Hati berlemak ibarat api dalam sekam

HATI mempunyai pelbagai fungsi penting dalam tubuh manusia.

Hati berlemak atau steatosis adalah keadaan di mana terdapat lemak yang berlebihan pada hati.
Di Amerika Syarikat, kira-kira 25 peratus penduduknya menghadapi masalah ini dan ia lebih kerap ditemui di kalangan wanita.

Pakar Perunding Gastroenterologi, Jabatan Gastroenterologi, Hospital Putrajaya , Datuk Dr Ahmad Shukri Mohd Salleh, berkata meskipun hati berlemak bukan sejenis penyakit, ia petanda seseorang menghadapi masalah kesihatan.

Beliau berkata, hati berlemak jika tidak dirawat mendedahkan individu itu kepada situasi yang lebih serius.

“Ini kerana hati berfungsi menukar lemak yang dimakan kepada jenis lemak yang digunakan oleh tubuh.

“Trigliserid adalah salah satu bentuk lemak yang disimpan dalam tubuh dan digunakan untuk tenaga serta pembentukan sel-sel baru,” katanya.

Bagaimanapun, pemecahan lemak ini boleh terganggu jika seseorang itu mengambil minuman keras, kekurangan zat makanan, kehamilan atau keracunan.

Dr Shukri berkata, hati berlemak tidak menyebabkan penghidapnya berasa sakit dan ia ibarat api dalam sekam.

“Dalam jangka panjang, hati berlemak boleh menyebabkan radang pada sel-sel hati yang dikenali sebagai steatohepatitis.

“Pengambilan minuman keras sebanyak 10 auns seminggu memadai mendedahkan seseorang itu kepada hati berlemak,” katanya.

Namun, hati berlemak juga berlaku bukan kerana pengambilan minuman keras yang dikenali sebagai non-alcoholic steatohepatitis (NASH).

Kira-kira 15 hingga 50 peratus pesakit NASH boleh menghidap fibrosis atau sirosis hati yang menyebabkan saiz hati meningkat tiga kali ganda dari saiz normal.

Penyakit seperti batuk kering, diet yang tidak seimbang, pembedahan pintasan usus kecil untuk onesiti dan sesetengah ubat seperti kortikosteroid juga punca hati berlemak.

Di kalangan individu yang obesiti, lemak lebih banyak terbentuk dalam sel-sel hati.

“Sukar menjelaskan bagaimana penyerapan lemak pada hati.

“Pemindahan lemak daripada lain-lain bahagian tubuh atau peningkatan ekstrak lemak dalam hati akan melalui usus.

“Kadar kemampuan hati untuk memecah dan mengumuh lemak ialah punca kemungkinan berlakunya pengumpulan lemak dalam hati,” katanya.

Katanya, kajian mendapati hati berlemak punca menurun enzim hati yang dikenal pasti pada ujian darah secara rutin.

Enzim mini dikeluarkan oleh sel-sel hati apabila berlaku radang pada sel berkenaan.

>>TANDA-TANDA

- Letih

Sakit atau tidak selesa pada bahagian atas abdomen.

Dalam tempoh jangka panjang, ia boleh menyebabkan seseorang itu mengalami busung, hati bengkak, demam dan demam kuning.

>> RAWATAN

Rawatan awal, seseorang itu perlu pemeriksaan ultrasound atau CT Scan bagi melihat perubahan pada hati akibat pengumpulan lemak.

Ujian darah dilakukan bagi mengetahui paras kolestrol, trigliserid dan fungsi hati serta untuk mengetahui lain-lain punca radang hati.

Rawatan bergantung kepada puncanya. Elak mengambil minuman keras dan lakukan senaman bagi mengurangkan berat badan.

Mereka yang berisiko mendapat hati berlemak ialah mengambil minuman keras, kurang mengambil makanan berzat yang seimbang, obesiti, diabetis, sindrom Reye di kalangan kanak-kanak, kehamilan atau mengambil ubat secara berlebihan.

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 345 other followers

%d bloggers like this: