ADA kalanya kasih sayang diuji dalam hubungan antara lelaki dan perempuan.
Ujian datang dalam pelbagai bentuk. Hanya yang kuat, tabah dan tidak kenal erti putus asa akan menikmati kebahagiaan hingga ke akhir hayat perhubungan mereka.
Dalam soal memupuk kebahagiaan, ada pendapat mengatakan pasangan harus menempuh beberapa fasa dalam rumah tangga.
Berikut beberapa petua untuk pasangan mengekalkan kebahagiaan.
Tunjukkan sayang terhadap isteri sama ada melalui kata-kata atau perbuatan seperti pelukan.
Jauhi ucapan yang menyinggung perasaan isteri sekalipun dalam keadaan marah.
Apabila terlalu marah, kawal diri anda. Beristighfar dan bersalawat serta berwuduk.
Ingatlah semula segala kenangan manis dan memahami isteri memerlukan bimbingan suami dan memahami tiada sesiapa terlepas melakukan kesilapan.
Apabila timbul rasa bosan ataupun jemu terhadap isteri, cubalah ulangi kembali saat manis dulu atau ajak isteri keluar makan di tempat yang agak istimewa, ataupun melancong ke tempat indah.
Jangan merendah-rendahkan isteri di depan orang lain.
Jangan memuji wanita lain di depan atau belakang isteri.
Hargai dan beri pujian kepada pengorbanan isteri.
Bantu isteri melakukan kerja seharian di rumah seperti memasak dan mengemas.
Fahami keadaan dan masalah isteri dengan mengambil berat perasaan serta kesihatan isteri terutama ketika haid dan mengandung.
Beri bimbingan kepada isteri dalam melakukan sesuatu agar ia bertambah semangat dan bermotivasi.
Bantulah isteri dalam melakukan kebaikan dan ibadah.
Berdoalah agar hati dan perasaannya sentiasa patuh kepada Allah dan hormat suaminya.
Bagi mengeratkan lagi jalinan kasih, berikut adalah perisa untuk menambah kebahagiaan yang didamba.
Bisikkan kasih sayang dari semasa ke semasa.
Buktikan kasih sayang daripada suami seperti hadiah dan penghargaan, senyuman, perbualan mesra dan gurauan.
Kerjasama mendidik anak, menyelesaikan masalah dan hal lain.
Entri ini dikirim pada hari Jumaat, 4 Julai 2008, 10:38 am dan diletakkan dalam kategori Psikologi Perkahwinan. Anda boleh mengikuti sebarang respons bagi entri ini melalui suapan RSS 2.0.
Anda boleh meninggalkan respons atau menjejak balik daripada tapak web anda.
Julai 4, 2008 at 11:54 am |
EXCELLENCE TIPS,TO BE KEPT IN MINDS
Julai 9, 2008 at 12:03 am |
isteri saya banyak kali minta di ceraikan oleh kerana ada sekali saya keluar rumah balik agak lewat hanya pergi bersembang dengan kawan2.Dia salah sangka dan menuduh saya yang bukan.Apa yang perlu saya buat dengan perkara berikut
Julai 9, 2008 at 4:18 pm |
En.Isa Ahmad, isteri anda tergolong dlm ktgri cemburu buta, walau cemburu tanda syg, tapi cemburu yg x bertempat amat bahaya..tak kan bersembang dgn kwn pun x blh? Kita hidup ada kitaran..ada masa utk keluarga, masyarakat, diri sendiri dn juga kwn2..mesti ada sbb lain kot..atau isteri anda sengaja mencari pasal atas sbb yg x masuk akal..
Julai 9, 2008 at 5:06 pm |
barangkali dia dah hilang ‘magnetic fields kat awak’ berangkali juga dia dah mula merasai ‘putik cinta’ drp unknown person kot…klu dia maseh sygkan u, dia akan pelok cium atas katil tampa byk ’songeh’.walau pun u blk lambat dgn tangisan marah sekali pun…power syg kat u mulai hilang-pudar…aksi2 lain akan dituruti dgn berbagai sandiwara sandiwara tak kena….take cares… (dan juga berangkali dia telah dapat ‘menghidu’ yg u ada membuat perhubongan di belakang ‘takbir’ kot….nafsu nafsu ..sentiasa mau punya.aku tak kan lupa apek tua mati atas perut dikedai kopi itu….
Julai 9, 2008 at 5:12 pm |
En .Isa Ahmad … ni..mesti ada kisah silam ni ..
Julai 10, 2008 at 12:42 pm |
naper leh jd mcm tu lak yer…cian sy tgk en isa ni. takper la, balik umah layan istri macam biasa dan kalu ader masa free tu cuba tanya dia naper marah sangat.. kalu dia tak suka, tak leh kater aper la…en isa je yg paham isi hati istri en isa..good luck
Ogos 7, 2008 at 8:12 pm |
saya ada pgalaman ni….biasanya,suami dah la blk lbt, pastu tak bagitau. kita tggu,risau memikirkan dmana suami kita..ntah2 dlm bahaya,accident ke….kita risau,sbb tu kita marah. tapi kalo smpai minta cerai….xtau lah. mungkin dia terasa di abaikan,just nak curi phatian sj. lbh kan lah masa untuk isteri…..
Ogos 7, 2008 at 8:30 pm |
Kadang2 si suami ni tak sensitive, kalau dah balik lambat, telefonlah isteri dan bagitau kenapa balik lambat. nak jumpa siapa, let her know your activities, tunjukkan kejujuran anda. Selalunya isteri akan ada syak wasangka bila si suami ada tunjukkan keraguan. Kalau si suami sentiasa telus dengan isteri, insyaAllah, isteri tak akan curiga dengan suami. Ini tidak, dah balik lambat, biar isteri tercari-cari dan tertunggu-tunggu, kdg2 hp pun off. Yg keluar hanya voice mail.