Sebab mata merah

Bersama Prof Dr Muhaya Mohamad

MATA merah adalah gejala yang sering berlaku. Selalunya kita risau apabila mata mula mengalami masalah sama ada kerap berair, menjadi kabur atau sakit. Sebenarnya ia gejala yang dapat memberi amaran ada sesuatu yang tidak kena pada mata kita dan harus mengambil tindakan.

Oleh itu, penting bagi seseorang mengetahui serba sedikit bila mereka perlu mengambil tindakan segera atau masih boleh menunggu beberapa hari sebelum mendapat rawatan doktor mata.

Mata kita membabitkan kelopak mata dan biji mata. Jika sesuatu berlaku pada kelopak mata, ia tidak menyebabkan kebutaan.

Penyebab kemerahan mata yang sering berlaku ialah penyakit alahan, di mana pesakit berasa gatal dan mata sering berair. Bagaimanapun, penglihatan tidak terganggu dan ia dapat dirawat dengan ubat titis.

Bagi kanak-kanak, selain berdepan masalah mata, mereka sering mengalami alahan dan penyakit lelah. Penyakit kelopak mata yang boleh menyebabkan mata merah pada kanak-kanak adalah ketumbit.

Satu lagi penyebab penyakit mata yang sering berlaku ialah konjuntivitis. Gejala dialami pesakit juga sangat jelas, mata menjadi merah, berair, merasa silau dan ada banyak tahi mata.

Penyakit membabitkan biji mata mungkin mengganggu penglihatan apabila berlaku perubahan pada struktur mata. Penyakit ini hanya dapat dikesan pakar mata.

Antara masalah paling biasa ialah gejala mata merah. Mengapa mata seseorang menjadi merah? Banyak faktor menyebabkan mata menjadi merah. Faktor ini boleh dibahagikan kepada penyebab yang bahaya dan tidak bahaya.

Penyebab yang tidak bahaya ialah konjuntivitis, iaitu keradangan pada lapisan konjuntiva (lapisan mukus lembut yang menutup bahagian depan mata dan bahagian dalam kelopak mata) serta tidak membabitkan struktur penting mata seperti kornea.

Penyebab bahaya pula ialah glaukoma, uveitis dan jangkitan kuman pada kornea yang dipanggil ulser kornea.

Apakah gejala penting yang harus diberi perhatian?

Dua gejala penting harus diberi perhatian, iaitu:

  • Gangguan penglihatan
  • Kesakitan pada mata

    Jika ini berlaku, pesakit harus segera berjumpa doktor mata. Gambar A menunjukkan pesakit mengalami masalah mata merah, rasa sakit dan kekaburan penglihatan. Selepas dirujuk kepada pakar mata, beliau didapati menghidap skleritis atau radang pada lapisan luar mata (sklera). Kesakitan itu sembuh dengan rawatan yang diberi.

    Apakah jenis penyakit yang menyebabkan kesakitan pada mata?

    Antara penyakit yang menyebabkan kesakitan ialah glaukoma akut, uveitis, ulser kornea dan skleritis (keradangan sklera).

    Apa akan berlaku jika seseorang lewat mendapat rawatan?

    Besar kemungkinan menyebabkan kerosakan pada struktur di dalam mata dan saraf mata yang akan menyebabkan kebutaan.

    Bagaimana kebutaan boleh berlaku pada pesakit yang mengalami glaukoma akut?

    Glaukoma akut berlaku kerana peningkatan tekanan dalam mata secara mendadak sehingga menyebabkan kemerahan mata dan kesakitan yang amat sangat. Pesakit memerlukan rawatan segera kerana jika tidak, akan berlaku kerosakan saraf optik berlaku yang boleh menyebabkan kebutaan. (Gambar B)

    Apakah penyebab utama ulser kornea di negara kita?

    Antara penyebab utama ulser kornea ialah penggunaan kanta lekap. Risiko menjadi lebih tinggi jika pemakai tidak mengamalkan kaedah penjagaan dan kebersihan seperti disaran.

    Bolehkah jangkitan kuman menyebabkan kebutaan?

    Jangkitan kuman menyebabkan mata pesakit menjadi merah, berasa sangat sakit dan muntah.

    Mengapa pemakai kanta lekap boleh mengalami mata merah?

    Keadaan ini mungkin disebabkan jangkitan kuman pada lapisan kornea mata yang dipanggil ulser kornea. Justeru, mata menjadi merah dan sakit. Jika tidak dirawat segera, pesakit akan menjadi buta. Ulser kornea disebabkan kuman pada mata seorang pemakai kanta lekap yang tidak menjaga kebersihan dan tidur tanpa menanggalkannya.

    Apa harus dilakukan pemakai kanta lekap jika mata menjadi merah?

    Perkara pertama dan paling penting ialah tidak memakai kanta lekap berkenaan; sebaliknya terus membawa kanta lekap dan bekasnya berjumpa doktor mata. Doktor akan memeriksa bekas kanta lekap itu untuk memastikan sama ada ia mengandungi kuman. Rawatan segera mencegah kebutaan.

    Apa tindakan doktor?

    Doktor memeriksa ketajaman penglihatan dan memeriksa mata pesakit, seterusnya menentukan penyebab mata merah.

    Apakah rawatan untuk ulser kornea?

    Ubat titis antibiotik diberi dan harus digunakan setiap satu hingga dua jam. Pesakit harus mendapat rawatan di dalam wad untuk pemantauan rapi.

    Nasihat kepada pesakit dan doktor yang merawatnya?

    Doktor harus bertanya dua soalan kepada pesakit yang mengalami mata merah iaitu:

  • Adakah mata pesakit berasa sakit?
  • Adakah penglihatan mereka terganggu?

    Jika pesakit menjawab ya bagi kedua-dua soalan, dia perlu dirujuk kepada pakar mata dengan segera. Jika tidak, besar kemungkinan pesakit menjadi buta jika masalah mata merah berpunca daripada penyebab berbahaya seperti jangkitan kuman.

    Bagaimana uveitis menyebabkan mata sakit?

    Keradangan dalam mata menyebabkan pengeluaran bahan radang yang menimbulkan kesakitan. Pesakit ini mengalami uveitis akut (Gambar E).

    Bolehkah penyakit tibi membabitkan mata?

    Ia boleh berlaku dan selalunya menjadi lebih teruk jika tidak dikesan dan diberi rawatan awal.

  • One Response to Sebab mata merah

    1. suhaiza amran berkata:

      mata putih saya kelihatan merah, tetapi tidak merah, sakit atau gatal, jadi disini saya ingin tahu apakah ubat untuk menghilangkan mata saya yang merah itu

    Tinggalkan Jawapan

    Fill in your details below or click an icon to log in:

    WordPress.com Logo

    You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

    Twitter picture

    You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

    Facebook photo

    You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

    Google+ photo

    You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

    Connecting to %s

    Follow

    Get every new post delivered to your Inbox.

    Join 345 other followers

    %d bloggers like this: