Apa Dia Tanda Lahir ?

Susunan Hafizah Iszahanid

SECARA umum, tanda lahir pada bayi yang baru dilahirkan bukan masalah besar. Ia jarang berlaku tetapi mungkin mengejutkan ibu bapa yang selama ini tidak pernah terfikir, bayi mereka lahir dengan tanda di leher, muka atau belakang tengkuk.

Tanda lahir boleh terjadi sebelum dia dilahirkan atau selepas kelahiran. Sebenarnya tidak ada cara menghalang tanda lahir. Ia juga bukan disebabkan genetik tetapi bagaimana ia terjadi tidak dapat dipastikan secara khusus.

Kebanyakan tanda lahir akan hilang apabila kanak-kanak berusia lima atau sembilan tahun tetapi ada juga tanda lahir yang bersifat dramatik dan menyebabkan masalah kosmetik dan kemungkinan ia adalah tanda barah.

Jenis tanda lahir

1) Tanda lahir merah.

Ia disebabkan salur darah yang berada dekat dengan permukaan kulit. Ia juga dikenali sebagai ‘vascular birthmarks’ (tanda lahir vaskular). Tanda lahir jenis ini boleh dibahagikan kepada dua jenis; macular dan hemangioma.

Macular – Ia juga dikenali sebagai ‘stork bite kisses’. Ia biasanya muncul di belakang tengkuk dan sangat biasa bagi bayi baru lahir. Tanda lahir begini tidak memerlukan rawatan khusus kerana pada kebiasaannya ia akan hilang dengan sendirinya.

Hemangiomas – boleh dibahagikan kepada beberapa jenis. Satu daripadanya ‘strawberry hemangioma’. Tanda lahir ini selalunya berwarna merah cerah dan kelihatan menonjol pada permukaan kulit. Ada sesetengah ‘strawberry hemangiomas’ akan hilang dengan sendirinya apabila kanak-kanak itu mencecah usia lima tahun. Tetapi kebanyakan strawberry hemangiomas akan hilang pada usia sembilan tahun.

Satu lagi jenis hemangioma yang kelihatan di bawah kulit. Ia dikenali sebagai ‘cavernous hemangioma’. Warnanya agak berlainan dan ia tidak boleh hilang dengan sendirinya.

Port-Wine Stains – satu lagi jenis hemangiomas. Ia tidak tertonjol atau tidak berada di bahagian dalam kulit. Port-wine stain biasanya berwarna seakan-akan ungu bercampur merah atau merah gelap. Ia biasanya kelihatan di bahagian tengkuk atau muka.

2) Tanda lahir pigmen

Ia merujuk kepada sebahagian kecil kulit yang warnanya berbeza dengan warna kulit dominan. Tanda lahir ini juga selalu dirujuk sebagai ‘cafe-au-lait’ kerana selalunya ia lebih gelap dari kulit dominan.

Tanda lahir begini kadang kala boleh dikaitkan dengan penyakit keturunan yang menyebabkan pertumbuhan tisu saraf. Jika tanda begini kelihatan pada anak anda, pertimbangkan untuk membawanya berjumpa pakar.

Satu lagi tanda lahir yang lebih dikenali sebagai tahi lalat. Tahi lalat muncul selepas bayi dilahirkan dan selalunya ia tidak mengundang masalah. Tetapi jika ia membesar, kemungkinan ia adalah tanda barah.

Kaedah Rawatan

Jika tidak mendatangkan sebarang masalah, tanda lahir sebenarnya tidak perlu dibuang. Tetapi jika ibu bapa berpendapat sebaliknya, kebanyakan pengamal perubatan mengakui program rawatan biasanya lebih berkesan ketika masih kanak-kanak. Bagaimana pun ia bergantung kepada usia pesakit, saiz tanda lahir dan kedudukannya.

Amalan biasanya yang dilakukan adalah dengan rawatan laser. Bagi kebanyakan tanda lahir seperti hemangiomas dan port wine stain misalnya boleh dirawat menggunakan rawatan laser, Intense Pulsed Light (IPL) yang menawarkan kesan lebih baik dan kekal.

Kaedah rawatan ini biasanya akan mengenal pasti saluran darah yang mengembang di bawah permukaan kulit bagi menghapuskan akar tanda lahir. Ia tidak menyakitkan dan hanya mengambil masa sekitar 30 minit dan kadang kala rawatan susulan diperlukan.

47 thoughts on “Apa Dia Tanda Lahir ?

  1. saya mempunyai tanda lahir yang dikenali sebagai port-wine stain dari 3/4 pipi sebelah kanan,bibir bawah(bibir saya juga kelihatan agak besar mungkin disebabkan oleh port wine tersebut) dan sebahagian leher. di malaysia dimana tempat yang menawarkan perkhidmatan birtmark removal dan berapa kos kebiasaanya.

      • ai ayuni. saya pun ada tanda lahir dari punggung sampai hujung kaki. warna kulit kaki saya sebelah kanan lebih gelap dari sebelah kiri. bagaimana saya ingin membuangnya. dan dimana tempat rawatan?

      • sy pun ada tnda lahir kat pipi..blom buang lg..ada 1 tempat kat klang bleh buang tnda lahir..kos sekali buat dlm rm600 tp bergantung pada saiz gak..stiap tnda lahir msti bt rwatan sekurang2 nye 8 kali,bru btol2 ilang..

      • Nk tnya siape thu…Berapa kos buang tanda lahir putih???mail sy tempt dan harga kos semua…t.kasih

  2. saya juga mempunyai tanda lahir jenis port-wine stain di pipi sebelah kiri dan bibir atas sebelah kiri. bibir saya juga kelihatan seperti bengkak mungkin disebabkan oleh port-wine tersebut. saya juga ingin tahu dimana tempat yang menawarkan perkhidmatan birthmark removel dan berapa anggaran kos diperlukan.

  3. salam..sy pun da tnda lahir gak kt pipi sebelah kiri..sy teringin sgt nk tnda lahir ni..da saper2 th r nk buat rawatan hilangkan tanda ni

  4. salam. saya pun ada tanda lahir… tapi tak tahu jenis apa, tapi hitam kebiruan sebelah kiri muka. teringin sangat untuk buang. ada tak sesiapa tahu macamana nak buang dan kosnya

  5. There are several types of birthmarks with different colors, shapes and sizes. Birthmarks can be flat or raised and may also involve blood vessels in their structure. So, this is actually a complex question.
    Because there are so many various kinds of birthmarks, it will be important to see your doctor to evaluate whether the birthmarks on your leg are candidates for removal based upon type, position and involvement of blood supply or other structures.

    Based upon the type of mark, doctors may excise (cut out) or use a laser to remove the birthmark. Several different types of lasers are available so make sure you are referred to an expert dermatologist or plastic surgeon. Sometimes, however, it is best to leave the structures alone.

    Each person is different, so check with your doctor about what is best for you.
    …brendon C
    Lemon juice has been shown to naturally lighten birthmarks, remove unwanted tans, and lighten hair which is already light brown or blond. It seems to work for some people and not others though, for unknown reasons. I suggest you try it out though! It always worth a try!
    ..NoLa
    you can’t get rid of them naturally, you have to either get laser surgery or cover them with a makeup. I have a genetic condition that causes a variety of “birth marks” trust me nothing gets rid of them without medical intervention, you should see a dermatologist for a consult and to determine what kind of spots they really are. Bleaching might be an option but usually you just have to accept who you are.
    ..costiew

  6. klonex.. baju merah separahandsome..nak tumpang sekaki ko..nanti malam den datei..siap siap ajp bilek noh…hi hi hi..achah je nie

    • ASMK>>> Mat handsome steady ajerr hang nie selalu, aku cuma nak kata ‘selamat berpuasa dan berhari raya’ ampun maaf ku pinta kpd sunue pengunjong dan penghuni laman ini….WALKUSMWMTLLAH….

  7. salam..sy ada tanda lahir dsebelah kiri pipi sya..sape2 kat luar sane tahu cmnae nak buang tanda lahir ni silalah email sy…bole buat laser ke?kat mane ek nak buat?

  8. Salam,aku ada birthmark kat ats mulut,mcm hitler r…tapi slama ni aku wat relax jer.ramai ker pompuan laki kawan ngn aku.tapi skrg aku da keje…walopon keje aku sbg geologist,tapi aku entertain org.segan r…aku pon terpikir nak buang gak.tlgla hambamu ini yang Allah.sper2 yang tau katner nak buang tanda lahir tlgla call aku or sms.0133006831…khairul

  9. salam, saya pun de tanda lahir kt pipi kiri gak…
    cne nk ilangkan ye, lau de tw tmpt2 yg bleh sy dptkan rawatan, dgn cara laser ke, email lh kt sy ek..

  10. salam..sy tanda lahir kat kaki kanan saya..sy xtau jenis ape..warnenye merah bercampur ungu..sy segan r nk berjaln keluar..tiap kali keluar terpakse pkai kasut n seluar panjang..cmne ek nk hilangkn tnde lahir cmni?semakin dewasa semakin malu sy rse..

  11. aku pun ade tnde lahir kat pipi..
    org slalu ingat 2 lesung pipit aku..hahahha
    watpe buang….kn cntik….x gitu?hahaha

    • yer pernah mas kecik parents bawak pergi jumpa bomoh yg bule buangkan birthmark..eh pindahkan birthmark tu dari muka ke kaki..tp bila time saya bomoh tu tak bagi, dia kata ni birthmark bertuah..

      bila dipikir balik rasanya iyer bertuah! alhamdullillah I love my life

  12. sy ada tanda lahir di pipi..blom buang lg..ada 1 tmpt kat klang yg bleh buang kan tnda lahir..kos dlm rm 600 skali buat tp bergantung pd saiz tnda lahir tu.skurang2 nye kena bt 8 kali rawatan..x pun korg cari la web KOSKINLASER..hope korg berjaye..klinik ni pun ada cwangan kat tmpt lain tp xingat lak..check la sndiri ea..

  13. salam.. saya salah sorang yg ade tanda lahir.. urm mmg agak sedih la sbb rase x yakin nk brgaul dgn org lain.. 😦

    • sara sekarang ade byk make up buleh cover at least untuk boostkan confidence level kite, nak buang guna laser at the end kita yg suffer

  14. Salam… Saya juga mengalami masalah yang sama. Tanda lahir di muka sebelah kiri(1/2)… Ia seakan panau tp bukan panau. Ibu saya kata mmg sejak kecil n dia x gatal.. Hope dapat tolong. Motivasi diri saya berkurang,lbh2 lagi bab cinta. Tolong email saya…. thanx..

  15. salam…sy m’punyai tande lhir di peha blh kanan..y b’bntok nmbor seaakan akan..23..24..35..b’wrna htm..smpai skrang xhlg..knape?rsia ape y ade d’sblk tnda lhr 2????

  16. salam…kak ayuni…sy ade birthmark dkt tangan kanan…kale hitam…dulu kecil je,tgk makin lama makin membesa…..kat mana ye kak nk buat rawatan laser ni….

  17. Aslkum,..sya jg ada tnda lhr d pipi sblah knan…rsa nak buka sbb kdgkala sya malu n kurng yakin bgaul dgn msyrkat..sedih bla diejek,dihina dan ditrtawakn…kat mana blh mta rwatan laser 2,.?dkat sbah ada ka..please call me 0142804692

  18. kita semua ada masalah yang sama…cara yang paling berkesan adalah dgn rawatan laser….dan akan ada rawatan susulan..hanya memerlukan duit…duit sje…

  19. saya pun ade tande lahir di pipi kanan, bertompok-tompok coklat dari bawah mata sebesar ibu jari ada 3 tompok sampai bawah tulang rahang.

    saya pun berminat sangat nak buat laser, dah pi jumpa dr pun, dan lepas tu saya tanya sendiri dgn org yg ade pengalaman laser ni, kulit akan jadi lebih sensitif, tak tahan panas dan lepas ni, lama kelamaan melanin tu akan dtg balik.. maybe dpt bertahan dlm 6-10 tahun saja. ( 2 org saya tanya )

    so saya takut nak buat, sekarang saya hanya pakai makeup, guna naturactor atau kryolan untuk cover, at least bagi confidence level kita tak jatuh bila nak kuar jumpa org. dulu dulu saya guna concealer tp susah nak apply.

    masa time berbofren saya bgtau yg saya ade birthmarks dan beranikan diri jumpa tnpa makeup alhamdulillah dia buleh terima dan now kami kawin dh dkt 8 thn.

  20. Anak saya berumur 2 tahun lebih. Dia mempunyai tanda lahir di wajah. Tanda lahir tersebut berwarna seolah-olah kulit seperti lebam dan terdapat rambut disemua kawasan lebam tersebut. Macam mana saya nak hilangkan tanda lahir tu..

  21. Howdy! This is my first visit to your blog!

    We are a team of volunteers and starting a new
    initiative in a community in the same niche.
    Your blog provided us beneficial information to
    work on. You have done a extraordinary job!

  22. Hello! I know this is kinda off topic nevertheless I’d figured I’d ask.
    Would you be interested in exchanging links or maybe guest authoring a blog post or vice-versa?
    My site goes over a lot of the same subjects
    as yours and I believe we could greatly benefit from each other.

    If you might be interested feel free to send me an e-mail.
    I look forward to hearing from you! Awesome blog by the way!

  23. Assalam.. Baby sy ada tanda lahir dekat bawah mata.. Warna merah terang.. Its obviously seen.. Kemungkinan type Starwberry Hemangiomas.. Rawatan laser mgkin terlalu awal for my baby.. So, sesiapa yg tahu cara nak hilangkan birthmark secara alami/semulajadi, minta email sy.. Asyik fikir mcmne future anak bila dah dewasa.. Tkt confident level kurang.. Tq 😊

Tinggalkan Jawapan kepada call me sue Batal balasan