengigatkan diri kesaorangan di malam hari…penunugguan-menanti mejadi jarum teliti –menusok2 di hate…org hitam menjelma pun tak kisah sangat lagi.

  28. ieqa89 berkata:

    yer….org yg xlalui mmg xkn rs…ni email ika…ieqa_mucux89@yahoo.com untuk ym…tok helpless lau ada tagged blhla kt lbh knl kt sn email tomerius89..or awk email ika gak kt tomerius89@yahoo.com…thank..hope kt leh kongsi mslh

  29. is3 berkata:

    I pun isteri ke dua. Sabarlah. Tau tak jadi sahaja kita dlam perut ibu semasa di tiup roh telah ditetapkan jodoh , ajal maut n rezeki kita. Dgn siapa kita berkahwin berapa anak kita dan bila waktu dan hari kita diambil nyawa.

    I temu jodoh lewat 40. Tertutup hati untuk berkahwin. Mungkin too bz kerja. Tapi dgn doa ibu dan ayah hati terbuka semula. Di lewat usia not many choice but i tried to avoid sumone’s husband. Puas. Sampai i met one guy duda dah umur 52. Kawan agak lama n bagai nak rak sampai dah gi umrah sama-sama. Tu la namanya bukan jodoh. Putus and frust giler. Jumpa duda lagi tapi ada je tak kena n dia pun tak menjalankan tugas as muslim even yg basic. Lama gak hampir dah malas. Entah macam mana i met my husband who is hsband orang. I tau rizikonya. setahun gak dia try i. Pas tu i buat Istikharah we nikah. Isteri pertama tak tau sampai la ni dah nearly 2 years. Dia suami yg baik n tanggungjawab tak pernah burukkan isteri pertama. Cuma i tak pernah dapat bermalam dgn dia. Tak nak bgtau coz tak nak kecoh n nanti dia pun susah nak cari rezeki bila tau sure kena control. I thanked him kerana even dia suami org he is a good guy byk pahala dia dpt dgn menjaga, mendidik dan memberi i tempat berlindung. I sentiasa doakan dia murah rezeki, bahagia dengan isteri pertama dan anak2. Dan muga satu hari kelak tuhan bukakan jalan untuk i bersama my husband bebas seperti org lain. Esp muga dia dapat memimpin tangan i ke mekah menunaikan haji dan umrah. Amin. Alangkah bagusnya kalau kita hidup di dunia pinjaman ini dengan aman dan damai dan berkasih sayang sesama manusia.Salam

  30. hamba Allah berkata:

    sye pun isteri ke2.sye wrga negara indonesia yg menikah dgn lelaki malaysia.
    sakit memang,ap lagi saat madu sye maki hamun sye dlm sms&col.smpai mak sye pun jdi mangsa dia.
    suami pun x leh control istri dia..mcm2 dia kta sye.
    walhal ketidak adilan tu sye rsa jg..smpai2 istri 1 sbuk sruh suami craikan sye..hti spe yg x luka.
    dah lah sye jauh dri suami 1bln skli bru blh bjumpa tu pun kjap je..nk sms or col pun jrang sbb tkut istri dia.
    sye pasrah&tawakal smoga Allah mmberikan kkuatan&keikhlasan yg brlipat ganda.hngga payung emas akn mnjdi mlik sye.
    amin

    • tongek berkata:

      emm .. bersabarlah .. seharusnya kamu sudah mengetahui
      apa yg bakal kamu hadapi …kamu sakit yg madu kamu juga sakit .. jdnya sama2 sakit .Yg sronoknya jd suami.

    • perogolmalam berkata:

      ape lah nak ditangisi lagie nen..nasi sudah jadi bubor..bersabar laa yee..gitu jugak awek malaysia yg kawin dgn pak indon..lagi terseksa… dgn kehidupan tak menentu di sana- atau di sini…korang2 nen bersenang ati jugak di malasie ni….keadaan mewah serba serbi..

  31. is3 m'sia berkata:

    hamba Allah…nie laa..org indon dah bagi betis nak paha..senang2 jer ambil laki org m’sia..pas ckp mcm2 nak adil laa..pk laa sendiri..dtg cni nak cari rezeki ker nak goda lakim org m’sia..rosakkan dan memporak prandakan rumahtngga org…

  32. iskandar berkata:

    macam2

  33. Kalam berkata:

    Org indon ke…org putih ke…org negro ke… mereka semua adalah hamba Allah… seagama dgn kita.. tak pelu untuk kita mencaci maki org dgn sebab berlainan bangsa dgn kita.. Tak boleh untuk salahkan sesiapa…
    Bagi Si suami….jika bertepuk sebelah tangan tak menghasilkan apa2… kecuali tepukan dihala ke muka….bunyi pun ada..sakit pun dapat….
    Dan bagi Si isteri…. tak mungkin kita ni insan yang sempurna yang tak ada cacat cela…sehingga membuatkan si suami cari yang lain…..

  34. kongkekman berkata:

    tapi org indon bisa di atur malam..orang putih romen lebeh..orang negro panas dalam dan sedap tahan lasak..sodap bang

    • kongkekman berkata:

      bab bini no 2 ni dah nsib masa kini ..lelaki dah pupus..ada yg batang tak naek semula jadi..no 2 pun dah kiro bguis laa.. dapak jugak rase brinjal..kalo nak care solo sampei hang kojoi pun tak kawin kawin..terima dan tanggong

      • ina berkata:

        amboi best sungguh bahasa….ada yang dah ditakdirkan mcm gitu….kdg2 lelaki ni tak boleh jangka perangai yang penipu banyak n yang mcm hampeh pon banyak….so perempaun menanggung beban….tak semestinye yang kawin dengan laki org ni tak de bujang yang nak…kadg2 bujang perangai mcm hampeh itu sbb tak leh pecaya…

      • ina berkata:

        Kalau dilihat ayat sedara kat atas mcm mana la perempuan nak ayat pon dah tak sopan…asyil pikir benda pelik2 hmmm best sgt ke buat mcm tu…

      • perogolmalam berkata:

        kong..man endoscpe kou nie dah jadi blues gang ke..kou ni teror atas kertas aja..kat padang bola kou..nye tunjok bumi je kot..kah kah…

    • kormojayo bangkalen berkata:

      jagan kou Key O dalam pelayaran atas perahu tu dah lahh..nak lak telokat sangkut dalaman lak . macam kes atas kedai kopi tu…lagi terharu jadi nya.. bertaubat lah banyak banyak sebelum last moments…auzubbillah..

      • Tongkatsakti berkata:

        …manusia dah bagitu bang,dari asal usul kejadian, dah jadi pembunuhan, nak merasai benda benda yg di tegahkan,kita semasa kini tepok dada tanya diri, nak melalui jalan gelap atau bercahaya,kalau ada yang di perdayai dek keduniaan-amat lah rugi samasekali…..

  35. marina berkata:

    kongkekman…hmm..hehe..nama pn dah kongkekman..tu laa selalu sgt kongkek ker..jgn wat yg x halal dah laa..org lelaki skrg mmg suka yg sedap jer..idup nak sedap selalu x kira aper2 pn..almaklum laa pompuan dah melebihi lelaki..nasib laa pompuan akhir zaman nie..so brhati2 dijlnraya…hehe..jgn marah yer kongkekman…tukar laa nama lain…org jawa x suker nama tu tau..

    • perogolmalam berkata:

      Yang..bageimano nama yang nie..tapie yang yg ..ape kerr benda nye..dah lupa lak..asik nak menyedap jorr..eh yang hareim ..jadah nie (kato wan kamaruddin pelapor tv tu..sebut syariah)rase nye lebeh sedap dan enak sekali dari yg halal yang..

      itu pasal laki keluak pintu depan pintu blakang terbukak..uninvited guest..guest come for dinner..laki pun selalu ajerr ado meting..dinner.. ayam golek..bila cerito bab ayam nie..terkeluak ayor liour aku melelehi lak.. take care ..c yerr

    • kongkekman berkata:

      … yang i minta ampun dan maaf laa..sebab nama favourite i tu..tu..memang terasa gerun dan terguris di hati kalbu u..tapi yang i dah guna nama tu kat net nie agak bertahun..cuba taip..kongkekman..di laman web .. i pasti menjelman depan u..alah tu nama ajerr bukan nya..perilakunan exsi yg terpapang depan mata..forgive me…sleep well. i promise not to be beside u… bye

      • marina berkata:

        oh kongkekman..trasa segan nak menyebut nya..dimana kah kamu..lama menghilang..

    • kongkekman berkata:

      kata2 mu yg ayu membuat aku terpaku sejenak dalam petarungan ku seterus nya ayu..seolah olah menusuk kalbu ku..menghilang kenikmatan sejenak dari menerus kejahatan malam ku..bagaimana pun atas keperhatinan merdu mu itu tetap ku fikiak kan dulu..may god bless u..lots of love..

      • kongkekman berkata:

        aku pun menunggu kedatangei mu iti ina..tapie sebutan namo aku tidak mempunyai apa2 pengerti di kamus dewan bahas melainkein aku potong sahaja perkataa ‘man’ baru ado pengertian sejati..jika mu maseh merindu ku sebut taip ajorr namo ku di web..laksan aku menjelam di depan mu yag…maaf zahir batin ku pinta.wallauallam..

        kongkekman bermakna melawan dengan kata2

      • ronaldefeo berkata:

        Tesaurus dbp
        Tiada maklumat tesaurus untuk kata kongkekman
        kongkekman dalam istilah mulut melawan dengan kata2 ..melawan balik

  36. riana berkata:

    assalamualaikum….
    banyak sunggu saya dengar kisah menjadi isteri kedua…saya pun baru mendirikan rumah tangga selama 6 bulan dan menjadi isteri kedua tanpa pengetahuan isteri pertama…dalah hati terdetik tidak pernah terlintas pun untuk berkahwin dengan suami org namun takdir telah menentukan segala2nya…saat ini saya kesal terhadap suami saya yg masih belum mendaftarkan perkahwinan di jabatan agama yang terdekat…saya bukan mahu mendesak tapi saya cuma nak hak saya sebagai isteri kedua…klo lah tiba2 terjadi sesuatu kepada suami siapa yang nak bagitahu saya sedangkan semua org pun tak tahu saya nie isteri keduanya. saya bukan inginkan kekayaan cuma saya nak hak sebagai isteri yang menjaga dan merawat suami…dimanakah hak saya tuu… sebelum berkahwin dia pernah berjanji apapun yang berlaku kita sama2 harungi tapi baru 6 bulan saya terpaksa harungi sorang2…saya sedih sgt…

    • ronaldodefeo berkata:

      Salam suroh suami tulis pemberian HIBAH di saksikan oleh dua orang 1 lelaki 1 perempuan kalau lebeh lagi baik… di mati stem kalau hendak atau ..tak payah..atau berlawyer…aku memberi harta ini…. kpd …atas kasih sayang….tak payah sebut isteri sebab blum di daftarkan .korang2 ado hitam putih..atau penama waris ..ikatan taruh aja sedara..atas mana2 simpanan – kena tanya dgn mulut.. sepenuh nya atau sebahagian daripada nya.. supaya kita agihkan bila tiba masa..jgan sekali2 songlap bersendirian…take cares

  37. sakuramas berkata:

    salam,
    sy is3 kedua bulan jun ini genap 1thun bernikah tampa restu is3 pertama. sy kini mengandung 6bulan. pernikahan ini tanpa restu is3 pertama. ibu sy shaja yg tahu mengenai prnikahan sy dgn suami org. sy trpaksa merahsiakan dari pengetahuan keluarga sy yg lain kerana tidak mahu banyk soal. sy juga tidak akan lansung dpt brtemu dgn ibu mertua dan keluarga suami. kerana ini adalah perjanjian kami sbelum brnikah atas desakan suami yg kerana tidak mahu memalukan is3 pertamanya dihadapan kluarga suami skiranya prnikahan kami trbongkar. sy mendapat pangilan dari is3 pertama setelah 3bulan bernikah. mati2 sy tidak mengaku yg kami sudah bernikah. sy sudah berjanji dgn suami yg akn sama2 tidak untk memberitahu is3 pertamanya yg kami telah bernikah. sehinga kehari ini, sy dicemuh macam2 oleh ibu is3 pertama. sy juga mendapat pangilan dari ibu is3 pertama..namun sy menidakan bahawa itu sy. sy membaca sms yg suami sy tunjukn dari hp suami yg ibu is3nya mencemuh sy bermacam2. namun sy reda dgn apa yg sy tempuhi. beginilah nasib is3 2. sy yg dulu cuba mengelak dan pergi keluar negara dari berkahwin dgn suami sy ini. sy yg menjada awalnya sudah mempunyai 2org anak. tmbah pula bila tahu sy menaruh hati pada suami org. sy nekad pergi jauh2 supaya hati is3 suami sy skrang tidak terluka sperti pengalam sy yg suami pertama sy juga diambil org. namun.. jodoh kami ada, sy pulang ke m’sia lalu bertemu kmbali dgn suami sy skrang. 3thun setelah itu kami mengambil kputusan menikah di siam. 7bulan brnikah, baru suami dapat melakukan rutin selang seli hari. sudah besar rahmat buat sy. kecuali hari mingu. suami sy sudah mempunyai 4org anak brsama is3 pertama. skrang,suami sy sperti mengambil kesempatan trhadap sy yg banyak mengalh untk suami memujuk hati is3 pertamanya. pantang sy bersuara agar suami luangkan lebih masa sikit brsama sy, beliau langsung tidak balik ke rumah sy selama brberapa hari.. luluh hati sy, tmbah pula yg kini mengandungkan anak prtama kami. suami sy sudah mula ‘kau’ ‘aku’ dibahasnya bila kami brbicara dalam tenang atau dingin. sy brlinangan air mata sehari2. trpaksa sy kuatkan semangat demi anak yg dlm kndungn. semakin hari, semakin kurang duit blanja yg dihulurkn oleh suami. tpi sy tidak prnah merungut berapa sja yg diberiknya. kalau dulu sblum kwin, memang bnyak yg suami mmbantu sy & anak2 sy. anak2 sy hasil perkahwinan pertama sy kini tidak tingal lg bersama kami. anak2 telah sy hantar pulang tingal bersama dgn bapa kandung mreka. kalau dulu tak perlu diminta, suami sndiri akan menghulurkn duit untk sy buat belanja. ini mungkin kerana is3 suami ada brkata pdanya, yg sy menikahi suaminy hanya kerana wang suaminya. dlm fikiran sy kini..brmacam2 teka teki? suami sy semakin hari semakin jauh berubah..namun sy akn cuba menghalang sebarng emosi yg akn memudaratkn hubungan sy dgn suami. sy hanya mmpu berdoa agar suami sy boleh brsikp lebih adil. sy tidak dibenrkn complain apa2 pun tntang suami. semakin lemah jiwa sy dgn keadaan begini.. sy takut tak mamapu bertahan lama brsama suami yg tiba2 berubah sikp dingin.. adakah kerana sy mengandung? atau apa sbenarnya yg diingikn oleh lelaki yg memilih untuk beris3 lebih dari 1? sy betul2 diduga Allah swt.

  38. nurul berkata:

    hati seorang wanita…

    sabarlah wahai hati, sabar dan redhalah….doakan supaya suami anda dan madu anda dilembutkan hati. Insyaallah ada jalan penyelesaian. cepat atau lambat…

  39. ijhueloneng berkata:

    sabar dan tawakkak

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 345 other followers

%d bloggers like this: