Jangan abai tanda jangkitan vagina

Oleh Nor Affizar Ibrahim

Hanya 25 peratus individu alami masalah berjumpa pakar sakit puan

BUKAN mudah untuk seorang wanita meluahkan atau berterus terang dengan masalah dihadapi, khususnya membabitkan bahagian alat sulit. Dilema itulah yang menghantui sebahagian besar wanita dalam kehidupan mereka apabila berdepan dengan vaginitis atau jangkitan vagina.

Sungguhpun vaginitis adalah masalah ginekologi yang meluas di Malaysia, perasaan malu untuk menyatakan masalah dihadapi begitu menebal, sama ada di kalangan belum berkahwin mahupun wanita yang sudah berumahtangga. Masalah jangkitan vaginitis menjadi lebih rumit ditangani kerana kebanyakan wanita kurang pengetahuan mengenai penyakit itu.
Vaginitis adalah keradangan vagina yang boleh mengakibatkan lelehan, kegatalan dan kesakitan vagina. Lazimnya, ia disebabkan oleh bakteria, protozoa, fungus atau jangkitan campuran serentak dengan sekurang-kurangnya dua daripada tiga patogen berkenaan.

Tiada wanita terkecuali daripada mengalami keradangan atau jangkitan vagina. Ini bermakna, vaginitis dialami wanita pada semua peringkat umur di seluruh dunia termasuk yang sudah mendirikan rumah tangga dan belum berkahwin.

Kajian menunjukkan hampir 80 peratus wanita pernah mendapat jangkitan atau keradangan vagina (faraj) pada satu-satu masa sepanjang hayat mereka.

Bagaimanapun, Perunding Obstetrik dan Ginekologi, Pusat Perubatan dan Ginekologi Kuala Lumpur, Dr Raman Subramaniam, berkata dianggarkan hanya seorang dalam setiap lima wanita (25 peratus) berjumpa pakar sakit puan kerana masalah vaginitis. Malah, kebanyakan mereka tidak tahu punca jangkitan.

Beliau berkata, kebanyakan masalah vaginitis juga dikesan bukan kerana wanita berkenaan ingin mendapatkan kepastian mengenai jangkitan itu, tetapi biasanya ketika datang membuat pemeriksaan rutin atau pap smear dan sebagainya. Dalam sesetengah kes bukan wanita itu sendiri yang mengesan jangkitan berkenaan sebaliknya, adalah pasangan.

“Jangkitan vagina atau dikenali sebagai vaginitis adalah masalah yang biasa dialami wanita, tetapi tidak semua mendapat rawatan yang betul sehingga menyebabkan masalah itu berterusan bertahun-tahun.

“Lebih-lebih lagi gejala vaginitis agak mengelirukan dan ada sesetengah doktor yang tidak melakukan diagnosis dengan sempurna seperti mengambil contoh lelehan vaginitis untuk analisis makmal,” katanya ketika pelancaran terapi gabungan vaginitis Neo Penotran yang mengandungi bahan antibakteria metronidazole (500 miligram) dan antikulat miconazole (100 miligram) anjuran Bayer Schering Pharma di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Dr Raman berkata, biasanya diagnosis terhadap jangkitan itu memerlukan pemeriksaan contoh lelehan vagina di bawah mikroskop dan juga kultur, namun keberkesanan ujian bukan saja berbeza dan bukan sentiasa tepat, malah diagnosis sedemikian turut mengambil masa serta boleh meningkatkan kos kepada pesakit secara keseluruhan.

Pada masa sama, wanita yang mengalami vaginitis pula akan terus berasa tidak selesa dan ada kalanya jangkitan boleh bertambah teruk.

“Beberapa faktor mempengaruhi lelehan vagina iaitu umur, perubahan paras hormon dan penggunaan alat perancang kehamilan, haid atau kehamilan. Kadangkala alahan terhadap bahan kimia seperti sabun juga boleh menyebabkan keradangan vagina dan masalah ini akan hilang apabila penggunaan bahan kimia itu dihentikan,” katanya.

Kajian menunjukkan sebanyak 27 peratus kes vaginitis disebabkan jangkitan kulat dan ini diikuti bakteria sebanyak 21 peratus, parasit (lapan peratus) dan lain-lain (tiga peratus).

Bagaimanapun Dr Raman menegaskan, bukan semua lelehan vagina berpunca daripada jangkitan. Sesetengah lelehan adalah normal jika ia berlaku pada tengah kitaran haid (selepas haid), terutama bagi wanita muda berumur pertengahan 20 atau 30 tahun.

“Seseorang wanita boleh mengalami lebih daripada satu jangkitan pada satu-satu masa. Lebih 30 peratus kes vaginitis membabitkan jangkitan bakteria dan fungus. Walaupun ia masalah biasa, wanita perlu mendapatkan rawatan pakar kerana punca vaginitis tidak boleh ditentukan melalui gejala atau pemeriksaan fizikal saja. Malah, tiada satu gejala khas boleh menentukan jenis jangkitan yang dialami seseorang wanita. Kadangkala gejala menjadi sangat teruk sehingga wanita tidak boleh tidur dan alami kesakitan,” katanya.

Sementara itu, Perunding Obstetrik dan Ginekologi Fakulti Perubatan Universiti Wayne State, Amerika Syarikat, Profesor Jack D Sobel, berkata adalah penting bagi wanita peka terhadap tiga penyumbang utama yang menyebabkan vaginitis dan gejalanya supaya mereka boleh membuat rawatan awal dan mendapat rawatan yang betul.

“Kebanyakan wanita menganggap jangkitan vagina begitu sulit dan amat peribadi untuk diberitahu kepada individu lain. Oleh sebab itu ada kecenderungan untuk tidak membincangkan masalah berkenaan dan membiarkannya tanpa sebarang rawatan,” katanya.

Beliau berkata, wanita seharusnya menyedari tiga punca utama vaginitis dan gejalanya supaya mereka boleh mendapatkan rawatan sewajarnya. Sungguhpun boleh mengelirukan, gejala yang diperlihatkan tetap menjadi tanda amaran vaginitis.

Rawatan bagi vaginitis kata Dr Sobe, biasanya bergantung pada jenis yang mana satu wanita berkenaan hadapi. Tablet, gel vagina atau krim mungkin rawatan sesuai bagi vaginosis bakteria, manakala tablet metronidazole bagi trikomoiasis.

Vaginitis atrophic (yang terjadi akibat tahap pengurangan estrogen selepas menopaus) biasanya dirawat dengan estrogen dalam bentuk krim atau tablet. Bagi jangkitan yang bercampur, rawatan berkesan bergantung kepada diagnosis yang tepat, tetapi terapi gabungan adalah pilihan paling baik bagi sesetengah kes.

“Sekiranya diagnosis yang tepat tidak boleh atau tidak mungkin dibuat tanpa pemeriksaan kultur vagina, mikroskopi atau penilaian pH ini bermakna, wanita akan terus mengalami keadaan tidak selesa sementara menunggu keputusan ujian makmal. Penyelesaian terbaik ialah memberi preskripsi dengan spektrum luas dan mensasarkan semua tiga punca utama vaginitis,” katanya.

INFO
Antara langkah pencegahan yang boleh diambil bagi mengelak jangkitan dan menjaga vagina:

 

  • Selepas mandi bilas sabun pada bahagian luar genitalia (lipatan mengelilingi bukaan vagina dan uretra) betul-betul dan pastikan bahagian itu benar-benar kering bagi mencegah kerengsaan.
  • Galakkan pasangan menggunakan kondom ketika melakukan hubungan seksual, ia bagi mengelakkan jangkitan merebak melalui hubungan seksual.
  • Pakai seluar dalam daripada material kain kapas dan elak memakai seluar dalam yang lembap serta ketat.
  • Elakkan menggunakan sabun wangi bagi mencuci bahagian sulit, tampon atau penggunaan tuala wanita yang boleh menyebabkan kerengsaan.
  • Selepas menggunakan tandas, sapu dari bahagian depan ke belakang bagi mengelakkan penyebaran bakteria pada vagina.
  • Selepas mengadakan hubungan kelamin dan jika ingin mengelak kehamilan, jangan memancutkan air pada faraj.Wanita dan vaginatis antara perkara yang berkaitan:
  • Wanita yang menghidap penyakit seperti kencing manis tidak terkawal juga mempunyai risiko tinggi mengalami jangkitan kulat dan masalah ini hilang apabila paras gula dalam darah terkawal.
  • Apabila mengalami jangkitan, segera jalani pemeriksaan. Pemeriksaan membabitkan soal selidik sejarah jangkitan faraj atau penyakit jangkitan kelamin, ujian rahim atau pH lelehan vagina.
  • Ketika pemeriksaan doktor mungkin perlu mengambil sampel dinding rahim atau lelehan farajuntuk ujian makmal,
  • Vaginitis tidak menyebabkan kematian, tetapi boleh membuatkan seseorang wanita berasa tidak selesa, sakit pada vagina dan sebagainya.
  • Jika vaginitis berpunca daripada bakteria, ia boleh melarat hingga membawa kepada penyakit keradangan pelvis (PID) yang seterusnya berpotensi menjejaskan kesuburan dan menyebabkan kehamilan luar rahim.
  • Jika punca vaginitis adalah gabungan antara bakteria dan trikomoniasis (bakteria yang berada dalam usus) ia boleh menjejaskan kehamilan hingga menimbulkan masalah kelahiran tidak cukup bulan dan bayi lahir dengan masalah kurang berat badan.
  • 29 Responses to Jangan abai tanda jangkitan vagina

    1. adeq berkata:

      salam…saya baru berumur 19 tahun..erm…sejak akhir2 nie saya terperasan yang keputihan saya terdapat darah dan kadang kala berwarna coklat…ini amat ,merunsingkan saya…apa yang perlu saya buat???erm..saya juga ada terbaca sebuah majalah tentang keputihan…ia menceritakan bahawa keputihan boleh mandul…adakah keputihan saya ini disebabkan penyakit dan akan menyebabkan kemandulan???untuk pengetahuan puan saya sebelum ini tidak pernah melakukan sebarang hubungan seksual..erm…saya harap puan dapat memberitahu apa yang patut saya buat….

    2. Quintas berkata:

      kepada adeq, xtau da ni leh tolong ke x, baek hang pi wat medical checkup secepat mungkin, pi jumpe doktor pkar saket puan dey..sb awek aku pn ader problem same jgak, darah kuar wane coklet2 and berlanjutan.

      dah wat servey kat internt, diorang ckp maybe sb stress, hormon x seimbang, BMI(body mass index) x normal atau laen2..maybe bnde ni akan jadi komplikasi utk mse depan kot, jangkintan etc…

      so cpat2 la jumpe doktor. nk tau bmi sndri? Berat(dlm KG) bahagi Tinggi(dlm Metre)kuase 2.

      cnth 70kg(bahagi) 1.72kuase 2 = 23.66
      kalo tingi 172cm tuko kpade metre menjadi 1.72

      nilai 18.5-25 is normal. Kurang dr nilai 18.5 is kurang berat, lbh dr 25 is terlebih berat. mcm saye is 23.66 still dlm jurang 18-25 so still normal da. slmt mencube ape2 rujuk wikipedia.com.

    3. kat berkata:

      adeq..klu nak cuba cara tradisional..hubungi saya
      tielie63@yahoo.com.my

      insyaallah..boleh diubati penyakit adik ni

    4. kebayan berkata:

      sebenarnya masaalah keputihan ini…ada kaitan dengan hormon wanita….
      lebih baik pergi jumpa doktor pakar wanita….

    5. trouble berkata:

      As’kum…sy nie remaja berumur 16 tahun…kebelakangan ini sy ada masalah sikit tentang vagina sy…vagina saya slalu sangat gatal2 kemudian tempat tu akan menjadi merah dan berdarah…dah mcm2 sy dh buat…sabun pencuci pun saya tukar ingatkan alahan…tapi tetap ada lagi…tolong la saya…sakit sangat…

    6. rafiq berkata:

      trouble..masalah awk ni rumit…elok jumpa doktor

    7. trouble berkata:

      selain berjumpa dengan doktor…ada cara lain tak???

    8. sab berkata:

      salam…sy ada mslh ttg jangkitan di bhgn vagina.gatal2 yg sy alami sdh lama dan semaknmenjadi2 sehingga timbul bintik2 di sekitar vagina dan dibawah lubang faraj.sy telah berjumpa doktor namun mslh seakan tidak berubah malah mken teruk.skrg sudah timbul byk bintik2 disekitar.sy sudah tidak tahu hendak buat apa lagi.sy slalu mecuci mgunakan lactacyd liquid dan sapu trosyd dibahagian yg bermasalah….ada cara lain lagi tak?merbahaya sgtkah sakit sy ni?adakah ia akan myebabkn mslh untuk sy mgandung nti?bantu sy!!

      • Tia berkata:

        sab, mslah tuh brkaitan pada dinding faraj ,, sudah berkahwin? jumpa doktor ,, doktor akan memberikan ubat cucian yangdigunakan secara krap dalam masa 5 hari ,, kesannya adalah menggalakkan ,, selain itu ,, ubat krim yg disapukn disekitar faraj ,, insyallah akan brtambah baik :)

    9. dandangsetia berkata:

      salam… bila sy baca artikel diatas sy tertarik dgn statistik hya 25% wanita jumpa doktor. apa maksud nya. cukup mudah kesimpulan yg blh dibuat, kita suka tggu hingga penyakit sudah teruk baru nak cari ubat. gatal pd bahagian alat sulit tak kira laki2 ke ppuan adalah perkara yg perlu diberi perhatian. serius sy cakap benda ni bukan blh buat main2. benda kat dalam lubang kita tak nampak bbeza ngan kanser payu dara, kita blh rasa benjolan, jd kalau ada perubahan yg luar biasa pd vagina baik jumpa doktor yg khusus.
      sab… gatal2 kat luar mgin disbbkan pepeluhan, pembersihan x sempurna, ataupun alahan/alergik, mmang bila garu sedap, makin garu makin sedap, lama2 berdarah, melecet. kalau gatal dari dalam guna lactacyd x beri kesan, ia untuk membasmi kuman, macam detol tapi dia ringan sikit. kalau pakai detol terbakar kulit vagina awak. sy nasihatkan awak jumpa doktor kulit, kalau awak rasa ianya hanya disebabkan oleh jangkitan kulat di luar, kalau dari dalam lubang vagina doktor sepattnya beri antibiotik dan krim sapu.
      g jpa doktor buat pap smear, ia sgt bagus bukan shj untuk kesan kanser ttp ia blh guna utk kesan jangkitan2 lain dalam salur faraj kita.
      okaylah. jadikan doktor sebagai kawan kita, ubat tradisional pun boleh tp sekarang terbaik jumpa doktor pastikan dulu apa jenis penyakit

    10. sab berkata:

      dah jmp doktor n doktor sdri dah tgk jangkitan kt situ.tp dy cakap sakit tu dah merebak dibawah lubg vagina.tp skrg disekeliling bhgn vagina tu dah mula gatal2 dan timbul bintik2 yang sakit kalo dgaru.ubat sapu yang jenis trosyd tu la doktor bagi.tapi mungkin salah sy sbb sy tukar pakai minyak dari nona roguy.mungkin itu pybab maken teruk.sebelum ni masa guna ubat sapu yg diberikan doktor tu takde nmpk kesan.sbb tu sy tukar pkai myk nona roguy tu.berkaitan pap smear,sy msih belum bkahwin.mustahil doktor akan benarkan sy buat pap smear.biasanya doktor akan tny sy dah kawin atau belum.bila sy ckp belum,mmg doktor tak bg.

    11. kebayan berkata:

      adik sab .. amalkan cara ini .. jerang air panas sehingga mendidih kemudian tuangkan separuh kedalam baldi .. duduk diatas baldi yang mengandungi wap wap air yang dituangkan kedalamnya tadi .. ibarat bertangas .. boleh melegakan kerengsaan .. lakukan nya selalu ..

    12. sab berkata:

      ok..thanx kebayan………………
      sy cube tgk jd cene~

    13. Nurul akma berkata:

      Sama dgn aku

    14. Umi berkata:

      Sy jg de mslh kegtln dibhgn luar faraj&di sekitar bibir luar.kdg2 timbul bintik2 bl gtl.xprnh g dok krn malu.ape sy prlu bt?

    15. Emma berkata:

      Erm act sy da bkahwin lbih kurang 3 taun, tp b4 ni xpnah plak hadapi problem nie..
      da lame gak since Nov 2008 til skang.. 1st my faraj juz gatal2 n merah2, pedih time nak buang air, n bintik2.. ingatkan coz alahan pastu i stop n xgune aper pon stil same jerk.. pas abis gatal2 tu jadi bende lain plak cam ader putih2 yg beketul2 kat sekiling dinding faraj luar n dalam, cam susu basi pon ader.. time 2 da risau gile but my fren ckap 2 mmang normal untuk wanita n remaja pompuan..
      pas abis putih2 2 skang ni jd lain plak..
      ader keputihan kuar dari faraj, xbnyak tp berbau til sy sendiri pon malu even xder org tegur lagi tp sy xselesa sgat..
      plz gtau ape de bez produk feminin wash yg leh setelkan problem sya ni erk..
      my husband xpenah la mgadu but sy sedar n xselesa ngan keadaan nie..
      plz sgat..

      • Tia berkata:

        emma ,, sy pown krap kali ade msalah sama mcm kamu ,, nasib husband fhm stuasi sy ,, doktor cuma bg pd sy ubt krim dan ubat cucian ,, tp setelah sebulan 2 mslah dtg semula hingga memaksakan sy menggunakan ubat yg sama ,, nk dtg ke dktor sudah brulang kali hingga jemu dah rsa ,, :(

    16. nessa berkata:

      saye pon ade masalah yg sama gak ngan emma. saye baru setahun lebih berkahwin. tapi sejak beberapa hari ni ade plak timbul keputihan n gatal lak tu. nak jumpa dokte tapi malu..

    17. diana berkata:

      semalam saya ada lihat vagina saya,saya amat terkejut di bawah bhg bawah sekali dekat dengan dubur saya lihat ada mcm ketumbuhan saya ada picitia keluar darah dan dibahagian tepi dinding mcm ada ketulan …masaalahnya sya tak sakti.apakah puncanya

    18. mimi berkata:

      salam.. saya ada problem.. sya dah bkhwin, sblum ni xde pape mslah.. tp 1 ari tu ble sye bsame dgn suami, vagina sye sprti trkoyak n ble sye buang air kcil, rasa skit.. sye abaikan je coz sblm ni pnh gak jd cmni, tp x lme, dlm 2 ari dah okey smula.. tp yg kali ni dah smggu x baik2 lg.. lps tu kuar lak kputihan, n ada bji mcm jrawat skitar lbg vagina.. slain tu, ada gak timbul ktulan di bhgian plipat sye.. rasa mcm bji angin.. blh bgtau x mcm mne nak rawat, malu la nak jmpe dktr..

    19. luna berkata:

      slm..sy ada masalah ni..sy blm kwen n tak pernah melakukn ape2 hbgn seksual tp 1 ari sy tkejut sb tgk bibir vagina sy hitam.nmpk hodoh sgt.sy sgt tkt npe jd cm2 ye?cne nk bagi die putih?tlg sy plz..

    20. luna berkata:

      n sy bru berusia 21 thn

      • matahati berkata:

        salam adik luna .. awat yang hang suluh kat tempat tu ..memang tulah ropanya .Hang jangan bimbang angelina jolie punya pun lagu tu jugak .Apa apa pun itu yang kaum adam suka ..he he ..

    21. tina berkata:

      vagina saya sejak akhir ni asyik gatal2..
      saya lihat, keadaan kulit di bahagian tengah kelihatan sperti lembap dan pedih2..
      sy sangat x selesa dan keluar lndir2 warna coklat.
      ap yg ptot sy buat?
      musim2 exam mcm skrang ni btol2 buat sy tnsion..
      ni jgkitan kee?? plisss help mee

    22. dr.house berkata:

      causes by bacteria..consult doctor or specialist..take antibiotic and rub with bacteria-fungus bream..goodluvks

    23. balqis latitia berkata:

      Salam . Saya berusia 19 tahun dan mempunyai masalah berkaitan kemaluan saya . Ia hanya berlaku sejak kebelakangan ini kerana sebelum ini saya tidak pernah berhadapan dengan situasi yang agak mencemaskan saya. Vagina saya mengeluarkan lelehan yang agak banyak dan ia berwarna sedikit hijau muda dan mengeluarkan bau yang tidak menyenangkan. Pada satu-satu masa ia akan menjadi sangat gatal dan membuatkan saya tidak selesa. Apabila ia kering di permukaan dan tepi-tepi vagina, ia akan menjadi sangat pedih sehingga membuatkan saya tidak boleh memakai seluar dalam. Kedaan ini amat berbeza dari keputihan yang biasa saya alami selepas saya baligh. Mohon penjelasan dari pihak tuan/puan secepatnya. Terima kasih.

    24. shikin berkata:

      salam.sejak sy berkahwin gatal2 kt kemaluan tu start dtg.tp xkerap sgt. dia akan dtg kalau time sy pregnant.buat ms ni mmg sy dh standby ubat yg msk dlm n mkn ubat tp..kali ni gatal2 dia lama plak.. skunk sy pakai lactacyd utk cuci..sy dh lap kering2 pun still gatal gak.. kalau sy garu n biler nk buang air kecil dia akan rasa pedih.. kenapa perkara nie kerap berulang2..

    25. ina imaani berkata:

      as salam..
      saya berusia 45 tahun dan mempunyai 5 org anak yg sudah dewasa..
      masalah nya bermula hari ini baru saya perasan di bahagian vagina terdapat tompokan berwarna putih.dan apabila saya rasa ngan jari saya,terasa tebal dan mengerutu…apabila saya bersama suami,suami mengatakan dalam vagina saya panas dan saya dapat rasakan permukaan servik saya tebal dan rasa mcm kebas.
      sepanjang minggu ini saya dapati apb saya buang air kecil,bau urine saya seperti bau durian,manis.Dan saya juga tak dapat mengawal kencing.sehingga saya terkencing dalam seluar
      saya juga merasa gatal di bahagian dalam kemaluan dan rasa tidak selesa.
      saya sangat risau kerana pertama kali saya mengalami keadaan ini.
      saya juga sedang mengalami pre menapouse. .

    26. noni berkata:

      As-salam..cm benda putih berketul2 kt dlm dn luar faraj tu, penyakit kulat la tu, bkn keputihan biasa..sy cadangkan jumpa la pakar sakit puan..jgn malu nnti diri sndiri derita, faraj kita tu nk pakai lama..dr situ pkr akn wt pemeriksaan dan bg consult..sampel akn dihantar ke makmal jika perlu..klu tny kt sini, pe dpt..

    Tinggalkan Jawapan

    Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

    WordPress.com Logo

    Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

    Twitter picture

    Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

    Facebook photo

    Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

    Google+ photo

    Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

    Connecting to %s

    Ikut

    Get every new post delivered to your Inbox.

    Join 351 other followers

    %d bloggers like this: