Lelaki lanjut usia bertambah gatal

Menjangkau usia 40 tahun membawa persepsi berbeza antara lelaki dan wanita. Bagi lelaki, menginjak usia berkenaan bagaikan baru saja memasuki permulaan hidup sebenar, semangat baru dan semakin matang. Wanita pula dikaitkan dengan perkara negatif dan musim saham mula menurun.

Jika dilihat dari segi kematangan, perempuan lebih cepat matang berbanding lelaki. Ada gadis mula haid seawal sembilan tahun tetapi lelaki sesetengahnya sudah memasuki usia 17 tahun tetapi belum lagi mencapai tahap berkenaan.

Bagi yang mempunyai anak lelaki dan perempuan mereka boleh melihat perkara yang sama. Baru berusia 11 tahun anak perempuan sudah pandai mengemas tempat tidur, mencuci pinggan mangkuk, membersihkan kawasan rumah tetapi lelaki tingkatan tiga pun masih ada yang tidak tahu membuatnya. Semua urusan khususnya pengurusan diri diserahkan sepenuhnya kepada ibu.

Oleh sebab beberapa faktor itulah, kehidupan seorang lelaki dikatakan baru bermula apabila memasuki usia 40 tahun. Mereka seolah-olah baru melihat dunia, tetapi ada ada juga yang mengatakan pada usia itu lelaki sebenarnya mula rasa terancam dan ingin menjadi muda semula.

Tidak hairanlah ada lelaki yang mula memasang badan dan berlagak seprti bujang sehingga melupakan anak bini di rumah. Ada yang mula menggatal, pantang melihat wanita berdahi licin sehingga timbul pepatah baru ‘lelaki semakin tua, semakin miang’. Benarkah?

Pakar Runding Psikiatri dan Naib Presiden Kanan Kolej Universiti Sains Perubatan Cyberjaya, Prof Dr Mohd Hatta Shaharom, berkata mungkin ada benarnya kenyataan berkenaan, namun tidak semua lelaki begitu sebaliknya bergantung kepada keadaan diri seseorang itu.

“Perkara seperti itu ada juga logiknya dan kita tidak boleh menolak kewujudannya. Kita tidak boleh menafikan bahawa perkara itu tidak terjadi dalam masyarakat berdasarkan apa yang kita dengar dan lihat. Apabila semakin meningkat usia mereka tidak kisah dengan apa yang akan dibicarakan oleh masyarakat sekitarnya.

“Keadaan ini berlaku mungkin disebabkan oleh faktor sakit jiwa yang mana seseorang lelaki itu menghidap demensia iaitu penyakit nyanyuk. Mereka akan hilang kawalan malu (disinhibited). Pada pertengahan usia 60-an penyakit ini mula terjadi. Mereka akan mula untuk menggatal dengan mengacau perempuan muda, sama ada dengan bersiul ataupun sekadar mengenyit mata,” katanya.

Melalui sifat ini, timbullah satu teori yang mengatakan usia 40 adalah darjah kemiangan lelaki dikatakan semakin meningkat! Dalam usia 40 itu juga, lelaki dikatakan sudah cukup kaya dan stabil dari segi kewangan. Justeru, dengan kekayaan yang dimiliki, ada yang mula mencari wanita lebih muda dan cantik.

Mungkin tidak semua, tetapi kerenah lelaki seperti itu satu senario biasa apabila usia semakin menginjak. Malah, ada isteri yang mengakui antara perkara biasa yang dilakukan oleh suami termasuklah menjeling wanita lain, suami mula berjinak untuk bermain kayu tiga dan ada yang tidak segan-silu mula meminta untuk berkahwin dua atau tiga.

Dalam hal ini, tidak wajar untuk meletakkan kesalahan 100 peratus kepada lelaki kerana ada yang berpendapat sikap segelintir wanita juga menyebabkan si suami mula berubah angin apabila sudah berusia. Misalnya isteri, terutama yang menjadi suri rumah sepenuh masa tidak menitik beratkan soal penampilan diri. Rambut yang tidak disikat, mengerbang seperti langsuir, muka yang masam mencuka dan tidak berseri tanpa mengenakan sedikit bedak atau gincu.

Jika dilihat dari segi pakaian pula, sesetengahnya hanya mengenakan kain batik dengan baju lusuh dan ada yang hanya berkemban apabila menyambut kepulangan suami. Percayalah, kalau rupa seperti ini yang dilihat oleh suami setiap hari, belum masuk usia 40 tahun pun suami sudah menjeling wanita lain.

Kebanyakan suami mahu melihat penampilan isteri yang penuh sopan santun, kemas dan ayu. Sambutlah suami dengan senyuman manis supaya hatinya terasa tenang. Penat bekerja sepanjang hari terus hilang apabila terpandang isteri yang tampak kemas dan bersih.

Suami tidak mengharapkan isteri menyambutnya dengan pakaian berjenama antarabangsa, atau jari lentik dengan kuku berwarna, bibir merah dan basah berkilat, rambut ikal mayang atau alis lentik bagai penari makyung. Cukuplah sekadar sedap mata memandang.

Apa yang penting, suami dan isteri perlu saling memahami dan cuba menjaga hati kedua belah pihak. Jangan nanti hanya isteri yang tahu menjaga penampilan diri, tetapi suami pula kelihatan seperti James Bond pencen – boroi dan selekeh.

Oleh Yusmairan Mat Yusoff


Pancutkan Isteri Anda. Keterangan lanjut, sila klik sini.

17 Responses to Lelaki lanjut usia bertambah gatal

  1. shoke berkata:

    >>>>Tak jugak tuan….kdg kala ada wife yang hilang keinginan bila berumor atau dlm masa tertentu….hilang sefahaman… …dah berumor…berkeadaaan dah terpaksa nak luah mati omak ..nak tolan mati bapak…dah terpaksa,,,kono cari jugak..silap hari bulan…..silap2 nenek kono tala.. kang….si lelaki pulak ado yg bondo nyo maseh sogar lagi *tok mau mau *,,,,,, sampai bilo nak melayari rakit ‘batang pisang’ ajo… yg dingin tak do response…ado yg kato nak jago badan…tampa sek nampak mudo..idup lamo…kata demo le…….dlm pertarungan misti ado response baru ^syok kan ^ penetang ajo….kalu tak do melawan mano ado eksi sodap nyo,,tak kan lah….macam dio baco paper kita buat korjo….bilo lelaki dah berumor ni nak *cari* misti lak kena looks smart…baru ado tarikan,kalau kereto lamo di hiaskan misti ada mata terbeliak terbuko kan…mereka ni bukan gatal tetapi dah terpakso mencari,,unto mereda kan kemahuan-keadaan…..bukan semuo insan di jadi kan samo…masok sorgo…maaf zahir batin ku pinto…

  2. alibapu senior berkata:

    Lelaki ni, yg muda ke tua ke kalu tak keluak ayor danau nyo,memang lah miang,apa guna nya handsome gagah bertenaga, lagi muda, kalau senjata tak mau naik – lemah sama sekali…..

  3. ek ele berkata:

    aku rasa tak tepat lah……lelaki ke perempuan ke sume gatal….

    kalau yang miang kat bini aje tu apa?…tak kira gatal ke?…..gatal gak..tapi bertempat…

    kalau tak gatal abis lah bini…tak merasa…..

    statement2 macam tak bleh di jadikan statistic……

    bleh gak kita cakap…lelaki dah tua sume alim….

    bleh gak kita cakap….lelaki dah tua sume handsome…hodoh…dan apa lagi lah

    ini sume kes individu….

  4. cempaka berkata:

    betul tu ek ele… sume atas individu tu sendiri.. aku tgk setengah bini tu bukan main cantik lg tp hubby dia punya la hampeh. ngn perut mengandung 9 bulan.. aku pun kdg2 tak gak puas ati ngan setengah lelaki ni, dorang je yg nak tgk benda cantik2 tp dorang tu cuba cermin dulu. lebih teruk dari wife dorang tp belagak bukan main lagi…

    huhu selamat ari raya maap zahir n batin

  5. ek ele berkata:

    he he…selamat hari raya cempaka…maaf zahir batin…betul….aku ni pun kategori
    sikit boroi…ke banyak….tak tau lah…tapi aku berjogging dgn bini aku…kasi
    steady sikit bentuk badan ni…dan utk kesihatan….

    jaga lah kesihatan anda…he he….selamat hari raya…

  6. aku saja berkata:

    DIO ORG TU SELEKEK TAK PO LAH…IE…ASAL BONDO TERCACAK SERVICES BAIK PUNYO,BINI TAK LARI ATAU MENCARI DI LUAK SANA…DAH LAH,even tongkat langit pun tak boleh berjaso…

    Kalau bergayo kat luak ajo,soyoman “Plastik” nak buek apo..dalamei menderito ajo..na buek apo..bini kito pakkochok pakei,,,,,potong ajo bagi kat sergalo….

    Manusio tak kiro usia tak makan tak po…tapi bondo nyo kono …

  7. Gelembai berkata:

    eh ada jugak pompuan yg miang jugak tau

  8. manja berkata:

    En. Gelembai,
    Tak dinafikan, memang betul ada gak pompuan yang miang
    Tapi semua tu terletak pada hati masing2
    Pilihan terletak pada individu tersebut sendiri
    Bak kata saudara ek ele, ini sume kes individu….
    Tepuk dada tanya iman…

  9. arjuna berkata:

    Cerita usia 40 an semakin berubah sudah menjadi perbualan dari dulu lagi. Memang betul lelaki usia 40an akan merasai perubahan yang sangat ketara dari pelbagai segi. dari segi umurnya, lelaki 40 an baru sahaja meninggalkan zaman mudanya dan baru saja melangkah kealam tua. Jadinya, lelaki berkenaan masih lagi ada perawakan muda dan kematangannya terserlah dari pelbagai segi.

    Dari segi kewangan, lelaki berumur 40an rata-ratanya sudah mempunyai pekerjaan yang tetap dan berada dalam situasi kewangan yang tegap. Oleh itu, memang wajarlah lelaki umur 40an pasang badan nak melawa-lawa dengan penampilan yang berbeza.

    Dari segi seks, memang lelaki umur 40an, ternyata banyak pengalaman dan ada yang mampu mengatasi zaman mudanya. Itukan pemberian nikmat dari Allah. terimasajalah dan bersyukur. Jangan kufur nikmat pula.

    Bagi wanita pula, apabila berhadapan dengan lelaki berumur 40an dirasakan kematangan itulah yang diminati dan diidamkannya, maka perhatian yang lebih diberikan kepada lelaki tersebut. Tentang soal nak berkahwin kedua, bukanlah menjadi satu kemestian kerana semua itu adalah ditentukan oleh Tuhan. Tak kira umur berapa kalau dah ditakdirkan jodohnya untuk berkahwin maka berkahwinlah dia. Cuma umur 40an mungkin dilihat sebagai penyebabnya.

    Lelaki gatal, sama juga perempuan gatal. Gatal yang maksudnya lelaki mahukan perempuan muda dan perempuan pula mahukan lelaki yang lebih tua darinya dan mempunyai tahap kematangan yang tinggi. Kematangan bercakap, kematangan ber komunikasi, kematangan berfikir, kematangan jatidiri dan kematangan sahsiah.

    Tentang isteri yang berada dirumah dengan bersolek untuk memikat suaminya itu adalah kemestian. Begitu juga dengan lelaki, mestilah bersolek juga untuk menunjukkan kepada isteri dan anak-anaknya sebagai seorang ketua rumah yang bersih, berdisplin dan berperawakan menarik. Tetapi dalam bersolek pula, janganlah keterlaluan, mungkin bagi suami bersolek itu perlu dan penting dilihat, tetapi kalau dah keterlaluan dengan umur, suami mana yang tidak rasa menyampah. Bayangkan siisteri dalam umur 40an memakai seluar pendek dirumah, berbaju nampak pusat, bergincu merah dan berkelakuan seperti budak2 remaja. Ala kadarlah. Berwangian. berdandan, dan berpakaian yang sopan walaupun didalam rumah.

    Bagi lelaki pula, yang perut boroi tu cuba-cubalah bersenam untuk kurangkan boroi, kerana kalau perut boroi prestasi seks akan menurun kerana kekuatan otot-otot perut tidak pejal dan lemak mengelilingi urat2 saraf. Dan lagi, lelaki juga kena berwangian, rambut kasi kemas, janggut dan misai kena dijaga rapi. Kuku kena di kerat sekurang-kurangnya seminggu sekali. Mandi jangan hanya pakai sabun sahaja, sebaliknya gunakan juga syampoo badan dengan perapi. Kalau bercukur pula gunakan after shave. Pakailah wangi-wangian berjenama sedikit. Janganlah disebabkan masuk umur tua, hanya pakai minyak attar Jasmin, Sedap Malam, Malaikat Subuh ataupun Topaz. Semua tu bau-bauan kesukaan mamak, hindu dan arab. Walaupun Nabi menyukai bau2an asli dari Kasturi, Ambar dan Zaafaran, tetapi itu bau-bauan zaman dahulu. Zaman sekarang bau2an dah berubah, carilah Polo ke Dolce Gabbana ke, Fahrenheit ke, Oscar de La Renta ke sebab bau-bau itu telah dikaji sesuai dengan penampilan lelaki yang boleh menghilangkan bau kambing dari kebanyakan lelaki. Masalah alkohol, alkohol itu tidak boleh atau haram diminum, tapi kalau di pakai tidak apa. Alkohol sekarang bukan dibuat dari bangkai binatang lagi, sekarang dah zaman moden, Alkohol, Aldehid keton tu dah dibuat didalam makmal dengan kaedah saintifik tanpa menggunakan air kencing binatang atau apa2 yang najis.

    Jadi bagi Arjuna, umur 40an memang banyak berlaku perubahan, perubahan memang digalakkan dalam diri manusia yang progresif. Yang menjadi kehairanan jika sekiranya umur 40 masih tidak berubah dan masih tidak mahukan perubahan, itu yang menjadi musykil. Jadilah lelaki idaman wanita, tidak salah. Jadilah lelaki sebagai ketua idaman pekerja. Jadilah lelaki yang boleh dijadikan suri tauladan. Jadilah lelaki yang disegani oleh golongan tua. Walaupun sudah mencecah 40an, badan masih mantap, perawakan makin menarik, poket makin kencang, ilmu dunia dan ilmu akhirat makin banyak, adab makin dijaga, disegani tua dan muda. Yang lebih penting lelaki umur 40an mestilah disampin berubah, JUGA menjadi agen perubahan. Boleh menasihati yang muda dan boleh menegur yang tua.

    Dengan ini Arjuna juga ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR BATIN kepada semua sahabat2 yang mengunjungi blog ini. Jadikan sempadan jika tidak padan, jadikan tauladan jika sepadan. Wallah hu a’lam.

  10. kebayan berkata:

    bila memasuki fasa 40an memang banyak perubahannya .. yang ketaranya ramai yang menuju kebaikan .. amatlah malang kalau diri maseh tak berubah ketika berada diambang umur ini ..

  11. iblisco berkata:

    ..yg tak ada *changes* tu. jadi teman setia aku…

  12. dinxy berkata:

    suami akan berubah bila nak jangkau 40, betul tu…suami sy nak masuk 40 end year 2010 ni, tiba2 bagi baju tidur pink yg jarang kat i…x pernah pun,…. kenapa ye?

  13. updown berkata:

    nak naikan berahi nya..kot kot dia pernah nengok pompuan pakei baju gaya tu bertambah sexy..leh naikan kemahuan kot..peri laku aku selalu mengikut pengelaman…

  14. LAT berkata:

    jgn kt lelaki, pompuan pun sama. umur40 an bukan masalah bg pompuan..

  15. tercongang-congang berkata:

    yg nak jaga badan, ko,jago ponampilan ko,aku tak heran,tapi yg sebelum nih dah pakai kopiah,kok nak bukak pulak, jiran pun heran, anak pun terpandang-pandang.katanya penyesuaian, ai sunnah nabi ni, adalak sosuai,ke tak sosuai.

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 345 other followers

%d bloggers like this: