Sah kahwin lari guna wali hakim?

 

ISTILAH ‘kahwin lari’ merujuk kepada pernikahan alternatif yang dijalani oleh pasangan dalam keadaan mereka melarikan diri daripada prosedur biasa Mahkamah Syariah.

Biasanya mereka lari ke negara jiran untuk bernikah secara mudah. Tindakan mengelak daripada melalui proses biasa, lazimnya kerana mereka mahu berpoligami tetapi tidak dapat melepasi syarat-syarat yang dikenakan oleh undang-undang dan (atau) tidak mahu perkahwinan tersebut diketahui oleh isteri pertama.

Ada juga yang bertindak untuk kahwin lari kerana pilihan mereka tidak direstui oleh orang tua.

Kahwin lari sebenarnya suatu kesalahan dan undang-undang memperuntukkan hukuman denda atau penjara terhadap kesalahan ini. Walaupun hukuman telah diperuntukkan terhadap kesalahan ini, akan tetapi fenomena ini seakan tidak nampak bila surutnya. Sekiranya status pernikahan tidak jelas dan tidak didaftarkan tentulah ia memberi implikasi yang sangat tidak baik.

Saya fikir, hati nurani mereka sebenarnya tidak dapat mengelak daripada tertanya-tanya tentang kedudukan pernikahan mereka yang sebenar. Walaupun dari sudut hukum kemungkinan pernikahan tersebut sah, tetapi dengan ketiadaan dokumen yang diakui oleh undang-undang negara, menjadikannya tidak diiktiraf oleh undang-undang.

Anak-anak yang lahir daripada perkahwinan yang tidak didaftarkan juga menerima tempias kesan yang tidak baik. Segala perkara rutin yang memerlukan dokumen yang sah tentunya tidak akan dapat dibuat disebabkan ketiadaan dokumen yang diperlukan.

Umpamanya perkara-perkara yang melibatkan kesihatan, persekolahan dan tabungan di bank. Sekiranya fenomena ini menjadi berleluasa, ia akan memberi kesan kepada kesejahteraan masyarakat keseluruhannya.

Disebabkan perkahwinan ini biasanya akibat daripada keengganan bapa untuk memberi restu kepada pasangan, maka tentulah si bapa enggan untuk menjadi wali kepada pernikahan tersebut. Maka perkahwinan tersebut menggunakan wali hakim.

Ada juga keadaan yang ibu bapa tidak tahu-menahu langsung tentang tindakan kahwin lari oleh anak-anak mereka. Di sini timbul persoalan sama ada pernikahan yang dilangsungkan dengan menggunakan wali hakim ini, memang disebabkan ketiadaan wali ataupun lari daripada wali.

Mereka yang berkahwin lari beranggapan walaupun ia merupakan kesalahan, tetapi ia bukan masalah yang berat. Ini kerana perkahwinan yang sah tetap boleh didaftarkan melihat kepada tempat pernikahan dijalankan itu berada lebih dua marhalah (lebih kurang 91 kilometer) dari tempat tinggal wali. Akan tetapi sebenarnya, perkara yang lebih penting daripada jarak jauh itu adalah penafian bapa sebagai wali itu sama ada munasabah atau tidak.

Wali hakim hanya boleh memainkan peranan dalam keadaan bapa masih wujud, sekiranya terdapat sebab-sebab yang dibenarkan, iaitu dalam keadaan yang memenuhi hukum Syarak. Sebaliknya, sekiranya keengganan wali itu disebabkan alasan yang munasabah, maka tidak wujud ruang bagi mana-mana wali hakim untuk mengambil peranan.

Dan yang lebih penting lagi untuk diketahui, keengganan wali atas alasan yang munasabah boleh membatalkan pernikahan tersebut.

Bagi menentukan sama ada keengganan bapa itu munasabah atau tidak, antaranya adalah sebagaimana yang diputuskan dalam kes Haji Mohamed lawan Bahrunnasran dan Mazliani Mohamed.

Dalam kes yang diputuskan pada tahun 1997 ini, bapa selaku wali mujbir membuat permohonan pembatalan pernikahan antara Bahrunnasran dengan Mazliani, anaknya. Permohonan ini dibuat atas alasan pernikahan tersebut dibuat tanpa pengetahuan dan keizinannya sebagai bapa merangkap wali, pasangan anaknya tidak sekufu kerana Bahrunnasran seorang pesakit HIV dan merupakan penagih dadah.

Pernikahan antara kedua-duanya telah dibuat sebanyak dua kali, dengan yang pertama dilangsungkan di Pasir Puteh, Kelantan iaitu dalam negeri melalui wali hakim, dan yang kedua di Narathiwat, Thailand. Permasalahan dalam pernikahan yang pertama timbul kerana dinikahkan dengan wali hakim sedangkan wali sebenar masih ada.

Permasalahan dalam pernikahan yang kedua pula timbul bukan disebabkan rukun nikah kerana jarak jauh yang memang melangkaui dua marhalah dari tempat tinggal wali, tetapi disebabkan kedua-duanya dilihat sebagai tidak sekufu dari pihak calon suami yang berpenyakit HIV dan menagih dadah.

Dalam kes ini Mahkamah memutuskan bahawa tindakan wali hakim berkenaan bertentangan dengan kehendak hukum Syarak kerana telah menyatukan dua pihak yang tidak padan (sekufu) dan perkahwinan yang dijalankan sama ada di Kelantan mahupun di Narathiwat adalah tidak sah menurut hukum Syarak. Ini menunjukkan bahawa pernikahan yang dilaksanakan di luar lingkungan dua marhalah belum tentu sah walaupun menggunakan wali hakim, dalam keadaan wali asal masih ada dan wali asal mempunyai alasan yang munasabah untuk menghalang pernikahan daripada berlaku.

Bidang kuasaPeruntukan sudah pun wujud dalam Seksyen 13(b) Undang-undang Keluarga Islam yang memperuntukkan bahawa, “Sesuatu perkahwinan adalah tidak diakui dan tidak boleh didaftarkan di bawah Akta ini melainkan kedua-dua pihak kepada perkahwinan itu telah bersetuju terhadapnya, dan sama ada – (a) wali pihak perempuan telah bersetuju terhadap perkahwinan itu mengikut Hukum Syarak; atau (b) Hakim Syarie yang mempunyai bidang kuasa di tempat di mana pihak perempuan itu bermastautin atau seseorang yang yang diberi kuasa secara am atau khas bagi maksud itu oleh Hakim Syarie itu telah, selepas penyiasatan wajar di hadapan semua pihak yang berkenaan, memberi persetujuannya terhadap perkahwinan itu oleh wali Raja mengikut Hukum Syarak; persetujuan tersebut boleh diberi jika perempuan tiada mempunyai wali dari nasab mengikut Hukum Syarak atau jika wali tidak dapat ditemui atau jika wali enggan memberikan persetujuannya tanpa sebab yang mencukupi”.

Sebenarnya konsep dua marhalah bagi tujuan pernikahan sebegini hanya sesuai bagi keadaan perkahwinan yang dilangsungkan di luar negara dan tidak memungkinkan bagi pihak-pihak dalam perkahwinan tersebut untuk kembali ke tanah air dalam tempoh tertentu sebagaimana yang diperuntukkan dalam Seksyen 31 Akta Undang-undang Keluarga Islam.

Dalam keadaan ini, sekiranya perkahwinan yang hendak dilangsungkan itu tidak mencapai rukun nikah seperti lazimnya iaitu tidak adanya wali, maka barulah wali hakim akan mengambil tempat wali asal untuk menyempurnakan rukun nikah tersebut.

Wajar untuk diketahui bahawa, pasangan yang hendak berkahwin tetapi kehendak mereka tidak direstui oleh orang tua, dalam keadaan mereka menganggap bahawa perhubungan tersebut tidak ada cacat celanya dari segi Syarak dan adat, undang-undang sebenarnya memberikan ruang yang selesa kepada mereka untuk meneruskan hasrat mulia tersebut.

Walaupun pada dasarnya doa restu orang tua itu sangat penting dan menjadi batu asas sesebuah perkahwinan yang hendak didirikan, akan tetapi garis panduan yang telah diberikan agama itu sebenarnya lebih mengatasi pertimbangan dan kata hati sesiapa. Melalui pandangan para ulama, soal kufu atau sifat padan pasangan itu sepatutnya menjadi neraca untuk memilih pasangan. Pandangan para ulama bersifat sangat bernas untuk dijadikan sebagai panduan.

Seandainya hubungan tidak direstui disebabkan hal-hal yang remeh-temeh dan ia dibangkitkan oleh ahli keluarga, kahwin lari bukanlah penyelesaian yang bijak kerana Mahkamah Syariah bersedia untuk mendengar permohonan bagi kes seumpama ini.

Sebagaimana yang disebutkan oleh Seksyen 13(b) sebelum ini, sekiranya wali enggan memberikan persetujuan tanpa alasan yang sempurna, Mahkamah akan membenarkan perkahwinan yang diniatkan itu untuk diteruskan dengan menggunakan wali hakim. Inilah jalan penyelesaian yang sebenar, iaitu membawa masalah ke muka pengadilan. Di sini tidak timbul soal menjadi anak derhaka atau membelakangi orang tua kerana undang-undang mengatasi semua orang dan setiap orang tertakluk kepada undang-undang. Tanpa mengira siapa pun seseorang itu, ia perlu mematuhi undang-undang dan menerima keputusan yang dikeluarkan oleh mahkamah.

Penyelesaian perlu dibuat bagi mengatasi masalah yang tidak kunjung surut ini dan salah satu jalan penyelesaiannya ini adalah dengan menjalankan kajian imperikal mengenai hukum ‘kahwin lari’. Kajian ini kemudian seharusnya dipanjangkan kepada Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan dengan melihat semula hukum yang telah dikeluarkan pada Fatwa Kebangsaan Kali ke-52, iaitu pada tahun 2002 yang lalu.

38 Responses to Sah kahwin lari guna wali hakim?

  1. linda berkata:

    assalammualaikum…
    saya mempunyai masalah dan pertanyaan.
    hubungan saya dan kekasih tidak direstui oleh keluarga saya terutama ayah saya yang bertindak sabagai wali dengan alasan kekasih saya adalah seorang duda anak dua,dan bukanlah seorang yang berjawatan besar di tempat dia bekerja. saya telah pun berjumpa denagn keluarganya dan bekas isterinya untuk mengetahui punca perpisahan mereka. perpisahan mereka adalah disebabkan oleh isterinya yang materialistik.isterinya mendapat durian runtuh apabila tanah felda ayahnya dibeli oleh kerajaan dan sebahagian dari hasil tanah tersebut dinamakan ke atas nama isterinya.isterinya curiga akan kekasih saya ini yang akan membelanjakan duitnya untuk menampung kehidupan mereka lantas meminta cerai dengan pelbagai alasan tidak munah sabah dan didalangi oleh emak, kakak dan abangnya sendiri agar menuntu cerai di samping menggunakan saksi palsu dalam perbicaraan perceraian di mahkamah.
    apabila cerita ini sampai ke telinga ayah saya dan telah ditokok tambah, ayah saya menjadi lebih benci kepada kekasih saya sehingga sanggup menggunakan khidmat bomoh untuk membuat sihir pembenci antara kami.di samping itu juga, ayah saya turut mengupah beberapa orang untuk mengugut dan memukul kekasih saya jika dia masih lagi berhubungan dengan saya.ramai yang tidak senang dengan hubungan kami walaupun kami tidak melanggar batas2 agama.lebih – lebih lagi kawan2 ayah saya yang banyak menaburfitnah ke atas diri saya dan kekasih saya walaupun kami tidak pernah kacau hidup mereka. saya dan kekasih tertanya2 apakah salah kami diperlakukan sedemikian. sayah sajuga jenis yang suka meminta duit dari anak2.bila tak diberi, mulalah maki hamun keluar dari mulutnya. kami ingin mengikat tali pertungan tetapi ayah saya tidak mahu dan berkata walau pun kekasih saya menghantar pinangan dia tidak akan terima.saya juga ada memberitahu ayah bahawa kami ingin bernikah secara kecil2an sahaja tetapi hasrat saya ini ditentang keras.sedangkan adik2 saya sudah pun mendirikan rumah tangga dan dibuat secara meriah. saya pula tidak diberi pilihan untuk memilih jodoh dan cara hidup saya sendiri. saya ada terfikir untuk barkahwin lari memandangkan sudah tidak ada cara lain lagi. masalh saya ni pernah saya adukan kapada jabatn agama islam tempat saya tinggal tetapi tiada sebarang tindakan yang di ambil.saya sudah putus asa untuk terus berkeadaan seperti ini. tolonglag saya menyelesaikan permasalahan saya ni. sekian.. terima kasih.

    • Khairi berkata:

      Assalamualaikum linda…
      Sy Khairi, sekiranya cik berhasrat utk bernikah
      dengan menggunakan Wali Hakim. Sila hubungi saya.
      012-3676882.

  2. sarah berkata:

    Salam linda..
    sebenarnya saya pun berada dalam situasi yang sama..
    terfikir juga nak pg nikah di thailand sebab mmg nak kahwin
    nak mohon wali enggan, sy takut dicederakan..

    klu sy pulak,famili sy menuduh pihak lelaki membomohkan saya untuk syg kat dia..tp bila kami pg jumpa bomoh tu berdua, bomoh tu tak mahu bertanggung jawab..padahal dia nak untung lebih je upah konon ubat sy..

    klula ada cr yg lebih baik..

    • Khairi berkata:

      Assalamualaikum Sarah…
      Sy Khairi, sekiranya cik berhasrat utk bernikah
      dengan menggunakan Wali Hakim. Sila hubungi saya.
      012-3676882.

  3. amin berkata:

    vdfvf

  4. amin berkata:

    salam..
    saya cukup simpati atas nasib yg menimpa saudari linda dan sarah..merujuk kepada perkara ini, klu menurut perspektif hukum islam, sesorg wanita yang belum berkahwin wajib menurut atau patuh terhadap wali (ayah,datuk….yg layak jadi wali) dalam hal perkahwinan, ini kerana seseorang yang belum berkahwin (terutama wanita) tidak memahami atau merasaai alam perkahwinan. dalam hal ini bagi wanita yang pernah berkahwin (janda) pihak wali tidak berhak untuk menentukan nasib dalam alam perkahwinan sepertimana dialami oleh saudari, ini kerana mereka ini (janda) pernah mengalami atau melaluai alam perkawinan dan blh dikatakan cekap untuk memikih jodoh….”hal ini banyak sekali di bahas dalam kitab fiqah dan ini merupakan kefahaman saya dalan hal ini”…..
    secara kesimpulan yg boleh sy katakan disini, saudari harus mencari jalan yg lebih bijak dalam mengatasi hak ini,cnthnya dengan berbincang secara baik dgn kluarga,dan bnyak b’doa semoga allah membuka hati keluarga untuk menerima dan memahami hasrat saudari…
    selain itu, jika saudari “kawin lari” atau dikenali dengan menggunakan “wali hakim” sedangkan wali sebenar masih ada dan tidak setuju dgn menggunakan wali hakim ternyata perkahwinan tersebut tidak sah dari segi hukum islam dan undang2 negara dan ini lebih parah keadaannya lagi….
    sekian….

  5. eza berkata:

    Linda, saya berkahwin dgn duda anak 1. Sebelum berkahwin, suami saya ni menceritakan tentang punca perceraian yg mengikutnya isterinya curang, ini disokong oleh maknya. Selepas kawin segala2nya terbongkar bila saya sendiri tidak bahagia bersamanya sebab dia tidak bertanggungjawab dan kaki betina. Saya berjumpa dengan ex-wife dia dan dia menceritakan apa masalahnya sehingga bercerai dan ia adalah serupa dgn apa yg saya alami. So, keputusan you untuk berkahwin dgn duda anak 2 secara senyap2 itu saya tak galakkan sebab sebelum berkahwin segala2nya baik, tapi bila lepas kawin nanti, awak akan merana dan awak akan cari abah awak semula. Walaupun awak yakin duda anak 2 tu baik, saya nasihatkan awak kawinlah secara betul, bukan senyap2. Banyak kes kawin senyap2 ni, akhirnya isteri yg teraniaya.

    • zack berkata:

      tujuan berkahwin adalah utk mendapatkan keredhaan&kebahagiaan, tp klu ibu&ayah tidak meredhai hbgn trsbt bgaimana hndk mndptkan keredhaan Allah SWT. Lgpun ayah itukan wali mujbir yg blh mmksa anak brkhwin jika cukup syaratnya. jika hbgn trsbt kekal bertahu-tahun sekalipun ttp ibu&ayah tidak merestui tidak ada gunanya. akhir sekali nasihat drpd sy kepada sesiapa yang nk brkhwin tnpa restu, berfikirlah menggunakan agama jgn letakkan kemahuan mengatasi agama.

  6. meranamalam berkata:

    aku pun kawin senyap2 tapi dah 18 tahun..sapa pun tak tau..

  7. meranamalam berkata:

    ye le meranamalam,..pandai makei pandei simpe..kalo nak tunggu nak kawin terang2 ..ado sajo kerena demo..pejabat ugama dgn scripts dia tak sudah2..nak main mana leh tunggu2..bahan best punye..bayei kan lah ayam golek putih melepak terguling de atas meja….mak oii leleh ayor lior ..musei…nanti kobeh dek musei itei..bonde dah cacak dgn tongkat langit..tak kei nak ..ikat dari kepunei kot..kawen ajo kat mano2 asal sah..then guridi puas2…. aku sokng 101%

  8. insanmalang berkata:

    saya pun punyai masalah yang sama.family tak restu.sebabnya kekasih saya tak kerja kerajaan.lepas tu dia tak sekaya yang mak dan ayah saya mahukan. sedangkan saya berpelajaran,ada rupa,boleh dikatakn sempurna.saya sangat sayangkan dia kerana dia terlalu baik dan banyak membantu saya disaat saya dalam kesusahan. klu ikutkan hati,nak je kawin lari.tapi tak tahu macam mane.bukan tak nak kawin dekat mahkamah tapi terlampau banyak prosedur.last2 senyap macam tu je.apa kes????

    • Khairi berkata:

      Assalamualaikum…
      Sy Khairi, sekiranya cik berhasrat utk bernikah
      dengan menggunakan Wali Hakim. Sila hubungi saya.
      012-3676882.

  9. mon berkata:

    Zaman pakai buang nie..kebanyakan mengambil peluang aje..tampa belas kesian..

  10. mon berkata:

    …bab kawin lali nie atau berkeadaan terpaksa..mak bapak tak benar kan..pejabat ugama dgn berbagai kerenah nya ..untok mengelakan kemungkaran ….elok lah kawin lari…sama ada dgn surat kebenaran bapa atau pun tidak..kita yg nak kawin merasai nikmat sorga dunia….kawin lah di sepadan.. atau seberang laut..asalkan sah dah lah ..

    Tapi harus ingat…jika belaku apa2 dlm hidup dgn pasangan .. misti pandai menyelesai bersendirian… goodluck

  11. jo berkata:

    Aruah isteri aku kasi kawin tapi pejabat ugama malaysie bagi 14 muka surat -borang untok di isikan oleh aruah-aku …walau aruah sendiri yg mengambil nya.. di pejabt tabung haji jalan ipoh..pejabat ugama kata belum pasti ianya di lulus membolekan aku berkahwin lagi..aku kawin lari kat sempandan dgn awek cun solid molid…dah 20 tahun

    Tapi selepas kawin bermacam dugaan dari awek cun ni hingga skrg..nak aku belah aje..kesian kan anak2 yg maseh menuntut..terpaksa lah…berkeadaan menelan… bagaikan hempedu..lagu Irwan shah (Dave)..berani buat berani tanggung..biasa nya kawin lari ni 55% failure…see ya

  12. lon berkata:

    eyy, negara kita kan ada undang2. prosedur mmg la perlu.dah ramai dah org kawin ikut prosedur. apa yg susah sgt nak ikut? mungkin sbb takut. Islam kan agama yang teliti, terutama sekali bila melibatkan nasab & keturunan. undang2 & prosedur tu memudahkan bermacam2 urusan di kemudian hari. kebanyakan orang tak pk baik buruk kawin lari ni. terutama skali org perempuan. bnyk2 bw bersabar, muhasabah & istikharah. kalau ada jodoh, insyaAllah tak kemana..

  13. Zu berkata:

    What if husband never visits me, had been 2 years. Now, I want to have real family, since i’m 2nd wife,& kawin lari.

    My husband had said talak for many many times. But still send money.

    Can I marry again without letting him know?. thx

  14. Ridzwan berkata:

    Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-52 pada 1 Julai 2002 memutuskan pernikahan dengan wali hakim yang diiktiraf oleh wilayah negara berkenaan dan diakad nikahkan di wilayah berkenaan di mana ia ditauliahkan sebagai wali hakim, pada jarak melebihi 2 marhalah dari tempat mastautin wali, adalah sah, tertakluk kepada syarat-syarat biasa.

    Zu, what do you mean by “my husband had said talak many times” ? What were his actual words?

  15. kami ingin bertaubat berkata:

    Assalamualaikum,
    saya dan kekasih saya sering melakukan dosa..
    saya dan dia menyentuh lebih daripada berpegang tangan.Akan tetapi,kami tidak pernah melakukan zina,
    ape yang kami risaukan adalah kami semakin hampir dengan zina dan di khuatiri kami melakukan persetubuhan yang terlarang lagi terkutuk 2…

    patutkah kami kawen cepat,??
    macam mane?
    kami nak kahwin tapi tahun ni,bulan 9 baru kedua-dua nya 18 tahun,
    apakah yang kami perlu lakukan???
    dan kami juga risau ibu bapa kekasih saya kurang suka pada saya,..
    kami perlukan nasihat yang terbaik untuk hidup kami…
    dalam pada masa yang sama,kami ingin berhak sesama kami dalam memuaskn nafsu dalam aliran yang betul

    • Khairi berkata:

      Assalamualaikum linda…
      Sy Khairi, sekiranya cik berhasrat utk bernikah
      dengan menggunakan Wali Hakim. Sila hubungi saya.
      012-3676882. Hentikan Dosa2…….

  16. sewakereta-0133753549 berkata:

    nak kawin ni tak kira umor kalau dah suka kawin ..kat sempandan pun buleh..kalu nak elak drp zina ..akan pasti.. terjadi..anjing tue buta pun mane pun tak akan tolak lauk kan..pak lebai pun kato.. kalo berdua sebilik sarban pun buleh hilang..orang suka tak suka blakang kira

  17. ladybird berkata:

    saya ni prob yg sama jgk.nak kawin tp bermasalah sket sebab madu xrestu perhubungan kami.sedangkan saya berkawan dgn suaminya sudah 1tahun skrg.kami mahu berkawin sebab saya sudah hamil hampir 5bulan hasil daripada perhubungan terlarang kami.saya tidak rela nak menggugurkan anak ini dan ingin bernikah demi menyelamatkan nyawa anak yang dikandung.masalah sekarang teman lelaki saya mahu merahsiakan perkahwinan kami dari pengetahuan umum termasuk isterinya e2 yang membuatkan saya betul2 buntu.dan sekarang madu saya sudah menfailkan kes mereka di pej agama dan tunggu masa untuk dibicarakan samada cerai@ x!saya tidak menginginkan berlaku perceraian antara mereka dan hanya cukup sekadar memberi restu kepada kami untuk bernikah.tolong saya

  18. ayu_afis berkata:

    sy sorg janda.sy mepunyai sorg anak llaki brumur 4thn.sy dh bcerai 4thn.skrg sy mpunyai kekasih.die adalh teman sekelas semasa sy bljr di poli.kini kami bcinta ,hampir 2thn 3bln.kami ada merancang utk bkawin,tp sy takut kluarganye x dpt menerima syg.Tlglh

    • Khairi berkata:

      Assalamualaikum …
      Sy Khairi, sekiranya cik berhasrat utk bernikah
      dengan menggunakan Wali Hakim. Sila hubungi saya.
      012-3676882. Jangan lakukan dosa2….

  19. ummi berkata:

    yer ker.. sedangkan bapak tidak tahu apa2.. ermm topik yang agak menarik… berkahwen lah dengan cara yang di redhoi oleh kelurga kelak anada akan lebih bahagia,

    • ladybird berkata:

      semuan org menimpikan kawen yg diredhai+diberkati tp e2lah sy btl2 ingin kan restu dari pihak isteri pertama die dl sblm sy berbincang dgn kuarga.anak yg dikandung semakin hari semakin besar yg membuatkan kami memikir jln terbaik.kalo nak kawen di sempadan senangke?

  20. penguin berkata:

    lau nak restu dri bini prtama ,smpai hari kiamat pon x kan dpat .Bnda dah trjadi brterus trang ngan kluarga .Dlam mlysia pon ada pyelesaiannya .. x perlu nak kawin jauh2 ..

    • acik berkata:

      kalo dah ibubapa memilih taraf kendudukan keluarga pon ssh jdie nye……..
      ibubapa pon patut di persalah kan dalam hal nie…….
      sebab ingin menjaga taraf keluarga sangup tengok anak2 menderita…….
      sedangkan nabi MUHAMAD S>W>T pon x membeza kan darjat kendudukan…….
      ini ke manusia biasa di akhir zaman……..
      benda mcm nie ptt di kikis oleh masyarakatb zaman skrg………..

  21. ladybird berkata:

    betul2 buntu bile die pom dah xtaw mcmane nak pujuk wife die sendiri.skrg ni nak wat check up medical pom ssh coz kalo g gov kiteorg xdek kad nikah nak tunjuk pada dorg,so terpaksa lah kena g swasta.kiteorg pom xnak anak ni digelar anak xsah taraf sebab die adalah ank kami cuma kami blom ada iktn pernikahan yg sah je.sya nak rujuk dgn pej agama pasal masalah ni tp keadaan skrg buat sy takot sebab sy takot dorg pk yg sy akan melakukan 1 tindakan mcm org2 yg lain seperti buang bayi.sekarang kerajaan dah berkuatkuasa dgn semua klinik+hosp nak bendung masalah sosial ni tp sy xnak nnt kalo dorg akan bawak sy juga ke rumah perlindungan untuk wanita2 yang terlanjur.sy xsanggup nak pisah dengan ank ni selepas dilahirkan.

  22. Helmi berkata:

    Urusan Kahwin| Khidmat Berkahwin | Perkhidmatan Perkahwinan | di Siam Thai

    As’kum

    Sy ingin menawarkan perkhidmatan nikah kahwin dlm masa 1 jam shj yg dibuat di Pejabat Majlis Agama Wilayah Yala. Nikah tidak dibuat di rumah kadi, kedai makan ataupun masjid bg mengelakkan psgn ditipu oleh jurunikah yg tidak bertauliah (Nikah Sindiket).

    Hanya 5 minit perjalanan dr pintu sempadan Malaysia. Kawasan ini aman dan tenteram, tiada peperangan atau pengeboman. Dlm 14 wilayah di selatan Thailand hanya daerah Betong tiada lgsg peristiwa yg tidak diingini. Kita masih boleh mendengar pembunuhan dan pengeboman di Songhkla dan Golok.

    Sijil Nikah dikeluarkan oleh Pejabat Majlis Agama Wilayah Yala. Perkahwinan ini Sah disisi Agama dan diterima utk diperakui di Malaysia. Urusan & akad nikah hanya akan dibuat di dlm Pejabat Agama. Pasangan jg boleh membawa keluarga dan rakan bersama. Tidak lupa jg bergambar di Pejabat Agama bersama Kadi dan Saksi.

    Saya telah membawa lbh dr 100 psgn tanpa sebarang masalah utk mendaftarkan perkahwinan di Malaysia. Kadi wilayah Yala terdiri drpd tokoh terkenal seperti Doktor, Pengetua Sekolah, Tuan Guru, Dato, Senator dan Saksi nikah adalah Pegawai Majlis Agama. 70% nikah yg dibuat di wilayah Songhkla & Narathiwat tidak sah dr segi syarak.

    Kenderaan akan disediakan dr exit Tol Lebuhraya Utara-Selatan PLUS Kuala Kangsar/Pulau Pinang/Pengkalan Hulu. Sijil Nikah akan terus diserahkan sejurus selesai akad & surat pengesahan dlm masa 7 hari. Jika bertolak 8am dr Kuala Kangsar, 11am semua urusan telah pn selesai. Ini akan memudahkan pasangan yg mempunyai masa yg terhad.

    Saya akan menguruskan segala urusan dr mula hingga selesai, bkn melalui pihak ketiga atau agen.

    Diharap tawaran ini dpt menyelesaikan masalah tuan/puan.

    Maklumat lanjut sila email elmyda@gmail.com. Urusan & Pertanyaan call 0175955633.

    Terima Kasih.

  23. sha berkata:

    salam sy nk berkongsi cerita,

    beberapa tahun lalu, sy telah kenal seorng lelaki yg merupakan senior saya, selama sebulan kami berkenalan, dia mengutarakan kepada saya utk menjadikan saya sebagai isteri. pada mulanya saya tidak bersetuju, kemudian dia memberitahu bahawa dia telah mula terpaut dengan saya dan dia tidak mahu ada zina hati antara kami. dia mencadangkan kepada saya utk nikah gantung bagi mengelakkan zina hati dan mengelakkan dari sebarang fitnah sekiranya kami ingin berjumpa atau keluar. dan dia juga berjanji bahawa dia tidak akan menuntut haknya sebagai suami kerana kami masih belajar dan duduk berjauhan. saya bersetuju dengan cadangannya tp saya mengambil jalan dgn nikah gantung di sempadan thailand bagi mengelakkan org tua kami tahu. kami telah berjanji bahawa selepas belajar, kami akan berterus terang dgn kedua org tua kami. namun ikatan kami x panjang, dia telah pergi ke rahmatullah selepas beberapa tahun kami bergelar suami isteri. disini saya musykil beberapa perkara:
    1. adakah sah perkahwinan kami??
    2. sekiranya saya mahu berkahwin lagi sekali, sekiranya saya tidak menceritakan hal yg berlaku pada saya ini kepada bapa saya, adakah perkahwinan kali ke-2 menyebabkan ianya tidak sah? adakah hukum2 yang menjelas perkara sedemikian.

    terima kasih

  24. Ridzwan berkata:

    Perkahwinan tu sah mengikut fatwa2 yg dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Malaysia. Saya dah kumpulkan 2 fatwa yang berkenaan disini:

    http://nikah-siam.sukasamasuka.net/fatwa-nikah.html

    Boleh berkahwin sekali lagi tanpa halangan, sama ada bercerita kepada ayah atau tidak. Tak ada hukum yang melarang.

  25. hehe berkata:

    Sesipa nak kawin yg di iktirafkan leh call aku rm 666.66..0123155395

  26. shah berkata:

    bleh terangkan tentang punca2 nya lg x..??

  27. mohd noor berkata:

    apakah syarat2 sah bagi perkahwinan wali hakim

  28. pening berkata:

    mcm mna kalau parents kekasih sntiasa myuruh kkasih utk tgglkn sy krana kkasih mrupakn ank sulung..dbri izin kawen andai umur kkasih jgkau 30 thun dan keats??wajar kah kami kawen lari? parents saya bersetuju akn plihan ttpi pihak llaki yg tidak stju?ap hkum nya??

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 345 other followers

%d bloggers like this: