Etika pergaulan sosial

Apakah antara etika penting yang patut dipelajari oleh anak untuk mahir dalam pergaulan sosial?

IMPRESI pertama amat penting. Sebagai ibu bapa, anda perlu mendidik anak anda untuk memberi impresi yang baik dan ini bermakna perlunya didikan dan pendedahan etika kepada si anak. Berikut adalah lima etika penting yang perlu dipelajari oleh anak:

* Panggilan

Panggilan yang berpatutan mencerminkan tahap kematangan dan keyakinan seseorang anak. Ajar anak memanggil orang dengan gelaran dan nama yang betul.

Mengamalkan komunikasi mata juga merupakan satu etika yang penting. Anda boleh mendidik anak cara memanggil seseorang menerusi lakonan semula. Minta anak berlatih dengan berkata: “Hai, Uncle Yus” dan sambil melihat ke arah mata anda. Ingatkan mereka tentang pentingnya menggunakan gelaran seperti encik, puan atau cik dan jangan sesekali menggunakan nama pertama seseorang melainkan diminta.

* Berjabat tangan

Dalam komuniti kita, berjabat tangan memainkan peranan yang hampir menyamai kucupan mesra sebagaimana yang dipraktikkan oleh masyarakat Eropah. Jadi, adalah amat signifikan jika anak dapat mempelajari etika berjabat tangan untuk diaplikasikan apabila perlu. Pada kebiasaannya, tangan kanan akan dihulurkan.

Jika perlu, berlatih dengan anak di rumah terlebih dahulu agar anak tidak menggenggam tangan orang lain dengan terlalu keras atau terlalu lembut.

* Katakan ‘tolong’ dan ucapkan ‘terima kasih’

Tolong dan terima kasih adalah dua ungkapan yang masih berharga pada hari ini. Penggunaan kedua-dua ungkapan ini membawa makna yang besar kepada orang yang mendengarnya berbanding dengan wang ringgit.

Demi mendidik anak-anak menggunakan ungkapan-ungkapan ini, sebagai ibu bapa, anda juga perlu menjadi contoh yang baik. Ingatkan anak berkali-kali. Beritahu anak mengapa kedua-dua ungkapan ini penting. Ini kerana setiap orang suka dirinya dihargai dan ini turut memudahkan pergaulan harian.

* Maafkan saya…

“Maafkan saya….” adalah satu ungkapan yang cukup bernilai walaupun jarang digunakan. Ungkapan ini sebenarnya boleh digunakan dalam pelbagai keadaan berbeza. Misalnya, ketika melalui bilik yang sesak dan anda terpaksa melintas di hadapan seseorang atau sewaktu meninggalkan sesebuah majlis. Penggunaan ungkapan ini sewaktu cuba berasak-asak keluar dari ruang kereta api yang sempit juga dapat mencerminkan kelakuan seseorang.

* Elakkan menyampuk

Tiada yang lebih teruk dan kurang ajar berbanding seseorang kanak-kanak menyampuk ketika ibunya yang sedang berbual dengan orang lain.

Ajar anak agar menunggu sementara membiarkan orang lain habiskan perbualan mereka. Didik anak bagaimana mengaplikasikan etika yang betul menggunakan isyarat tangan seperti menaikkan satu jari untuk menunjukkan anda akan mendengar keluhannya sebentar lagi.

Selepas itu, pastikan anda betul-betul mengotakan janji tersebut. Elakkan daripada menghentikan perbualan anda untuk melayan kerenah anak kerana ini akan menggalakkan peri laku mereka bertukar menjadi satu tabiat.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web www.thecutekid.com.

One Response to Etika pergaulan sosial

  1. siti nur afisah berkata:

    bleh x bgtau dgn lbh terperinci lg

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 345 other followers

%d bloggers like this: