Tips Buat Suami Agar Isteri Kembali Ghairah

Gambaran isteri yang sedang ghairah, seronok dan panas di ranjang adalah dambaan setiap suami. Hubungan intim dalam situasi beginilah yang mendatangkan nikmat sensasi sebenar buat suami. Namun hakikatnya tidak semua suami akan mendapat reaksi sedemikian daripada isteri mereka.


Pancutkan Isteri Anda. Keterangan lanjut, sila klik sini.

Ada di kalangan suami dihadapkan dengan isteri yang hambar ketika berhubungan seks dan tidak kurang juga enggan bersama kerana kepenatan. Memang mengecewakan. Jadi bagaimanakah cara untuk memastikan isteri kembali ghairah di ranjang dan mendapat kepuasan seks yang diinginkan?

Kajian yang dijalankan mendapati bahawa ‘dekatnya’ suami terhadap isteri adalah faktor yang mampu menbuatkan isteri semakin ghairah dan berahi terhadap seks. Maksudnya semakin erat dan dekat hubungan suami dengan isteri maka semakin ghairahlah isteri terhadap seks. Sebaliknya jika hubungan dengan isteri semakin jauh atau renggang hubungan makin dinginlah isteri terhadap aktiviti seks dengan suaminya.

Dr. Gian Gonzaga, pengkaji dari University of Carlifornia Los Angeles (UCLA) menyatakan bahawa suami perlu menjaga sikap baik dan kasih sayang terhadap isteri. Kesan daripada sikap yang positif inilah sang isteri akan berasa ghairah bila berdekatan dengan suami.

Dalam kata lain, perasaan berahi isteri akan berkembang mengikut suasana hatinya. Sekiranya perasaan isteri sentiasa nyaman dan tenteram berdekatan dengan suami, dirinya akan semakin bernafsu untuk bercinta. Tanpa perlu dipujuk rayu isteri akan rela hati naik ke ranjang malah dengan sedikit ransangan saja, seks terus berlangsung.

Ingin ditekankan sekali lagi, salah satu penyebab hilangnya ghairah isteri terhadap seks adalah sikap suami itu sendiri. Sikap tidak ambil peduli, tidak perihatin mahupun tidak memperuntukkan masa sering kali menyebabkan isteri terasa dipinggirkan. Rasa jauh hati ini sekali gus menjarakkan perhubungan termasuklah hubungan seksual itu sendiri.

Justeru sekiranya mahu isteri kembali berani, para suami disarankan untuk menilai diri mereka. Nilaikan bagaimana perlakuan atau tingkah laku mereka selama ini terhadap isteri. Bagaimanapun perkara ini selalu dipandang remeh, mereka sebaliknya asyik merungut tentang sikap dingin isteri terhadap seks tanpa menyedari bahawa ghairah isteri yang hilang itu berpunca daripada dirinya sendiri.

Sikap dan perhatian

Bukan payah untuk menunjukkan kasih sayang terhadap seorang isteri. Anda boleh mempamerkannya baik melalui sikap ataupun perhatian. Ada Beberapa contoh sikap yang sangat disukai oleh seorang wanita ataupun isteri. Sikap yang ditunjukkan oleh suami inilah yang nantinya akan mempengaruhi suasana hati.

Antara sikap tersebut adalah memberi kucupan sayang kepada isteri, membudayakan kata maaf di dalam perhubungan, memberi hadiah kepada isteri, selalu bergurau senda dengan isteri, mengajak isteri keluar berdua-duaan di samping membelai isteri dengan penuh kasih sayang bila bersama.

Selain itu, sikap positif seperti membantu isteri tanpa disuruh, menggenggam tangan isteri pada waktu tertentu dan juga meninggalkan sikap buruk yang tidak disukai isteri juga akan menjadikan hati dan perasaannya lebih senang dan tenang bila bersama suami.

Perkara ini turut dipersetujui oleh Dr. Patti Britton, Persiden dari Foundation for Scientific Study of Sexuality, New York, Amerika Syarikat. Katanya sikap suami seperti ini adalah salah satu bentuk terapi yang ampuh untuk mengembalikan ghairah isteri yang kian menurun. Bahkan, cara ini disebut-sebut sebagai cara yang paling efektif untuk mengembalikan ghairah seks isteri. Jadi, bagi para suami yang ingin isterinya kembali berahi di ranjang, nilaikanlah semula sikap dan perlakuan anda pada isteri.


Rahsia Menghairahkan Isteri. Keterangan lanjut, sila klik sini.


Rahsia Doa Pengasih. Keterangan lanjut, sila klik sini.

39 Responses to Tips Buat Suami Agar Isteri Kembali Ghairah

  1. illa berkata:

    ye betol tu..kalau suami x reti nk mainkan peranannya.sampai mampus lh suami camtu.bkn apa kalu dh nama tu suami mainlah peranan anda jangan biarkan isteri menderita kerana tidak puas hati.berubah lah untuk kebahagiaan rumah tangga.

  2. akak berkata:

    Ya.. sya setuju bebenor apa yg tertulis diatas tu…

  3. cyent berkata:

    yupss…sya setuju.

  4. bumilangit berkata:

    rasuluLlah dah ajar semua benda ni. malah lebih indepth.

    sayang burung tak keluar sangkar

  5. burong? apa kena mengena dengan burong? *buat-buat tak faham*

  6. penyu berkata:

    ejaan baru burong………..burung.maksud bumilangit………..burung tu suka mengeramkan telurnya sebab tu tak nak keluar sangkar.kalau bleh menetas tak pe gak.

  7. saiful berkata:

    haah la…. apa kaitan burong? burong bayan ke…burong gagak ke….burung pipit…?
    *buat-buat tak faham gak*

  8. Ann berkata:

    Bur0ng punai.. Hahaha..

  9. seera berkata:

    Kpd: Dang Setia.

    Apabila m’baca pglaman p’baca dlm byk ruangan dlm akhbar, teringin saya m’buka pekung di dada apabila m’baca ruangan Dang Setia dlm tajuk ‘ Si Tanggang Moden’. Ok, nak dipendek cerita. Bila m’baca ruangan t’sebut si kakak menurut kata suami sehingga m’gabai t/jwb kpd org tua. Bagi saya hal ini hendaklah dibincangkan seblm berumahtangga.Sememanglah dlm islam, p’puan kena turut kata suami.Mgkin susah hendak menumpu p’hatian kpd org tua kerana t/jwb anak yg memerlukan t/wb dari segi kewangan, mental, fizikal di samping sbgai isteri dan sbgnya lebih2 lagi dlm zaman skrg ni.

    Ingin saya b’kongsi b’sama dgn kisah saya yg sudah bermur 33 thn, anak p’puan dlm 4 beradik.Sampai sekrg saya belum b’kahwin. Ini kerana hendak memikir t/jwb dgn k’ga t’lalu besar. Walaupun 4 beradik, ayah seorang pegawai kerajaan & emak surirumahtangga. Tetapi sikap ayah yang ‘ANAK EMAK’ sehingga kita orang adik-beradik hidup susah. Kalau ayah seorang yg pandai mencari $ lebih @pandai m’yimpan $ tidak mengapa.Kita orang adik-beradik tidak pernah meminta apa-apa daripada ayah dan emak. Malahan jauh sekali macam k’ga lain spti b’cuti & b’manja kerana ayah & ibu bukan jenis yang p’yayang.Tetapi yg saya hendak tekan di sini, ayah sangat t’ringin anak-anaknya m’jadi org profesional dgn memasuki universiti.

    Inilah p’glman yg sy hendak ceritakan. Seblm itu, dia tak pernah m’pedulikan pelajaran @ apa2 ttg anak-anaknya kerana sibuk keluar dgn kwn-kwannya setiap balik kerja sehingga kita jrg b’sua dgnnnya kecuali bila pergi ke sekolah. Duit belanja sekolah pun rm0.50 pun susah hendak diberi.Cuma apabila kita b’pindah ke pekan kecil di mana ayah sudah b’pisah dgn kwn2nya barulah dia sedar anaknya pandainya. Biasalah zaman 90an, kepandaian ibubapa mendidik anak2 apabila masyarakat melihat anak2 masuk universiti.Ayah suruh adik-beradik masuk universiti tetapi masalahnya persiapa dari segi kewangan langsung tidak ada. Sudahlah kita orang adik-beradik beza usia 2 tahun. Maksudnya dapatkah ayah menanggung 3 org anak2nya serentak. Apalagi belajar di KL, jauh dari Sarawak.Ayah kirim rm150 kat setiap seorang anak2nya, cukup tak cukup kita org kena tanggung s’diri seblm bantuan pinjaman/biasswa ada.Dia hendak m’ibratkan cerita Abraham Lincoln yg susah kpd anak-anaknya.

    Dia selalu m’yalah dgn m’gatakan kehidupan susah kerana h’dak m’yara anak2nya.kita org tak p’nah diberi peluang b’bincang masalah dgn dia kerana kesusahan yg dtg dari k’ga sy adalah dicari s’diri. Sama ada ada bonus ke, rezeki lebih ke sebagai pegawai kerajaan senior kita org jrg merasainya, sbb sy s’diri melihat wang pos yg ayah kirim kat kpg & m’bantu ana-anak buahnya di kampung sekolah atau menjadi tempat bantuan kewangan keluarganya jika ada kecemasan.

    Hasilnya, keluarga t’kejut melihat rumah kami yg ayah sediakan utk kami adik-beradik rumah kecil dgn 2 bilik yg mrk sangkakan ayah org kaya.Pelajaran sy t’ganggu kerana mgkin masalah psikologi, kerana emak sejak kecil selalu b’leter kerana tekanan apalagi dgn serba-serbi tak cukup. Ini kerana sy anak perempuan tua dlm k’ga, yg sulung abang dan tunggal lelaki. Yg ptg sekali ikatan kasih-syg dan hormat-m’hormati tak pernah disemai kpd kami semua.Sama juga dgn adik saya yg tak habis belajar di Itm masa itu.Ikatan dgn saudara-mara tak erat mungkin kerana kesusahan yg dihdpi.

    Hasilnya sekrg, ayah mungkin malu dan sedar. Dia m’beli sebuah rumah dan m’yuruh kami adik-beradik b’kongsi m’bayar. Kami menurut dan kerana belum puas berasa hidup, saya dan adik saya p’puan ,31 thn sibuk m’cari rm utk m’yara k’ga utk rumah,makan minum emak ayah. Emak memilih rmh b’harga rm250,000. sy ada b’bincang dgn emak kalau boleh jgnlah pilih t’lalu mahal demi masa depan kami adik-beradik, tapi emak m’nbantah dan m’gata saya anak yg suka melawan. Dulu, semasa berumah kecil sy malu apabila ada org hdk melamar saya dgn m’cari rmh saya dan emak melarang kita org b’cerita apa2 masalah k’ga dgn org lain sbb org ingat saya m’permainkan dia.

    Kita sedar tak sedar usia pun lanjut, hendak memilih antara hendak bantu k’ga ke atau kahwin utk keptgn sendiri.Kalau b’kahwin, saya tak sggp melepas t/jwb kpd adik sy yg 2 org(perempuan). Bapa saya hendak pergi ke Mekah pun, dia siap m’beritahu, semua hutang apa2 kita orang yg patut jelaskan dan wang pencen digunakan sepenuhnya utk keptgan k’ga sebelah dia kerana memikirkan anak2nya dah besar.Abang sudah b’kahwin. Semoga Allah tabahkan hati hambamu ini.

    Maka. kepada lelaki kalau hendak sayang sangat dengan keluarga sampai tak dapat m’timbangkan t/jwb dgn keluarga s’diri, baik jgn b’kahwin, pandai2 budget $ atau kalau kahwin biarlah anak seorang.Kisah saya ini t’lalu malu utk diceritakan kpd org lain dan sampai sekrg kehidupan saya dan adik-beradik sibuk m’bantu k’ga kerana tak yakin dpt m’timbangkan kewangan bila b’kahwin nanti apalagi kita org setakat pegawai biasa. Silap2 anak kita org menerima nasib spt kita org kalau tak dpt m’timbangkan t/jwb.Hasilnya, yg paling saya rasai sepinya hidup ini b’sama adik2 saya.

    KPD DANG SERTIA KALAU ADA ORG M’JWB EMAIL SY INI DLM AKHBAR TLG BALAS KAT EMAIL SY.MANALAH TAU SY TAK BELI AKHBAR METRO MASA TU.

  10. rm1juta berkata:

    Minyak naik, harga barang naik , kepala rungsing fikirkan lubang di poket semakin besar……hilang selera………

  11. ek ele berkata:

    betul….time ni lah MPS lah maintenance lah apa lah sume nak suruh cepat bayar aje..
    binawe tul…lambat sikit sume reminder berduit nye…binawe…siap dia org..
    lagi 4 tahun langsung satu tempat duduk pun takde dah kat parlimen

  12. cempaka berkata:

    sebenarnya suami istri kna sama2 main peranan…jgn salah kan sesapa dlm perhubungan ini..aku n hubby aku bhagia ja, kdg2 tu bertekar gak tp sekejap jer..make sure antara kita tak kira suami or istri kena mengalah kalu tak berlanjutan la ..aku n hubby aku mmg penyayang giler, utk membuktikan bhgia or tak ..aku dah ader sepasang anak..
    aku n hubby slalu ucap terima kasih n mintak maaf if aper perkara pun…pg2 bangun tdo sure cium pipi dulu,aku n hubby sama buat macam tu…kdg2 hubby kiter malu, tp aper salah nyer kiter mula dulu.result nyer jd macam aku..
    kami makan sekeluarga, klu hubby aku blk lewat aku kasi anak2 makan dulu tp aku still tggu hubby blk ngan makan sekali tak pun aku teman dia makan … benda ni aku latih dari start kawin sampai sekarang ni… macam petua aku ikut, alhamdullah berjaya..thank u Allah

  13. kebayan berkata:

    masa baru baru kawin … memanglah ghairah ,pantang tersentuh sikit … yelah benda dah halal .La ni … gigi pon dah tak ader ..nak ghairah amende ..

  14. meow meow berkata:

    buat la gigi palsu kebayan oiiii…kesian aku tengok kau….

  15. aida berkata:

    kebayan…. kalau gigi x der, boleh gak kemam2 atau tolak2 ngan lidah, lama2 geli ler dia….. asal jgn putus selera jer…… ha ha haa…

  16. Mikrofon Surau berkata:

    Agak kalo suami wat tarian sket2 ala2 taiger show, isteri leh geirah x?..huhuhu

  17. aida berkata:

    kalau bdn mcm beruang kutub nak buat tarian ala2 tiger show… alamakkkk aiii…. silap2 putus selera den…… abg buat tarian singa aje ler…..nampak garang sikit….heeee

  18. azitamusa berkata:

    kah kah kah…. kebayan buat lawak…..
    Pakai gig palsu kebayan…. lepas tu buat plastik serjeri. then cuck botok. then vit C. Makan jamu…. peh! sure terbeliak mata sang suami

  19. ek ele berkata:

    aku rasa maksud kebayan tu…kalau laki dah takde gigi kut…tul ke kebayan….

    tiger tu kalay tak salah asal nye thai girl show…betul ke?….

    tarian2 ni suai utk perempuan aje…lelaki kene gagah sikit…

    tapi kak aida…alah leceh lah ber akak2 ni..aida je lah pangge….tapi aida…
    tang beruang kutub tu yang tak tahan tu

  20. meow meow berkata:

    diaorang main2kan ko kebayan..sabar jee la..tak kisah lah cam beruang kutub ke..badak hippo ke..yg penting kau bahagia kebayan..

  21. aida berkata:

    alah gurau aje ler meow2….

  22. arjuna berkata:

    haha… aida cerita gigi tak de pulak.. tapi ada klebihan tuhh…
    kalau kena gaya tarian beruang kutub pun ok gak… pandai2 lah bawa diri beb..

  23. pemudaserating berkata:

    ap lari tajuk ni

  24. hamid bhs berkata:

    kita di berikan akal, lain dengan hehan. sebaik nya petunjuk yang masuk akal lah yang baik.

  25. saiful berkata:

    Wow! 43 orang online kat blog ni sekarang!

  26. putridesa berkata:

    testing

  27. puteri berkata:

    sama2 kena mainkan pernan baru lah bleh jadi asmaradana tu………..

  28. pitong berkata:

    mcm best je laman ni..joint bole?

  29. azzalea berkata:

    ingin tau rahsia suami untuk kembali menceriakan isteri?
    terbukti berkesan.
    layarilah http://www.harisbio.com

  30. effa berkata:

    PETUA MENGASIHI SUAMI/ISTERI

    1. Telefon suami/isteri dari tempat kerja untuk bertanya khabar, memberitahu sesuatu yang menarik atau sekadar ingin menyatakan “I Love You”.

    2. Ucapkan kata-kata sayang sekurang-kurangnya dua kali sehari.

    3. Tolong kemaskan katil dan bilik tidur.

    4. Tolong terbalikkan stokin atau seumpamanya untuk memudahkan isteri/suami mencuci. Tolong buang sampah tanpa disuruh.

    5. Bila keluar out station, telefon isteri/suami untuk memberitahu nombor telefon tempat penginapan dan memberitahu yang kita sudah selamat
    sampai.

    6. Tunjukkan kepimpinan yang baik, suami/isteri adalah ketua rumahtangga dan pendidik.

    7. Berdiskusi dari semasa kesemasa, jangan ketepikan pendapat suami/isteri.

    8. Sentiasa kemas, anggun dan wangi sebelum tidur bersama.

    9. Sokong pendapat suami/isteri sekiranya beliau bertentangan dengan pendapat orang lain, tetapi hendaklah secara rational bukannya mengiyakan semuanya… … sekiranya pendapat suami/isteri anda salah, betulkannya.

    10. Urut-mengurut suami/isteri atau seumpamanya dari masa kesemasa.

    11. Peluk dan belai suami/isteri sekali-sekala tanpa implikasi seksual.

    12. Sabar dan tenang bila mendengar cerita dan masalah suami/isteri.

    13. Pamerkan kasih sayang bila dikhalayak ramai. Jangan abaikan suami/isteri atau tinggalkan beliau jauh bila berjalan.

    14. Bila berpegang tangan, jangan biarkan tangan longlai.

    15. Buatkan air minuman atau seumpamanya sekali-sekala.

    16. Bila makan diluar, jangan harapkansuami/ isteri sahaja yang memilih tempat untuk makan.

    17. Sabar bila suami/isteri terlambat sedikit atau dengan tiba-tiba ingin menukar baju yang dipakai atau menukar rancangan.

    18. Beri perhatian yang lebih pada suami/isteri dari orang lain dikhalayak ramai.

    19. Lebihkan suami/isteri anda dari anak-anak.

    20. Belikan hadiah kecil dari semasa ke semasa seperti minyak wangi, jam atau umpamanya, kad-kad ucapan juga dapat mengeratkan lagi hubungan kasih sayang dengan suami/isteri.

  31. pucuk paku berkata:

    tak kire lah..tiger show ker, beruang kutub ker..hippo ker… yang penting hubby masing2 leeerr yang buat show..tengok jadik ker tak show ari tuuu.. tp, aku raselah..silap ari bulan..boleh putus urat ketawa…hahaha

  32. kayeye berkata:

    adeh si suami wat tiger show, leh jadik ker…..

  33. azzalea berkata:

    suami kenal la kreatif……

  34. sorrowfulman berkata:

    jo..tiger show tu macam mana ?

  35. azitamusa berkata:

    salam semua,

    Tiger show tu ala2 show kat zoo negara tu keh keh keh… terbayang….

  36. effa berkata:

    WAHAI PARA SUAMI… RENUNG-RENUNG DAN FIKIR-FIKIRKANLAH YER..

    Hargailah isteri anda……

    Mulianya seorang isteri disisi Allah…
    Dan betapa berharganya wanita yang bergelar isteri
    ini pada keluarga, suami dan anak-anak
    Rugi dan binasalah suami-suami yang tidak menghargai isteri
    mereka kerana isteri inilah yang akan membantu mereka di akhirat kelak.
    Biarlah buruk mana isteri anda,
    sayangilah mereka…..

    Beruntungnya seorang wanita yg ada rahim ini ialah dia bekerja
    dengan Tuhan… jadi ‘kilang ‘ manusia.
    Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh…
    7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang
    tetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya.
    Cuti bersalin juga sehingga 60 hari.
    Cuti ini bukan cuti suka hati
    tapi cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah.
    Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang.. .
    sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis
    nyawanya.

    Satu lagi berita gembira untuk wanita,
    Sepanjang dia mengandung
    Allah sentiasa mengampunkan dosanya,
    Lahir saja bayi seluruh dosanya habis.
    Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita,
    jadi kenapa perlu takut nak beranak?

    Marilah kita pegang kepada tali Allah.
    Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap
    mati syahid, Allah izinkan terus masuk Syurga.
    Untuk orang kafir dia tak dapat masuk Syurga tapi
    Allah beri kelonggaran siksa kubur.
    Untuk peringatan semua wanita yang bersuami
    seluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala
    tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung.

    Diakhirat nanti seorang wanita solehah akan
    terperanjat dengan pahala extra yang banyak dia
    terima diatas segala kebaikan suaminya yang tak disedari.
    Contohnya bila dia redho suaminya pergi berjemaah di masjid
    atau ke majlis ilmu, bersedekah.. ganjaran Alah keatasnya jua..

    Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian
    Sirat dia tak nak masuk syuga tanpa suaminya,
    jadi dia pun memberi pahalanya kepada
    suami untuk lepas masuk syurga.
    Didunia lagi, kalau suami dalam kesusahan
    isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat.
    Kalau seorang isteri asyik merungut,mulut selalu muncung
    terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini.

    Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat didalam dan
    diluar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik
    dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain..
    Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat
    Allah agar tidak derhaka denganNya.

    Sesingguhnya wanita dijadikan daripada rusuk kiri lelaki.
    Dia bukan dicipta dari kepala ke kaki,juga bukan dari tapak
    kaki. Dia dicipta dari sebelah rusuk kiri lelaki supaya dia hampir
    kepada kamu(lelaki) ,lengan lelaki dicipta untuk mempertahankan
    wanita,dekat dengan hati lelaki untuk disayangi.

    Woman was made from the rib of man,
    She was not created from his head to top him,
    Nor form his feet to be stepped upon,
    She was made from his side to be close to him,
    From beneath his arm to be protected by him,
    Near his heart to be loved by him.

    ‘Wahai Tuhan …
    ku tak layak ke syurgamu …
    namun tak pula aku sanggup ke nerakamu…
    kamilah hamba yang mengharap belas darimu …

    ‘Ya Allah…
    jadikanlah kami hamba2 mu yang bertaqwa ..
    ampunkan dosa2 kami, kedua ibubapa kami,
    dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah
    meninggal dunia’……

    Kubur itu gelap, cahayanya ialah Laa Ilaaha IllalLah.
    Jika diletakkan langit dan bumi di sebelah dacing, dan kalimah ini
    di sebelah yang satu lagi, pasti lebih berat lagi nilai kalimah ‘Laa ilaaha illalLah’ ini.
    Rasulullah saw. bersabda (mafhumnya):’Wahai manusia! Ucaplah ‘Laa ilaaha illalLah’, kamu pasti berjaya!’

    Marilah kita ucapkan kalimah ini:
    ‘Laa ilaaha illallah!’ x 10

    Bayangkan betapa besarnya pahala yang Allah sediakan, hanya untuk usaha kita yang sedikit ini..

  37. syamir berkata:

    umm btl5……

  38. pakdukun berkata:

    salam. tak leh lah suruh suami je nak amik hati isteri. kenalah sama-sama.apa yang suami isteri tu tak suka atau suka.Kan sama-sama bernafsu.Kalau dah tahu suami tu nak bagi je, kang dia makan luar lak. kan dah berdosa sisiteri tu. so, sama-sama `give and take.Apa2 pun kebahgian rumah tangga berasas dari isteri. Isteri kena tahu. Setiap pekerjaan, tindakan, pendapatan orang lelaki/suami akhirnya untuk/kepada peerempuan/isteri juga akhirnya.Tapi orang perempuan/isteri tak. hanya untuk dia saja. kena faham tu. Orang lelaki merompak pun kerana perempuan. Hissy.. kalau dikaji semuanya pasal atau untuk perempuan juga.Orang kaya tu.. akhirnya nak kawin 2-3 habis hartanya pun dapat dek perempuan/isteri. Mungkin secara tidak langsung atau secara langsung. Suba selidik mengapa agama dan adatpun suruh utamakan anak perempuan. AAhh. luu pikirlah sendiri wahai perempuan…Jangan mengada-ngada nak tunnjuk kuasa pulak. bukan marah..geram. asyik lelaki je nak mengalahh…

  39. Nurul Ain berkata:

    Sepanjang pemerhatian saya, kebykan wanita mengalami nasib yg agak sama….pendek kata semuanya berfaktorkan kepada kurangnya pendidikan agama..justeru masalah ni menganjur kepada masalah tanggungjawab dan sebagainya..Dahulu semasa saya belum berkahwin..saya selalu menasihati kawan2 dan juga para ibu utk lebih bersabar dan berdoa…tetapi apabila sudah berumah tangga, saya sedar ia tidak semudah yg disangka..dari pengalaman saya yg x seberapa ni..saya dapati semuanya bermula dari rumah dan didikan ibu dan ayah. Sekiranya sang suami/isteri lahir dalam keluarga yg kuat amalan dan muafakat..insyallah perkara ni mungkin dapat dielakkan..kalau ada kekurangan pun mungkin tidak sebyk mereka yg lahir dari keluarga yg pincang dan sebagainya. tetapi semuanya tidak terlewat sekiranya kita cepat sedar dan kembali kepangkal jln..Suami saya juga ade byk kekurangan terutamanya dlm bab2 agama, tapi saya cuba bersabar dan mengelak dari menegur suami di kala marah..selalunya saya akan tunggu sehingga segalanya tenang dan cuba muhasabah diri dan berbincang dgn suami pada waktu yg lebih sesuai (tenang). mmg adakala timbul serba sedikit salah faham antara saya dan suami..tetapi saya redha kerana saya x ingin pergaduhan berlanjutan..Sekiranya kami selisih paham, saya akan berdoa agar suami saya sedar akan kesalahannya dan nampak segala pengorbanan yg saya telah lakukan padanya..Alhamdulillah setakat ini, saya dan suami tidak mengadapi masalah yg serius dan berbangkit..

    Mengenai article ni, saya mengakui sejak mendapat cahaya mata, keghairahan bersama suami telah pun hilang, mungkin kerana keletihan menjalani tanggungjawab yg lain spt jaga anak, kerja, rumahtangga dan sbgainya. Namun itu bukan alasan utk tidak melayani suami di tempat tidur…saya akui..namun bagi saya suami seharusnya memahami wanita dgn melakukan tanggungjawab bersama2 contohnya..membantu dari segi kerja2 rumah dan menjaga anak2..saya dapati kebykkan lelaki terlalu mengharap pada sang isteri utk melakukan segalanya..Barangkali mereka lupa wanita itu lemah dan bukannya ‘super women’. Adakala wanita perlu juga merasa kasih sayang secara zahir bukan sekadar batin…kadangkala di sebabkan keletihan dan ketidakpuasan hati terhadap sang suami mungkin penyebab hilangnya keghairahan tersebut..

    Kepada Seera,

    Jujur saya amat sedih mendgr cerita dan nasib saudara. Saya berdoa dan berharap segala yg terbaik utk saudara. Yakinilah Allah hanya memberi ujian kepada hamba yg mampu menerima ujian dari NYA. Jadi bykkan berdoa agar perjalanan hidup dipermudahkan… Saya sendiri pun bukannya berasal dari keluarga yg ‘sempurna’ tetapi kita wajar mensyukuri dgn nikmat yg Allah beri..Saya juga ada masalah dlm keluarga, tidak sesempurna mana..tetapi saya selalu ingat bahawa sesungguhnya saya membesar kerana ibu dan ayah..dan saya redha dgn apa yg Allah dah berikan.. Moga2 Allah mendetikkan keinsafan didalam hati ibu dan ayah saudara agar lebih mengasihani anak2nya..Amin.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 349 other followers

%d bloggers like this: