Oleh Rohaniza Idris
Genetik, persekitaran boleh pengaruhi perkembangan linguistik kanak-kanak
AIREEN, empat tahun petah bercakap dan sering membuat mamanya terdiam apabila disoal dengan pertanyaan yang kadangkala tiada jawapan. Ini berbeza sekali dengan rakan seusianya, Nurin yang masih tidak pandai bercakap walaupun aktif seperti kanak-kanak lain.
Keadaan Nurin menyebabkan ibunya, Noor bimbang dan sering tertanya-tanya kenapa anaknya yang anaknya boleh dikategorikan ‘bising’ walaupun apa yang keluar dari mulutnya tidak difahami kerana bunyinya seperti kanak-kanak baru belajar bercakap.
Pakar Perkembangan dan Pendidikan Kanak-Kanak Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr Mastura Badzis, berkata keupayaan seseorang kanak-kanak itu boleh bercakap adalah berbeza antara seorang dengan yang lain dan berkait rapat dengan faktor persekitaran dan kesihatan mereka.
Katanya, ada sesetengah kes anak lambat bercakap kerana faktor genetik yang mana ayah atau ibunya ketika kecil pun lambat bercakap juga.
“Mungkin juga kanak-kanak berkenaan sedang memberi tumpuan untuk menguasai sesuatu kemahiran baru. Contohnya belajar berjalan. Itulah sebabnya kadang-kadang kita lihat ada kanak-kanak yang bila sudah boleh merangkak dan berjalan barulah mereka mula bercakap.
“Ada juga kanak-kanak tidak mendapat perhatian secukupnya daripada ibu bapa atau penjaga. Ada ibu bapa yang terlalu sibuk hingga kurang memberi perhatian untuk bercakap dengan anak kerana jarak umur antara seorang anak dengan lain agak rapat, adik beradik kembar atau keluarga besar. Ahli keluarga dewasa mungkin lebih bercakap sesama sendiri,” katanya
Dr Mastura berkata, kurang galakan dan sokongan ibu bapa juga boleh menyebabkan kanak-kanak lambat bercakap, begitu juga jika mereka kurang didedahkan bercakap dengan orang dewasa.
Daripada aspek kesihatan, anak yang kurang atau lambat bercakap mungkin menghadapi masalah ‘ear infection’ atau disahkan mempunyai masalah pendengaran.
“Kanak-kanak yang mempunyai masalah ‘oral-motor’ juga menghadapi kesukaran menggunakan lidah, bibir dan dagu untuk mengeluarkan perkataan. Namun, biasanya kes seperti ini ada kaitan dengan masalah makan (masalah ini hanya boleh dikenal pasti pakar)
“Kanak-kanak berkeperluan khas dan mereka yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi seperti tidak cukup zat makanan, tekanan emosi, penderaan dan sebagainya juga menyebabkan mereka lambat bercakap. Selain itu kanak-kanak yang selalu bermain sendiri dan kurang terdedah kepada hubungan sosial juga menghadapi masalah sama. Begitu juga jika ibu bapa menggunakan bahasa ‘rojak’,” katanya.
Bahasa atau percakapan biasanya akan tercetus apabila ada ruang untuk berinteraksi antara seorang dengan yang lain dalam konteks sosial. Ia juga ada kaitannya dengan keupayaan seseorang kanak-kanak itu berfikir dan menguasai perbendaharaan kata.
“Namun, galakan dan sokongan memainkan peranan penting merangsang keupayaan kanak-kanak untuk bercakap. Menurut kajian, satu daripada sepuluh kanak-kanak menghadapi masalah lambat bercakap dan ada fakta mengatakan biasanya kanak-kanak lelaki, tiga atau empat kali lebih terdedah kepada masalah ini berbanding dengan kanak-kanak perempuan,” katanya.
Bila anak mula boleh bercakap? Persoalan mengenai satu yang subjektif kerana keupayaan berkenaan berkait rapat dengan empat peringkat perkembangan bahasa kanak-kanak.
Peringkat pertama bermula dengan kemahiran fonologi iaitu seseorang kanak-kanak belajar mengeluarkan bunyi dan memahami bunyi-bunyi bahasa pertuturan.
Kedua ialah kemahiran semantik iaitu keupayaan kanak-kanak memahami perkataan dan menguasai perbendaharaan kata.
Ketiga keupayaan kanak-kanak belajar cara mencantum dan menyusun perkataan menjadi ayat yang betul dari segi tatabahasa.
Keempat adalah yang paling kompleks iaitu perkembangan pragmatik yang membabitkan peraturan menggunakan bahasa dalam konteks sosial yang berbeza atau tujuan yang pelbagai.
FAKTA: Percakapan kanak-kanak
INFO: Tip membantu anak bercakap









terima kasih atas panduan ini…anak saya dalam proses banyak bercakap tetapi dia mungkin keliru dgn kosa kata kerana berada di negara asing.
Anak saya mengalami masalah lambat bercakap. kini dia telah berusia 2 tahun 9 bulan tetapi masih belum pandai bercakap. hanya beberapa perkataan sahaja mampu anak saya sebut. jauh sekali nak gabungkan perkataan menjadi satu ayat. saya telah cuba pelbagai kaedah untuk berkomunikasi dengannya tetapi setiap perkataan yang saya sebut tak pernak nak diikut. dia buat tak tahu je. apa pendapat puan?
Salam puan..anak saya lelaki 2 tahun & 2 tahun 9 bulan. Saya lebih risaukan abgnya kerana kebanyakkan rakan sebayanya telah lancar bercakap berbandingnya. Adakah ini menganggu pembelajarannya kelak? Pohon nasihat.
salam puan…anak saya kembar laki n umur 3thn n 4 bulan.mereka langsung tak dapat bcakap tp mereka boleh faham apa yg kita kata.hanya keriau shj n mereka bole kt aeeaeeeaeee n kalau kt paksa boleh kata ammma apppa je.saya sakit ati tengo anak i n sekarang saya tengah jumpa speech terapi n ENT pinang GH njumpa pakar 3.saya juga tak tau nak buat apa untuk nak i so i minta puan akan tolong saya
anak saya setahun lebih dah boleh bercakap, kami menggunakan pendekatan selalu bercakap dgn nya dgn menggunakan memek muka yg sesuai, wlubagaimanapun pemberian susu ibu adalah penting untuk perkembangan otak anak2 berbanding beri susu formula. kajian telah menunjukkan bahawa, majoriti anak yg minum susu ibu lebih dari 9 bulan, akan cemerlang darisegi intelek, jasmani termasuk pertuturan sekali pun, cuba tuan/pun tanya diri sendiri, adakah anak kalian mendapat susu ibu yang secukup nya mahupun hubungan percakapan yang akrab dengan ibubapa atau persekitaran?
anak sy 3thn 4bln.dia seorang anak premature.anak saya memahami apa yg kami ckp.dia bklah anak yg pediam,dia aktif.tp ckp masih tidak boleh.apa yg dituturkan, kami tdk faham.sy sdh membw anak berjumpa dgn speech therapist.dgn speech therapist, dia hndk sebut n buat apa yg disuruh.apabila bli kerumah, sy bt seperti apa yg dibuat oleh speech therapist,ttp dia xnak ikut..ada kwn2 yg boleh membantu?sy amat rsaukan anak sy itu..
salamm… saya mempunyai anak lelaki berumur 3 tahun 2 bulan.sampai sekarang anak saya masih belum bercakap.dia memahami apa yang saya kata.bermacam cara saya ikthiar.pendengaran anak saya ok..anak perempuan sulung saya sebelum ni tidak seperti adiknya..saya teramat risaukan keadaan anak saya.bantulah saya…
assalamualaikum..anak sy perempuan dan berumur 3tahun 4bulan..langsung tidak pandai bertutur..sy amat bimbang dgn keadaan anak sy..langsung xpandai bercakap walau sepatah perkataan pun..hanya mengeluarkan bunyi papapapapa..
Assalam..
Saya mempunyai anak lelaki yang berusia 3 thn 11 bln.Dah nak masuk 4 tahun.Tapi tak boleh bertutur dengan baik.Dia faham apa yang kita cakap,pandai ikut arahan,boleh membaca ABC,123,aliff Ba Ta dan dia boleh mengenal objek dalam buku @ dalam tv untuk dipandankan dengan objek realiti.Perkataan hanya beberapa sahaja yang dia boleh sebut.Bila kita tanya dia tak tahu nak jawab macam mana.Dia suka ikut apa yang kita cakap dan apa yang kita tanya.Soalan saya adakah masalah anak saya ni berada pada tahap yang biasa atau tahap yang kritikal dlm pertuturan.Buat masa skrng saya telah berjumpa Dr untuk buat hearing test.Kalau tak ada masalah pendengaran baru nak refer ke terapi pertuturan.Tapi yang saya amat kecewa speech therapy amat kurang di KL.Termasuk di hkl sendiri pun tak ada.Saya sarankan kementerian kesihatan harus perbanyakkan pusat terapi ni.Terutama di HKL sendiri.Sebab kebelakangan ini boleh dikatakan ramai kanak2 menghadapi masalah ini.Tolong saya macam mana cara saya nak mendidik anak seperti ini.