Bunga tangan buat sang pengantin

SEJARAH asal mencatatkan bahawa karangan bunga tangan menjadi sebahagian daripada perkara yang perlu ada pada majlis perkahwinan tanpa mengira bangsa mahupun agama. Ia sebenarnya menjadi simbol kegembiraan dan kebahagiaan.

Dalam adat perkahwinan Inggeris, mereka percaya bahawa jika wanita masih bujang menangkap bunga yang dicampakkan oleh pengantin perempuan, mereka bakal mendirikan rumah tangga selepas itu.

Tidak kira warna kulit, bangsa atau agama kini semuanya inginkan bunga tangan untuk melengkapi penampilan ketika bergelar raja sehari.

Selain dapat menaikkan seri pengantin, rata-rata pengantin perempuan berpendapat, memegang bunga tangan dapat mengurangkan rasa gugup mereka yang menjadi tontonan tetamu pada hari bersejarah tersebut.

Karangan bunga yang indah dan menarik menjadi keutamaan yang menjadikan penampilan seseorang pengantin itu bertambah ceria dan segar.

Hasil kreativiti penggubah bunga, tercipta pelbagai jenis bunga tangan yang memang cantik lagi menawan.

Ditambah pula dengan penggunaan bunga segar dan aksesori, menjadikan bunga tangan antara salah satu keperluan pengantin yang tidak lagi dipandang ringan.

Pemilik Flora, Etc…, Razak Ahmad berkata, gubahan bunga tangan tidak semestinya berbentuk bulat, ia boleh dihasilkan dalam beberapa bentuk mengikut tema, warna dan konsep perkahwinan pasangan pengantin itu.

“Di Flora, Etc… idea yang digunakan adalah daripada gaya sendiri dan lain daripada yang biasa. Ada juga yang digubah mengambil inspirasi daripada gaya Inggeris.

“Namun, kebanyakan pengantin lebih gemar memilih karangan bunga ros putih, merah, merah jambu untuk dijadikan bunga tangan mereka,” jelas beliau.

Sebelum memutuskan bunga segar yang dipilih untuk dijadikan bunga tangan, Razak akan memastikan konsep perkahwinan, pakaian pengantin dan warna tema perkahwinan untuk disesuaikan dengan pemilihan bunga dan warnanya.

Bagaimanapun pendapat pengantin tetap diutamakan agar mereka dapat merasakan lebih kepuasan pada hari bersejarah kelak.

“Dinasihatkan kepada bakal pengantin yang ingin menempah bunga tangan daripada bunga segar agar menghubungi dua atau tiga hari lebih awal dari tarikh perkahwinan. Berikan semua maklumat kepada penggubah bunga dan kemudian boleh menetapkan waktu untuk mengambil bunga tersebut.

Kami juga akan memberi cadangan kepada pelanggan jika bunga tangan tersebut perlu dicampurkan dengan bunga tiruan atau sebarang aksesori tambahan lain,” kata beliau yang pernah menghasilkan jambangan bunga untuk artis Hollywood seperti Jennifer Aniston dan Cameron Diaz ketika berkerja di Amerika Syarikat satu ketika dulu.

Tambah Razak, bunga tangan yang diperbuat daripada bunga segar biasanya kekal segar dan cantik hingga lapan hari. Harga untuk tempahan bunga tangan pula bermula daripada RM250 ke atas. Untuk maklumat lanjut sila hubungi 03-21668090 atau layari laman web http://www.floraetc.com.my.

2 Responses to Bunga tangan buat sang pengantin

  1. Arjuna berkata:

    Bagi yang berduit, perkahwinan dijadikan seperti majlis perkahwinan raja2. Tetapi bagi yang kurang berada, tempahan2 biasanya kurang atau tidak dilakukan. Teringat dulu, sebelum perkahwinan kakak ku pada tahun 1976, ibuku sibuk membuat bunga rampai. Disebabkan semua orang bergotong royong, maka hantaran akan di sponsor oleh sanak saudara dan jiran2.. ada yang bawa sebekas ada yang bawa dua bekas, yang bawa beras pun ada, yang bawa gula sahaja pun ada..maka digubahlah semua tu menjadi berbagai2 benda.

    Terdapat tentangan dari orang2 yang bergelar alim-ulama. Katanya tidak boleh membuat sesuatu yang menyerupai benda hidup untuk hantaran, seperti bentuk arnab, udang, ketam dan sebagainya. Kerana diakhirat kelak dia kan minta nyawa pada kita. Itu tak ada nas sahih tau!! Sebenarnya itu adalah larangan Nabi kita supaya umatnya tidak terbabas membuat patung yang menjadi pujaan dan pujian pada pembuat dan pemerhatinya.

    Tetapi dibolehkan membuat hantaran berbentuk bunga2an yang didalamnya terdapat makanan. Kerana persembahan pun penting juga. Itu menunjukkan kesungguhan.

    Tetapi tentang bunga2 yang di beli dengan beratus2 ringgit sudah tentu itu merupakan pembaziran. Membazir atau tidaknya terpulanglah kepada diri sendiri. kalau kata tak membazir, apa dalilnya.

    (Pembaziran = benda atau perkara atau perbelanjaan atau masa atau ruang yang tidak membawa faedah, tidak ada kesan material dan spiritual. Jika tidak membazir, wang atau benda atau perkara itu boleh digunakan ditempat lain yang lebih2 diperlukan oleh orang lain.)

  2. Michael Nowak berkata:

    DJalzZ Blogs rating, add your blog to be rated for free:
    http://blogsrate.net

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 343 other followers

%d bloggers like this: