Cinta kekasih lama masih menebal

Bersama Dr Rubiah K Hamzah

SAYA berusia 40 tahun dan mempunyai anak yang semakin dewasa.

Suami saya baik dan penyayang tetapi bukan cinta pertama. Sejak kepulangan bekas kekasih ke daerah kami, saya selalu menangis. Kami berpisah 20 tahun lalu kerana cemburu.

Selepas menghadiahkan dua helai selendang, dia terus menyepi walaupun sudah berjanji sehidup semati.

Saya menunggunya lama tetapi dia tidak muncul akhirnya sekeping kad tiba meminta saya lupakan dia. Apabila suami meminang, saya berkahwin tetapi sebelum itu memberitahunya mengenai bekas kekasih dan katanya, insya-Allah selepas kahwin saya akan lupakan kekasih lama.

Dua minggu lalu saya terserempak dengan bekas kekasih di pekan tetapi dia menutup muka dengan surat khabar. Saya sedih sangat dan masih rindukannya. Saya buntu.

Ingin bahagia.

Jawapan

BAHAGIA itu tidak berbentuk tidak berupa, bahagia itu bukan di hati orang, tapi di hati kita. Lebih kuat anda kejar lebih jauh ia pergi. Ada orang bahagia bila berada di tepi pantai yang indah, anginnya sepoi-sepoi bahasa dan pasir memutih terbentang luas. Bila ditanya di mana rasa bahagia, adakah pasir memutihnya, jika ya, genggamlah pasir, bahagia atau tidak, pasti jawapannya tidak. Adakah air lautnya, sentuhlah air, saya pasti jawapan air juga tidak.

Sebenarnya puan terperangkap dengan cinta masa dulu, kerana puan menyimpannya sebagai kenangan manis. Puan sedang bermimpi disiang hari.

Sedar dan yakinlah bahawa dia bukan jodoh yang dipilih Allah, sebab itu puan tidak dinikahkan dengannya.

Jodoh pilihan Allah adalah suami sekarang, lelaki yang baik dan bertanggungjawab dan ada anak sedang membesar.

Adakah puan mahu melawan ketentuan Allah, dan hidup dengan orang yang tidak lagi mencintai anda. Adakah puan sanggup meninggalkan anak-anak hanya kerana perasaan tidak pasti dan menyalahi status isteri dan ibu.

Cermin diri, masa bercinta umur berapa dan sekarang sudah berapa. Jangan menolak ketentuan Allah, nanti buruk padahnya.

Percayalah, dapat berkahwin dengan lelaki yang mencintai kita jauh lebih baik daripada berkahwin dengan lelaki kita cintai.

Suami yang mencintai kita akan berkorban apa saja kerana dia sayangkan kita tapi berkahwin dengan orang yang kita cintai, kita perlu berkorban habis-habisan untuknya, dan dia belum tentu sanggup berkorban untuk kita.

Saya nasihatkan jangan menyuruh hujan naik ke langit semula. Lihatlah wajah anak-anak, sanggupkah puan meninggalkan mereka. Fikirkanlah suami yang sudi mengambil kita hingga menjadi ibu. Lupakan kisah silam.

Insaflah, tanya apa yang puan mahu sebenarnya, cinta yang puan kejar adalah lambaian iblis yang menggenggam hati anda untuk derhaka kepada suami dan terjebak dalam noda dan dosa.

Terimalah jodoh yang ditentukan Allah kerana suami akan menentukan anda jumpa bahagia atau tidak, sama ada di dunia dan di akhirat. Hati anda kosong dari perasaan rindu kepada Allah, bersyukur dengan Allah dan berasa Allah lebih dekat dengan anda dari urat leher anda. Belajarlah membaca al-Quran dan banyakkan solat.

Belajar mengenali sayang Allah pada kita dan belajarlah mensyukuri apa yang ada. Perasaan di hati adalah racun iblis yang sudah menyerap ke seluruh tubuh.

Bersihkan diri dengan zikir dan membaca ayat Allah dan tafsirannya. Ajal tidak mengenal umur, tempat dan keadaan. Bayangkan ajal mendatangi puan dalam keadaan suami tidak mengampunkan anda dan anak tidak mendoakan puan, ke mana nak minta tolong.

Sesungguhnya seluruh langit dan bumi dan seluruh isinya adalah dalam pengetahuan dan kawalan Allah, jangan cuba menentang-Nya.

Allah tahu apa yang kamu ucapkan dan apa yang kamu sembunyikan. Kematian itu pasti, adakah kita sudah bersedia? Semoga terus membaca diri dan mencintai diri yang banyak berdosa… jangan tambah lagi. Insaf sebelum terlambat.

Wassalam.

15 Responses to Cinta kekasih lama masih menebal

  1. farahani berkata:

    Astaghfirullahalazim…berdosanye kat suami..barang yg lame ape nak dikenang..melainkan ibubapa or saudara yg telah pergi…Nauzubillah mintak dijauhkan..

  2. kebayan berkata:

    kalau aku pulak.. mintak simpang janganlah jumpa dengan pak we lama .Maklumlah dah lama tak jumpa ,fizikal semua dah lari .Masa bercouple dengan dia .. badan kecil molek aje .. tapi aku rasa .. perut dia pon mesti dah naik ..Kalau sesekali bertembung dengan bekas peyanyi tu .. aku mesti teringatkan dia .Just teringat saje .. yang dah lepas tu ,biarlah berlalu …

  3. bbbbbb berkata:

    itu perempuan dan mempunyai satu akal banyak nafsu..itu lah amat ku kesali bila tok hawa mendesak dgn nafsu nya….menyebabkan manusia tercampak ke duniawi..berbagai cabaran.

    semasa aku kerja kat swilynn..mah pengurus pasaran.. anak tiga..kata kat aku dia maseh teringat payet orng indon dia jumpa kat hotel tasek toba semasa lawatan ke sana…susah dia nak lupa perjumpaan pertama itu…membuat kenangan abadi,dia telah berjanji untok dtg bertemu dgn payet kemudian hari …kata nya kat aku…tetapi akibat berkawan cinta nya diragut dan berkawin dgn romli..impian nya tidak menjadi kenyataan….dia tidak dapat menuanaikan janji unto ke sana…..ingauan nya maseh ada dalam diri nya..seolah2 dia , telah menghampa kan sesaorang,,,kata romli…kadg kala kata romli bila aku ****belayor malam**** macam tak ada tiupan kencang ,macam laut tak bermaya…atau bergelora…seolah belayor dlam lautan mati….ajo,,,,aku kata kata ramli..kau jangan pedilikan ada balasan tiupan angin ke ,kou layor je laju 2 ,kou puas kan berperahu,hingga sampai kepuasan mu hinggo tak berdayo… tak bermaya perahu demo…le apo…,,,,dia ado reaction ke tak do ko…dia pounya hal sal mu dapet menikmati……..dah kawen dengan kito dio buet inat2 kat lain…lak…tak cukup mu masuk tagen selop dale dale,,

  4. malam bolrh jalan berkata:

    dah selup dalam itu suroh,romli cari mutiara yeng hilen nuh…..

  5. Kalam berkata:

    Saudaraku semua…..
    Seringkali terlintas di hati saya, Apakah sebenarnya yang dicari oleh manusia disepanjang hidupnya. Kebahagiaan atau keredhaan. Apakah yang berlegar difikiran sesetengah manusia yang bernama isteri atau suami yang masih menaruh hati dan perasaan kepada wanita dan lelaki lain. Sememangnya manusia perlukan kebahagiaan. Pernahkah kita cuba untuk membahagiakan orang lain? Jika ya jawapannya itu juga yang kita dapat. Kita terlalu kerap meminta daripada memberi hasilnya kita menjadi insan yang hilang rasa malu.
    Dapatkan lah keredhaan Allah dalam hidup ini. Apabila kita diredhai hidup kita akan lebih diberkati. Segala nikmat, hidayah dan petunjuk akan diberikan kepada kita. Keredhaan lebih besar nikmatnya daripada kebahagiaan…..
    Sekadar renungan….

  6. jannah berkata:

    Memang manusia tak pernah puas dengan nikmat Allah. Dapat suami baik merupakan nikmat Allah yang tak boleh dinilai dengan wang ringgit tapi sayangnya nafsu melebihi segala2nya. Manusia hanya akan tersedar bila nikmat itu ditarik balik. Inilah akibatnya terlalu taksub dengan cinta kepada manusia. Astaghfirullahil’azim! Baliklah ke pangkal jalan, dan gunakan akal yang diberi hanya untuk merindui ALLAH Pencipta kita.

  7. Mohasrim berkata:

    Talk is Cheap…
    Aku sampai sekarang pun masih tak dapat melupakan bekas kekasih aku walaupun udah hampir 10 tahun kami berpisah… sekarang aku pun sudah berkahwin, dan bekas kekasih aku juga telah menemui kebahagiaanya. Tapi apa yang membuatkan aku tidak dapat melupakannya adalah kerana KENANGAN, DENDAM, MARAH, SAYANG, KERINDUAN, CINTA… )sure ada godam aku dengan kata-kata terlalu cintakan manusia lebih dari Tuhan) Kalau aku mesin udah lama aku tekan punat RESET. Mudah… semua dapat dilupakan dalam sesaat jer… tapi Ya Ampunnn… udah namanya manusia… parut luka boleh disembunyikan dengan make-up tebal, parut hati??? walaupun tak nampak… tapi rasanya, sakitnya… mendalam ugakk… jadi??? Cakap mudah arrr… Bluwecckkk!!!!

  8. Penghulu berkata:

    Berhati-hatilah memilih isteri kerana ditakuti memiliki perempuan jahat (jahiliyyah). Antara simptom perempuan jahat ialah apabila hatinya dan jiwanya masih terlekat pada kekasih lama walaupun sudah mempunyai suami. Sebenarnya tidak wujud bekas kekasih bagi seorang perempuan muslim solehah melainkan perempuan muslim yang liar dan murahan.

  9. redup.. berkata:

    Tula..saya pun ada juga teringat kat kekasih lama..masa terjumpa blog dia etc..xdela cinta pon..cuma adala hati tersentuh sket..rasa cam tanak dia bahagia (x baik betulkan?) rasa dendam ngn apa yg dia pernah wat kat kita..cuma istighfar la byk2..of course idup ngn suami ni..sgt2 bersyukur..Jadi utk anak2 kita, patutnya..biarlah kekasih pertamatu adalah isteri atau suami..lebih terjaga..
    Hargai apa yang ada ditangan..

  10. kudup berkata:

    …bodoh..ckp dah terlukalah,sakit hatilah marahlah,sedihlah tapi nk layan jugak ex tu….sedarlah kita bukannya semakin muda tapi semakin tua….dah kena tinggal dulu ada yg sudi dtg ambil sbg isteri…sepatutnya bersyukurlah..bengong!

  11. ann berkata:

    saya pun kdg kala teringat jugak dengan kkasih2 lama…bila tgk dia bhagia dgn org lain terbit juga perasaan cemburu.xtau mcmana perasaan tu bole dtg…sbb sstgah kekasih sy, sy yg minta putus…tp skg sy bhagia dgn suami yg amat mencintai sy. tp kdg2 teringat kt bekas kekasih adalah perkara biasa bg sy…sukar utk melupakan saat bhagia yg pnah kita kecapi wlaupun skg pun bhagia juga….manusia tidak pernah puas dgn apa yang dimilik sehingga kita kehilangannya

  12. ardeem berkata:

    Memang sukar utk melupakan si dia yg tersayang,apa lagi dia yang pertama berjanji memberi harapan demi CINTA…sebut lagi demi ALLAH..berjanji akan setia…skrg semua…

  13. samdol berkata:

    benda nie benar2 terjadi kpd saya?tlglah saya dah th nk buat dgn isteri saya,sanggup dia melupakan cinta saya 16thn kerana kerana kekasih lamanya

  14. aqif berkata:

    Salam pada semua pembaca. Baru ni iaitu 30/5/2012, saya terserempak depan mata dengan ex-wife sebab saya ditugaskan dalam dewan konvokesyen. Apa nak buat, benda x leh elak dah disebabkan tanggungjawab tugas. Saya dengan penuh profesional mengucapkan “Tahniah” padanya sebab dia adalah calon penerima sijil pada hari berkenaan. Apa yang sy ingin share di sini ialah ” Allah pertemukan saya dengan dia selepas 2 tahun bercerai, ada hikmahnya” Namun, tidaklah sampai hubungan tu bertaut balik n mustahil sama sekali. Nasihat saya anda di luar sana, tegurlah ex sama sebab kita saudara sesama Islam n tiada gunanya bertambah musuh kan :)

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 343 other followers

%d bloggers like this: