Petua Suami Isteri

1. Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.

2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.

3. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda.

4.. Jangan demand sex sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja. I thought wives are only supposed to provide that service, bukannya jaga anak, masak, mencuci dan sebagainya!

5.. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak juga. Ada suami, isteri s eda ng makan disuruh cebok kencing dan berak anak s eda ngkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.

6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya.. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga s eda ngkan suami lepas tangan.

7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk utk isteri. Jangan bedal semua sampai turn isteri yang tinggal cuma ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh. Frust, tau tak!

8. Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritau isteri dulu, kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak s eda ngkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi maggi saja (bukan soal malas masak tapi nak tolong jimatkan
perbelanjaan keluarga)

9. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.

10. Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut?

11. Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda Cuma main wayang, bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.

12. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga.

13. Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, jangan bebankan isteri dengan masaalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami “degil” tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia rela nak tolong.

14. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang simpan balik ditempat asal, dah berak flush. Susah sangat ke nak buat macam tu? Semua nak kena ajar ke?

15. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.

16. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.

17. Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate, jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat?

18. Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik nak menengking aja. Kalau awak sakit nak mati nanti, siapa yang kena jaga awak? Bai jual roti? Apek jual sayur? Jiran sebelah rumah awak?

19. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya. Jangan sampai isteri nak mampus pun tak perasan.

20. Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbangrasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti.

21. Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga. Kalau suami masuk neraka belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga.Ini bukan rekaan saya tapi saya
dengar dari seorang ustaz.

22. Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali

23. Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuk. Hati orang pompuan ni sensitif. Kalau kami rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris. . Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang
perempuan ni enteng sahaja.
Oleh Dr Fadhilah Kamsah

19 Respons bagi “Petua Suami Isteri”

  1. farahani Berkata:

    suke petua no.4, 8, 14, urmm..sume lah..

  2. pucuk paku Berkata:

    Farahani..

    Kias untuk your hubby ker?

  3. kayeye Berkata:

    same2 la kene jaga…

    yg penting each other hav respect…

  4. farahani Berkata:

    pucuk paku..

    bukan hubby jer..tp sume huby2 di luar sna..
    hehehe

  5. manja Berkata:

    Semua petua kat atas tu bagus2 belake…..
    Suke smuanya…..

  6. perpepsi Berkata:

    thank’s doktor FK.

  7. denaihati Berkata:

    kalau dapat amalkan semua ..aman dunia ni. kalau di umah pun tak aman mana lah dunia boleh aman ..kan

  8. Kalam Berkata:

    Nama pun Petua Suami Isteri. Jangan baca seorang diri. Print bincang dengan pasangan. Kalau isteri je yang tahu suami tak tahu , tak jadi apa-apa juga. Itu yang jadi isteri mengutuk suami sendiri begitu juga sebaliknya. Jangan selalu cari salah pasangan kita. Sebab kita sendiri pun bukanlah insan yang sempurna.
    “Suami adalah cermin isteri dan begitu juga sebaliknya.”

  9. kirana Berkata:

    Memang patut kaum lelaki baca article ni!

  10. hakimynor Berkata:

    suami isteri jangan gado-gado.rugiiiii tau.

  11. parit selikur Berkata:

    Experience saya, jadi lelaki banyak memujuk… ye ke tak? hohoho!!!

  12. parit selikur Berkata:

    ..juga kena banyak bersabar dan byk memaafkan…

  13. hakimynor Berkata:

    sememangnya lelaki yg selalu blh sabar..tp biasala….sabar-sabar pun ada batasnya ka….kan…..betul tak???

  14. kebayan Berkata:

    selalunya bila berlaku pertenkaran rumahtangga … mesti ada ungkit mengunkit .. yang banyak bercakap mestinya siisteri .. untuk meluahkan perasaan .. tapi yang diluahkan itu tidak mendapat jawapan .. malah jawapan yang dijawap adalah dirinya sendiri . Pastikan bila bertengkar , sama sama meluahkan perasaan .. beri peluang sisuami meluahkan isi hatinya .. pandang mukanya agar senang memahami .. sesi pertenkaran ni sebenarnya elok .. ialah untuk meluahkan segala yang terbuku dihati dan dapat perbetulkan apa yang dirasakan salah .Tapi .. biar sama sama bercakap ..

  15. hakimynor Berkata:

    memang betul pun en kebayan.seharusnya kedua-duanya meluahkan perasaan masing-masing…….x gitu kan….barulah bahagia….baru mudah untuk setel masalah….betul x????

  16. Recent Links Tagged With "permainan" - JabberTags Berkata:

    [...] 23-12-2008 Permainan Kutu & Cabutan Gilirannya Saved by StrawberryMilkxx on Sat 20-12-2008 Petua Suami Isteri Saved by sheintegrates on Sun 14-12-2008 Counter Strike Saved by Flaco1408 on Fri 12-12-2008 [...]

  17. Petua Suami Isteri Berkata:

    Petua yang baik buat pasangan yg bakal ataupun dah berkahwin. Fahamilah pasangan masing2 sebaik mungkin. Tak rugi beb. :)

  18. xman Berkata:

    sebelum kawin nampak elok cnatik perilaku, lepas kawin baru tahu …

  19. siti Berkata:

    bagus sangat petua tu…tapi untuk suami yang prihatin pada isteri mudah terima bagi yang ego tu liat isteri juga kena banyak sabar dan didik suami juga…

Tinggalkan jawapan