Petua Penjagaan Kaki

* Periksa seluruh kaki anda setiap hari dengan mencari atau merasai antara celah-celah jari kaki dan kawasan tumit. Pastikan sama ada terdapat luka, rasa sakit, melecet dan kalus (belulang).

* Gunakan cermin atau minta pertolongan orang lain jika anda tidak dapat melihat kaki anda.

* Basuh kaki anda setiap hari dengan air suam (bukan air panas) dan sabun yang lembut. Jangan rendam kaki anda kerana ia akan menjadikan kulit kaki terlalu lembut dan rapuh; jangan gunakan sarung tangan yang kasar atau berus dan jangan membasuh kaki anda terlalu lama.

* Keringkan kaki anda sebaik mungkin menggunakan tuala lembut dengan menepuk secara perlahan, jangan gosok. Pastikan anda turut mengeringkan bahagian antara jari kaki kerana kulit yang lembab boleh membawa jangkitan. Anda juga boleh menggunakan bedak talkum pada kaki anda kerana ia boleh mengekalkan kekeringan kaki.

* Jika kaki kering, anda boleh gunakan pelembap untuk mencegah keretakan. Bagaimanapun, jangan gunakan pelembap di antara jari kaki kerana ini boleh membawa jangkitan.

* Potong kuku kaki. Potong dengan menggunakan pemotong kuku selepas membasuh dan mengeringkan kaki anda. Potong kuku mengikut bentuk kuku dan jangan terlalu pendek. Ingat, jangan potong di bahagian sudut kuku. Ini boleh menyebabkan cekam atau kuku kaki tumbuh ke dalam kulit. Kemudian, kikis kuku kaki dengan pengikis kuku untuk meratakannya.

* Alat-alat yang digunakan untuk rawatan kaki seperti pengikis untuk menghilangkan kalus, pisau cukur, gunting hujung tajam dan plaster kematu tidak boleh digunakan sama sekali bagi orang yang menghidap diabetes kerana peralatan ini dengan mudah boleh menyebabkan kecederaan atau merosakkan kulit. Gunakan batu lahar untuk menanggalkan kalus selepas membasuh kaki. Gosok batu tersebut dengan lembut di atas kalus pada satu arah sahaja. Teruskan melakukannya selama lima minit setiap hari sehingga kalus tersebut ditanggalkan.

* Sentiasa memakai sandal apabila ke kolam renang.

* Jangan ke mana-mana dengan berkaki ayam, walaupun di dalam rumah.

* Jangan biarkan kaki anda terdedah kepada suhu yang terlalu panas atau terlalu sejuk.

* Lakukan senaman dan urutan kaki setiap hari untuk merangsang peredaran darah. Jangan pergi ke rumah urut untuk berurut kerana ia boleh mencederakan kaki anda.

* Jika kaki anda luka atau melecet, bersihkan luka tersebut dengan serta-merta menggunakan salina. Sapukan krim antiseptik dan balut bahagian tersebut dengan pembalut steril. Terus membalutnya sehingga luka tersebut sembuh. Dapatkan rawatan perubatan jika luka berkenaan tidak menunjukkan tanda-tanda sembuh selepas dua hari.

Petua-petua berhubung jenis kasut yang sesuai

- Kasut benar-benar berpadanan dengan ukuran kaki hendaklah menjadi keutamaan apabila anda membeli kasut.

- Pakai kasut untuk berjalan atau kasut sukan yang lembut pada tapak bahagian dalam. Ia sepatutnya mempunyai bahagian atas yang diperbuat daripada kulit atau kanvas yang membenarkan pengaliran udara untuk mengelakkan kaki anda berpeluh.

- Jangan memakai kasut yang terbuka di bahagian hujung atau sandal yang mempunyai tali antara ibu jari dan jari kaki kerana ia boleh mencederakan jari kaki anda.

- Kasut anda hendaklah memuatkan ukuran panjang dan lebar kaki dengan ruang yang mencukupi bagi jari-jari kaki.

- Elak daripada memakai kasut yang terlalu ketat, bertumit tinggi dan bahagian depan yang tirus kerana ia boleh meninggikan tekanan dan boleh menyebabkan kaki anda melecet.

- Masa terbaik untuk membeli kasut adalah pada waktu petang apabila kaki anda berada dalam keadaan yang sedikit bengkak/besar. Jika kasut yang dipakai sewaktu kaki anda membengkak berasa selesa, ia pasti akan dapat memberi keselesaan pada sepanjang hari.

- Lembutkan kasut baru secara beransur-ansur dengan memakainya tidak lebih daripada sejam sehari selama beberapa hari.

- Sentiasa memakai kasut dengan sarung kaki atau stoking untuk membantu mengelakkan kemelecetan atau kesakitan. Pilihlah sarung kaki yang lembut dan diperbuat daripada kapas atau campuran kapas dan gentian tiruan yang akan membantu mengekalkan kekeringan kaki. Elak daripada memakai sarung kaki yang terlalu ketat di pergelangan kaki kerana ia boleh menyekat aliran darah ke kaki anda. Tukar sarung kaki atau stoking setiap hari.

- Sentiasa periksa bahagian dalam kasut anda sama ada terdapat benda-benda asing di dalamnya. Benda-benda asing ini boleh bergesel dengan kaki dan menyebabkan kemelecetan atau kesakitan.

Walaupun senarai yang diberi agak panjang, namun ia mudah dilakukan dan hendaklah sentiasa dipatuhi. Petua-petua tersebut boleh membantu mengekalkan kesihatan kaki dan mengelakkan anda menderita dan sukar untuk berjalan akibat pemotongan bahagian kaki atau lebih buruk lagi, kematian.

3 Responses to Petua Penjagaan Kaki

  1. ahmad zamri berkata:

    Assalamualaikum..
    Bolehkah saya berkongsi satu produk yang saya sedang pasarkan sekarang dengan saudara/i di kekalsihat.com?
    Produk ini bukan lah produk jualan langsung atau mlm. ianya dihasilkan sendiri oleh kawan saya yang telah melebihi 3 tahun mengamalkan perubatan alternatif.
    Produk rawatan kaki ini adalah berasaskan herba dan ianya amat mudah untuk digunakan. kami telah cuba memasarkannya di sekitar pahang dan alhamdulilah semuanya memberikan hasil dan keputusan yang memuaskan. dari segi keuntungan juga amat besar.
    Walaubagaimanapun, saya harap pihak saudara/i dapatlah meninjau sedikit maklumat ini di laman saya http://mczamri.blogspot.com. sila baca pada artikel rawatan kaki.
    Terima kasih.

  2. ahmad zamri berkata:

    Assalamualaikum..
    Bolehkah saya berkongsi satu produk yang saya sedang pasarkan sekarang dengan saudara/i di laman ini?
    Produk ini bukan lah produk jualan langsung atau mlm. ianya dihasilkan sendiri oleh kawan saya yang telah melebihi 3 tahun mengamalkan perubatan alternatif.
    Produk rawatan kaki ini adalah berasaskan herba dan ianya amat mudah untuk digunakan. kami telah cuba memasarkannya di sekitar pahang dan alhamdulilah semuanya memberikan hasil dan keputusan yang memuaskan. dari segi keuntungan juga amat besar.
    Walaubagaimanapun, saya harap pihak saudara/i dapatlah meninjau sedikit maklumat ini di laman saya http://mczamri.blogspot.com. sila baca pada artikel rawatan kaki.
    Terima kasih.

  3. [...] Petua Penjagaan Kaki [...]

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 349 other followers

%d bloggers like this: