Teknik Bersolek

Bersolek bermaksud mendandan diri dengan kemas agar kelihatan ceria dan tampil menawan. Ada yang menggunakan alat mekap yang ringkas, malah ada juga yang menggunakan pelbagai warna dan jenama mahal yang sesuai dengan kulit dan warna muka.

Bersolek bukan sekadar menempek alat mekap pada wajah tetapi dengan pemilihan warna yang betul, anda bukan saja kelihatan cantik tetapi secara tidak langsung anda juga yakin dengan penampilan diri.

Perkara asas yang perlu anda tahu, apakah warna-warna yang paling sesuai. Ada dua kumpulan warna – kumpulan warna sejuk dan kumpulan warna panas. Selepas memastikan kumpulan warna yang menyerlahkan lagi penampilan anda, pemilihan alat solekan yang betul juga harus diambil kira. Kerana solekan seharusnya memberikan kesan positif pada metabolisme kulit dan membantu memperbaiki keadaan kulit.

Nancy Tan, dari Nu Skin berkata, solekan bermula dengan membasuh wajah sebelum menyegar dan melembab. Kemudian bedak asas disapukan mengikut kesesuaian kulit si pemakai.

“Dalam memilih bedak asas, anda harus bijak.Pilih warna yang terdekat dengan garis rahang bukan telapak tangan atau tangan,” katanya.

Memakai bedak asas juga kata Nancy memerlukan berus atau span yang sesuai bukan menempeknya dengan tangan.

“Jangan letak lima titik di dagu, dahi, hidung dan kedua belah pipi kerana ia akan nampak bertompok-tompok disebabkan bedak asas yang cepat mengering,” jelasnya.

Tambah Nancy, dalam bersolek jangan sesekali menggunakan jari sama ada mencampurkan warna atau mengambil warna dari bekasnya kerana ia akan tidak akan membantu mencantikkan wajah.

Teknik Bersolek

Langkah satu:

Sesetengah orang gemar memantis dan melukis kening (walau sebenarnya dalam Islam hukumnya haram). Bagi mereka yang bukan Islam, kening yang dipantis harus bersesuaian dengan wajah supaya penampilan anda tidak kelihatan lucu.

Kata Nancy, mereka yang berwajah kecil, kening yang dipantis dan dilukis terlalu tinggi. Bagi mereka yang berwajah panjang, kening dipantis berbentuk lurus menghala ke bahagian atas telinga.

Bagi yang berwajah bulat, kening dipantis jatuh mengarah ke pertengahan telinga. Wajah berbentuk bulat, kening dipantis lekuk ke bawah mengarah ke cuping telinga. Manakala mereka yang berwajah bulat, kening dipantis lekuk mengarah ke bahagian atas telinga.

Langkah dua:

Solekan wajah bermula dengan mata. Untuk mendapatkan gaya mata menawan gunakan warna-warna seperti beige atau putih untuk disapu pada seluruh bahagian kelopak mata.

Ia juga boleh digunakan sebagai asas untuk memastikan solekan kekal lama. Langkah itu diikuti dengan sapuan warna yang lebih gelap di bahagian hujung mata. Kemudian ‘tajamkan’ penampilan mata dengan celak.

“Setiap orang ada warna pilihan. Tetapi ingat setiap warna memiliki impak tersendiri pada penampilan. Jika anda rasa warna yang dipilih itu salah, jangan padam kerana wajah bukan kertas sebaliknya sapukan dengan warna putih atau beige sebelum meletakkan sapuan warna yang betul,” katanya.

Langkah tiga:

Jangan gunakan pemerah pipi berwarna pink jika warna kulit tidak senada. Manakala untuk penampilan yang lebih tenang, pilih pemerah pipi jenis ‘shimmer’.

“Memakai pemerah pipi harus dengan berus dan ditekan-tekan ke wajah beberapa kali. Jangan sapukan, kerana ia akan membuatkan bedak dan bedak asas hilang,”katanya.

Langkah empat:

Gunakan penggaris bibir untuk membentuk garisan luar bibir bermula dari garis luar ke arah lekuk bibir di bahagian atas. Untuk bibir yang kelihatan penuh dan sesual, jangan lukis lekuk bibir sebaliknya lukis secara selari sebelum tekap sedikit gloss di bahagian tengah bibir. Ia akan membantu bibir kelihatan besar dan menarik.

Secara teorinya kata Nancy, penggaris bibir akan menajamkan garisan bibir. Gunakan gincu berwarna lembut untuk penampilan yang kelihatan sopan dan anggun tetapi guna warna terang untuk penampilan yang menyerlah.

Apa patut tahu

Warna sejuk – berorientasikan nada biru seperti putih, pink, biru, ungu dan perak

Warna panas – berorientasikan nada kuning seperti beige, kuning, perang, hijau dan merah

Jangan gunakan tangan untuk mencampurkan warna sebaliknya gunakan berus yang sesuai

Basuh berus dengan perapi rambut dan jemur dengan cara membaringkannya.

Guna warna yang terang untuk bibir tetapi warna yang lebih lembut pada mata.

8 Responses to Teknik Bersolek

  1. kenarigils berkata:

    sy masih tak pandai buat eyeshadow utk mata…takut nak pilih warna yg sesuai..
    kalu ke pej. guna eyeliners warna hitam je….bantu le…

  2. dalila berkata:

    apa warna gincu yg sesui untuk bbir yg gelap?

  3. CT berkata:

    hmm…bibir yg gelap boleh dicalitkan dengan warna natural like brown/plump color..xboleh calitkan dgn red color,nmpak lg buruk–
    Anyway nice artikel– Ehem,for bag lovers, do visit us at http://wholesalepricehighquality.blogspot.com
    HARGA BORONG WITH TRIPLE A QUALITY..comes dgn original packing ;-)

  4. ain berkata:

    boleh tak ajar saya mcm mane cara mekap yg btl????
    mula2 kita perlu pakai ape hingga yg last sekali…

  5. iskandar berkata:

    saje nak myampuk..tanye org lelaki ke pompuan ni ain?..hahaha :).sorry..gurau je..

  6. anamie berkata:

    bagaimana utk solek bhgian mata, jika mata berbentuk panjang dan tajam… dan cara memakai pemerah pipi jika bentuk wajah panjang dan agak berisi, dan cara solek supaya blh nampak kurus sikit…

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 345 other followers

%d bloggers like this: