63 petua bahagia Dr Fadzilah Kamsah

Kebahagiaan

Tanpa sebuah persefahaman, tidak mungkin istana yang dibina menemui kebahagiaan sebagaimana diharapkan.

Biar berjuta halangan merentangi namun jika tersurat kasih dan sayang dua insan berkenaan, pasti ia menemukan ketulusan yang abadi.

Dalam melayari rumah tangga berdua, pasti banyak onak terpaksa dilalui. Hanya mereka yang kuat, tabah dan mampu mendepani segalanya bakal menjulang kebahagiaan.

Perunding motivasi dan keluarga, Datuk Dr Fadzilah Kamsah memberi 63 petua yang boleh dijadikan amalan pasangan suami isteri yang melayari rumah tangga.

1. Doa yang berterusan.

2. Patuh ajaran agama.

3. Murah dengan pujian.

4. Murah dengan khidmat.

5. Murah dengan belaian kasih sayang.

6. Murah dengan sentuhan.

7. Mencari kebaikan pasangan.

8. Cari masa berkomunikasi, berbual atau bergurau senda.

9. Cari kebaikan dan pembaikan diri daripada setiap pertengkaran.

10. Menghormati had, sempadan atau hal peribadi pasangan.

11. Menilai diri daripada perspektif pasangan.

12. Berfikiran terbuka – boleh tegur menegur.

13. Berani mengambil risiko emosi – tegur/perubahan/berpisah sementara.

14. Menilai dan memberi keutamaan dalam kehidupan.

15. Tolak-ansur.

16. Menghormati dan mengambil kira ‘gerak batin’ (intuition) perempuan.

17. Tidak mengejar kebendaan semata-mata.

18. Sedar bahawa perselisihan kadangkala tidak boleh dielakkan.

19. Mengubah diri untuk merangsang perubahan pada pasangan.

20. Sanggup berkorban buat pasangan.

21. Menghormati pasangan.

22. Berasa amat beruntung (dan nyatakan) mendapat pasangan yang ada.

23. Perhubungan seksual yang sihat dan diredai.

24. Menghormati perbezaan dalam diri pasangan.

25. Sentiasa bermaafan sebelum tidur.

26. Sentiasa bersangka baik terhadap masa depan.

27. Meletakkan hak kepada pasangan.

28. Tidak menjadi hamba kepada pasangan.

29. Berubah secara kecil-kecilan untuk meningkatkan kebahagiaan.

30. Mengawal marah. Buat perjanjian.

31. Mencari penyelesaian dalam situasi ‘menang-menang’.

32. Muhasabah hubungan untuk mencari punca masalah.

33. Menghormati sifat semula jadi pasangan.

34. Memahami peranan ‘pasangan’.

35. Hubungan perasaan sesama pasangan.

36. Jangan simpan ketidakpuasan, sedih, marah atau benci dalam hati.

37. Bentuk kod kasih sayang dan anda berdua saja yang tahu.

38. Sengaja merancang untuk membaiki hubungan suami isteri.

39. Tujuh kali puji dan satu teguran.

40. Sebut ‘I love you’ sepanjang masa.

41. Banyakkan bergurau dan bermesra.

42. Sentiasa berterus terang.

43. Beri masa untuk perubahan berlaku – sabar.

44. Elakkan berdebat untuk mencari kebenaran.

45. Elakkan salah pasangan.

46. Cari titik pertemuan.

47. Selesaikan masalah hari ini pada hari ini juga.

48. Lebih banyak memberi daripada menerima.

49. Minta nasihat, pandangan atau maklum balas daripada pasangan.

50. Sentiasa bersemangat – bangun tidur, pergi kerja, balik kerja dan sebagainya.

51. Seimbangkan hubungan dari segi:

(a) Mental, pendidikan dan ilmu

(b) Emosi

(c) Fizikal dan ekonomi

(d) Sosial

(e) Spiritual

52. Jangan berjauhan terlalu lama (kecuali terpaksa).

53. Tidak terlalu mengongkong.

54. Tidak bertindak bersendirian.

55. Memberi peluang untuk berbeza:

(a) Pendapat atau pandangan

(b) Hobi

(c) Kegemaran

(d) Makanan

(e) Cita rasa

(f) Warna pilihan dan pelbagai

56. Humor atau lawak dari semasa ke semasa.

57. Minta bantuan untuk memecahkan kitaran negatif.

58. Berwawasan dan pandang ke depan (tidak terjebak dengan masalah semasa).

59. Tidak meminta yang bukan-bukan.

60. Bentuk undang-undang atau peraturan dalam rumah tangga.

61. Mencari kelainan dan perubahan positif.

62. Elakkan mendera pasangan dengan apa cara sekalipun.

63. Reda, syukur dan tawakal kepada Allah s.w.t.

9 Responses to 63 petua bahagia Dr Fadzilah Kamsah

  1. shasha berkata:

    thanks 4 sharing this. sekurang2nye dpt dipraktikkan sedikit sebanyak utk merukunkan rumahtangga.

  2. piah berkata:

    itu kalau si isteri atau suami yang sedar dan berusaha memupuk kebahagiaan rumahtangga…tapi sekarang masalahnya ada suami atau isteri yang tak sedar dan tak kesah nak memupuk kebahagian rumahtangga..so macamana tu?

  3. intn berkata:

    Alhamdulillah… terima kasih ya. Saya sedar petua ini sedikit sebanyak dapat membantu pasangan yang baru berkahwin seperti saya. Dan saya ingin mendedikasikan artikel yang baik ini kepada suami saya Hmdi

  4. azahar berkata:

    a”kum saya ada masalah nak buat assigment subjek relationship and profesional enhancement dalam bahasa melayu,blhtak sapa2 yang ada tolong htr kat email saya azaharraja@gmail.com

  5. siti kamariah berkata:

    askm,,,sy ada masalah sukar untuk maluahkan apa yg terbuku di hati.semakin lama saya marasakan jiwa saya tak tenang dan kerap berperang dgn perasaan sendiri.adakalanya saya merasakan saya gagal dalam hidup.

  6. Amran Ibrahim berkata:

    As’kum,saya ingin ucapkan ucapan terima kasih kerana sudi menerangkan kepada saya tentang cara-cara untuk membina sebuah keluarga bahagia.

  7. ...... berkata:

    …bersatu lah dgn orang yg kita saling mencintai
    nescaya sampei ke ahkr zaman nanti…seolah olah terpaku di hatie..kou saorang aja d hate ku hingga ke matie..

    ….kalau bersama orang dah berkeadaan terpaksa one side interests only ..dah pasti melalui hdup yg amat sedh dan sepi sekali ..bertapa sakit nya di hati…tiap2 ari…

  8. eiza berkata:

    assalammualikum,
    saya adalah isteri yang kedua menikah secara senyap2 tanpa pengetahuan isteri pertama selama 10 bulan.
    saya baru balik dari mengerjakan umrah 2 bulan lepas.tapi saya dihantui dengan rasa bersalah terhadap madu saya kerana membelakangkan dia menikah dengan suami dia,membuat kan jiwa saya tidak tenang selalu di belenggu dengan kesalahan terhadap madu saya.wajarkah saya jika saya berjumpa dengan madu saya untuk meminta ampun dan maaf pada madu saya?hal seperti ini saya telah pun berbincang dengan suami saya,tapi tidak ada apa2 tindak balas dari suami saya.saya menghormati suami saya yang belum bersedia berdepan dengan isteri pertamanya,saya faham keadaan suami saya tapi saya yang di belenggu rasa bersalah terhadap madu saya sampai sekarang membuat kan jiwa saya tidak tenang dan tidak tenteram.dengan ini saya mohon pihak yang berkenaan dapat memberi pandangan atau cara macam mana saya harus lakukan.saya cuma hendak menuju jalan untuk kebaikan bukan kehancuran..tolong lah saya

    sekian terima kasih
    vza_iza@yahoo.com

    wassalam.

  9. dvalea berkata:

    assalammualaikum…di kesempatan ini sy mgucapan jutaan terima kasih kerana ruangan ini memaparkan byk tips2 kebahagian rumahtangga.Hal ini sekaligus membantu dan mnjadi panduan dalam mmperkukuhkan lg rumahtangga saya. saya berharap agar banyak lg tips2 yg boleh di kongsi kepada psangan suami isteri yg mengidam-idamkn kebahagian di dunia dan akhirat. AMIN..

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 345 other followers

%d bloggers like this: