Susuk pada kemaluan

Untuk memudahkan kerja ‘mengikis’ wang lelaki, ada pelayan pelanggan (GRO) tergamak memakai susuk pada kemaluan mereka bagi memastikan pelanggan sentiasa tunduk dan ingat pada mereka selepas kali pertama melakukan hubungan seks.

Amalan khurafat dan bertentangan dengan Islam ini didedahkan seorang bomoh susuk yang mahu dikenali sebagai Chick, yang mendakwa pernah memasukkan susuk pada ramai wanita, termasuk GRO, artis, suri rumah, wanita simpanan dan pondan.

Beliau yang mewarisi kepandaian memakai susuk daripada arwah neneknya yang terkenal di kalangan artis sejak zaman kegemilangan filem Melayu di Singapura, bukanlah bomoh susuk komersial tetapi namanya meniti dari bibir ke bibir, menjadikan Chick menjadi buruan penggila susuk.

Bomoh berusia 50-an tetapi masih kelihatan muda dan berseri itu yang mengakui turut memakai susuk memberitahu, susuk pada kemaluan boleh membuatkan pemakainya hebat beraksi di ranjang dan menjadikan pasangannya tidak boleh melupakan nikmat bersama.

“Susuk itu dipakai sama seperti cara pemakaian pada bahagian lain tubuh iaitu mencucuk batang jarum emas sepanjang sebutir pada alat kelamin wanita.

“Susuk itu boleh dipakaikan satu, dua atau empat jarum bergantung kepada permintaan dan ia tidak menyakitkan pemakai kerana sudah dijampi,” katanya.

Chick yang tidak menjelaskan kadar bayaran yang dikenakan bagi pemasangan susuk pada kemaluan memberitahu, untuk pemasangan susuk di bahagian tubuh biasa seperti muka, dia hanya meminta bayaran bagi barangan yang digunakan sebanyak RM25 bagi susuk kepingan emas, susuk batang emas (RM50) dan susuk berlian (RM150).

“Jika mahu memberi lebih (bayaran), terpulang kepada pemakainya (susuk),” katanya.

Beliau berkata, mengikut ilmu yang diwarisinya, pantang pemakai susuk kemaluan adalah sama seperti susuk lain iaitu tidak boleh makan buah atau bahagian daripada pokok munggal, labu, kundur selama-lamanya, manakala bagi betik atau pisang emas hanya selama tiga bulan.

Katanya, jika terlanggar pantang, ilmu susuk itu tidak berkesan lagi manakala susuk yang baru dipasang akan keluar daripada permukaan kulit.

Ditanya kepercayaan sesetengah masyarakat bahawa pemakai susuk susah menghembuskan nafas ketika nazak, Chick berkata, setakat yang diketahui, pemakai susuknya tiada masalah kerana biasanya susuk itu tidak lagi berkesan dan mati (hilang seri) selepas tempoh beberapa tahun jika tidak dijaga.

“Menurut petua arwah nenek saya, jika ada orang susah hendak mati, cukup sekadar memusingkan senduk nasi, sebaik-baiknya senduk kayu, atas muka orang sakit sambil berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW dan disudahi dengan ketukan lembut pada dahinya,” katanya.

Beliau juga berpendapat, adegan filem mengenai orang susah hendak mati hingga terpaksa dibongkar bumbung, lantai atau dinding rumah kerana memakai susuk atau muka menjadi buruk akibat melanggar pantang, adalah gimik berlebihan dalam filem, kerana menurut amalannya kesannya bukan seteruk itu.

Ditanya amalan pemakaian susuk yang bertentangan dengan Islam, Chick berkata, beliau mengakui perbuatan itu haram tetapi semuanya bergantung kepada kehendak pemakainya sendiri mengikut jalan yang dipilih itu.

Oleh AHMAD NAZRI MOHAMAD dan ASMIZAN MOHD SAMIRAN (Metro)

26 Responses to Susuk pada kemaluan

  1. iera berkata:

    eee..masih ada yg pakai susuk zaman skrg ni…

  2. ek ele berkata:

    entah2 bomoh ni pun pakai susuk gak nak kasi org asik datang kat dia aje…tapi kat mana tau tak lah kan…he he

    sudah2 lah keje tak berpaedah ni…

  3. hasiq berkata:

    kat mana alamat dier yerkk??

  4. persepsi berkata:

    x payah dok pakai susuk2. apa yg Allah SWT bagi itu lah yang terbaik.

  5. uluk ulukman berkata:

    ..tapi ado dongar dio oayang pasang..taroh ball bearing..tentu member tak keluak dari rumah..allauallam..imbas tengok ado lah..’mat feed’ tunjok..brankali 80an..dia kata awek tak lari..rasa puas..lebeh baik drp mata-bulu kambing kot..

  6. manja berkata:

    Rentikanlah wat benda2 khurafat cam2
    banyak lg kaedah lain yg boleh digunakan klo setakat nak
    cantikkan badan dan rupa paras
    Klo setakat zahir jer cantik
    tp zahirnya hitam legam…
    xde gunanya
    semua benda tu x kekal lama…

  7. manja berkata:

    *zahir* hitam legam
    supposed to be Batin hitam legam – typo error

  8. armadrafar berkata:

    tanya pada iman….

  9. kebayan berkata:

    buat apa nak pakai susuk susuk ni .. sekarang dah ada kaedah pembedahan untuk merawat kembali alat keintiman .. tapi .. itulah sifat manusia tidak pernah merasa puas dengan apa yang ada .. lupa yang sesuatu kejadian itu tidak bertahan lama ..

  10. man berkata:

    manja,you ni mesti lawa orangnya kan..dah kahwin ke belum nih..?

  11. kebayan berkata:

    kau ni man .. sana sini dok nak cari calon .. jangan sebarang tanya .. rasa nya disini semuanya dah berpunya …

  12. akusaj berkata:

    anak dua..dah dikecewakan pintu ati dah tertutop ..kalau ado pun nak cari yg se hidup semati ajo…kalu nak sangat cari layari lah …….myjodoh.net… …iklan -gambar promosi kepala atas meja sebagai hidangan pun ado….(tak ada kena megena dgn mana2org- tulisan)

  13. Pembebel berkata:

    Siapa ya artis yang pernah mendapat khidmat nenek Chick tu? Nak tahu bleh? Hehe.

  14. QiQi Chan berkata:

    hi ada alamat dan telepon nenek Chick? Boleh kah email qiqichan@hotmail.co.uk. Thanks

  15. ermayusnita berkata:

    saya ni nak gak pakai susuk pada kemaluan tapi apa caranya nak jumpa dengan sapa

  16. Yani berkata:

    hi ada alamat dan no telefon nenek Chick? Boleh email ke saya aryaninasir@yahoo.com….Yang memerlukan, Yani

  17. nermala berkata:

    boleh saya dapatkan no contact chick,boleh emailkan kat saya
    bakingnermala@yahoo.com

  18. pacak7557 berkata:

    salam…semua,mcm2 masalah berkaitan seks setiap hari kita dengar.semua ini ada punca dan jalannya,saya ada tubuhkan group tertutup bagi kita sama-sama membincangkan segala permasalan berkaitan seks,group ini hanya mereka2 yang betul2 memerlukan sahaja dibenarkan sama-sama berbincang

  19. feby lestari berkata:

    boleh bagi alamat rumah yang tepat dan nomber telp.,saya ingin la nak pasang susuk,..tolong bagi jawaban segara

  20. feby lestari berkata:

    boleh bagi saya alamat rumah dan no tlp..sila emailkan kat saya feby_14287@yahoo.com tolong beri jawaban segera ya.saya memerlukanya segera

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 345 other followers

%d bloggers like this: