Tiga Bentuk Ganjaran Kesempurnaan Puasa

HADIS Rasulullah SAW. menyebut bahawa ada tiga bentuk ganjaran diberikan Allah kepada hamba-Nya sepanjang Ramadan, iaitu rahmah (rahmat), maghfirah (keampunan) dan `itq min al-nar (bebas daripada api neraka).

Rahmah ada dalam 10 hari pertama Ramadan, maghfirah di dalam 10 hari keduanya dan `itq min al-nar di dalam 10 hari terakhirnya.

Begitu mudah kita membilangnya, tetapi tidak semudah itu untuk kita mendapatkannya. Ia terikat dengan beberapa prasyarat yang ketat, tanpanya kita hanya akan mengalami lapar dan dahaga ketika berpuasa.

1. Memahami erti puasa rukun dan syaratnya

Kesempurnaan puasa seseorang adalah terikat dengan sejauh mana dia memahami erti puasa itu sendiri, rukun dan syaratnya serta apa-apa perkara yang membatalkannya, mengetahui masanya serta kaifiatnya.

2. Melaksanakan adab atau etika berpuasa seperti:

~Banyakkan bersedekah kepada fakir miskin, beramal kebajikan kepada sesama anggota masyarakat sepanjang Ramadan kerana pahalanya besar.

~Banyakkan membaca al-Quran secara berseorangan dan berkelompok atau bertadarus.

~Menunaikan solat Tarawih, Witir dan amalan qiamullail yang lain.

~Membasahkan lidah dengan zikir dan wirid sepanjang waktu sama ada siang atau malam Ramadan.

~Memohon keampunan atas semua kesalahan sama ada berkaitan dengan hak manusia dan hak Allah sebanyak mungkin.

~Berusaha meningkatkan kefahaman ilmu agama dan mutu penghayatan ibadat.

~Memelihara diri termasuk hati dan nafsu daripada melakukan apa-apa perkara larangan Allah dan Rasulnya, di antaranya seperti:

– Memelihara hati dari perasaan hasad dengki, riak, takbur serta tamak dan haluba.

– Memelihara nafsu/syahwat daripada melakukan perkara sumbang yang mungkin membawa kepada perzinaan, akibatnya akan merosakkan puasa.

– Memelihara telinga dari tabiat suka mendengar rahsia orang dan perkara buruk.

– Memelihara lidah daripada bercakap bohong, menutur cacian dan kata nista, perkara keji, umpat-mengumpat, fitnah-memfitnah serta mengadu domba dan sebagainya.

– Memelihara tangan daripada mengambil harta benda secara batil, umpama mencuri, merompak, membunuh atau menyentuh atau melakukan sesuatu yang dilarang.

– Memelihara kaki daripada melangkah ke tempat maksiat, umpama ke sarang pelacuran, perjudian dan lain-lain yang mungkin membawa kepada melakukannya.

– Memelihara kedudukan diri daripada memakan rasuah, menyalah guna kuasa, menindas, memilih kasih, menyeleweng dari kebenaran dan juga apa-apa bentuk kezaliman terhadap orang lain.

– Mengawal mata daripada mengintip atau melihat perkara haram dan pelbagai larangan lain.

– Berusaha memperolehi rezeki yang halal dengan berkerja di dalam pelbagai sektor pekerjaan yang sah dan dibenarkan syarak.

Dengan kesempurnaan perkara itu, kita mengharapkan akan mendapat tawaran Allah, iaitu rahmah, maghfirah dan itq min al-nar.

2 Responses to Tiga Bentuk Ganjaran Kesempurnaan Puasa

  1. cempaka berkata:

    akak suker tip diatas tp sesetengah manusia tu aper peduli, bg dia bln baik ker tak baik ker sama jer…. kelakuan tak berubah, nak dekat beramal jauh sekali… aku doakan agar orang2 ini diampunakan dosanya dan dibuka pintu taubat mereka,amin..

  2. parit selikur berkata:

    Betul tu cempaka.. sama2 kita mendoakan sahabat2 dan para muslimin dan muslimat

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 350 other followers

%d bloggers like this: