Ibadat puasa boleh rawat penyakit rohani, jasmani

ORANG berpuasa di samping menjalankan ibadat murni kepada Allah juga mendapat unsur kesihatan dan perubatan sama ada dari segi jasmani mahupun rohani kerana puasa dapat mengekalkan kesihatan.

Penyakit seperti gastrik, sakit perut dan yang berkaitan dengan makanan dapat disembuhkan menerusi puasa dengan teratur.

Apatah lagi ilmu perubatan jelas mengesahkan seorang pesakit yang hendak dibedah mestilah berpuasa dengan mengosongkan isi perutnya daripada sebarang makanan dan minuman.

Imam Al-Ghazali juga menjelaskan sebahagian besar penyakit berpunca daripada makanan dan minuman di mana beliau banyak menghuraikan peranan puasa terhadap kesihatan jasmani serta kesan puasa terhadap penyakit tertentu.

Puasa juga berguna untuk mengangkat unsur spiritual manusia ke atas unsur kebendaan yang ada pada diri manusia kerana sesungguhnya manusia mempunyai tabiat atau watak yang cenderung saling bertentangan.

Pada diri manusia ada unsur sari pati tanah (kebendaan) dan unsur rohani (spiritual) yang ditiupkan dalam badannya.

Daripada dua unsur itu kadangkala manusia dimenangkan oleh unsur kebendaan maka pada tahap tertentu manusia tidak ubah bagaikan haiwan malah lebih dahsyat daripadanya.

Sebaliknya, jika unsur rohani atau spiritual yang menang maka ia akan naik ke tingkatan malaikat.

Ketika menjalankan puasa dengan sempurna, seseorang akan memenangkan unsur rohani ke atas unsur kebendaan, unsur akal akan mengatasi unsur syahwat dan nafsu.

Barangkali inilah satu rahsia yang ditemukan oleh setiap orang yang melakukan puasa, setiap kali ia dapat menyempurnakan puasanya sehari penuh sampai datang waktu berbuka.

Inilah kegembiraan yang dilukiskan Rasulullah menerusi sabdanya yang bermaksud: “Orang yang berpuasa mempunyai dua kegembiraan. Ia akan gembira dengannya apabila berbuka dan ia juga akan gembira ketika berjumpa Tuahnya dengan puasanya.” (Hadis ini disepakati kesahihannya oleh Bukhari dan Muslim)

Hadis yang diriwayatkan Imam Bukhari ada menyebut mengenai faedah berpuasa yang dapat menyembuhkan pelbagai penyakit rohani khasnya nafsu seksual.

Sesungguhnya nafsu seksual mengikut beberapa aliran ilmu jiwa adalah sebagai penggerak utama bagi segala perbuatan manusia.

Dari situlah pemerhati sosial dan tamadun masyarakat Barat menemui bahawa segala penyakit sosial dan masyarakat yang melanda mereka tidak pernah terlepas daripada akibat penyelewengan seksual di kalangan mereka.

Berkaitan perkara itu, sesungguhnya puasa mempunyai pengaruh sangat besar untuk mematahkan keinginan seksual dan mengangkatnya ke darjat yang terhormat dan mulia, terutama apabila puasa dilakukan secara teratur untuk mencari reda Allah.

Oleh kerana itulah Nabi Muhammad menggalakkan kepada pemuda yang belum mampu berkahwin agar rajin melakukan puasa sehinggalah ia mampu bernikah melalui hadis Baginda yang bermaksud: “Wahai sekalian pemuda, sesiapa ada di antara kamu yang memiliki kemampuan hendaklah bernikah. Kerana nikah itu dapat menundukkan pandangan mata dan dapat menahan dan menjaga faraj (nafsu seksual). Sesiapa yang tidak mampu maka hendaklah ia berpuasa, kerana ianya mengandungi ubat penawar (iaitu dapat menahan nafsu seksual).” (Hadis riwayat Bukhari dari Ibnu Mas’ud)

Daripada huraian di atas dapat disimpulkan bahawa puasa yang dilakukan dengan teratur dan ikhlas bukan hanya sebagai ibadat murni oleh hamba kepada Tuhannya (semata-mata).

Sebaliknya, ada unsur rawatan dan perubatan sama ada dari segi jasmani dan rohani di samping dapat mengubati penyakit seperti gastrik, berpuasa juga dapat menjaga kesihatan jasmani seseorang.

Apa yang penting ialah puasa dapat mengurangkan nafsu seksual, sehingga dengan keinginan seksual yang terkawal manusia akan terhindar dari nafsu kebinatangan dan akan mampu memuaskan nafsu seksualnya secara halal dan diredai Allah.

Fadilat puasa

Sebahagian besar penyakit berpunca daripada makanan dan minuman. Dengan itu puasa memberi manfaat merawat penyakit jasmani mahupun rohani.

Puasa juga mengangkat unsur spiritual manusia ke atas unsur kebendaan yang ada dalam diri manusia. Jika manusia dimenangkan unsur kebendaan maka martbatnya akan jatuh, tetapi jika unsur rohani atau spiritual menang maka ia akan angkat martabat manusia.

Puasa mengurangkan keinginan seksual dan mengangkatnya ke darjat yang terhormat dan mulia, terutama apabila puasa dilakukan untuk mencari reda Allah.

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 343 other followers

%d bloggers like this: