Seksa ketagih syabu

Oleh Nasron Sira Rahim

PENGAMBILAN dadah rekaan, Amphetamine Type Stimulant (ATS) atau Syabu seumpama menempah tiket ke neraka – tidak saja neraka akhirat tetapi juga neraka dunia berikutan penagihnya akan mengalami pelbagai kesengsaraan kesihatan dan mental.

Syabu mula diberikan perhatian sejak kenyataan Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan bahawa pengambilan dadah jenis ini di kalangan generasi muda dikenal pasti punca utama peningkatan kes jenayah termasuk bunuh, rompak dan rogol,

Musa berkata, pengambilan dadah ATS menyebabkan mereka tidak mempunyai rasa takut dan belas kasihan terhadap mangsa ketika melakukan jenayah termasuk membunuh, seperti mana yang berlaku akhir-akhir ini.

Malah akibat tidak sanggup menghadapi tekanan kesengsaraan itu, ada penagih akhirnya memilih untuk membunuh diri mungkin dengan anggapan membunuh diri lebih baik daripada mengalami kesengsaraan syabu.

Pakar Perubatan Penagihan dari Pusat Pakar Rawatan Dr Mahmud; Dr Mahmud Mazlan, berkata kali pertama mencuba syabu atau turut dikenali sebagai ,ice, dan ,pil kuda, seseorang akan berasa bertenaga, bersemangat dan penuh emosi secara sementara berikutan dadah itu adalah berjenis perangsang.

Malah akibat tidak sanggup menghadapi tekanan kesengsaraan itu, ada penagih akhirnya memilih untuk membunuh diri mungkin dengan anggapan membunuh diri lebih baik daripada mengalami kesengsaraan syabu.

Beliau bagaimanapun berkata, sebaik berasa kesan euphoria iaitu keseronokan akibat syabu, individu itu akan mengambil dadah itu secara berterusan bagi terus merasai kesannya sehingga menyebabkan ketagihan.

Kesan seronok akibat dadah ini lenyap sebelum kandungan dadah berkurangan dalam darah dan penggunanya akan cuba meneruskan kesan khayal dengan penggunaan dadah itu secara berulang kali.

Pengguna mengambil dos lebih dan berulang untuk meneruskan kesan khayal yang dialaminya. Pengguna tidak makan atau tidur tetapi pada masa sama terus menyuntik dadah ini sehingga satu gram setiap dua dan tiga jam dalam jangka masa beberapa hari sehingga bekalannya habis atau sehingga mereka tidak berupaya meneruskannya.

Syabu tidak perlu diambil setiap hari berbanding pengambilan heroin. Cukup sekadar dua kali dalam seminggu dan ia boleh membuatkan pengguna ketagih dan memudaratkan,? katanya yang juga bekas Pakar Psikiatrik Pemulihan Muar, Johor.

Katanya, kesan khayal dan keseronokan dipercayai akibat rangsangan terhadap dopamine iaitu penghantar neuron ke otak yang bersifat perangsang. Syabu perlu diambil berterusan bagi terus merangsang dopamine.

Jika penagih berhenti mengambil syabu, kadar dopamine dalam otak berkurangan sehingga mencetuskan pelbagai masalah kesihatan dan mental. Bagi mengembalikan dopamine kepada kadar normal seperti manusia biasa, ia memerlukan rawatan dan meninggalkan syabu selama setahun.

Bagaimanapun, sepanjang tempoh itu, penagih akan menghadapi keseksaan termasuk gian, mengalami masalah kesihatan dan mental seperti delusi, halusinasi atau sakit mental, katanya.

Tiada jalan keluar yang selesa sekiranya seseorang sudah terjebak dengan syabu kerana sebaik menagih dadah itu, sama ada untuk berhenti atau meneruskan penagihan, mereka perlu menempuh jalan keseksaan.

Jika tidak menghentikan penagihan, penagih menghadapi pelbagai komplikasi kesihatan seperti strok, saluran darah pecah, tekanan darah tinggi, lumpuh, masalah jantung, dan masalah otak yang akhirnya boleh menyebabkan kematian. Syabu juga boleh menghilangkan nafsu seks seseorang.

Kesan pengambilan syabu menyebabkan sakit emosi dan otak menjadi lembap, sakit jiwa dan mengalami kemurungan melampau sehingga mampu membunuh diri.

Antara kesan halusinasi adalah seperti mendengar suara asing atau merasa orang mengutuk dirinya manakala delusi adalah berprasangka, merasakan ada orang ingin menganiayainya selain mempercayai isterinya curang,? katanya.

Fakta: Kesan syabu pada kesihatan

Mental dan emosi: Gila akibat halusinasi dan delusi sehingga mampu membunuh diri, gelisah, cepat marah, gementar, kebingungan, fikiran terganggu dan boleh bersifat ganas. Pada dos yang tinggi menaikkan suhu badan kepada tahap membahayakan, mengakibatkan sawan dan akhirnya maut.

Kepala: Mulut kering, berpeluh berlebihan, anak mata menjadi besar, menggeletar dan sakit kepala, dopamine pada otak kurang aktif, urat saraf pada otak putus hingga menyebabkan strok atau lumpuh.

Fizikal: Pengguna tidak tidur selama tiga sehingga 15 hari, hilang selera makan dan berat badan menurun, berpeluh, pucat, pengabaian kesihatan diri, badan berbau, gigi kekuningan, berparut dan luka di badan. Kudis jelas kelihatan akibat pengguna syabu menggaru kulit untuk menghapus bayangan serangga yang disangka berada pada kulitnya. Kurang daya tahan melawan penyakit akibat pengabaian kesihatan. Lumpuh.

Saraf: Kerosakan pada sistem saraf dan otak boleh menyebabkan gejala seperti penyakit Parkinson (dengan gangguan pergerakan anggota badan) dan penyakit Alzheimer (dengan fungsi otak menjadi lemah dan nyanyuk).

Jantung dan salur darah: Kerosakan pada jantung akibat degupan kencang, tidak menentu dan tekanan darah meningkat hingga mengakibatkan sakit jantung dan maut. Saluran darah pecah akibat bahan kimia syabu menghakis dinding salur darah.


Perut dan sistem penghadaman:
Mengalami gangguan saluran makanan dan kebuluran berlanjutan sebab tidak makan ketika pengambilan syabu; bahan toksik dalam dadah yang dicampur dengan bahan lain menyebabkan gangguan kepada perut dan sistem penghadaman.

Sistem peranakan (wanita): Pengambilan syabu ketika mengandung akan menjejaskan pembentukan bayi, kelahiran sebelum cukup tempoh atau keguguran; bayi dilahirkan adalah kecil, terlalu aktif, mudah gelisah dan dikhuatiri mengalami masalah mental dan tumbesaran.

Sistem seksual: Sistem seksual terganggu.

26 Respons bagi “Seksa ketagih syabu”

  1. drakula tak do gigi Berkata:

    TETAPI penyanyii barat mengambil dadah menghasilkan nada yg baik mengaut keuntung hidup mewah umor panjang..at lest 50’s.

    ‘mary told johnny not to write such trash-smoke on the water’ – I love the man

  2. pontianak harum sundal malam Berkata:

    oh yeah I love the song too man…org barat ambil dadah jadi jutawan …disini mengangui masyarakat

  3. shuk Berkata:

    Minta dijauhkanlah dari ketagihan syabu

    Hancur hidup nanti

    shuk
    http://klik4sihat.wordpress.com

  4. watie Berkata:

    tolong saya..adik saya seperti mengalami gejala seperti di atas….apa patut saya buat?..saya buntu…dahbermacam2 rawatan saya cuba…harap rakan2 boleh bantu saya

  5. krismas Berkata:

    salam, watie,
    saya ada satu produk untuk berhenti merokok, arak dan dadah, untuk keterangan sila hubungi saya 016-6831224,

  6. Syam(bukan nama sebenar) Berkata:

    Saya mula menjinakkan diri dalam gejala ini pada awal umur 17tahun,saya masih ingat lagi pertama kali saya menggunakan dadah ini ketika menjalani SPM 2002 untuk kertas sejarah. Memang tidak disangka keputusan sejarah saya(SPM) naik begitu mendadak(agak baik). Dalam masa itu saya tidak terlampau aktif pada gejala ini. Setelah mengenal lebih baik gejala ini saya agak tertumpu pada ia.Tanpanya siapalah saya.Akhirnya saya berehat untuk jangka masa setahun lima bulan.Dan sekarang saya menjinakkan diri kembali ke kancah yang di penuhi pelabagi rintangan ini. Saya tidak menyalahkan sesiapa untuk memanggil ini sebagai GIAN, tapi biar saya terangkan situasi sebenar gejala ini.Pengambilannya tidaklah perlu terlalu banyak kerana ia akan mengakibatkan ilusi yang melampau.Untuk meninggalkan benda ini bagi saya yang mempunyai pengalaman, buang semua kawan anada yang berpengaruh untuk anada melibatkan kembali anda terjebak ke gejala ini,lupakan masa suka ria anda…. Pangkal hati sendiri. Dadah jenis ini mudah di buang jika dikutkan caranya.

  7. AWEK SABAH Berkata:

    Saya nak tanya? ada orang yang berkata,setiap orang yang pernah menggunakan syabu tidak akan dapat lari dari menjadi gila..adakah ini betul? ataupun ia memerlukan kekerapan dan amaun yang berlebihan untuk menjadi gila akibat syabu?

  8. boyferolz... Berkata:

    pongkok pangkal pada hati sendiri..kalau aku cakap lebih2 plak nanti org cakap aku ni poyo..!! tp aku bersyukur kepada allah kerana aku tidak terkena hiv waktu ujian darah tahun lepas…. kpd sahabat2,,aku paham jauh d lubuk hati korang memang ingin ingin berubah…!!insyallah… satu hari korang akan berjaya…

  9. don_china white Berkata:

    salam///….saya nak tanya kpd sesiapa yg tahu bagaiamana rawatan tuk ketagihan syabu sila hubung saya di tujuh_lapis_tujuh@yahoo.com kerana saya tgh menderita akibat ketagihan n dah pun mental..

  10. Unkn0wn Berkata:

    Ku telah ktagihan dadah jenis syabu.boleh anda smua men0l0ng ku mbuang ktagihan syabu?sila bagi tip tip yang bekesan

  11. cik ckp byk Berkata:

    aku heran la asal law pnyi n plakon amek ddh msyrkat x pndg terok pn..law org besa jek..truz pndg kotor.takleh la gini..sume sme je..kne beri pluag pda mnusia yg ingin berubah…tp law berubah skjp je bek takpyh..law stkat ckp je nk brhti tp x wat..korg hye sie2 kan wak2 dan idop korg je…HAPUSKAN DADAH..korg tahu skli korg try dadah..ini akn bwk korg ke lembh kerosakan diri..korg bleh la mla2 ckp nk try..lme2 jdi dh bese law takde bnde 2 jdi takleh idop…kluarge korg musnah akbat korg yg amek ddh…korg x kcian ke kat parents korg?pemilihan kawan jga kna korg amek brat..korg kwn a dgn org yg korg rase x pgunekan korg….yg jnis nk enjoy je..lbih baek korg jauhkan dri korg..sbb mnusia nih dyer x kan biarkan org laen bbas,,dyer nk cam dyer la..kunk merane hidop korg..nasihat dari akuw…JAUHI DADAH..DADAH MUSUH NEGARE..KELUARGA,,MASYARAKAT DAN DIRI………….END……..

  12. ... Berkata:

    insaflah diri

  13. Penagih dadah Insaf Berkata:

    Saya sekarang otak dah semakin lambat nak kejar. Dulu saya suka membaca, dan dalam kelas saya selalu jadik yg terbaik. Tp sekarang, nak baca apa yg pengajar tulis di depan pun saya rasa semakin susah. Mungkin ini kesan dari pengambilan syabu melalui cara “sampan”. Terus sedut tanpa ada penapis. Saya sekarang dah buntu. Nak belajar sudah susah untuk faham.

  14. mmad Berkata:

    salam…. adik saya seorang penagih syabu. skg saya tgh servey apa kaedah yg sesuai nak tolong dia. dah buntu. sesiapa blh tolong!!!.. saya kesian kt mak ….. TQ

  15. terperangkap Berkata:

    sy slh seorg drpnya..nak nsihatkan jgn ambil batu @ ice..boleh jd miskin..nak stop benda ni.sy rasa jgn lepak dgn kwan2 yg mengambil benda ni..sy pon dulu dah stop..agak lama juga.tp..skrg terperangkap balek…tp x havvy la..benda ni boleh myebabkan sasau klau ambl belebihan..sy pnah mengalaminya..perasaan xterkawal spti sedih.kesian..terangsang.tp xpnah lg la belaku hbumgan sex bebas.perasaan marah dtg bila benda ni dah low dlm badan.bila dah bgun dr tido hlang la suma ni.ia x boleh tdo shari je..wlaupon suma sy alami x pernah lg la sy mencuri rogol dan mmbunuh..sy akn rasa lg rajin utk bkja.x pnah lg sy ponteng keja x ambil benda ni..tp kwn2 jgn sesekali try.1x kena boleh meyebabkan rindu kpdnya..rindunya kalah lg rindu pd awek..hehe..elakan dr dari dadah ini..nama yg dberi.(batu,ice,syabu,kristal)

  16. stress Berkata:

    sy sdg mengandung 6 bln..suami sy seorg penagih pil kuda.. masalahnya kawan2 nya dtg ke umah dan amik mende tu tanpa segan silu. sy sgt tertekan, bila ay suarakan pasti akan ada perang besar.. sy jugak ader 2 org anak kecil berumur 2-4 thn. sebelum ni suami saye x amik pil tu.. sejak die bkwn dgn org2 yg amik pil nih, barula saye nampak perubahan dlm diri die dan kesannya sy yg sengsara..

  17. rosnani Berkata:

    adakah pengambilan syabu boleh mnyebabkn hiv? Benarkah bahan mnghasil kn syabu ada bahan hiv dan bagaimana cara nak cuci darah supaya clean bila amik hiv test nnt? Plizz…

  18. terperangkap Berkata:

    saya rasa syabu jauh sekali menyebabkan hiv..cara mengambilnya tidak mengunakan jarum @ di suntik..jika mengambil syabu untk seks bebas mngkin boleh myembab kan hiv..

  19. Myshalim Berkata:

    zaman aku kat U dulu benda ni kurang. Tapi ada sorang member aku akan amik panadol dan minum dgn coke.. then dia akan stim sorang sorang.. pastu tido 24jam kekadang lebih…

  20. Jangan Terpedaya Berkata:

    jangan ikut kan sangat kawan untuk menghisap ni. mmg la lpas kena ni rasa bertenaga syok. tapi kalu dah jadi taik itu yang sakit, jauhi la benda2 ni.

  21. ...???? Berkata:

    pokok pangkal hati sndri…kalo nakubah bleh jew…kuatkan iman…tgglkan jew kwn2 yg seangkatan…
    luang kan mse dgn wat bnda2 yg b’faedah…insyaaallah leh b’ubah…

  22. SHIMA Berkata:

    JGN DEKATI DADAH SEMUA KWN2…

  23. syabu memang hebat Berkata:

    laki aku seminit maki hamon….lepas tu….lepok ciom aku cakap sayang aku…..hampeh
    otak biol sewel..

  24. adk Berkata:

    ice.ish benci giler beb.tkt kalo tjebak.tp aku pena dgr kwn ct tentang ice ni.tol hdp die menderite beb.boy die kuat hisap.memang tol kuat pekuh.bdn berbau.yang paling penting ganas….tak le salah sikit….konon tekanan lah die tak tau.die lg wat kwn aku tekanan…..muke pun pelik je…..tp kwn aku tetap mcm tu.boy die watp pun die tak kisah….kalo melawan lg kena.hdp berendam air mate je.dieorg da lawe kwn da tng pun.tggu nak kawin je.hrp kwn aku dpt jump kebahagian yg dicari

  25. meru-meru Berkata:

    berapa lamakah kesan penggunaan syabu yang membawa kepada menjadi gila, kena strok hingga ke kematian jika tanpa rawatan.

  26. abekecik Berkata:

    aku dulu pemegang 25g tetapi gara2 ingin bernikah aku pon menjual secara borong , akibat perlukan duit ramai castel2 aku berhutang dan aku mula gelisah dan marah2 kerana mereka yg berhutang ini tidak mempunyai perasaan , cara utk mengatasi masalah ini mudah sahaja . berikan mereka ini ganja(tunbuhan) dan mereka akan tido , selepas bangkit dari tido mereka akan sedar kesilapan mereka . mereka yg mengambil syabu ini petah berbicara ,umpama lembut gigi dari lidah . aku kini tinggal bersendirian kerana mempunyai sakit darah tinggi , nyanyuk , panas baran dan banyak berfikir . Syabu Adalah Sejenis Dadah Dari Jepun , Umpama Komunis Ingin Menghapuskan Musuhnya Menggunakan Cara Lebih Moden , Anda Fikir2kan Lah . Renungkan Masa Depan Anda . Jangan Melebihi Dos Dan Jangan Tamak . Cara2nya Berkongsi Dengan Rakan2 Anda . Minta Pendapat Otai2

Tinggalkan jawapan