Panduan Ibu Bapa – Galak anak berdikari

Mendidik anak supaya dapat berdikari sememangnya memerlukan komitmen dan jangka waktu lama. Ibu bapa perlu mematangkan mereka dengan suasana yang baik, di samping memainkan peranan sendiri.

Kepentingan anak-anak berdikari memang diketahui ramai ibu bapa. Anak-anak matang bertindak dan menimbang baik buruk sesuatu perkara. Tahan lasak apabila diuji dengan dugaan hidup.

Tentu sekali ibu bapa tidak mengingini anak malas, lemah jiwa dan pendek akal walaupun sudah dewasa.

Renungkan petua berikut bagi membentuk anak supaya bijak merancang, ringan tulang dan kuat jiwa:

Galakkan anak membantu

Anak sewajarnya digalak membantu ibu bapa dalam meringankan tugas di rumah. Apapun, menyuruh mereka bukanlah dengan nada memaksa sebaliknya dengan suara lembut dan meminta bantuan. Waktunya pula hendaklah bersesuaian.

Sekiranya anak sedang mengulangkaji pelajaran, tidak wajar menyuruh mereka menguruskan kerja rumah. Anak perempuan boleh diminta mengemas rumah, mencuci pinggan mangkuk atau menghidang makanan.

Anak lelaki pula boleh diminta membersihkan halaman ataupun membasuh kereta. Sebagai panduan, jangan membebankan anak dengan tugas berat yang tidak mampu dilakukan. Jangan lupa ucapkan terima kasih atas pertolongan mereka.

Biasakan anak urus diri sendiri

Anak yang mula memasuki alam persekolahan sewajarnya diajar cara terbaik untuk mengurus diri. Mereka wajar diasuh agar pandai mengemas bilik tidur, berpakaian kemas dan sentiasa kelihatan bersih. Jangan sesekali biarkan mereka comot, kotor dan selekeh semasa di rumah mahupun di sekolah.

Biasakan cara hidup sederhana

Biasakan anak dengan cara hidup sederhana walaupun kita mampu memberikan kemewahan. Kemewahan akan menyebabkan mereka sentiasa mengharap, malas berusaha dan lemah jiwa. Sebagai contoh, galakkan mereka agar sentiasa berjimat cermat dan menabung wang lebihan belanja harian.

Asuh anak suka membantu orang

Anak perlu diasuh menolong orang yang memerlukan. Secara tidak langsung, mereka dapat memahami sedikit sebanyak hakikat kehidupan yang tidak selamanya menjanjikan bahagia dan kesenangan. Dengan itu, anak sentiasa berwaspada dalam hidupnya serta matang menilai dan menyelesaikan masalah.

Ajar kemahiran hidup

Anak juga boleh diajar menjahit, berkebun atau memperbaiki sebarang kerosakan kecil. Sememangnya, pendidikan sebegini sudah diperkenalkan di semua sekolah. Namun, menjadi peranan ibu bapa untuk menggalakkan anak mengamalkan ilmu yang mereka miliki.

Setiap kerja itu pula, perlu diawasi untuk mengelakkan sebarang bahaya.

Kanak-kanak yang dilatih berdikari akan menjadi orang yang kuat jiwanya dan dapat menyesuaikan diri dengan sebarang keadaan suasana dan tempat. Dia juga yakin dengan kebolehannya. Inilah cara membantu anak berakhlak mulia.

Jika latihan itu disertai dengan nasihat secara hikmah, insya-Allah anak akan memiliki pekerti dan hati yang baik.

4 Responses to Panduan Ibu Bapa – Galak anak berdikari

  1. Cho zila berkata:

    >>salam..
    >>kadang-kadang seronok mengajar anak berdikarini tapi tulah bila dah terlebih rajinni geram lak last2 kita yang penat..
    >>tapi kena jugak supaya besar nanti senangkan..

  2. kebayan berkata:

    bila anak anak dah dewasa .. terasa sunyinya rumah ini .Tatkala mengemas baju baju lama bila jumpa seluar anak anak semasa kecil dulu .. luncur saja air mata mengalir .Rupanya bila anak anak dah dewasa .. hati seorang ibu akan menjadi sayu .. kemana hilangnya wajah wajah comel yang pernah dibelai dahulu .Seperti satu kehilangan ..

  3. ek ele berkata:

    sabar kebayan…sama lah aku….anak baru form 2 ni yang tua…yang no 2 darjah 2….aku dah mula rasa resah..anak makin besar….sampai bila lah aku bleh gomol2 yang kecik ni…yang besar dah malu kalau
    di cium2..he he..sedih gak…

    sekarang baru aku paham kenapa mak bapak kita kalau
    masa kita kawin dulu meleleh2 air mata dia org
    menangis…

  4. seri berkata:

    assalamaualaikum wbt..
    sabar ye kebayan..
    tp kebayan dh senang..
    anak2 smuenye dh besaq panjang..
    anak2 seri stil kecik lg..
    nk tunggu anak2 dewasa..
    cukup lama..
    ermm..
    anak2 seri lak..
    suke bantu seri kat dapo..
    anak bongsu seri ..
    baru 5 taun..
    dh pdai fikir lak..
    setiap seri basuh pinggan..
    mesti nk bantu seri basuh pinggan..
    sometimes kalo seri kata x yah la bantu mak basuh pinggan..
    anak seri gerenti majuk dan marah seri..
    taw x pe anak seri ckp..
    “kakaq nk tolong mama basuh pinggan pn x ble”..
    seri gelak jadiknye..
    heheheh..
    bukan setakat basuh pinggan jer..
    seri basuh kainpn..
    nk join skali..
    taw x pe anak seri ckp..
    mama basuh baju mama..
    kakaq basuh baju kakaq..
    anak seri nie..
    mang suke tolong seri d mn jer seri berada..
    seri b’syukur sgt2..
    petang td..
    bantu seri angkat air dlm baldi..
    anak seri ni suke wat lawak muke..
    mang seri x pnah kering gusi melihat telatahnye..
    ade je lawak dwatnye..
    khiikhiikhii..
    anak seri yg sulung lak..
    lelaki..
    8 taun..
    pun suke bantu seri..
    kadang2 tolong angkat kan air dlm baldi..
    baldi kecik jer..

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 345 other followers

%d bloggers like this: