Bipolar Penyakit Gangguan Mental

SIBUK dengan tugasan harian sama ada di rumah atau di tempat kerja sering membuatkan manusia mengalami perubahan mood atau perasaan.

Kadang kala mereka akan berasa terlalu gembira dan sebaliknya. Mereka mungkin tertekan dengan tanggungjawab yang dipikul sehingga menyebabkan rasa sedih.

Gangguan bipolar ialah penyakit mental yang menjejaskan ragam, tenaga dan keupayaan seseorang untuk berfungsi.

Seseorang yang mengalami gangguan ini mengalami perubahan ragam atau mood daripada perasaan terlalu ghairah (mania) kepada terlalu resah (kemurungan).

“Gangguan bipolar amat membebankan pesakit dan keluarga mereka dan boleh menyebabkan kehilangan pekerjaan, jangka hayat lebih pendek, pengasingan sosial dan kualiti hidup kurang baik,” kata Presiden PPM, Profesor Dr. Maniam Thambu.

Malah, di negara-negara maju sekalipun, pesakit bipolar sering diberikan diagnosis awal yang salah kerana doktor mereka kurang memahami gejala yang dialami.

Jika tidak dirawat, gangguan bipolar mendatangkan masalah besar kepada pesakit kerana menganggu fungsi kehidupan harian termasuk dalam pekerjaan. Ia juga mengundang pandangan serong masyarakat terhadap seseorang yang mengalami sebarang gangguan mental.

Namun, situasi ini boleh diubah dan berdasarkan laporan Majlis Penasihat Kesihatan Mental Amerika Syarikat, kadar kejayaan rawatan bagi gangguan bipolar agak cemerlang iaitu 80 peratus.

Malah, dengan rawatan yang sewajarnya, pesakit bipolar boleh mendapatkan kembali kira-kira tujuh tahun kehidupannya, menjalankan kegiatan utama dengan berkesan selama sepuluh tahun dan mengekalkan kesihatan normal selama sembilan tahun yang selalunya hilang akibat penyakit tersebut.

Orang ramai seharusnya lebih peka dalam menangani masalah kesihatan mereka termasuk sering membaca informasi berkaitan penyakit tersebut supaya langkah rawatan awal boleh dilakukan.

Jika penyakit tidak dapat dikawal sepenuhnya, kemungkinan pesakit mengalami kelakuan yang tidak dapat dikawal (contohnya, berbelanja berlebihan, memandu secara berbahaya) dan kelakuan agresif (contohnya, menyerang orang lain dan mencederakan diri sendiri) adalah lebih tinggi.

Jadi, sebelum suatu krisis berlaku, senaraikan tanda-tanda awal bagi membantu orang lain mengenalpasti apabila anda perlukan bantuan.

SIMPTOM-SIMPTOM PENYAKIT BIPOLAR

- Mood terlampau tinggi. Contohnya, terlampau gembira.

- Cuma memerlukan masa tidur yang pendek.

- Cepat marah.

- Lebih aktif daripada biasa.

- Bercakap dengan kuat dan cepat.

- Fikiran yang berserabut.

- Kesukaran memfokus.

- Lemah pertimbangan

- Kemurungan

- Murung dan sedih.

- Rendah harga diri.

- Hilang minat terhadap perkara yang biasanya digemari.

- Tidak dapat tidur.

- Hilang selera makan.

- Sentiasa letih.

- Tidak dapat menumpukan perhatian.

- Lemah pertimbangan.

- Berfikir tentang bunuh diri atau kematian.

27 Responses to Bipolar Penyakit Gangguan Mental

  1. nur aina bt hashim berkata:

    bez isu bipolar nie…..

  2. “Berkemungkinan” penyakit ini berpuncha drp gangguan fungi otak,oleh sebab jangkitan kuman-kecederaan atau trauma otak .imbasan “lembaga” yg tidak nyata atau wujud sebenarnya atau apa2 pandangan yg dilihat pada pandangannya ada lah benar,tetapi tidak belaku pada hakikatnya.ini berkemungkinan disebabkan atau mengalami tekanan jiwa melebehi had limit yg boleh diterima-perasaan trauma-kesusahan-kebencian-yg di lalui semasa mudanya atau sesautu peristiwa pahit maung yg sukar di lupai,menyebabkan tekanan.

  3. Gangguan alam sekitar-pergaulan yg kurang menyenangkan-udara-makanan atau pengambilan ubat ubatan tampa kawalan dlm masa jangka panjang boleh menyebab gagguan mental dihari tua atau muda.(mak saya -85 tahun – telah mengalami tekanan hidup trauma masa mudanya-pahit maung-skrg dia lebh suka tinggal seorang diri drp menumpang.beliau kerap kali mengadu ada 5-6 orang berada didalam atas siling rumah sebelah malam bersukaria,saya sudah siasat tiada sebarang lubang pun yg memboleh kan sekor kucing ..pun masuk.ternyata apa2 yg dilihat atau didengar beliau ada lah imaginasi saja.atau selepas MVA saya mengalami taruma kepala..kerap kali saya melihat “bayangan hitam-melalui dgn pantas”…

  4. nazrida berkata:

    juda, disebabkan ketidak seimbangan kimia dalam otak yg menyebabkan gangguan penyakit schizorphenia (cehh….cm doktor lak!!)

    Ada sorang kawan ade adik dia kena penyakit ni. Adik dia ni pintar, tp disebabkan kurang kawalan masa muda, maka pergaulan bebas menyebabkan dia terlibat dgn dadah (jenis syabu). Kalau mkn benda ni dlm tempoh yg lama, boleh rosak saraf otak – menyebabkan dia gila!

    Memang susah nk jaga, risiko nyawa keluarga jgk. Tp, sokongan ahli keluarga terutama kasihsayang seorang ibu, akhirnya mengatasi masalah tersebut. Sekarang adik dia normal kembali dan bleh bekerja mcm org lain.

    Adik dia ni suka bersendiri kalau kt rumah, tk byk ckp, byk diam je. Dia mula dengar bunyi bising kt telinga, sora org ckp2, dn kemudian tk lama dia masuk ke ‘dunia’ dia sendiri…..mujur cepat berubat kat hospital.

    Ada ubat utk penyakit ni sebenarnya, tp keluarga tk bleh buangkan dia spt hantar ke rumah sakit jiwa, sbb selagi bleh handle, keluarga kena berkorban…

  5. sakit!!! berkata:

    gw pwngidap bipolar!!!
    santai aja tuh!!!!
    nikmati aja hidup ini beybehhh!!!

  6. kebayan berkata:

    penyakit ini selalunya berpunca dari cara kita menghadapi masaalah hidup ini.Jangan selalu bersedih hati,menyimpan perasaan marah pun tak boleh,apa apa yang terjadi kita kena redha …. yang penting kita kena baik dengan orang disekeliling kita.Bila kita makin tua,kesihatan mental kita makin teruk sebenarnya,terutama perempuan yang mengalami monopouse,cepat terasa hati,merajuk.Cara yang paling bagus ialah membaca buku buku ilmiah dan ugama.Jadikan membaca sebagai amalan hidup dan peneman ketika kesunyian.

  7. mubaligh berkata:

    bagi pesakit bipolar mcm saya,yang tidak menggunakan sebarang dadah dan juga tidak mengalami arus sosial yang keterlaluan mcm orang lain maknanya saya tak rosak akhlak,sebenarnya hal ini berlaku kerana apa yg saya nak tak dapat,lalu saya menggunakan alquran sebagai medium tetapi mengamalkannya dengan niat yang salah lalu saya tersesat ke alam lain…
    alhamdullillah selepas menjalani rawatan di tampoi,tanjung rambutan,wad 17 terengganu,wad dahlia kuantan yang memakan masa selama 2 ke 3 tahun,saya mula sedar yang bahawa sakit saya ini,bipolar disorder mood hanya boleh sembuh dengan keinginan saya sendiri melalui kawalan mental yang betul,kehendak psikologi diri saya yang diseimbangkan dengan keinginan rohani yang benar….

    namun akhirnya saya terjumpa jalan yang sebetul2nya ialah melalui jalan agama,lalu saya belajar disekolah pondok di kelantan…

  8. musyi musyi berkata:

    salam..
    sy student dari salah sebuah kolej swaata..nak grade kena siapkan tesis..harap dapat membantu untk siapkan tesis sy..tjuknye sindrom bipolar kajian terhadap individu kontreversi

  9. juju berkata:

    suami saya salah seorang pesakit bipolar.. saya nak tau mcm mana nak melayan pesakit macam ni sbb ada kalanya meletihkan dan mengganguu prestasi kerja saya..bila manic, boleh keluar so many ideas..yang kadang-kadang pada orang normal, cam tak logik sebab diluar kudrat kita…

    • afida berkata:

      juju: adakah suami awak seorg yang panas baran?

    • Farull berkata:

      Suami saya juga bru didiagnos mendpt penyakit diakibatkan stress melampau sehingga dia mendengar suara2 yg x wujud dn nmpk yg bkn2,saya tau saya perlu tabah menghadapi semua ini tetapi kadang kala sehingga rasa berputus asa apabila melihat org tersyg menderita penyakit ini tanpa dia sedari..saya perlukan sokongan..

    • isis berkata:

      juju, suami sy juga seorang penghidap bipolar. sy fhm ayat “bila manic, boleh keluar so many ideas..yang kadang-kadang pada orang normal, cam tak logik sebab diluar kudrat kita…” kerana suami sy pun cmtu gak. suami sy gak jenis kalo berfikir, die bole fikir non stop smp kdg sy terpakse suruh die relax.. the best part, die ajak sy skali utk menjd pemikir mcm die..which bg sy norg normal xkan dpt reach tahap die berfikir..camne juju deal ngn suami on bipolar ni ye? btw, suami sy masih x dpt terime die mengidap penyakit ni (wlupon menurut suami, die dpt terime penyakit tersebut).

  10. Girl Mungkin berkata:

    Saya tak tahu jika kemungkinan besar saya mengalami penyakit jenis ini. Sememangnya saya mengalami satu tekanan yang hebat ketika kecil dan saya akan bertindak mencederakan diri sendiri, termasuklah menggunakan pisau untuk mencalarkan tubuh badan saya, cubaan membunuh diri dengan menelan pil yang ada di depan mata, dan saya juga merupakan seorang yang sangat baran. Dalam waktu normal, saya sebenarnya seorang perempuan yang periang dan peramah, tetapi sebaik sahaja saya ditekan oleh sesuatu yang tidak dapat diterima oleh mental saya sendiri, seperti masalah keluarga, saya akan bertindak di luar jangkaan. Saya akan menjerit, memekik, dan memukul orang (termasuk suami sendiri). Orang lain menganggap saya isteri derhaka tetapi hanya Tuhan saja tahu perasaan saya. Saya tertekan, tambahan suami saya merupakan jenis lelaki yang menyimbah minyak ke api yang menjulang2. Peribahasa sendiri hehe.. Saya ada merujuk hal ini kepada teman2 yang merupakan guru kaunseling tetapi segala yang disarankannya itu boleh dibuat tetapi masih belum mampu untuk meredakan kebinatangan sikap saya. Saya pernah ditahan di hospital baru2 ini, dan diminta untuk berhubung dengan psiktris tapi saya tidak berbuat demikian. Memang terniat hendak mengajukan kepada yang berkenaan tetapi tidak punyai kesempatan. Saya ada beritahu suami, keluarga bahawa saya sebenarnya sakit dan tidak dapat hendak menerima tekanan yang hebat2 tetapi kata2 saya seolah2 tidak dipedulikan sebaliknya mereka mentertawakan saya. Ya benar, saya akan bertindak ganas apabila kemahuan saya tidak dituruti. Untuk makluman, saya merupakan graduan dari sebuah IPTA. Boleh tolong bantu saya? Saya menulis dalam keadaan normal. Sekian..

    • zALINA BINTI YAHAYA berkata:

      Saya bersimpati dengan puan.Memang betul dari apa yang puan nyatakan bahawa puan sebenarnya mengidap penyakit gangguan mental. Penyakit ini boleh diubati sekiranya puan mendapatkan rawatan di hospital.Saya syorkan puan pergilah ke HUKM, kerana rawatan untuk penyakit ini amat berkesan sekali.Puan jangan berasa malu untuk mendapatkan rawatan di psikatrik ini. Di HUKM rawatan untuk penyakit ini dilakukan oleh pakar-pakar yang bagus, sehinggakan HUKM menjadi tempat rujukan kesemua pakar di dalam penyakit ini.Pergilah berubat.

  11. SUFIAH berkata:

    saya mempunyai seorang kawan yang menghidap penyakit ini..soalan saya, adakah penyakit ini boleh disembuhkan melalui pengambilan ubat yang dibekalkan oleh doktor secara berterusan? dan adakah penyakit ini boleh diwariskan kepada anak esakit ini dimasa akan datang?

  12. SUFIAH berkata:

    saya mempunyai seorang kawan yang menghidap penyakit ini..soalan saya, adakah penyakit ini boleh disembuhkan melalui pengambilan ubat yang dibekalkan oleh doktor secara berterusan? dan adakah penyakit ini boleh diwariskan kepada anak pesakit ini dimasa akan datang?

  13. alif ahmad berkata:

    emailkan pada saya dengan tajuk email “bipolar” insya`allah saya akan beri tips-tips penyembuhan secara islamic medical.

  14. zaza berkata:

    Pesakit bipolar ni bleh ke kawen?

  15. Puteri Farahyinn berkata:

    saya student..baru2 ni sya telah ,asuk hospital akibat gangguan fikiran..saya nampak mcm2..kini saya sedar yg saya ni byk berimaginasi kot..sbb pandangan org tak sama dgn saya..saya mengikuti ubat doktor..alhamdullah saya tak nampak benda2 halus..saya lebih ceria..tanpa kemurungan saya enjoy hidup saya dgn family saya..

  16. Shafiq berkata:

    alif ahmad :
    salam…boleh emelkan kat saya berkenaan perubatan secara islam..fcpamfouree1989@gmail.com..terima kasih..semoga Allah memberi balasan setimpal..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 349 other followers

%d bloggers like this: