Makanan punca alahan

Bersama Dr Nur Atiqah Ng Abdullah

PERKATAAN alergi berasal dari perkataan Greek “allon argon” yang bermaksud tindak balas berlainan dan bila berlaku terhadap seseorang dikatakan alergik.

Istilah alergi makanan atau alahan makanan merujuk kepada tindak balas keimunan yang advers (kurang baik) terhadap komponen tertentu dalam sesuatu makanan, biasanya protein tertentu di dalam komponen makanan tertentu.

Asalnya ia tidak berbahaya dan boleh diterima badan tetapi protein ini kemudiannya dianggap penceroboh berbahaya kerana mencetuskan tindak balas keterlaluan. Masalah alergi makanan hendaklah dibezakan daripada reaksi luar jangkaan yang tidak berdasarkan mekanisma imun seperti nyahtoleran yang disebabkan kekurangan enzim penghadaman, kesan farmakologikal makanan dan reaksi toksik.

Mekanisma imun di sebalik alahan makanan masih belum diketahui sepenuhnya tetapi boleh dibahagikan kepada reaksi yang berkaitan dengan IgE antibodi dan yang tidak berkaitan.

Bagaimana alahan terjadi ?

Secara saintifik, sensitiviti-secara-bilazim (hypersensitivity) badan membabitkan tiga komponen asas iaitu alergen makanan (bahan yang menyebabkan alahan), antibodi (terutamanya immunoglobulin E) dan sel tertentu seperti sel ‘mast’ dan basofil (sejenis sel darah putih).

Apabila seseorang yang mengalami masalah alahan memakan sesuatu komponen alergen makanan, sistem kelalian atau kemanglian mereka akan dirangsangkan untuk menghasilkan antibodi IgE tertentu terhadap komponen makanan itu.

Berjuta-juta antibodi kemudiannya mengalir dalam saluran darah, sebelum antibodi itu melekat kepada sel darah putih atau akan masuk ke dalam tisu badan dan seterusnya melekat kepada sel ‘mast’.

Pada umumnya, sel ‘mast’ boleh dapati di tempat di mana tubuh kita didedahkan kepada persekitaran seperti kulit, paru-paru dan gastrousus. Basofil dan sel ‘mast’ menghasilkan dan menyimpan bahan seperti ‘histamine’ (histamina – bahan dalam tubuh yang menghasilkan tindak balas alahan.

Apabila antibodi IgE pada permukaan basofil dan sel ‘mast’ terdedah kepada alergen makanan, sel-sel ini akan membebaskan histamine yang seterusnya menyebabkan berbagai-bagai simptom reaksi alahan.

Kebanyakan reaksi kurang baik terhadap bahan tambahan dalam makanan disebabkan intoleran dan bukan alahan. Manakala, protein dari ayam, kambing, beras dan tepung ‘carob seed’ dianggap rendah dalam kandungan alergen. Dipercayai makanan seperti kiwi, betik dan mempelam boleh menyebabkan sensitiviti yang sebelum ini tidak diketahui.

Prevalen (kelaziman) dan skop masalah alahan makanan semakin meningkat di seluruh dunia dan ia mencerminkan corak pemakanan tempatan.

Perlu diketahui, simptom alahan makanan bergantung kepada peringkat umur ketika ia mula muncul. Contohnya, dalam umur beberapa minggu pertama kehidupan, simptom kebiasaannya adalah muntah dan cirit-birit. Dalam usia menjangkau beberapa bulan atau tahun pertama pula, bayi akan berhadapan dengan masalah kulit seperti atopik ekzema.

Simptom saluran pernafasan (bronkiolitis) kemudian timbul dalam bentuk asma dari umur 3 tahun dan ‘rhinitis’ dari umur baligh. Masalah yang timbul mungkin serius dan kadangkala tidak. Contohnya kegatalan sekitar mulut, kegatalan dan radang pada kulit, simptom gastrousus (muntah dan cirit-birit), simptom saluran pernafasan dan simptom sistem jantung yang mungkin boleh membawa maut.

Walaupun sesuatu makanan tertentu boleh mencetuskan reaksi dalam satu atau lebih organ, ia jarang menyebabkan asma, ‘rhinitis’ atau ‘urticaria’. Ekzema yang dirangsang oleh makanan dan beberapa penyakit gastrousus adalah berdasarkan mekanisma imunologi IgE dan non IgE. Masalah alergi makanan kronik dan subakut muncul sebagai reaksi gastrousus dengan simptom seperti perut sakit, muntah, cirit-birit dan tumbesaran yang terbantut.

Kebanyakan alahan makanan kanak-kanak akan hilang apabila anak-anak mula membesar, kecuali alahan terhadap makanan seperti kacang tanah dan makanan laut. Bayi dan anak-anak kecil yang memperlihatkan masalah alahan makanan lebih cenderung mengalami masalah alahan makanan yang lain dan alahan saluran pernafasan apabila mereka membesar.

Dalam 20 tahun kebelakangan ini, kelaziman alahan meningkat dengan kadar yang mendadak sehingga ke tahap Organisasi Kesihatan Sedunia (WHO) sudah mengisytiharkannya sebagai antara epidemik kurun ke 21.

Dengan mengambil kira semua jenis alahan dan simptom, jumlah kes berlipat ganda dalam 10 tahun yang terakhir ini. Anggaran kelaziman global alahan makanan adalah lebih kurang enam hingga lapan peratus. Ini mengenal pasti alahan, khususnya alahan makanan, sebagai satu dari penyakit yang paling lazim di kalangan bayi dan kanak-kanak dan membabitkan kos kesihatan yang tinggi di samping ketidakselesaan kepada anak dan keluarga.

Faktor yang mempengaruhi alahan

1) Ciri-ciri protein
2) Jumlah pengambilan
3) Jenis dan tahap respon sistem imun
4) Sensitiviti organ sasaran
5) Kecenderungan genetik.

Mengapa Berlakunya Peningkatan Kes Alahan ?

Tiga faktor utama yang berlainan memainkan peranan dalam peningkatan kelaziman alahan sejak dua abad kebelakangan ini:-

a) Peningkatan pendedahan terhadap penghasilan hama dalam habuk rumah.

b) Peningkatan pencemaran spesifik dari enjin diesel yang mencetuskan perengsaan (irritation) bronkial dan menyebabkannya lebih mudah diresapi oleh alergen paru-paru.

c) Pengurangan frekuensi penyakit yang tidak berbahaya semasa bayi. Ini menyebabkan sistem sel ‘T helper’(sejenis sel darah putih) beralih daripada sel Th1 ke sel Th2(yang memainkan peranan dalam tindak balas alahan).

PENINGKATAN kelaziman alahan yang mendadak ini menegaskan bahawa langkah pencegahan primer untuk mencegahnya perlu diambil secepat mungkin.

Seseorang itu akan menghadapi risiko lebih tinggi terhadap alahan makanan jika ia mempunyai kecenderungan genetik terhadap alahan yang diwarisi daripada ibu bapa dan seterusnya dia didedahkan kepada sesuatu alergen pada umur kritikal tertentu.

Secara praktis, pencegahan primer bertujuan mengelak daripada pendedahan dan simptom di kalangan individu yang berisiko.

Pencegahan sekunder pula menumpukan untuk mengawal simptom yang timbul pada individu yang sudah terdedah terhadap alergen.

Makanan yang menyebabkan alahan:

1) Putih telur
2) Susu lembu
3) Soya
4) Gandum
5) Kacang tanah
6) Buah-buahan citrus
7) Biji bijan
8) Ikan
9) Sotong.
10) Reaksi alahan terhadap bahan tambahan dalam makanan ( food additives) dan coklat adalah amat jarang.

2 Responses to Makanan punca alahan

  1. adyla ms berkata:

    assalamualaikum, saya sudah hampir sebulan mengalami alahan pada makanan. saya sudah berjumpa dengan doktok untuk dapatkan nasihat tentang apa yang perlu saya lakukan semasa mengalami alahan ini. saya tidak boleh makan ayam,kacang,makanan laut,ikan kembung,ikan sardin,telut,pisang dan beberapa lagi…ubat juga saya sudah ambil. selepas seminggu lebih saya makan ubat dan saya hampir pulih,tapi malangnya masih lagi belum sembuh..sampai sekarang saya makan ubat dan sapu krim pada tempat saya gatal. tapi masih belum ada apa-apa perubahan. saya ingin tahu, apa sebenarnya yang saya alami sehingga sekarang saya masih lagi belum sembuh,dan saya masih lagi bergantung pada ubat yang doktor berikan..maklum balas dan pertolongan tuan/puan amat saya perlukan..terima kasih..

  2. marina berkata:

    salam…baru2 ni sy perasan apabila makan ayam muka saya akan ditumbuhi bintik2 merah mengandungi nanah..begitu juga dgn belakang badan..so adakah ini trgolong dlm alahan?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 349 other followers

%d bloggers like this: