Kehidupan di alam barzakh

SETIAP insan yang bertemu ajal, baik mati ditanam di dalam tanah, menjadi makanan ikan di lautan dalam mahupun terbakar mayatnya sehingga menjadi debu dan bertaburan di udara, pasti bersemadi di alam barzakh.

Seksaan kubur itu tetap ada, cuma berbeza mengikut amalan masing-masing. Roh yang ingkar suruhan Allah sewaktu hidup di dunia akan tetap ditanya dan mendapat seksaan, sebaliknya si mati yang beramal soleh akan beroleh keselamatan.

Seperti dinyatakan oleh Rasulullah SAW, alam kubur adalah tahap pertama untuk menuju akhirat. Ia tempat yang sangat indah, tapi boleh juga menjadi tempat paling menggerunkan.

Apabila mayat dimasukkan ke dalam kubur, tinggallah dia bersendirian tanpa teman, tiada lampu, tiada makanan dan minuman. Di saat itu baru dia tahu sama ada bakal ke syurga atau neraka.

Mayat orang mukmin, segala solatnya diletakkan ke arah kepalanya, puasa di sebelah kanan, zakat di sebelah kiri dan semua kebaikannya diletakkan ke arah dua belah kakinya.

Apabila datang seorang mukmin dari arah kepala mayat, solatnya akan berkata, ‘dari arahku ini tiada tempat masuk’. Begitu juga jawapan daripada puasa, zakat dan kebaikan di setiap arah masing-masing.

Akhirnya, mayat itu diarah duduk dan dia dapat melihat bayang-bayang seperti matahari, lalu mayat itu memohon kepada Mungkar dan Nakir untuk mengerjakan solat.

Jawab kedua-dua malaikat itu: “Engkau akan dapat bersolat sebentar nanti. Jawab dulu pertanyaan yang akan kami ajukan.”

Dijawab mayat itu bahawa Nabi Muhammad SAW adalah rasul utusan Allah yang membawa kebenaran.

Selepas itu dua malaikat itu memberitahu: “Jika demikian halnya engkau menjadikan pegangan hidupmu dan ketika matimu, begitu juga halnya ketika dibangkitkan Allah nanti, insya-Allah.”

Bagi calon ahli syurga, dibukakan pintu syurga untuknya bersama ucapan “Itulah tempat tinggalmu dan apa saja yang disediakan Allah di dalamnya.”

Setiap detik dipampangkan kepadanya keindahan syurga. Sedikit pun mereka tidak bosan menatapnya walaupun bertahun-tahun di dalam kubur menunggu tibanya kiamat.

Kuburnya juga diperluas dan diterangi cahaya. Kemudian rohnya dihimpunkan bersama roh solihin seumpama seekor burung di sebatang pohon di syurga. (Imam Ahmad bin Hanbal).

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 349 other followers

%d bloggers like this: