Suami mengamuk isteri gagal lamar madu

Gara-gara gagal meminang seorang wanita untuk dijadikan bakal madunya, seorang warga emas cedera selepas dipukul suaminya dalam satu kejadian di Panching dekat sini Jumaat lalu.

Dalam kejadian pukul 6.30 petang itu, mangsa berusia 60 tahun juga diancam akan ditetak dengan parang dan ditembak dengan senapang patah oleh suaminya yang tidak berpuas hati terhadap kegagalan isterinya itu.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Bahagian Siasatan dan Perundangan) Pahang, Supritendan Mohd. Haris Daud berkata, sebelum kejadian, mangsa dipercayai diminta oleh suaminya yang berusia 57 tahun supaya meminang seorang wanita berusia 30-an di kawasan berhampiran rumahnya.

Demi memenuhi hasrat suaminya yang bekerja sebagai pengawal keselamatan, kata beliau, mangsa bersetuju pergi ke rumah wanita berkenaan untuk melakukan peminangan.

“Mangsa bagaimanapun tidak jadi meminang apabila menyedari wanita terbabit sebenarnya telah berkahwin.

“Apabila dimaklumkan perkara itu kepada suaminya, suspek mengamuk, memukul dan mengancam mahu menyembelih mangsa dengan sebilah parang,” katanya ketika ditemui pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang di sini hari ini.

Mohd. Haris berkata, selain ingin mencederakan isterinya menggunakan parang, suspek turut mengugut akan menembak mangsa dengan senapang patah sekiranya enggan meneruskan peminangan.

Bagaimanapun, menurutnya, mangsa terselamat dan hanya mengalami cedera ringan selepas sempat melarikan diri ke rumah anaknya yang terletak berhampiran sebelum membuat laporan polis kerana khuatir terhadap keselamatannya.

Tambah beliau, polis kemudian menahan suspek dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah.


Super Isteri. Nak tau, sila klik sini

Info Menarik
Seni Melambatkan Pancutan!
Petua Seks Hebat! Hangatkan ranjang anda!
Isteri Dingin Seks? Rahsia mengghairahkan isteri!
Pelajari Teknik Rahsia Pancutkan Isteri!!
Seni dan Teknik Ciuman Hangat!
Rahsia Kecurangan Pasangan Terbongkar!
Rahsia Malam Pertama
Rahsia Doa Pengasih
Kamasutra Melayu Bergambar

11 Responses to Suami mengamuk isteri gagal lamar madu

  1. kebayan berkata:

    dah terlampau kemaruk nak berbini baru .Bini orang pulak tu .. malunya kalau diri dah tak ada pertimbangan lagi .. bukannya muda lagi .. dah tua ..

  2. aida berkata:

    teruknya lelaki tu… sepatutnya dia berterima kasih pada isteri yang dah pergi meminangkan… Kalau berani lelaki tu pergi lah jumpa suami pempuan tu pulak. biar kene penggal kepala nanti. ambik kau!

  3. pencacai tua berkata:

    huyoo…ade gak laki mcm ni yekk..mintak2 aku jauhla dari sifat mcm tu..sian kat bini..

  4. pucuk paku berkata:

    Nafsu susah nak dikawal..akal hilang pertimbangan..

  5. babyju berkata:

    jika nafsu da mguasai diri maka hilangla pertimbangan n rasa belas kasihan kpd org yg tsayang…dah la da tua..x sedar diri lak tu..suke kt bini org…da dpt bini yg baik cmtu sampai sngup nk pinangkan x bsyukur lg..malah nk tetak/ tembak lg…

  6. ~black sweet~ berkata:

    x sedar diri betulla… ingat senang2 ke seorang bini tu nak pi meminang isteri baru untuk si suami, klo aku nih, kerat 8 pun aku x hingin….

  7. piah berkata:

    laki tu panas baran…hilang pertimbangan…dia ingat bini dia tipu kot…ciss…

  8. ek ele berkata:

    black sweet…ko mana tau….dia dah tak tahan lah tu dia gi pinangkan org lain…he he..
    mana tau si laki dia menuntut ilmu senapang pumpgun….he he….tu yang tak sanggup nak layan sampai gi pinangkan org lain…tapi bini org lak..nak wat camne…

  9. babyju berkata:

    spatutnya klu pon die da kmaruk sgt nk bebini muda….selidik la dlu org tu bini org ke, janda ke..anak dara ker…ni tak..da bini dia bg tau x caya lak tu…manusia..manusia…

  10. imansufia berkata:

    memalukan jer

  11. johan berkata:

    hanya orang yang bodoh sahaja mengikut hawa nafsu~tunggulah balasan dari Allah~

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 349 other followers

%d bloggers like this: