Bantu bayi waktu tidur

BAYI baru lahir menghabiskan sepanjang masanya (siang dan malam) dengan tidur dan hanya bangun setiap beberapa jam untuk menyusu.

Perkara ini menyebabkan ibu bapa yang baru menimang cahaya mata bimbang kerana tidak tahu berapa lama anak mereka perlu tidur dalam sehari.

Malangnya, tiada cara menentukannya kerana bayi baru lahir masih keliru dan tidak dapat membezakan antara siang dengan malam.

Mereka sangka perlu bangun pada waktu malam dan tidur sepanjang siang. Ini sebabnya bayi berjaga pada waktu malam dan ‘mengacau’ waktu tidur anda.

Secara umumnya, bayi baru lahir tidur antara lapan hingga sembilan jam pada waktu siang dan lapan jam pada waktu malam. Kebanyakan bayi tidak tidur terus (enam hingga lapan jam) pada waktu malam sehingga mereka berumur tiga bulan.

Bayi mempunyai perut kecil dan cepat berasa lapar. Dalam kebanyakan kes, bayi terjaga setiap tiga hingga empat jam untuk menyusu.

Walaupun bayi memerlukan tidur yang banyak, satu perkara perlu diberi perhatian iaitu dalam usia lima hingga enam minggu pertama, jangan biarkan si kecil tidur melebihi lima jam.

Jika ia berlaku, kejutkan bayi untuk diberi susu. Bayi yang lahir tidak cukup bulan perlu diberi perhatian lebih kerana sesetengahnya memerlukan penyusuan lebih kerap.

Justeru, usah teragak-agak untuk mengejutkan mereka daripada tidur kerana mereka perlu diberi susu.

Perhatikan perubahan pada tabiat tidur bayi anda. Jika bayi tidur secara konsisten dan terjaga secara tiba-tiba, si kecil mungkin mengalami masalah seperti jangkitan telinga. Bagaimanapun, bukan semua kes terjaga tiba-tiba disebabkan jangkitan, sesetengah gangguan tidur disebabkan pertumbuhan badan atau rangsangan yang terlalu kuat.

Seperkara lagi, jangan tidurkan bayi dengan botol susu di mulutnya. Tindakan ini berbahaya kerana boleh menyebabkan bayi mendapat jangkitan telinga atau tercekik.

Membantu bayi tidur

Bayi tidak dapat menentukan waktu tidur dan bangun mereka. Bagaimanapun, ibu bapa boleh membantu mereka tidur dengan mengenal pasti bila si kecil mengantuk, mengajarnya tidur sendiri dan menyediakan persekitaran sesuai, selesa serta selamat untuk tidur.

Apa tanda bayi sedia untuk tidur?

Ada beberapa tanda yang menunjukkan bayi anda sedia untuk tidur seperti:

- Menggosok-gosok mata

- Menguap

- Asyik melihat ke arah lain

- Meragam

Bagaimana cara membantu bayi tidur?

Bukan semua bayi tahu tidur sendiri. Apabila sampai waktunya, kebanyakan ibu bapa mendodoi atau menyusukan anak supaya dia terlena. Membentuk rutin tidur adalah tindakan baik.

Bagaimanapun, elakkan bayi terlena dalam dakapan anda kerana jika terbiasa, bayi menganggap mereka perlu didakap jika mahu menyuruh mereka tidur.

Apabila terjaga, bayi mungkin tidak boleh tidur balik dengan sendiri dan memerlukan bantuan anda untuk menidurkan mereka semula.

Pakar menyarankan supaya membiarkan bayi mengantuk dalam dakapan dan pindahkan ke katil ketika mereka masih terjaga. Cara ini secara tidak langsung membolehkan bayi belajar untuk tidur sendiri.

Selain itu, memainkan muzik lembut ketika bayi mengantuk boleh membantu membentuk rutin tidur si kecil.

Anda boleh membentuk tidur malam yang baik dengan tidak memberi rangsangan ketika makan malam atau menukar lampin.

Pada masa sama, malapkan cahaya lampu dan tahan keinginan untuk bercakap atau bermain dengan bayi.

Kaedah ini memberitahu bayi bahawa malam adalah waktu untuk tidur. Bayi yang terlalu penat biasanya lebih sukar tidur pada waktu malam berbanding bayi yang cukup tidur ketika siang.

Jadi usaha untuk tidak membenarkan bayi tidur ketika siang dengan harapan dia mudah tidur pada waktu malam bukan tindakan bijak.

Otak bayi mengambil masa beberapa minggu untuk menerima isyarat perbezaan antara siang dan malam. Malangnya, sehingga kini tiada cara untuk mempercepatkan penerimaan isyarat itu melainkan membentuk rutin tidur secara konsisten.

Posisi tidur untuk bayi

Di Amerika Syarikat, bayi ditidurkan dalam posisi meniarap dan di negara lain, bayi disaran tidur secara terlentang. Yang mana satu lebih baik?

Penyelidik mendapati sindrom bayi mati mengejut (SIDS) ada kaitan dengan posisi tidur meniarap.

Kini pakar sependapat, posisi tidur yang terbaik ialah baring terlentang. Tidur mengiring juga boleh, tetapi ia dikatakan lebih berisiko daripada berbaring.

Kajian lain mendapati penggunaan tilam lembut, cadar yang mudah tertanggal, selimut tebal (hingga menyebabkan kepanasan) juga meningkatkan risiko SIDS.

Risiko lebih tinggi jika bayi ditidurkan secara meniarap di atas tilam lembut.

Antara faktor lain SIDS ialah ibu merokok, penjagaan sebelum bersalin yang teruk dan kelahiran pramatang (tidak cukup bulan).

Sejak Akademi Paediatrik Amerika (AAP) menyarankan tidur secara baring terlentang, kadar kematian mengejut di kalangan bayi turun sebanyak 40 peratus.

Tidur terlentang juga ada manfaat lain kerana bayi yang ditidurkan dalam posisi ini kurang kemungkinan mengalami muntah. Malah, banyak kes tercekik dilaporkan berlaku pada bayi yang tidur meniarap.

Saranan menidurkan bayi

- Baringkan bayi di atas tilam yang tidak terlalu lembut atau keras, cadar tegang dan kemas (tidak mudah tertanggal)

- Alihkan bantal peluk, selimut, alat permainan dan lain-lain barang yang lembut

- Guna sarung tidur untuk bayi sebagai alternatif kepada selimut

- Jika menggunakan selimut, ukur panjang hingga ke dada bayi dan sisipkan bahagian selebihnya di bawah tilam

- Pastikan kepala bayi tidak tertutup ketika tidur

- Jangan tidurkan bayi di atas tilam air, sofa, bantal atau permukaan lembut yang lain

- Dalam sesetengah keadaan, tidur bersama bayi boleh mendatangkan bahaya kepada si kecil

- Letakkan katil bayi berhampiran katil ibu bapa supaya mudah diberi susu atau jika dia terjaga

- Jika ibu memilih tidur bersama bagi mudah diberi susu badan, pastikan bayi tidak tidur meniarap, elakkan selimut yang boleh menutup mukanya dan katil tidak terlalu rapat pada dinding atau perabot bilik untuk mengelak masalah lain

- Jangan benarkan adik beradik lain tidur sekatil dengan bayi

- Ibu bapa yang tidur bersama bayi diingatkan untuk tidak mengambil ubat yang menyebabkan mereka sukar bangun

- Untuk mengelak kepanasan, pakaikan bayi pakaian nipis dan selesa. Tentukan suhu bilik tidak terlalu panas. Sentuh kulit bayi untuk memastikan dia tidak kepanasan

Walaupun bayi digalak tidur terlentang, anda boleh letak si kecil dalam posisi meniarap ketika dia bangun. Posisi ini boleh membantu proses pembentukan otot dan mata, selain mengelak belakang kepala menjadi leper.

7 Responses to Bantu bayi waktu tidur

  1. Iffa berkata:

    anak saya lelaki berumur 2 bln lebih,22 hb esk nie genap lah 3bln.. dah dua hari tak tidur lena.. tak macam selalu.. kenapa ye adakah dia sakit.. tapi saya tgk jugak lah perut dia sume saya sapu minyak baby.. tapi sama jugak.. anak saya cepat dapat meniarap kadang kala dia ada meniarap pada waktu malam.. bantu saya..

  2. bb yaya berkata:

    biasala baby…berubah bulan.ank kita skrg ni pun mlm x tdo sgt.asyik terbangun je.lps tu nangis.plaknye kita ngantuk.esk nye nak keje lak…kata mak kita,bby mmg selalu berubah2 sepanjang dia nk besar.nnt lm2 dia akan ok…so…sabar jela bila dh bergelar ibu kan…

  3. khalidah berkata:

    smelah kite.. bby kite mlm b’jge smpi ke pgi br nk tdo.. skg ni bby da 4bln lbh..

  4. juazean berkata:

    bby saya bru 57 hari..stat dari lahir bleh dikira cuma brapa kali je dia tido malam..dia akan bangun dalamjam 12 @ 1 pgi & akn tido dalam jam @6 pgi.bla bgun bg susu bdan,then m’amuk n bgi ssu btol, pastu buang air besar.pas buang air besar dia akn m’amuk n mnangis n sukar nak dipujuk..bantulah saya..

    • zaki berkata:

      anak saya sekarang 2bln lebih dah… sebelum ni kes kita sama je saya dan isteri saya tak leh tido malam sebab asyik menangis je…. mula-mula ingatkan pasal masalah penyusuan ke, kembung dll… rupa-rupa ada masalah len setelah saya bawa berjumpa dengan seorang ustaz yang handal…. alhamdulillah dah seminggu dah baby dah ok… dah pandai senyum dah… skrg ni dia suka tngk warna-warna yang terang terutama tv… leka dia kalau letak depan tv

  5. yaney berkata:

    Anak lelaki saya berusia 3minggu.sehingga sekarang saya masih tidak cukup tidur akibat menjaga anak yang tidak tidur malam.kebiasaanya dia berjaga sebaik sahaja lampu dimalapkan sehingga hari menjelang pagi manakala bila siang dia tidur sehingga saya terpaksa membangunkannya setiap 2-3jam untuk memberinya susu badan.akan tetapi bila dia sudah kenyang dia tidur balik.hal ini menyebabkan saya runsing dan berasa selalu keletihan di setiap hari.sy sudah mencuba pelbagai cara untuk memastikannya selesa tidur di waktu malam.namun semuausaha saya sia-sia sahaja.

  6. Fae Eisya berkata:

    saya ada anak perempuan berusia 5 bulan 2 minggu. anak saya nie bila menyusu waktu malam dia x mahu menyusu dalam keadaan mengiring atau duduk. kalau sy susukan di dalam keadaan mengiring atau duduk mesti dia akan terjaga dan meragam tapi kalau saya susukan dia dalam keadaan dia (bayi saya) meniarap di atas badan saya dia xpulak meragam or terjaga, lena je.. saya nak tanya ada tak side effect kalau dia menyusu dalam keadaan begitu???saya risau sangat memikirkan perkara ini..harap puan boleh membantu saya memberi info. Terima Kasih

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 345 other followers

%d bloggers like this: