NAMA Hepatitis B memang popular, tetapi apakah makna sebenar penyakit ini? Hepatitis adalah penyakit radang hati yang disebabkan jangkitan virus melalui darah. Sama ada Hepatitis A, B atau C,semuanya dibezakan virus penyebabnya yang mengakibatkan kesan berbeza.
Hepatitis B dan C lebih biasa ditemui dalam masyarakat kita. Sekali virus Hepatitis B masuk ke dalam badan, ia boleh merebak cepat dan mencemarkan darah, cecair vagina, air liur, cecair sendi, susu ibu, air kencing, hempedu dan air mata.
Virus Hepatitis B bertindak ke atas sel hati dan pembawanya berisiko antara 200 hingga 300 kali mendapat kanser hati berbanding orang sihat. Kehadiran virus ini boleh dikesan melalui ujian darah.
Dianggarkan antara 468,000 hingga 780,000 rakyat di negara ini menjadi pembawa virus berbahaya ini.
Kajian menunjukkan 0.001 mililiter darah yang mengandungi virus ini boleh menyebabkan jangkitan. Virus ini boleh masuk ke badan melalui:
1. Pendermaan dan pemindahan darah atau hasil darah (seperti plasma dan platlet).
2. Luka, termasuk tindik telinga, tatu, akupuntur dan suntikan,berkongsi berus gigi dan berus kaki.
3. Menggunakan jarum suntikan tercemar di kalangan penagih dadah.
4. Pengamal perubatan menggunakan jarum atau peralatan rawatan pergigian yang tidak disteril dengan baik.
5. Hubungan seks dengan pasangan pembawa virus.
6. Pemindahan daripada ibu kepada anak dalam kandungan ketika bersalin.
7. Kerap bersentuh dengan pembawa virus.



















Ogos 14, 2008 at 12:24 pm |
patotkah kita tingalkn kalau bakal suami kita ade hepatetis b??tolong puteri
Ogos 14, 2008 at 1:31 pm |
Hepatitis B penyakit berjangkit … rasanya puteri tahu kan aper risikonya .Agak sukar untuk menjawapnya .. tapi tak salah kalau puteri tidak mahu ambil risikonya .. dia pon mesti faham akan keadaan dirinya . Puteri masih boleh jadi kawan baiknya …
Ogos 15, 2008 at 3:06 pm |
skrg p3 tertkn..p3 dah pon ptuskn tunang..tp..p3 kesal,dan p3 ingin meneruskn pertungan itu semula.maslahnye kuarganya x dpt terima yg p3 tglkn dia,skrg p3 ingin menebus kmbali dosa2 p3,mcm ne…nie kbyn..hurm..p3 kesal sgt..
Ogos 15, 2008 at 3:31 pm |
puterififi .. rasanyer semasa puteri ambil keputusan tu puteri mesti dah pikir masak masak … ini melibatkan masa depan puteri .. aper yang puteri nak kesalkan .. memanglah keluarga nya takboleh terima .. tapi saya raser kalau keluarga nyer memahami dan berfikiran terbuka lambat laun mereka akan menerimanya .. janganlah puteri rasa bersalah .. puteri berada dipihak yang betul .. mulakan semangat baru .. jangan dipikirkan waktu waktu yang sudah berlalu ..puteri maseh muda lagi .. jalan dihadapan maseh terbentang luas ..
Ogos 15, 2008 at 8:41 pm |
assalamualaikum..
sebenarnya kita dpt mengelakkan dr dijangkiti hepatitis B dengan mengambil vaccine.maksudnya x kisah kalu nak kawin ngn org yg ada hepatitis B, tp seblum tu kena amik vaaksin la.
all medical personnel in hospital pun exposed dgn hepatits B patients, but they already vaccinated,so that is not much problem to them.
nasihat sy,bab kesihatan ni.rujuk pd yg Doktor.
~ future doctor
Ogos 16, 2008 at 11:30 am |
yerla..p3 g hospital govt dia takotkn p3.kata x leh ada anak..pastu x leh sexs.. masa tu p3 share dgn kawn p3 lelaki,ade gak dr pompuan kata p3 leh kawin kena ade vaksin..tp..p3 x sempt wat kptsn tu..dia dah nampk p3 kuar dgn kwn p3 tu..skrg nie p3 tgh memujuk kuaranya utk terima p3 smula,tp dia kata p3 baru mcm nie dah x leh terima maaslh ..apalgi kawin nati,p3 tetkn..dia kata skrg dah tlmbt..hurmmm p3 tertkn sgt..padhal p3 cuma salah sikit je..bila dia dtg ptskn p3 tol2 tetkn..cuma p3 terlmbt utk pujuk dia…aperla yg ptot p3 buat skrg
Ogos 16, 2008 at 1:12 pm |
ini bukan kes pasal sakit ni .. ini kes bekas tunang puteri dah nampak puteri dengan orang lain ..puteri .. puteri .. berfikiran dewasalah .. kalau dia dah tak sudi buat aper nak tunggu lagi.Lagi pon ader betul cakap dia … dia berpenyakit .. sanggup ke .. puteri bersusah senang dengannya .Terimalah kenyataan yang puteri tiada jodoh dengannya.
Ogos 16, 2008 at 5:56 pm |
Kepada yg menulis artikel ini sila pasti segala fakta- fakta yg anda perolehi tntang penyakit TB adalah sahih dan tepat….daripada mana anda memperolehi fakta yg mengatakan TB disebabkan oleh VIRUS??? Saya selaku inspector kesihatan yang selalu menjalankan siasatan kes-kes TB rasa perlu untuk memberi teguran…TB disebabkan oleh sejenis BAKTERIA which is mainly caused by Mycobacterium tuberculosis….daripada namanya juga kita dh tau TB disebabkan oleh bacteria dan bukannya virus seperti yg anda nyatakan….walaupun TB adalah penyakit bawaan udara yg berjangkit tetapi kita tidak perlulah terlau risau kerana melalui rawatan yg lengkap dan sempurna sesorang yg menghidapi TB boleh sembuh…..untuk keterangan lanjut mengenai penyakit TB anda bleh rujuk buku Communicabe Disease Control Manual by David L. Heymann, MD….
Ogos 16, 2008 at 8:57 pm |
ini artikal HEPATITIS B bukan TB .. take note ..
Ogos 18, 2008 at 8:27 am |
P3 sampai skrg x dpt terima kenyataan,sbb kuarganya terus2 mghlg kami,tp..jgn la semua diletkn bahu p3 seorg..p3 sdr p3 dah lakukn kesilpn..tp kslahn dia x dpt p3 lupkn..dah puas p3 berusaha utk cuba sedaya upaya utk berikn keyakinan kmbali,p3 dah sgop amik risiko utk amik pykit trsbut,p3 nk amik vaksin booster ( utk hep b )..tp..kenapala perubahn p3 lakukn mereka kata p3 berlakon..hurm..p3 dah x ade smgt lagi utk teruskn hidup nie diatas smua kslhn p3 ini..kenapa dia terus pergi..hanya kesalahn p3 yg sedikit..ya allah ampunila dosa2 ku ini..bukakn hati kuarganye..dan terima p3 kembali..kenapa kejam nye..dia..
Ogos 22, 2008 at 2:39 pm |
kalau pasangan kita adalah berdarah B adakah dia merupakan pembawa virus Hep B? dan apakah langkah yang perlu saya ambil?
Ogos 25, 2008 at 1:22 am |
saya berusia 24 thn. blm berumah tangga. saya merupakan penghidap virus hep B… ianya diwarisi oleh ibu saya. ini bermakna saya telah dijangkiti virus ini selama 24 thn. saya br tahu 2mggu yg lalu. adakah mungkin saya boleh mendapat kanser hati? berapa lamakah virus ini akan menunjukkan kesan2 yg teruk. apa kesannya??