Kemelut hukum khalwat

Oleh Idris Musa

PERKATAAN ‘khalwat’ berasal dari bahasa Arab ‘khalwah’ yang secara literal menunjukkan perbuatan mahu menyendiri.

Dalam Islam, ia merujuk kepada pengasingan atau ke sunyian untuk bertafakur terhadap Allah dan menginga ti-Nya, tetapi pengertian dalam konteks ini kurang popular.
Berbeza dengan masyarakat Melayu, khalwat difahami sebagai satu hal membabitkan pasangan lelaki perempuan yang bukan mahram di tempat sunyi melakukan perbuatan mungkar dan dilarang Islam.

Pasangan Islam yang berkhalwat boleh didakwa di mah kamah syariah di bawah peruntukan undang-undang jenayah syariah.

Tetapi bagaimana pula jika pasangan itu Islam dan bukan Islam, apakah hukuman hanya kepada orang Islam, ba gaimana dengan pasangannya yang bukan Islam?

Ada yang berpendapat tidak adil mendakwa dan men jatuhkan hukuman kepada pasangannya beragama Islam dan melepaskan mereka yang bukan Islam.

Hakim Mahkamah Rayuan Syariah, Datuk Mohd Asri Abdullah, baru-baru ini berkata orang bukan Islam mungkin boleh dihukum di mahkamah sivil agar ‘lebih adil.’

“Orang Islam akan dihukum di mahkamah syariah…tetapi kami tidak ada kuasa menghukum bukan Islam,” katanya.

Bagaimanapun, pendapat itu mengundang kontroversi.

Lantas, Institut Kefahaman Islam Malaysia (Ikim) tampil dengan mendakwa orang bukan Islam tidak boleh dikenakan hukuman dalam kes khalwat.

“Orang bukan Islam tidak boleh didakwa bawah un dang-undang Islam kerana mereka tidak menganut Islam.

“Setakat pengetahuan saya, tidak terdapat sebarang pe runtukan bawah mahkamah sivil untuk mendakwa seseorang berkhalwat dan terlalu awal untuk mengandaikan bukan Islam harus tertakluk pada pertuduhan khalwat di mahkamah sivil,” kata ketua pengarahnya, Dr Syed Ali Tawfik Al-Attas.

Majlis Peguam pula berkata, menghukum pasangan bukan Islam dalam kes khalwat orang Islam melanggar hak-hak asas dalam Perlembagaan Persekutuan salah dari segi prinsip, dan mencabuli jaminan kebebasan beragama seperti Perkara 11 dalam Perlembagaan Persekutuan.

Presidennya Ambiga Sreenevasan, berkata tidak adil meng guna pakai undang-undang agama dengan cara ini terhadap individu yang tidak menganut agama berkenaan.

Selama ini pun jika ada kes khalwat membabitkan pasangan Islam dan bukan Islam, pada dasarnya hanya orang Islam yang didakwa di Mahkamah Syariah dan dikenakan hukuman, manakala orang bukan Islam yang terbabit terlepas daripada tindakan.

Mengulas perkara ini Peguam Syarie, Datuk Muhamad Burok, berkata pendapat Mohd Asri adalah satu niat yang baik.

“Semua orang kena berusaha macam mana hendak men jalankannya,” katanya.

Beliau tidak menafikan memang ada masalah mengambil tindakan terhadap orang bukan Islam yang berkhalwat de ngan pasangan Islam.

“Memang tidak boleh tuduh orang bukan Islam di mah kamah syariah. Di mahkamah sivil boleh dituduh, tetapi ada masalah lain di situ,” kata bekas presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) itu.

Katanya, sehingga kini kesalahan khalwat adalah kesalahan jenayah syariah dan mengikut enakmen negeri masing-ma sing menyebabkan pertuduhan bagi kesalahan terbabit hanya boleh dilakukan di mahkamah syariah bukannya di mah kamah sivil.

“Jadi, jika di mahkamah syariah orang yang dituduh ialah Islam, manakala orang bukan Islam tidak boleh dituduh, kerana mahkamah syariah untuk orang Islam saja,” katanya.

Beliau juga mempersoalkan, jika kes khalwat membabitkan orang bukan Islam dibawa ke mahkamah sivil, undang-un dang mana yang hendak diguna pakai?

“Orang bukan Islam terbabit tidak boleh dikenakan per tuduhan bawah undang-undang sivil, sebab tidak ada pe runtukan. Jika mahu mendakwa juga perlu menjadikan khalwat itu kesalahan sivil.

“Jika demikian, saya nampak dua undang-undang selari bagi satu kes. Jadi orang yang ditangkap ada pilihan undang-un dang di antara sivil dan syariah.

“Boleh buat kalau serius tetapi kena ingat undang-undang syariah bawah bidang kuasa kerajaan negeri, manakala sivil bawah persekutuan.

“Jika wujud dua macam peruntukan, iaitu di mahkamah syariah dan mahkamah sivil kemungkinan hukuman nanti tidak seragam. Jadi, perkara ini kena dikaji secara me nyeluruh,” katanya.

Muhammad berkata, jika mahukan pengecualian bahawa dalam kes ini orang Islam dan bukan Islam yang khalwat boleh dituduh di Mahkamah Syariah ia akan bertentangan dengan Perlembagaan.

Justeru, katanya, dalam perkara ini ia agak rumit untuk diselesaikan tetapi demi maruah orang Islam ia patut di berikan pertimbangan.

“Sepatutnya orang bukan Islam juga perlu menerima hu kuman apabila melakukan kesalahan ini dengan orang Islam, kerana dia melanggar hak asasi orang Islam, bukan saja menodai pasangannya yang Islam, tetapi kesannya ialah agama Islam.

“Jadi, jika dinilai kembali ada hak untuk memberikan perlindungan kepada agama Islam kerana Islam agama rasmi tertakluk bawah Perlembagaan.

“Orang bukan Islam kena sanggup terima risiko, sebab dia sanggup menodai Islam itu sendiri.

“Cuma apa yang terjadi hari ini adalah kerana undang-un dang itu ciptaan manusia, yang akhirnya membawa masalah, jadi manusia jugalah kena mencari jalan bagi menyelesaikannya,” katanya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 349 other followers

%d bloggers like this: