Salahkah bercinta dengan suami orang?

Saya gadis berusia 25 dan empat tahun menjalin hubungan cinta dengan suami orang. Dia baik, bertanggungjawab dan penyayang. Mengenalinya adalah anugerah terindah daripada Tuhan untuk saya.

Dia berusia 38 dan ini bermakna perbezaan usia kami 13 tahun. Namun itu bukan penghalang kami bercinta. Selama setahun, percintaan kami penuh rahsia tanpa pengetahuan isterinya dan keluarga saya, tapi sepandai-pandai tupai melompat akhirnya hubungan kami dihidu isterinya.

Pada mulanya si isteri nasihatkan saya supaya tinggalkan suaminya tapi saya dan suaminya bertekad tidak akan berpisah. Melihat keadaan itu, ditambah lagi dengan hubungan kami yang langsung tak terganggu dengan nasihat dan ugutannya, dia memberitahu keluarga saya.

Sejak itu bermula kisah sedih dalam keluarga saya, terutama emak saya, kerana selama ini saya memperkenalkan teman lelaki itu sebagai duda. Bila tahu perkara sebenar, emak marah dan kecewa kerana dia hendak sangat saya berkahwin.

Apabila mengetahui teman lelaki saya suami orang, emak melarang saya meneruskan hubungan tapi saya teruskan juga atas dasar cinta yang mendalam. Sejak itu hubungan saya dan emak renggang.

Sepanjang dua tahun lalu, keadaan itu berlarutan manakala saya dan teman lelaki semakin hari semakin rapat. Akhirnya, isteri teman lelaki saya mengalah dan membenarkan saya berkahwin dengan suaminya.

Bagaimanapun, dia yang ketika ini hamil meminta kami menunggu sehingga dia selamat melahirkan anak pada hujung tahun ini sebelum bersetuju menandatangani surat kebenaran poligami.

Emak yang sudah tidak kuasa dengan kedegilan saya turut memberi kebenaran saya berkahwin dengan teman lelaki tapi memberitahu selepas berkahwin, hubungan saya dengan keluarga akan putus.

Kata emak lagi, saya hanya akan dinikahkan di masjid dan berwalikan adik saya kerana abah tidak suka pilihan saya. Saya berusaha memujuk emak supaya memberi peluang pada saya merasakan kemeriahan perkahwinan seperti orang lain, memandangkan saya akan dibuang keluarga selepas itu.

Kebelakangan ini emak seakan-akan boleh menerima pujukan saya, tapi masih belum ada kata putus lagi. Kini, saya dalam ketakutan dan dilema.

Saya takut jika isteri teman lelaki saya tidak memberi kebenaran poligami sebagaimana dijanjikannya dan saya sedih bila mengenangkan bila bergelar isteri kelak saya akan dibuang keluarga.

Ini semua disebabkan saya mencintai suami orang. Sering saya tertanya-tanya, besar sangat ke dosa saya apabila dengan rela hati menerima jodoh Tuhan ini? Berdosakah saya berkahwin dengan suami orang, sedangkan Islam membenarkannya?

Apa harus saya lakukan sekarang, Dang Setia? Saya tak tahu bagaimana keadaan saya hujung tahun ini. Adakah saya akan berkahwin dengan meriah dan direstui keluarga atau terpaksa ke Indonesia untuk berkahwin lari kerana suami saya gagal dapat kebenaran daripada isterinya?

Untuk makluman, saya sudah tiga kali dikecewakan lelaki, jadi saya tak sanggup lagi kehilangan kasih sayang untuk sekian kalinya.

NOR

————

Nampaknya, saudari sudah membulatkan tekad untuk tetap memilih teman lelaki saudara dan rela dibuang keluarga demi cinta mendalam kepada teman lelaki. Jadi, hakikatnya tidak banyak yang dapat Dang Setia lakukan untuk membantu saudari.

Maksudnya, jika saudari bertanya Dang Setia siapa yang patut saudari pilih antara ibu bapa dan keluarga dengan teman lelaki saudari yang juga suami orang, secara ikhlas Dang Setia lebih cenderung menasihatkan saudari memilih keluarga.

Ini kerana, bagi Dang Setia, kekasih boleh dicari dan ditukar ganti tapi ibu dan keluarga, merekalah satu-satunya yang kita ada di dunia dan sama sekali tidak boleh ditukar ganti. Biar seburuk manapun sikap ibu bapa dan anggota keluarga kita, mereka tetap darah daging kita dan hubungan dengan mereka tidak boleh kita putuskan.

Namun, apabila saudari bertekad memilih kekasih berbanding keluarga, apa lagi yang boleh Dang Setia katakan melainkan menasihati saudara supaya bersiap sedia menghadapi segala kemungkinan yang bakal timbul dan jangan menyesal dengan pilihan yang saudari buat.

Pada masa sama, Dang Setia tidak menganggap saudari melakukan kesalahan kerana memilih untuk berkahwin dengan suami orang kerana Islam membenarkannya dan tindakan itu bukan satu dosa.

Hakikatnya, ibu saudari yang sebenarnya bersalah kerana mengharamkan apa yang dihalalkan oleh Islam dan tergamak menyingkir saudari kerana jodoh pilihan saudari.

Bagaimanapun, sebagaimana Dang Setia nyatakan di awal tadi, seburuk manapun sikap ibu kita atau sebesar manapun kesilapannya, ibu kita tetap ibu kita.

Sebagai anak, kita sepatutnya beralah dan mencari cara yang terbaik untuk menggembirakannya dan memastikan setiap tindakan kita mendapat restunya.

Lagipun, Dang Setia yakin ibu saudari sebenarnya berpendapat apa yang dilakukannya adalah untuk kebaikan saudari, cuma caranya keterlaluan. Ibu mana tidak sayangkan anak. Baginya, dia tidak mahu saudari susah di kemudian hari.

Biarpun poligami dihalalkan Islam, sering individu yang mengamalkan poligami gagal mengecap kebahagiaan atau nikmat berpoligami disebabkan kelemahan mereka sendiri, baik di pihak suami atau di kalangan isteri.

Ini kerana kebanyakan umat Islam hari ini ini hanya tahu nak berpoligami tapi tidak tahu atau tidak mengikut kaedah dan peraturan sebenar untuk berpoligami sebagaimana dilakukan Rasulullah SAW. Jadi, ibu saudari tidak mahu anaknya menjadi mangsa kegagalan poligami akibat kelemahan manusia ini.

Justeru, apabila ibu saudari bersikap keras hati, Dang Setia sebagai orang luar yang tiada saluran untuk berhubung dengannya, tiada apa yang mampu Dang Setia lakukan untuk mengubah sikapnya.

~ Kolum Dang Setia

———-


Teknik Pancutkan Isteri. Keterangan lanjut, sila klik sini.


Puaskan Batin Isteri Anda. Keterangan lanjut, sila klik sini.


Seni Melambatkan Pancutan. Keterangan lanjut, sila klik sini.

56 Respons bagi “Salahkah bercinta dengan suami orang?”

  1. Salahkah bercinta dengan suami orang? | Fairy Tail Manga Berkata:

    [...] Saya gadis berusia 25 dan empat tahun menjalin hubungan cinta dengan suami orang. Dia baik, bertanggungjawab dan penyayang. Mengenalinya adalah anugerah terindah daripada Tuhan untuk saya. Dia berusia 38 dan ini bermakna perbezaan usia kami 13 tahun. Namun itu bukan penghalang kami bercinta. Selama setahun, percintaan kami penuh rahsia tanpa pengetahuan isterinya dan keluarga saya, tapi sepandai-pandai tupai melompat akhirnya hubungan kami dihidu isterinya. Pada mulanya si isteri nasihatkan saya See more here: Salahkah bercinta dengan suami orang? [...]

  2. kebayan Berkata:

    bila sudah bercinta .. kita sudah tak nampak keburukan sebab dan akibatnya lagi .Tak salah untuk bercinta dengan suami orang .. tapi belajarlah dari pengalaman orang .. kalau sanggup teruskanlah .. tiada siapa yang boleh menghalang dan rasakanlah pengalamannya sendiri ..

  3. perogolmalam Berkata:

    …nak kawin lebeh boleh tapi keadaan nak bagi masa tu ….kalau tinggal di bandar besar lagi problems,jarang sekali ada isteri2 ingin tinggal serumah,bila dah berumor sakit memang bermasaalah nak berulang alik,den raso baik lah pakai sato kereta ajo,melainkan mereka sanggup ‘lebeh lurang’ hingga kemati,tapi macam mana pun dalam kehidupan seharian-kalau kita tinggal lamo sikit di antara satu…memang ada iri hati nya…kalu ada anak lagi susah-bemasaalah. ada yg cerai berai bini anak di tenggeh orang…kalu tak sanggup makan hati jgn kawin lebeh..jgn seksa anak orang…lepas dunia..ahkirat kena tanggong…

  4. perogolmalam Berkata:

    ……biasa nya terpulang pada pihak perempuan,..lelaki biasa nya tak de hal..se dozen pun tak pa ..asal dapet bahan dan penambahan-kelebehan aje..yg bermasaalah selalu pihak perempuan,ada kah mereka sanggup bermadu..di tinggalkan dalam keadaan tertentu,masa kita mengadapi masaalah atau mermerlukan -dia tidak dapat membantu ,kita bergembira masa senang sehat,tetapi bila sakit kita akan mencari-merayu’ dgn tangisan yg pilu.

  5. matahari Berkata:

    Hai..macamlah tak dak jantan lain didunia ni..suami orang juga yang nak pilih. Agaknya anak2 dara kat luar sana tu..tak tau kot suami orang ni..byk tanggung jawab pada anak bini kat umah. CINTA itu buta dan membuatkan mereka ni..memang buta. Kalau dah jatuh CINTA orang tu aje yang baik… sebaik-baiknya bg mereka yang terjebak dgan laki orang ni..berfikir sejenak kalau dah dgan isteri mereka pun tak betul dan tak jujur apa lagi dgan kita. Macam tu..kita nak pilih nak buat laki…Kesian siisteri kat umah tu..balik rumah layan bini bukan main lagi tapi dalam masa yang sama dok bercinta dgan anak dara. Duit ada tak ada pun tak tau..last2 kawin kat siam, bila kawin pun free, fikir la…benda free nak tahan lama ke..Hilang madu sepah dibuang.

    Apa yang terbaik tak payah kacau rmhtangga orang lain. Bagi peluang orang hidup bahagia. Masa masih panjang…CINTA tak akan menjamin kebahagiaan. Nak seronok kejap aje…lepas tu..tahu la..langit tinggi rendah…..

  6. kasih.. Berkata:

    klu sudah b’gelar SUAMI ORG tu jgn lah diusik..kdg2 sbg kaum hawa nie kita WAJIB memahami perasaan kaum sejenis kita nie..cubalah klu diri anda sendiri yg mempunyai suami pas tu ada pmpuan lain yg ganggu hub rmhtgga anda..apa perasaan anda..sy mempunyai pglmn krn atuk sy kawin 3..nenek sy yg p’tama..setiap hr dia meneruskan kehidupan dgn mkn hati b’ulam jntung aje..org laki2 suka lah ada pmpuan bnyk kononnya blh layan kehendak diaorg..begitu juga yg t’jd dlm rmhtgga sy..sy dh berkahwin 9 bln..awl bln aje yg bahagia pas tu awek lama hsbn dtg cr dia blk..betapa skt ht sy nie..pmpuan mn yg tak cemburu klu suami dia dok main sms dgn pmpuan lain..sy kuatkn ht..satu hr sy ambil hp suami sy taip msj pd pmpuan tu dan ’sekolah’ kn pmpuan tu..alhmdllah xde lg gangguan drpd dia..kita kena kuatkan smgt dan jgn ngaku kalah t’hdp laki2..sy akui sy mudah menangis dan terasa ht bila sst mslh b’laku antara kami..ingatlah wahai suami,isteri dh bnyk berkorban demi anda..cuba renungkan lah..terdapat banyak perbezaan antara PMPUAN YG MENGHANCURKAN RUMAHTANGGA ANDA dengan ISTERI YG BANYAK BERKORBAN UTK ANDA..

  7. lovely rose Berkata:

    tak salah tapi nanti orang lain bercinta la pulak dengan suami u ok tak – u ada pendapat u kata tak salah kan , nanti orang yang kongsi dengan u pun kata tak salah la kan …..

  8. silentrule Berkata:

    saya juga mencintai suami orang setelah gagal dalam 2 perkahwinan sebelumnya. buah hati berumur dan beza umur kami ialah 18 tahun. saya telah mempunyai hubungan dengannya sejak 2 tahun yg lalu tetapi belum mengenalinya sepenuhnya kerana kedudukan dia sebagai suami orang dan ketua jabatan, membataskan peluang saya bersamanya selalu. saya sangat mencintainya kerana dialah satu satunya lelaki yang “berbeza” dari bekas bekas suami saya. ungkapan “berbeza” mengikut naluri saya. dia dapat membentuk saya yang telah menjadi keras kerana kelukaan. dia memimpin saya mengakui diri saya yang sebenar. bertahun tahun saya dibuli dan dihina bekas suami, buah hati saya membuat saya bangkit dengan bakat yang selama ini tidak saya sedar saya miliki tanpa mengambil kesempatan ke atas saya. saya sangat terhutang budi kepadanya dan sangat menyayanginya.

    namun, saya sedar, sebagai lelaki yang baik dan bertanggungjawab, dia tidak akan sanggup membuat isteri dan anak anaknya menangis kerana mengahwini saya. saya sedar tidak ada masa hadapan dan tidak mungkin ada impian untuk saya mengahwininya walaupun sebagai isteri gelap. saya juga sedar saya tidak sanggup terus menerima layanan ‘gelap’ begini jika telah berkahwin nanti. saya amat pasti, lelaki yang saya cintai tidak akan menukar apa yang selama ini telah dinikmati anak isteri tercintanya untuk memudahkan saya.

    oleh yang demikian, saya bawa diri untuk terus hidup dengan sendiri. tingkatkan kerjaya, tingkatkan masa hadapan saya dan anak anak saya. dan sebukkan diri dengan berbagai hal lain. kerana ingin memesongkan hati dari terlalu mengharapkan cintanya, saya ditipu wang ringgit oleh org yang saya bantu. namun hati saya tidak gundah kerana saya yakin Allah ada balasannya untuk saya kerana apa yang saya buat cumalah untuk mengelakkan fitnah dan kebencian dari terus berumah di hati. saya redha dan saya sangat yakin dengan ALlah.

    sehingga kini, dia tetap kekasih hati saya walaupun hbngn kami tidak seerat dulu. terus terang saya akui, saya menderita kerana seperti cik, saya juga tidak percaya sesiapa lagi selepas 2 kali gagal dlm perkahwinan. apa pun yg akan terjadi di masa hadapan, dialah dlam hati dan hidup saya. biarpun dia tk mungkin saya miliki. selain tuhan, dialah makhluk fizikal yang saya sayang sepenuh hati.

  9. kebayan Berkata:

    silentrule .. cinta boleh mengubah kehidupan menjadi indah .. dan cinta juga boleh bertukar menjadi mimpi ngeri ..

  10. bulan Berkata:

    kalau, i ialah u ah… ngor tak mau itu lelaki lor… ngor tak sanggup share-share ngor punya man dengan orang lain lor…. lagi pun u ada kata bini dia suruh tunggu sampai selepas dia bersalin… u tak dapat tanggap dia punya nafsu keh? bila dengan u, dia kata i love u darling, but dah habis dating ‘bye-bye darling’ dia shiok shiok dgn dia punya bina itu malam jugak lor… itu macam u pun boleh tahan kah? u boleh guarantee dia tak akan pisah dgn u atau ada seorang girlfriend lagi selepas kahwin dgn u?

  11. impian x tercapai Berkata:

    hi..
    i nk share pengalaman i bercinta dgn suami org.. i dah laluinya.. skg i dah rase semuanya so sape2 yg bace, amek la sbg pengajaran..

    ketika umurku 21, aku mengenali seorg lelaki yg menyamar sbg teruna.. aku jatuh hati.. ttpi melihatkn keikhlasan ku mencintainya, dia berterus terang yg dirinya sudah beristri selama 4 thn.. namun takdir tuhan, mereka x dikurniankan chy mata lg.. aku terkejut setelah mendegr pengakuan dr nya. aku bertekad utk x hubunginya lg namun aku lemah dgn pujukannya.. kami teruskan percintaan kami walaupun aku sudah mengetahui status dirinya.. ketika itu aku masih lg menuntut di IPTA di sini.

    kami meneruskan hubungan seperti biasa namun dlm rahsia dan di luar pengetahuan isterinya,.. setelah aku menamatkan pengajianku di peringkat ijazah.. dia memberiku semanagat utk menyambung ke peringkat master.. aku teruskan pengajianku.. setelah tamat master.. kami mengambil keputusan utk berkahwin. aku tekad utk hidup bersamanya walaupun aku tahu byk halangan di kemudian hari..

    keluargaku menghalang. isterinya juga menghalang. setelah puas memujuk akhirnya keluargaku dpt menerima.. isterinya pula sanggup menerima ku sebg madu kerana inginkn suami mendpt zuriat memandang mereka sudah lama berkahwin namun belum dikurniakan zuriat.. Alhamdulillah aku sah bergelar isteri.. majlis dilangsung secara ringkas..

    setelah 3 bln bergelar isteri, aku disahkan mengandung.. aku dpt lihat betapa gembiranya suamiku serta madu ku.. maduku melayan aku dgn baik sekali memandang suami kami selalu sibuk dgn kerja dan keluarga ku jauh di selatan…
    aku selamat melahirkan anak lelaki yg comel.. ketika pantang, maduku yg menjaga aku kerana itu permintaannya.. aky dpt lihat , dia sgt teruja dgn kelahiran anak kami…

    setelah bayiku berusia 6 bulan. pihak syarikat menghantar aku ke Uk utk menyambung
    PHD disana. berat hati ku utk tinggalkan anak dan suami, atas desakan suami dan madu, aku pergi ke UK selama 3 thn..
    namun tuhan maha adil.. setelah aku kembali ke tnah air.. anakku tidak mahu dgn ku memandangkan dia lbh rapat dgn maduku.. suami pula selalu menghabiskan masa disana.. aku keserongan..
    satu mlm.. suami pulang kerumah dan menceraikan ku dgn alasan dia sudah tidak mencintaiku lg…
    itulah akibatnya kerana aku mencintai suami org…
    anakkku kini masih dgn suamiku memndang dia telah menang di mahkamah..
    aku redha..

  12. arabella Berkata:

    mmg salah dan berdosa…..tu pun x tau ke….nak tanya org lagi….malu la sket….
    aku mmg cukup x suka dengo org bercinta ngan laki atau bini org…..eeeee……menanah telinga tau…

  13. azitamusa Berkata:

    Salam Semua,
    Lama sudah tak kesini. Sekali kesini rasa terubat rindu pada kalian. Tetapi sedih melihat masih ada lagi insan2 sedih didunia ini. Kepada impian x tercapai. Keredhaan mu semamngnya paling sukar sekali. Namun Allah maha kuasa dan setiap yang disusun olehNya mesti mempunyai hikmah disebaliknya. Janganlah bersedih. Berdoalah padaNya. Kerana sesungguhnya Allah maha mendengar setiap permohonan kita. Sabarlah dengan dugaan ini kerana kemudahan pasti menyusuri datang. Sesungguhnya Allah maha mengetahui mungkin anak anda lebih baik dengan bekas madu anda. Dan cubalah berbaik dengan keluarga sana agar hubungna ibu anak tidak terlerai begitu sahaja. Focuskan diri dengan aktiviti2 positive agar bisikan syaitan tidak dapat menjerubus masuk kehati anda dan anda akan gembira kembali. Percayalah. Allah berikan dugaan kepada hambanya yang kuat. Dan anda telah terpilih dari sebagitu banyak manusia. Bersyukurlah…..

  14. serina Berkata:

    Mmg dari segi hukumnya tak dak kesalahan untuk adik mengahwini suami orang…tapi saya rasa jika ada peluang untuk baiki keadaan baiki la sekarang. Bukan senang untuk seorang perempuan menempuhi hidup sebagai isteri kedua…..bukan semudah yang difikirkan..Pada permulaan ini dah pun dapat tentangan dari ibu bapa dan keluarga adik..apa pulak bila dah jadi isteri nanti…cabarannya besar. Pertama…bagaimana pandangan dan penerimaan sebelah keluarga lelaki tu? kedua…bagaimana penerimaan isterinya dan masyarakat sekeliling….Bukan nak berburuk sangka dengan lelaki…kekadang fikiran lelaki sukar untuk dibaca. Ada yg betul2 adil dan bertanggungjawab ok la…jika dia x bertanggungjawab mcm mana…Takkan adik nak mempertaruhkan masa depan adik sedangkan adik tahu bahawa lelaki itu sudah berumahtangga dan bakal mempunyai anak…..Keadaan akan lain jika lelaki tu dah ada anak. Dia dah pun ada kehidupan… Apa salahnya adik bagi peluang buka hati adik dan beri ruang untuk berkenalan dengan lelaki bujang…itu lebih baik….

    Saya dah banyak tengok contoh…Bila belum kahwin janji intan berlian…gunung ganang…tapi bila lepas kahwin yang pertama itu juga dicari dan disanjung walau mcm mana buruknya dia….Perkahwinan ini adalah perkongsian lelaki dan perempuan. Penuh dengan kasih sayang….Tetapi hidup berkongsi kasih dgn wanita lain tak sama. Pedih …perit…..cemburu…lebih dari saat gembira…Fikirkan yang terbaik…Buat solat istikarah moga tuhan bagi petunjuk….

  15. insan merana Berkata:

    Silentrule, serina dan teman2 pembaca yg lain. Saya sgt trharu dpt membaca blog ini krn ia byk memberi pendedahan dan perkongsian pengalaman kalian tentang topik ini. Saya jg akui, saya pon dah terjebak dgn kisah spt yg dipaparkan. Mmg sungguh menyakitkan…it’s killing me every single moment! Saya tlh berumahtangga selama 6 thn, tp masih berdua. Baru2 ini sy tlh bertemu semula dgn seorang teman lama yg pernah menjadi rakan sekelas saya suatu waktu dulu. Setelah terpisah sekian lama, kami bertemu semula w/pun dlm suasana yg berbeza, di mana dua2 telah pon berumahtangga. Pertemuan kami secara tidak diduga benar2 meruntun jiwa sy kerana skrg baru dia berani berterus trg dgn sy yg dia dulu pernah ada perasaan pd saya! And I hv to admit that I oso had had the same feeling to him once, cuma both of us never confess to each other. Now sy dah confused dgn hati saya, kerana sy terpaksa admit yg sy jugak masih sayangkan dia and so do him. Kdg2 sy mcm terlupa yg saya telah bersuami..sbb syg saya pd dia juga kuat. Mmg suami sy seorg yg baik, caring dan loving. Sy juga sygkan dia, tp bila bertemu semula dgn my fren ni, saya jadi berbelah bahagi. Namun saya tak sanggup nak divorce dgn hubby kerana dia sgt baik. Saya cuma hanya mampu berdoa agar Tuhan berikan saya kekuatan utk hadapi dugaan ini kerana yg nyata saya tak mampu nak lepaskan my fren ni, dan masih berhubungan dgn dia..w/pun secara senyap2. So far, dia tak pernah cerita pasal famili dia, dan rasanya dia mmg cuba mengelak utk timbulkan hal tersebut. Saya faham, dan tak pernah berhasrat utk rampas apa2 dari keluarga dia. Saya kena hormati hak isteri dia yg dah lama hidup bersama dia, w/pun kdg2 timbul juga perasaan cemburu di hati apabila terkenangkan saat2 bahagia dia bersama anak isterinya. Apa yg patut saya lakukan? Saya sayangkan suami yg ternyata sgt baik dan jujur, tapi sy juga sygkan my fren yg ternyata sgt memenuhi kriteria lelaki idaman sy sejak dulu..

  16. jj Berkata:

    seronok dan sedap tu cuma sekejap jer insan merana oooiii. kalau dah dapat hb yg baik jaga la elok2 jgn dok pikiaq dah kawan lama tu. kenapa baru sekarang dia dok gatai nak cakap ada perasaan dari dulu. nanti kalau dah dapat tidoq sebantal dia ayat pulak kat orang lain macam tu. baik jaga hati n makan minum hb yang ada sebaik mungkin. sayangi la hb anda bukan senang nak cari lelaki baik macam u cakap tu…. betul x yang lain2????

  17. insan merana Berkata:

    JJ and frens, thanks for the comment. Mmg betul kata JJ, sy patut jaga je hb yg mmg baik dan menyayangi sy tanpa syarat. Cuma satu je yg saya agak kesali, kenapa setelah sekian lama, saya boleh bertemu dgn my-ex tuh? Sebenarnya sy tak salahkan dia sbb kami bertemu secara tak diduga dan dia pon terkejut dpt jumpa saya! Dia kata, dia happy sgt dpt contact balik..w/pun suasana dah jauh berbeza dari dulu. Bayangkan…dulu dia tak penah bgtahu perasaan dia sbb masa tu kami tgh sekolah lagi. Mungkin faktor masa yg jd penghalang kenapa dia tak sempat nak luahkan dulu..Masa tu, dia takut nak cakap sbb takut saya reject dia..katanya saya ni ramai secret admirer kat sekolah (saya pon tak tahu sy ada secret admirer nih). Saya ni bukanlah lawa sgt, tapi mungkin ramai yg suka sbb saya ni consider best student kat situ kot?. In fact, saya dgn dia ni selalu je compete dlm study, kdg2 sy dpt beat dia..and another time dia lak beat saya. Itulah kenangan paling manis yg saya simpan sampai skrg. Dan saya pon terkejut sbb dia pon ada bagtahu perkara yg sama pd saya (w/pun sy tak cerita ttg hal itu kpd dia). Kami terpisah lepas dua2 dapat best result dlm exam dan masing2 bawa diri ke boarding school. Saya terharu sgt bila dia bgtahu sy…sepanjang kat sekolah baru, dia tak penah putus asa mencari saya dlm senarai student boarding school kat M’sia. Sy pulak masa tu terpaksa reject offer boarding school sbb bapa saya nak hantar sy ke sekolah harian (alasan sbb sy kecik lagi nak duduk jauh dari famili).

    Saya tak fikir dia seorang yg sengaja nak mainkan perasaan perempuan. Sbb dia kata, kalau dia tak penah ada history dgn saya, dia boleh elak perkara ni, tapi sbb saya penah ada history dgn dia, so dia susah nak elak…dan sayang nak lepaskan. Saya boleh terima dia dah berkeluarga dan tak penah terpikir nak rampas apa2 dari famili dia, cuma saya sedih sbb sy tak berjumpa dgn dia lebih awal..iaitu masa kami dua2 single lagi. Mgkn dah mmg takdir Tuhan yg kami tidak dijodohkan bersama…Saya penah nangis sorang2 bila teringat hal ni, w/pun at the same time sy bahagia dgn suami…tapi my-ex lebih menepati citarasa saya, bcoz I always admire people with brain…smart people.

    Saya dapat rasa yg sayang saya pd dia, bukanlah menjurus kepada perasaan hawa nafsu semata2, tapi more to attraction towards charisma and personality dia yg lebih menyerlah as compared to my husband. Dia pernah juga joke kata kalau dia nak kawin dgn saya bila2 pon, dia bukanlah based on nafsu, tapi sbb nak abiskan masa tua dgn saya..terharunye! Tp sanggupkah saya tinggalkan suami saya yg baik tu? Tak mungkin kot.. unless kalu my-ex tu sanggup nak sacrifice family dia utk saya, then maybe I’ll consider the same. Biarlah Tuhan yang menentukan segalanya..cuma yg pasti saya selalu berdoa, biarlah Tuhan tunjukkan dan berikan yg terbaik utk saya.

  18. jj Berkata:

    insan merana.. doa u dah dimakbulkan tuhan dengan dapat hb baik macam u cakap. kekasih lama tu sekejap jer. bayangkan dari sekolah kalau ada 5 org kita penah bercinta.. bila teringat kisah lama x kan kita nak balik pada ke lima2 tu…. yang lama biar la jadi sejarah. lalui la hari tua dengan suami sndiri bukan suami orang.. hansome ke intelek ke menteri besar ke. tu suami orang. x guna ada perasaan tu lagi

  19. Insan Merana Berkata:

    JJ, saya masih sedar akan status saya, dan status dia yg dah berpunya. Tapi, hati dan perasaan…takde sapa yg boleh paksa. Saya bukan tak cuba, tapi makin saya cuba, makin kuat ia dtg menguasai saya!! Terus terang saya katakan, I just couldn’t live the day without knowing anything from him!…not without his call/sms. Saya faham apa yg JJ maksudkan..kalau kita penah couple dgn 5 orang kat sek dulu, takkan nak ingat semua kan? Sebenarnya sy mmg ada suka juga dgn org lain afterward, tp saya tak penah ingat dan tak nak ingat pon. Tapi dgn dia, sy susah nak lupa…mungkin sbb dia adalah insan pertama yg singgah di hati saya. Itu yg membuatkan saya tak mampu nak mengawal emosi saya…apatah lagi dia juga ada bagtahu yg saya adalah cinta pertama dia. I do believe him bcoz we knew each other since primary school.

    Bukan suami saya tak baik, malah dia adalah manusia yg saya hormati sgt2. Dia mmg baik, tak abaikan saya zahir dan batin, cuma mgkn tak cukup sempurna buat saya…dan satu hal yg saya tak berapa suka, dia jenis yg agak hot-tempered. Cepat naik angin. Saya susah nak terima sikap yg mcm tu..yg tak boleh nak tolerate walau hal2 yg kecik2.

  20. kebayan Berkata:

    hai insan merana .. apa yang sebenarnya you ingin luahkan .. segala galanya terpulanglah pada diri you .You seorang yang mementingkan diri dan perasaan you .Kalau you fikir secara waras dah tak ada gunakan lagi you mengenang kisah lama .Dulu dan sekarang adalah dua perkara yang berbeza .Realitynya adalah sekarang .. dua dua sudah berpunya .. hadapilah kenyataan ini .Tak kan you sanggup nak merobohkan rumahtangga kekasih you .. yang menyedihkan dia sudah mempunyai anak .Sebenarnya you suka melayan perasaan you .. thats why you tak boleh melupakannya .Ingatlah jodoh adalah ketentuan dari tuhan .. janganlah kita mengungkitnya pula ..

  21. Minah Jambu Berkata:

    JJ..kau nie dimana2 aku lihat mesti ada kau..akupun nak tumpang sekaki lah kasi nasihat kat kawan kita yang sorang nie.

    Insan merana, sebenarnya aku pun pernah melalui apa yang lalui itu. Cinta pertama. Wow tak leh angkat rasanya! jangan kata sentuhan dari dier atau pun mendengar suara dier…teringat dier di ingatan pun dah boleh buat darah kita nie tonggang langgang dibuatnye!!!

    Bagi kita dier lah kekasih awal dan akhir. Segala kesempurnaan hanya lah ada pada dier. Dan begitu jugak dier terhadap kita.

    Tapi kita lupa teman, setiap kesempurnaan itu ada keburukkan kerana itulah hakikat hidup. Berpasangan. buruk lawanya cantik. garang lawannya lembut. Peramah lawannya pendiam. lelaki lawannya perempuan.

    From wat i see you admire “pple with brain”. But itu belum tentu you can LIVE with “pple with brain!”

    Setidak2nya you dah kenal akan kelebihan dan kekurangan suami. As for your ex, you cuma tahu kelebihannya aje. What if satu hari nanti you dapat bersama ngan ex dan disitu baru dapat mengenalnya lebih dalam lagi, pasti kelebihannya yang memang you dah tahu pun dan keburukannya akan tertonjol!. That’s could be a shock you know! Then barulah you mula nak bandingkan antara 2 lelaki yang pernah hidup bersama you.

    Seperti yang saya katakan hidup ini berpasangan, jika suami mempunyai perangai yang hot-tempered, I’m sure you are the opposite. Sebenarnya dengan kelembutan you itulah yang boleh mencairkan hati suami. Bersabarlah dalam menangani suami you kerana saya sangat berpegang pada prinsip ini…KEBAHAGIAN RUMAHTANGGA TERLETAK PADA ISTRI YANG BIJAKSANA!

    Psst…my hubby used to be hot tempered person, but now..he is the most loving creature ever in this world! I’m lucky to choose him rather than my ex!!

  22. Insan Merana Berkata:

    Dear Kebayan and the rest. Thanks for the comment. Saya mmg cuba utk mencari jalan keluar dari kemelut ini. InsyaAllah saya akan terus mencuba…sehingga saya berjaya! Doakan saya yek…anyway saya rasa mungkin akan masa juga…dan saya tak janji saya akan completely lupa dan terputus hubungan dengan dia. Sebenarnya, saya dan dia dah pun berjanji…whatever yang akan berlaku selepas ni, kiorang tetap akan jadi sahabat. Hubungan sebegitu lebih mulia rasanya jika dapat dilakukan dengan hati yg jujur dan ikhlas. Saya tak mahu kehilangan dia lagi setealh 20 tahun kami terputus. Biarlah saya kenang dia sebagai seorang sahabat, yang penah singgah sebagai kekasih hati.

  23. Insan Merana Berkata:

    Dear Minah Jambu…yupp! agreed with you. Mmg cinta pertama ni susah nak lupa. Bak kata you la, jangankan nak sentuh atau dgr suara, mengingatinya pun dah meresahkan jiwa yang lara. Bahkan dia lah yang terbaik..yang paling sempurna!. Yaa…mmg saya akui, tp tempoh 20thn terlalu lama utk saya kenali dia dulu dan sekarang!. Mungkin betul ckp you, kita mmg dah kenal suami luar dan dalam , tp my ex tu cuma saya kenali secara luaran sahaja sbb jumpa pun kat luar, tak pernah tinggal serumah. Betul tak? Tapi…tu lah, kata orang, cinta itu buta. Kita mampu memejamkan mata utk tidak melihat keburukan dan kelemahan dia…walaupun tahu perkara tersebut. Kalau diikutkan fikiran yg waras, dah tentu saya tak patut terlintas pon utk asmbung balik hubungan sbb kalau pon dia juga mempunyai keinginan yang sama, dah jelas itu menunjukkan dia gagal utk berlaku jujur terhadap wife dia. Tapi bg saya, saya tak salahkan dia…sbb cinta itu hadir tanpa diundang. Lagipon, my ex tu dah bagitahu awal2, as for him…what we have now is not going to be something bad as long as we manage to control the situation, and of coz the lust!. Dia pon tak mengharapkan hub kitorang ni sampai ke bantal-tilam. He just couldn’t let me go bcoz we used to have history. Tu saje…terlalu banyak kenangan manis yg kami simpan..senang cerita, saya boleh katakan yg kisah kitorang ni umpama menyambung kisah yg tak sempurna dulu, macam lagu Samsons tu..Kisah Yang Tak Sempurna. Heheheh..

  24. kebayan Berkata:

    insan merana .. kisah you ni sama aja macam Delimma that the other side topic .You ni orang yang sama ker ..Aku rasa kau ni kesunyian sebenarnya ..cepat cepatlah cuba mendapatkan anak ..

  25. Dilemma Kisah Semalam Berkata:

    Saya kesunyian? Saya tak fikir macam tu. Sbb my hb mmg jaga saya dgn baik..cukup segala bagai. Cuma tu lah..saya risau sbb saya pon dah makin sayang pd my ex tuh. Susah nak lepaskan..dluah mati mak, di telan mati bapak. Saya cuba utk selesaikan masalah ini tanpa pengetahuan sesiapa, tapi nampaknya saya tak temui cahaya ke arah jalan yg sepatutnya. Saya bersyukur sgt2 sbb jumpa site nih, at least…saya dapat luahkan sesuatu, walaupun you all mungkin tak mampu selesaikan, tp you all boleh mendengar dan bagi sedikit sebanyak pendapat. Harap semua ikhlas dan janganlah cuba condemn cepat2 sesiapa yg ada masalah macam ni. We all kat sini adalah utk berkongsi rasa dan pendapat…bukannya saluran utk kutuk mengutuk atau cari salah org yg mengalaminya. Betul tak?

  26. kebayan Berkata:

    Dilemma ..kita tak ada tiket untuk menyelesaikan cinta orang ketiga ini .. sebabnya kita wanita .Kalau lelaki mudah saja .Memang sakit dan pedih bila menanggung rindu .. apa tah lagi hanya bayangan .Tapi .. ingatlah hidup ini ada pertimbangan.Hanya keimanan yang dapat menahan segala galanya …mungkin masa muda ni gelora rasa maseh bergelora .. tapi bila merangkak kesatu tahap esok .. kau akan menyedari .. tiada apa sebenarnya yang dikejarkan ..malah menyesali atas apa yang terjadi ..

  27. Mina Jambu Berkata:

    Wahai teman DKS alias Dilema Kisah Semalam…memang betullah apa yang dikatakan kebayan…

    Kita selalu mengimpikan apa yang kita tak ada sedangkan yang didepan mata, terlupa sejenak akan keindahannya!

    Bak pepatah melayu kita..yang dikejar tak dapat..yang digendong keciciran! hah baru padan muka!

    Memang payah nak hilangkan perassaan itu tetapi kalau tak diusahakan 100% memanglah tak dapt.

    Life is a choice..you take it or leave it!

    If you take it…then hidup lah you dengan dibebani perasaan sedih sampai suami you tahu ahkirnya merana sampai ketua!

    If you leave it…then mengoraklah episode baru dalam kehidupan mencari ketenangan dan kebahagian sampai ketua!

    Harap cetusan ku ini tidak menyakiti sesiapa….

  28. Dilemma Berkata:

    MJ…takde lah cetusan u tu boleh sakitkan hati sesapa..I think, you are quite sincere to voice out your opinion, kan. Apa kata you bagi tips sikit..tp jgn la cakap tang mandi 70 bunga plus air longkang mcm you suggest pg tadi tu. Bagi yg betul2 berkesan la…mmg la yg kena buat complete stop tu satu kemestian, tak call/sms/email. Tapi rasanya tak cukup tu..sbb cara tu cuma boleh cut-off kita dgn dia, tapi dari segi kejiwaan, masih menanggung derita dan parah. Saya cuba baca Quran..tapi sekejap je boleh hilang…pastu ingat balik. Rasa nak keluar air mata pon ada bila teringat kenapa saya boleh ada rasa macam ni…sedangkan sebelum jumpa my-ex balik nih, saya bahagia hidup dgn suami. Terlalu berat dugaan yg Tuhan berikan pd saya…uhuks..uhuks.. :-D

  29. Minah Jambu Berkata:

    Dilemma aku nie penyedih tau orang nye…sob..sob..sob..habis bilik opis aku penuh ngan air mata aku..boleh nak banjir dibuatnya…hihihihi…

    Gini ajer lah dilemma, apa kata kita alihkan topic yang selalu u citerkan kat sini kepada citer masa kini.

    Ayik dok citer history jer..kan lebih baik citer pasal today and future…teringat aku citer “Kungfu Panda”…

    “Yesterday was history, tomorrow is mystery and today is PRESENT – a gift!”

    so next time citer lah pengalaman u macam mana you jatuh cinta kat hubby..kerana wajahnye ke, badannya ke (berbulu2 tak?), ketinggian nya ke, atau misai nya ke?…heheheee….

    aku suka yang ada bulu didada (tapi jangan banyak sangat..geli pulak…) dah tu turun kat bawah cikit…turun lagi..turun lagi..ooppss..STOP!..censored..ada ustaz..nanti kena lecture lak..sorry ustaz..hihihihii..

  30. Dilemma Berkata:

    Lama jgk tak menjengah ke thread yg ni. Hhhmm…selalu jumpa kebayan, minah jambu, jj, zorro kat thread yg “isteri curang…” aje. Tp ptg ni, sy mcm tergerak nak tulis kat sini pulak. Well…dah byk yg kak kebayan dan mj nasihatkan kat sy pasal menangani my-ex ni. Aduhh…ptg ni ntah kenapa airmata sy menitis lg…menitis terkenangkan dugaan tuhan beri ni. Sori to say ye kwn2, tp hari ni sy x mampu nak jadi strong…spt hari2 sebelum ni. Sy rasa, perasaan sy ni mcm air pasang surut pulak! Akak..i miss him!!

  31. kebayan Berkata:

    dilemma .. kita tak boleh nak terus melupakannya begitu saja .. tapi buatlah secara perlahan lahan .. just say hello saja sudah cukup untuk mengeringkan air mata itu ..

  32. Dilemma Berkata:

    Kak kebayan, akak ada email tak? Sy tak blh nak luahkan semua kat sini, terlalu byk mata yg memandang dan membuat penilaian…saya cuma nak luahkan pd seseorang yg saya rasa dpt memahami situasi saya ni… Ok la..sy memang nak sms, tp saya takut dia tak reply. Saya pulak tak blh accept rejection mcm tu, walaupun alasan yg diberikannya adalah dia sibuk lately ni.. Kalu akak bg email, sy blh tulis pjg2 tanpa rasa bersalah.

  33. jj Berkata:

    aaii kak dilemma kat sini pulak. menangis lagi pulak tu. gini je la cadangan aku kak pi la kat ex tu suruh dia masuk minang. dari dok derita x sudah baik kawin jer… kalau hb bg la.

    minah j.. aku suka yg bulu kat tut banyak n halus. agak2 x buang 7 8 bulan. ko macam tu x. he he

  34. Dilemma Berkata:

    Aikk jj..!! Awk pun kat sini jgk yek…hehehe. Tak tahu kenape, tp bila baca je your post kat atas td, rasa nak tergelak pulak! Bagus la the way u buat lawak spontan tu! Tp yg best tu, ada ke pulak suruh my-ex tu meminang…ingat nak minta kebenaran kat laki sy tu seolah2 my hb tu pulak mcm my abah. Oiitt..apelah pulak mcm tu. Mana ada org ppuan kawen 2 la…kalu ada dan dibenarkan islam, x payah sy susah2 masuk blog ni, mgkn dah ‘bahagia’ dah pun dgn suami ke-2. Huhuhu…

  35. jj Berkata:

    dilemma.. malam ni boring la pulak aku. marah kat staf2 aku pun ada. alang2 kalau dapat kawin dua ko kawin la 3 aku pun nak syer gak

  36. Minah Jambu Berkata:

    JJ..mana ada macam tu lagi cik abang oii! Sekarang fesyen semua togel dah! kao nie pun JJ…..

    psst…aku nye rahsia ku rahsia suami ku…hihihihiiiii

  37. Dilemma Berkata:

    Hahhaha…awak pon nak masuk share jugak ye..lawak (3x). Boleh..boleh..nanti ramai2 masuk minang saya yek..pastu nanti saya buat piihan sapa yg terpilih untuk isi 3 quota lagi. Kalu boleh macam tu, saya tak yah keje dah..dok umah layan suami, pastu bulan2 dapat gaji dari duit yg sume suami saya bagi jek..makcik kayo…wwoooo…!!!pastu time korang gi keje sume, bolehlak makcik gi spa..gym..salun..jaga badan la katakan..nanti barulah sume hubby sayang dan tak tinggal makcik..kakakaka!!. (Gile betul pompuan nih..! dah tensen tahap gaban dah nih..)
    pakin cinta terbahagi dua. Bak kata sorang kawan saya..kita bisa jatuh cinta berkali-kali sepanjang hidup, tapi berkahwin cuma sekali..camno tu wak..??

  38. Minah Jambu Berkata:

    mmm….kalau cam nie aku pun nak jugak lah delimma.. seronok jugak ye..hihihii..

    psst..tapikan yang satu nie ajer tak terlayan camna nak abik lagi 2 ataupun 3?…abis lah kalau semua dah nak sapu menyapu aku nye macam si JJ tu..boleh longlai aku nye..hehhehehee…..

  39. Syu Berkata:

    Isk2 akak2 nih berfantasi smpi ke situ ek?

    Sy pun klu boleh nk jugak kene gosok. Ada jugak fantasi dgn 2 3 admirer tuh. Rasanyer nk aje “tepek” gamba lelaki2 berwawasan tuh kat cni. Pastuh sama2 kita buat pilihan citarasa masing2.

    hehe, x salah kan? sekadar berfantasi jek!

  40. Dilemma Berkata:

    Wooiitt….MJ.! apasal lak tak boleh..Tu lelaki tu…dah diberikan kebenaran utk poligami sampai 4, kita pon kena dapatkan jugak hak kita sama macam diaorng…kui..kui..kui.. Bila nak wat reunioun nih…nant boleh diskusi panjang2 lagi pasal nih..ehemm..

  41. Minah Jambu Berkata:

    Dilemma…ko jangan cakap kuat2 nanti dek dengor nye si JJ and Zorro habis lah ko..siap ko nanti…hihihii…

    Syu..berfantasi boleh dik..but make sure hanya kat alam cyber jer ok…jangan pulak sampai terbuai perasaan sampai diluar cyber..kesian orang kat rumah tu…

  42. Dilemma Berkata:

    Hahahha…MJ…nampaknya dua orang tu je pun potential candidate utk jadi calon kita yek…:-P Heheheh..tak boleh bayangkan la..si JJ dgn Zorro. Rasa nak tergelak pon ada. Apsal kita ni nakai sgt ari nih yek..?? macam yg wujud kat sini, kita dua org jek..plus sorang lagi, Syu. Syu…jangan nakai2 tau..!!heheheh…kitorang gurau2 jek..jgn ambik serious plak. Saya ni bukan apa, saja nak release tension kat my-ex tuh..bak kata orang, benci, tapi rindu…hhmmm..sabor je la Dilemma ooiii…

  43. Syu Berkata:

    nk tanya ckit delimma, setiap posting delimma mesti ader diselitkan pasal ex delimma. Mengapa delimma telalu obsessed sgt dgn dier? hebat sgtkah lelaki tuh? hensem burger sgt kah? perfect sgtkah? atau pernah “terlanjur” dgnnyer? oops sori

    Klu mengikut delimma kata, jejaka tersbut telah berkawen dan buat endah x endah jek pd delimma so oklah tuh lainlah jika dier dtg pujuk rayu dn mahu menjadikan delimma sbg istri yg sah. Itu baru delimma dlm erti kater sebenar kerna kene buat pilihan 1 antara 2.

    Klu tgk pd komen delimma pd thread yg 1 lg bkn main, nampak mcm spt wanita yg tinggi tatsusilanyer dan berprinsip tp bila kene pd btng idung sendiri asik “merengek” jek. O yer lupa sy, seorg doktor klu sakit dier x leh rawat sendiri penyakitnyer kan?

  44. zorro Berkata:

    Cikgu aku dulu pesan pompan tak bleh kawin 2, tkut dpt anak berbelang! Ada yg sanggup?

  45. Zie Berkata:

    Saya setuju denga Syu, asyik2 sebut ex. Kata dah tak nak kat ex, tapi macam dia beria2 yg nak. Semua tu atas diri kita. Sekarang dgn ZOrro pulak, boleh tahan juga dilemma ni? No wonder boleh terpikat dgn ex, cara berkomunikasi pun dah tau macamana perangai dilemma…ada sifat menggoda..

  46. zorro Berkata:

    Nape plak dgn saye? Ada tg tak kene ke Zie?

  47. Dilemma Berkata:

    Syu..I tried be revelant to the discussed topic..heheheh (alasan yg kukuh nih..) sbb tu almost setiap post tu, mesti ada menyebut pasal my-ex. If not…dah tak relevant lagi lah…kan ke topik kita ni, isteri curang…bercinta dgn suami orang..bla..bla.. If you notice, those were other topics in this blog, mana ada saya join..you wont find my name in those thraeds…alasan? saya hanya akan berbicara ttg perkara yang saya nak share/ seek for advice saja. Mungkin org lain ada opinion dah reason mrk ttg kenapa they all join almost every thread kat sini.

    Berkenaan my-ex…syu, must have to know..bukan sy yg cari dia..atau dia yg cari saya, kami dah pon terpisah since the last 20 years..tu pun sebenarnya secara tak langsung, bukan kerana clashed atau apa. Tapi masa tu sbb kami dah bawa haluan masing2 ke sekolah baru…Dalam tempoh tu, saya tak penah lupakan dia, sbb dia org pertama singgah di hati saya..and so did him. Kami ni agaknya mangsa keadaan la kot masa tu..sehingga jarak dan masa memisahkan kitorang tanpa sebarang berita. BUkan tak nak cari dia balik after that..tapi tak tahu nak cari mcmn..dia pon macam tu jugak. But then, after such a long time, incidently kitorang terjumpa balik..bila masing2 dah pon berkeluarga..barulah bermula kembali ‘kisah’ kitorang yg tak sempurna dulu tu.. Memang betul, the moment I saw his email, hati saya terus berdegup kencang..as if mcm mula2 berkawan dulu!. Dia bukanlah org yg terlalu hebat spt yg Syu selalu berdampingan tu…but to me, he’s everything! Saya penah bgtahu kat kwn2 kat sini..saya suka pd smart people, and no doubt…he’s the one. Ada personality and charisma. Cuma takdelah hensem cam Bratt Pitt. :-) Tapi bukan itu ukurannya…tapi sy sygkan dia sbb kitorang penah ada history dulu. Kalau setakat baru nak mula berkenalan dan start from the zero (scratching)…saya tak penah teringin pun nak berkawan dgn seseorg tuh..I mean after I got married ni. Bercinta dan mengenali seseorang ni meletihkan sebenarnya…buat apa nak cari bala? Baik jaga yg dah ada…kat umah tuh. Tapi bila sy terjumpa balik sidia, sy jd tewas..dgn perasaan sendiri..tapi takde la sampai terlanjur!. InsyaAllah, saya masih ada sekelumit iman di dada utk ingatkan diri sy ttg dosa tu.

    Kenapa Syu kata saya ni mcm ada split personality? I mean, the other thread…mcm wanita yg ada prinsip..but here I lost my battle. Memang la saya blh bg nasihat pd org lain…(setakat yg termampu), sbb hal orang kita boleh pikir secara rasional..tp bila melibatkan hal diri sendiri…kita tak mampu nak berfikir secara waras! FYI, sy mash lagi keep on trying to be my old me…tapi at the same time, sy masih jugak tak dpt terima hakikat yg kami tak mungkin bersama..!! – sebab dua-dua dah berpunya. Saya sedih sbb tu je..sbb jodoh tak panjang. Saya pon tak terpikir pasla divorce…atau nak jadi 2nd wife dia..sy taknak berkongsi kasih..Saya lebih rela lepaskan dia, dan cuba hidup macam biasa..

  48. Dilemma Berkata:

    Hey Zie!!…tetiba je masuk port nih…awak ni biar betul!. Saya bersifat penggoda?? Amboii…lain kali, sebelum nak buat judgement apa2 tu..kena tahu asal usul dulu. Kalau main masuk jek..susah la wak.. Saya bukan nak marah, cuma saya heran je, out of the blue..you main terjah je. Macam le you dah betul2 kenal dgn saya.. FYI, kat sini, g saya rasa dah agak kenal saya ialah Kebayan, JJ, Minajh Jambu dan Zorro jek. Yang lain2 tu..maybe setakat baru na ‘kenal2′ je kut.. Saya suka dgr nasihat kebayan..dia byk pengalaman..dan nasihat dia pon kira mcm ada psychology approach..tak condemn sesuka hati. Saya tak boleh nak tutp mulut org dari memberi apa2 pendapat disini sbb inikan forum terbuka, tapi kalau nak condemn org, rasanya bukan kat sini kott..??

    Saya dgn zorro tak penah kenal pun, how come boleh ada apa2 plak? You dont have to worry about me ye Zie..InsyaAllah saya masih tahu jaga diri..cuma kalu you nampak sy melawak dgn Minah Jambu (MJ) kat sini, maknanya saya bergurau jek..takde niat pon nak go exceed the limit. Kitorang kat sini sume peramah kan..dan channel ni pon setakat nak lepaskan tensen jek…bukan betul2 serious pon. Terpulang pd you nak percaya atau tidak.. To me, there’s nothing harm to voice out our opinion..dan share something yg tak terlalu peribadi kat sini, kan..afterall, you’ll not be losing anything for sharing those things!.

    Abg zorro tu peramah jek…jgn ambik ati kalu dia melawak ke..atau ‘cucuk’ jarum ker…hehhehe.. Dia dah biasa dgn kitorang nih…dah nama pon zorro kan.

  49. zorro Berkata:

    Wahai kaum hawa, salah satu sbb kaum awak slalu ‘kene bodoh’ dgn adam adalah kerana kami sangat pandai bermain kata, mereka cerita..itu tips..tp zorro tal le camtu..

  50. Dilemma Berkata:

    Hehehe…sekali zorro bersuara, terus terpana semua org. Tu yg dikatakan aura zorro tuh…:-D saya setuju satu perkara ttg apa yg zorro ckpkan tu. Lelaki memang pandai main kata2, sbb tu org pompuan blh cair, regardless yg dara, janda atau isteri org! Susah jgk mcm ni, kan…kenapa kita ni senang je terima kata2 dari mereka? To me, personally sb sy tak reti nak identify yg mana betul yg mana bohong. Lebih tepat lg, sy percaya pd kejujuran..sb tu sy hy anggap apa yg dickp adalah benar semuanya…kesian kan?

  51. zorro Berkata:

    Buat silap sekali memang lumrah, tp kalu berkali2 tu namanye parah..

  52. Dilemma Berkata:

    Tak paham…?? Apa yg zorro cuba nak sampaikan? Sapa yg buat silap sekali dan berkali2 ni?

  53. zorro Berkata:

    Dilemma, itu pesanan je, supaya tak termakan lagi ayat2 manis dari sape2 le..

  54. Dilemma Berkata:

    Ooorrr…mcm tu..bg nasihat rupanya. Ingatkan sengaja nak ditujukan pd sesapa. Betul la kata u zorro…sy ni mgkn a bit naive dlm hal2 mcm ni. Terus terang sy katakan, sy tak ada pengalaman frust bercinta sepjg hidup saya! Dgn my-ex tu pun tak penah frust, cuma setakat kisah yg tak sempurna je. Then sy x ingat pun sy penah bercinta secara serious lg after that, sume pun ada lepas tu cuma setakat suka mcm gitu2 jek, until my husband came along…br le serius, tu pun sb mmg tgh cari calon suami masa tu…:-D

  55. aku yang memahami Berkata:

    hanya owg yang mengalami akan memahami perasaan ini

  56. arjuna Berkata:

    cari lar yg len…….kuatkan iman tu……
    insyallah……

Tinggalkan jawapan