Nafas berbau

Sepanjang berbual dengan Kamal, Amir terpaksa menahan nafas. Sesekali jarinya menggosok pangkal hidung untuk menghilangkan bauan yang terbit dari mulut Kamal.

“Macam manalah dia berhadapan dengan pelanggan dengan keadaan mulut berbau macam tu?,” detik hati Amir sebaik saja usai berbual dengan Kamal.

Berhadapan dengan mereka yang mempunyai masalah mulut berbau atau halitosis kronik memang cukup memeritkan.

Boleh dikatakan ia lebih kerap berlaku pada bulan Ramadan ini dan awal pagi.

Menurut Pakar Konsultasi Pergigian, Dr. Lydia Mason, masalah nafas berbau bukan saja disebabkan oleh penyakit berkaitan gigi malah air liur juga turut menjadi punca.

“Sebenarnya banyak perkara yang menyumbang kepada berlakunya nafas berbau.

“Antara penyebab utamanya ialah penurunan kandungan air liur di dalam mulut,” jelasnya.

Menurut Lydia, ia lebih kerap berlaku pada bulan puasa kerana tiada aktiviti seperti minum atau mengunyah untuk meningkatkan pengeluaran air liur

“Ini akan memudahkan pembiakan bakteria di dalam mulut dan hasilnya, mulut akan berbau,” katanya.

Lydia menambah, kandungan air liur yang dihasilkan merupakan pengukur terhadap kesihatan oral individu.

“Secara asasnya, air liur mengandungi enzim dan antibodi – sebagai mekanisme imunisasi terhadap kesihatan tubuh.

“Sebab itulah sekiranya ia kurang, pelbagai penyakit akan timbul,” jelasnya.

Bagi mengetahui kandungan sihat air liur, ia ditentukan dengan pengukur kelancaran air liur yang ditelan per minit dan keputusannya ditentukan melalui pekat atau cair air liur tersebut.

“Sekiranya terlalu pekat, ia menunjukkan ada yang tidak kena dengan sistem tubuh.

“Mungkin tubuh kekurangan air atau ada pembiakan bakteria di dalam mulut yang menyebabkan mulut berbau,” ujarnya.

Namun begitu, kelikatan air liur turut dipengaruhi oleh pengambilan sesetengah jenis ubat dan penyakit yang dihadapi oleh seseorang

Jelasnya lagi, pengeluaran air liur juga bergantung kepada malam atau siang sesuatu aktiviti dijalankan oleh seseorang.

“Pada waktu pagi, pengeluaran air liur boleh dikatakan hampir tiada ketika waktu tidur.

“Ini menyebabkan aktiviti pembersihan menurun dan akhirnya menyebabkan mulut berbau ketika bangun tidur,” ujarnya.

Berkaitan dengan bulan puasa pula, Lydia menjelaskan nafas dan mulut berbau terjadi kerana tiada pengambilan makanan.

Justeru tanpa aktiviti mengunyah untuk membantu mengeluarkan air liur, bakteria akan membiak.

“Dalam pada itu, xerostomia atau mulut kering yang disebabkan kekurangan pengambilan air serta cuaca panas akan menyebabkan mulut menggelupas, luka dan akhirnya dijangkiti turut menyumbang kepada mulut serta nafas berbau,” katanya.

Tambahnya lagi, hampir 90 juta penduduk dunia menderita kerana mengalami masalah nafas berbau. Kebanyakan puncanya ialah lidah dan gusi.

Penjagaan oral yang sempurna bermula dengan makanan yang diambil serta pembersihan mulut yang teratur.

“Pada bulan puasa, amat penting membersihkan mulut dengan baik ketika selesai bersahur,” jelasnya.

“Gigi berlubang serta gusi bermasalah seharusnya diberi perhatian bagi mengelakkan masalah nafas berbau di samping pengambilan makanan yang tidak sihat,” katanya.

- SHANIKA ABDULLATIB

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 351 other followers

%d bloggers like this: