15 tahun derita batin

SAYA seorang isteri yang berusia 36 tahun dan mempunyai empat orang cahaya mata hidup dalam dilema dan hampir 15 tahun menanggung derita batin. Saya sangat bersabar dalam menempuh kehidupan berumah tangga. Hidup saya bahagia tetapi batin saya terseksa. Suami seorang yang penyayang dan saya terlalu mencintainya sehingga saya ketepikan masalah yang dialaminya.

Bagaimanapun, suami tidak dapat memuaskan saya selama tempoh kami berkawin. Kami menjalani hubungan intim dengan melakukan seks oral dan kini perasaan saya mula memberontak. Bila saya minta dia berjumpa dengan pakar dia hanya menggelengkan kepala saya buntu sampai bila saya harus memendam perasaan?

Bagaimana harus saya menyedarkan suami dengan cara paling berhemah. Saya bertahan sehingga sekarang kerana anak-anak dan cuba menyabarkan diri kerana anak-anak juga. Apakah berdosa saya membiarkan keadaan ini berterusan? Bukan niat untuk menceritakan aib suami tapi saya sangat tertekan. Saya harap puan dapat memberi sedikit nasihat dan panduan buat diri saya.

Surirumah tertekan.

———-

Puan yang dirahmati Allah, terima kasih kerana sudi berkongsi masalah dengan saya. Masalah yang puan hadapi ini adalah masalah memenuhi cita rasa batin. Saya agak keliru sedikit dengan soalan puan. Pertama puan kata bahagia dan amat mencintai suami yang juga sangat baik, serta sudah dikurniakan empat cahaya mata.
Jawapan:

Pada saya, jika kita sudah mencintai seseorang kita sanggup berkorban apa saja demi kebahagiaan bersama dan menerima dia seadanya. Bagaimanapun, dari cerita puan, ia kelihatan puan tidak mencintainya sepenuh hati. Puan mencintainya kerana dia memenuhi citarasa puan, cinta puan bersyarat.

Tidak dinafikan yang nafkah batin itu sangat penting, tapi sehingga kini puan sudah memperoleh empat orang anak. Namun hari ini puan sudah memikirkan selama mana puan perlu bertahan. Jika ini yang dipersoalkan maka cinta puan sudah menipis kerana sudah memikirkan soal kemahuan sendiri.

Maka langkah pertama, puan harus sanggup menyatakan secara berterus terang kepada suami, yang puan sudah tidak mampu lagi untuk melakukan hubungan intim secara oral ini. Nyatakan dengan baik dan santun. Kemudian puan terangkan perasaan puan yang sebenarnya. Bahawa puan sudah terlalu lama menderita batin disebabkan sikapnya yang tidak mahu berusaha untuk berubat. Puan nyatakan juga puan tidak sanggup lagi jadi isteri yang sebegini selamanya. Malah puan boleh menyatakan yang puan dibenarkan menuntut cerai dari suami jika dia tidak mampu memberikan nafkah batin yang diperlukan. Begitupun, lakukan dengan cara yang berhemah, santun dan lembut supaya tergerak hati suami untuk berubat dan membaiki kekurangan yang dihadapinya. Selamat mencuba. Jika mampu bawa dia berjumpa kaunselor untuk membina keyakinan dirinya untuk berubah dan membaiki kelemahannya.

9 Responses to 15 tahun derita batin

  1. MAHALI berkata:

    Asssallmualaikum..
    Kesabaran dalam menempuh ragam hidup yang dituntut olih naluri hati kita amatlah menyiksa sekali dan ada yang mengalami lebih seksa lagi..itulah dugaan dari ALLAH ..
    Suami ..mempunyai tangung jawab yang bayak harus di tunaikan ..semaksimun yang boleh,,salah satu nya pada isteri zahir dan batin..
    Kesabaran Puan selama bertahun tahun amat dipuji ..hanya balasan ALLAH yang akan dapat Puan nikmati nanti..insyallah..banyakan lah Solat Tahjud .. Doa ..jangan putus asa.Belikan buku yang ada dijual jimak cara Islam yang dituntut .katakan padanya cara kita ini salah rupanya( buat macam baru tau )
    Tiada siapa lagi yang dapat menolong Puan hanya Tuhan yang maha esa .
    DOA kami semua agar Puan berjaya.. salam..

  2. amina berkata:

    derita2 batinpun 4 org jugak dapat anak…

    • lene berkata:

      cuba pikir sejenak orang yang kena rogol dan megandung tu dpt kepuasan ke?

      • mai berkata:

        ni lagi sorang, amina-amina….esuk kau dah kawin baru kau tau laaa…kalau dah kawin pun one ur hubby dingin then u know la…cakap tak pakai perasaan/akal…

  3. SMM berkata:

    KALO TAK SAMPEI KLIMAX, TAK KAN LEH DAPEK ANAK…TAU TAU LAH KALO BIKINAN ORANG BUNIAN KOT..

  4. abutausijeha berkata:

    Tak cina jual ayam macam kes kat johor tu..dgn katil lengkap dgn kain kuning.kato orng ghaib ..bunian lah..last cina jual ayei..nasib baik bukan si gelap..

  5. abutausijeha berkata:

    MJ kes kou ka tu..handsome laa steadya je in red..take cares..bye now

  6. mai berkata:

    Menghadapi masalah yang sama juga. Ya, empat anak tak bererti banyak melakukan seks. Suami cepat klimaks, maka si isteri pun ter’pregnant’….suami dingin, nak cepat je, bila isteri pregnant and berpantang lama sikit si suami yang dingin-dingin ni bercuti…fikir-fikirkan org lelaki ooiii….

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 345 other followers

%d bloggers like this: