Hutang Menurut Islam

ISLAM menuntut umatnya sentiasa bersederhana kerana ia membawa kepada perasaan syukur terhadap apa yang dikurniakan.

Ia juga menghindarkan kita daripada terjebak dengan berbelanja berlebihan, seterusnya dibelenggu hutang.

Islam mengharuskan seseorang itu berhutang terutamanya ketika berada dalam kesempitan hidup atau memerlukan bantuan kewangan untuk memenuhi tuntutan asas seperti tempat berlindung, makan-minum dan pendidikan anak.

Namun, Rasulullah SAW tidak menggalakkan seseorang membiasakan diri dengan berhutang.

Misalannya, kita tidak mempunyai wang yang cukup untuk membeli rumah secara tunai dan perlu mendapatkan pembiayaan bank.

Kini, dengan pelbagai produk pembiayaan Islam di pasaran, orang ramai bukan saja dapat membebaskan diri daripada riba yang dikaitkan dengan produk pinjaman konvensional, mereka juga boleh memenuhi keperluan asas seperti rumah, melalui kaedah jual-beli seperti Bai Bithaman Aji.

Justeru, adalah tidak tepat pandangan pihak yang mengatakan peningkatan jumlah yang berhutang dan muflis di negara ini disebabkan wujudnya pelbagai produk kewangan yang menggalakkan mereka berbelanja secara tidak berhemat.

Firman Allah S.W.T. dalam surah al-Maidah, ayat dua yang bermaksud:

“Dan bertolong-tolonglah kamu pada jalan kebaikan dan ketakwaan dan janganlah bertolong-tolong pada perkara dosa dan permusuhan.”

Dalam hal ini, fungsi institusi perbankan, khususnya yang menawarkan produk kewangan Islam, adalah menyediakan kemudahan kewangan bagi umat Islam khususnya memenuhi kehendak serta keperluan mereka yang tidak bercanggah dengan hukum syarak.

Lebih meleset lagi tanggapan bahawa kelonggaran yang diberi oleh Islam dalam urusan berhutang meliputi perihal penjelasan hutang.

Hakikatnya berhutang itu diharuskan oleh Islam, manakala membayar balik hutang itu pula diwajibkan.

Dalam hal ini, besarnya kewajipan melunaskan hutang diterangkan dalam sabda Rasulullah SAW yang bermaksud “Diampuni semua dosa orang yang mati syahid kecuali hutang.” (Riwayat Muslim).

Dalam hadis yang lain, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

“Barang siapa yang mengambil harta orang lain (berhutang) dengan hasrat membayarnya balik nescaya Allah akan menunaikan hasratnya dan barang siapa berhutang dengan hasrat untuk tidak membayarnya balik nescaya Allah membinasakan harta tersebut.” (Riwayat Bukhari).

Antara lainnya, hidup mereka yang tidak menjelaskan hutang tidak akan mendapat keredaan dan keberkatan Allah, amal ibadat dan kebajikan mereka tidak akan diterima, hidup mereka akan ditimpa kehinaan dan mereka tergolong dalam golongan orang-orang yang zalim.

Akibat tidak membayar hutang bukan saja mengundang kemudaratan kepada pihak yang berhutang, baik di dunia mahupun di akhirat, ia turut memberikan implikasi kepada pihak yang memberi atau membiaya hutang.

Meskipun mereka yang tidak membayar hutang mungkin terlepas daripada hukuman di dunia ini, mereka tidak terlepas daripada hukuman di akhirat kelak.

Sabda Rasulullah SAW:

“Sesungguhnya sebesar-besar dosa di sisi Allah ketika seseorang hamba itu berjumpa dengan Allah nanti selepas dosa besar lain yang ditegah ialah seseorang lelaki yang berjumpa dengan Allah di hari Hisab dengan mempunyai hutang yang belum dijelaskan lagi.”

Justeru, kita harus mengelak daripada berhutang untuk memiliki harta benda yang bukan keperluan.

Jika perlu juga berhutang, kita perlu tanamkan azam serta niat untuk membayarnya.

Dengan niat serta perancangan kewangan yang teliti, nescaya kehidupan kita akan menjadi lebih aman dan tenteram.

5 Responses to Hutang Menurut Islam

  1. ain syahadah berkata:

    as’kum…..
    saya saudari baru. Utk pgetahuan, mula2 continue ke Diploma, family non muslim byk mbantu sya terutama my aunt tp bila sya da convert dia minta sya refund blk duit study dulu. Dia minta RM5000 & sya da pun berumahtga. Masalahnya nak kumpul selepuk, x mampu lagi sbb bantu hby uruskan pbelanjaan lain. Psoalan sya,adakah wajib sya mbayar jumlah itu sedangkan masa saya dtg ke Semenanjung sbyk RM3500 saja duit tkumpul,lepas tu saya dapat loan MARA.Juga da 4 thn sya habis study juga mjadi saudari baru & bmula dari itu my aunt minta refund duit tu,padahal mula2 sya dtg belajar my aunt kata x perlu bayar tp next ti,e kalu sepupu2 cont study bagilah seberapa mampu. Runsing sya fikirkan…

  2. shera berkata:

    my assignment is bout pembiayaan hutang..
    any one can help me to discuss it??

  3. Nasa berkata:

    Pada pendapat saya,saudari mmg diwajibkan membayar hutang tersebut..Kalau xboleh nak byr terus pun,saudari bolehlar membayar secara ansuran..selesaikan hutang dengan aunt saudari itu takut2 beliau akan memberi syarat lain utk saudari membayar hutang tersebut..maklumlah,org islam adalah musuh bagi manusia yg bukan islam dan tujuan mereka hanyalah ingin melihat islam didalam kesengsaraan..selesaikanlah hutang tersebut jika die dah mintak..insyaAllah,rezki saudari akan lebih murah..disamping itu berdoa lar agar aunt saudari itu terbuka hatinya utk memeluk agama Allah,islam…insyaAllah…

  4. bai berkata:

    bayor ajorr lah..dia bangsa beruk siku..u berutang sebelum masuk islam..kalau dia kata tak payah bayor.. tetapi dia lidah boya bercabang..sebab u masuk islam mungkin dia terasa sikit kot…..untok elak gangguan di pemikiran dan jugak itu tali persaudaraan terputus dgn muka masam macei cuka aja atau comot…bayar saja sedikit demi sedikit ..jumlah yg anda mampu..good luck..happy new year okey..take cares

  5. wawa berkata:

    PIBG sekolah berhutang rm40,000. Bila ditanya, ada cikgu yang menjawab hutang itu lain cerita. yang penting pelajaran anak murid diutamakan. betul ke jawapan sebegitu? adakah jika sekolah berhutang, keberkatan akan sampai kepada anak murid?

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 345 other followers

%d bloggers like this: