Hantaran tanda cinta

Oleh SADATUL MAHIRAN ROSLI

Dalam adat perkahwinan orang Melayu, selain tarikh, mas kahwin dan wang hantaran, perkara yang menjadi topik perbincangan ialah barang hantaran. Barang hantaran yang lebih membawa maksud sebagai hadiah kepada pasangan, turut ditentukan untuk dibawa oleh kedua-dua pihak sama ada sepersalinan atau serba satu. Kemudian jumlah bilangannya, inilah yang unik dalam perkahwinan masyarakat Melayu.

Adat berbalas-balas hantaran adalah simbolik kepada tanda kasih sayang kedua-dua pasangan tersebut.

Kini, hantaran turut mempunyai konsep dan warna yang ditentukan oleh pasangan pengantin. konsep moden, Inggeris, tradisional menjadi pilihan. Manakala warna-warna seperti perak, emas, firus, hijau epal, merah samar malah untuk kelihatan unik, warna hitam turut dipilih.

Konsep tradisional bersangkar separuh menjadi pilihan kali ini. Bakul mengkuang yang disaluti dengan kertas krep hijau epal diindahkan lagi ikatan reben dan ranting perak dan emas menceriakan lagi hantaran yang diletakkan buah-buahan, alat solek, beg tangan, jam tangan dan pewangi.

Manakala bagi yang gemar dengan warna perak, kuning, emas dan firus, gabungan permainan reben dan bunga-bungaan akan menaikkan seri hantaran tersebut dan ia dilihat lebih eksklusif.

Sementara itu, kini trend penggunaan bungaan segar lebih kepada pemberian lelaki kepada wanita manakala pemberian wanita kepada lelaki menggunakan bungaan tiruan.

One Response to Hantaran tanda cinta

  1. Arjuna berkata:

    Nak cerita sikit tentang hantaran dan acara sambut menyambut. Arjuna telah membuat bberapa penyelidikan tentang hantaran perkahwinan orang-orang Melayu tradisional terutamanya di Perak. Dalam banyak-banyak hantaran, jika dilihat lebih mendalam, sirih junjung adalah yang paling utama. Apakah signifikan sirih junjung dalam hantaran dengan sistem komunikasi. Sirih junjung biasanya dibawa paling hadapan apabila menhampiri rumah pengantin. Sirih junjung yang disediakan sedemikan rupa cantiknya dan bersusun-susun indah dihias bersama-sama tepak sirih. Ini adalah simbol kesenian dan halusnya seni Melayu. Manakala tepak sirih dibawa untuk dijamah dan sirih di hulurkan kepada tuan rumah atau wakil tuan rumah untuk di makan bersama2. Bagi yang tahu adat, sirih junjung dan tepak sirih mestilah dilengkapi sekurang-kurangnya dengan bunga cengkih, buah pala, gambir, kapur dan juga sirih.
    Penyerahan sirih junjung bermakna kedatangan tetamu dan menyambut tepak sirih dengan sopan adalah bermakna kesudian pihak tuan rumah untuk menerima tetamu. Selepas itu, sirih junjung akan di gubah semula oleh tuan rumah dengan menggunakan sirih yang dibawa tadi menjadi gubahan yang lain sebelum diserahkan kembali kepada tetamu untuk dibawa pulang. Adat menghias dan kreativiti mengolah semula sirih junjung adalah merupakan kesungguhan pihak tetamu dan tanda penghargaan atas kunjungan.

    Manakala tepak sirih pula, setelah di sambut oleh tuan rumah, hendaklah tepak sirih itu di buka dan pastikan semua alat2 bahannya lengkap dengan siap dilipat piak2 sirihnya. Lalu sirih tersebut dimakan bersama-sama. Bagi orang Melayu adat ini adalah simbolik bahawa tuan rumah sanggup makan bersama2 dan amat menghargai pemberian dari tetamu. Tanpa curiga ada racun atau tidak, tuan rumah sanggup mengunyah sirih tersebut. Sebagai balasan, tepak sirih yang telah kurang bahannya setelah dimakan tadi, hendaklah di masukkan sedikit wang ala kadar dan diserahkan kembali tepak sirih tersebut kepada pengunjung. Pengunjung akan membawa balik tepak sirih untuk di persembahkan kepada keluarganya. Menandakan bahawa mereka telah pun pergi bertamu dan berjaya berjumpa dengan tuan rumah. Dan lagi, tuan rumah dengan penuh kesudian menerima baik kedatangan mereka dibuktikan melalui susutnya bilangan sirih yang telah dimakan.

    Demikianlah halusnya adat budaya Melayu dengan simbolik2 yang berguna dan difahami oleh orang yang mempunyai ketinggian budi.

    Zaman sekarang semua itu tidak ada harga dan makna tidak difahami lagi. Cuma dikatakan ianya adalah adat. Nak cantik dan naklengkapkan hantaran.

    Wallahu a’lam.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 351 other followers

%d bloggers like this: