Kaedah selamat ‘cuci’ rahim

Oleh: BINTU RASYADA A. RAHMAN

BERGELAR ibu merupakan antara detik paling indah dalam hidup seorang wanita. Saat mengetahui bahawa diri sedang berbadan dua pastinya sangat menggembirakan terutama bagi pasangan yang baru berumah tangga.

Begitu yang dirasai Diana (bukan nama sebenar), tatkala ujian pengesanan hormon human chorionic gonadotropin (HCG) yang dilakukannya sendiri menunjukkan dua garisan selari. Selepas lima bulan mengalami keguguran kandungan pertama, pastinya detik ini sangat dinanti-nanti. Baginya, inilah masa yang sesuai untuk kehamilan baru memandangkan dirinya sudah cukup bersedia dari segi mental mahupun fizikal.

Berita gembira itu segera disampaikan kepada suami dan mereka bertemu doktor untuk mengesahkan lagi kandungan tersebut.

Segalanya berjalan lancar pada peringkat awal. Biarpun ada kalanya mengalami masalah biasa yang dihadapi oleh kebanyakan bakal-bakal ibu di peringkat awal kehamilan, semuanya ditempuhi dengan tenang demi menanti kehadiran insan bergelar anak.

Namun siapa yang mampu menolak takdir, andainya suratan menentukan kandungan yang baru berusia beberapa minggu tidak mampu bertahan dan mengalami keguguran.

Hati siapa yang tidak sedih apabila sekali lagi terpaksa menerima hakikat kandungannya mengalami keguguran.

Kerana disahkan mengalami missed abortion (keguguran tertinggal), di mana kandungannya sudah mati namun janin (atau kantung) tertinggal di dalam rahim, Diana disyorkan menjalani dilatation & curettage (D & C) atau biasa disebut ‘cuci.’

Entah mengapa, untuk menjalani proses D & C kali ini dia berasa seperti tidak selesa walaupun pernah menjalaninya untuk keguguran pertama dahulu. Perasaan sedih dengan kehilangan kandungan ditambah dengan pelbagai pandangan daripada beberapa pihak menyukarkan dia membuat keputusan.

Ada yang bersetuju dia melakukan D & C, namun ada juga yang menyarankan mengambil langkah lain dengan alasan ia berbahaya. Sesetengahnya berpendapat D & C yang berulang boleh memberi masalah untuk hamil di kemudian hari. Tidak kurang juga yang mengatakan ia mengundang beberapa masalah yang berkaitan dengan sakit puan. Ini berikutan ramai yang beranggapan ia dilakukan dengan cara yang kasar termasuk menggunakan peralatan tajam dan kemungkinan ‘cuci’ tidak bersih.

Mujurlah dalam keadaan begitu, sokongan suami yang berterusan membuatkan Diana tenang dengan dugaan yang menimpa. Tidak cukup dengan penjelasan doktor, dia turut mendapatkan maklumat daripada Internet mengenai proses D & C agar segala keputusan yang dilakukan tepat dan tidak mendatangkan masalah di kemudian hari.

Dalam satu halaman maya yang dirujuk Diana, terdapat maklumat yang menarik perhatiannya mengenai kaedah ERPOC (evacuation of retained products) menggunakan sedutan yang banyak digunakan kini berbanding alat kuret yang selalu digunakan dalam proses D & C lama. Namun begitu kerana sudah biasa disebut D & C, istilahnya tetap dikekalkan biarpun kaedahnya sudah berubah.

Apakah ERPOC?

Menurut Pakar Obstetrik dan Ginekologi Pusat Perubatan Darul Ehsan (DEMC), Dr. Zamri Abd. Rahim, ERPOC adalah kaedah mengeluarkan produk kandungan yang tertinggal dalam uterus akibat keguguran. Kalau dahulu doktor menggunakan alat yang dipanggil kuret dengan cara mencungkil bahagian dalam rahim untuk mengeluarkan produk kandungan yang tertinggal, kini doktor akan menggunakan alat seperti vakum yang lebih selamat. Di sesetengah tempat kaedah ini disebut D & C sedutan atau ada juga yang memanggilnya dengan aspirasi vakum.

Bagaimanakah prosedurnya?

Ia merupakan pembedahan minor yang selamat dan mengambil masa lebih kurang 20 minit. Biasanya pesakit hanya perlu menjalani rawatan harian di hospital sama seperti D & C. Mulanya pesakit akan dibius dan kemudian serviks akan dibuka menggunakan dilator. ERPOC biasanya menggunakan dua jenis vakum sama ada vakum elektrik (EVA) atau pam manual (MVA). Kanula (bahagian depan tiub) yang disteril akan dimasukkan ke dalam uterus bersambung dengan tiub dari pam dan ia menghasilkan vakum yang halus lalu menyedut seluruh kandungan dalam rahim.

Pada ketika manakah keguguran perlu menjalani ERPOC?

Kandungan di bawah 10 minggu boleh dicuci menggunakan ERPOC. Namun, bagi kandungan antara 11 hingga 15 minggu penyedut dengan diameter lebih besar akan digunakan dan kadangkala memerlukan bantuan kuret bagi memudahkan proses dilakukan.

Bagi kandungan yang telah mencapai minggu ke-16 hingga 24 pula, sejenis ubat seperti prostagladin akan digunakan untuk membuka pintu rahim dengan lebih luas. Kemudian kandungan akan dicungkil dengan kuret sebelum ERPOC dilakukan.

Sementara, bagi kandungan melebihi minggu di atas, janin akan keluar seperti kelahiran biasa.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menggalakkan wanita hamil yang mengalami keguguran menjalani ERPOC dan sekiranya peralatan tiada barulah proses D & C dibenarkan. Menurut perangkaan Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit, hanya 2.4 peratus pengguguran menggunakan kaedah D & C pada tahun 2002, berbanding 23.4 peratus pada 1972.

Adakah ERPOC menyakitkan?

Tidak. Pesakit tidak berasa sakit kerana dibius ketika proses dilakukan. Selepas itu, pesakit mungkin mengalami sedikit kesakitan di bahagian perut seperti senak atau kejang ketika haid namun ia tidak lama. Luka di bahagian rahim juga jarang berlaku kerana ia tidak melibatkan proses kuretaj (menggunakan kuret).

Masyarakat selalu berpandangan negatif terhadap D & C. Ada yang berpendapat ia boleh menjejaskan kesuburan. Benarkah tanggapan ini?

Sebenarnya ia boleh berlaku sekiranya prosedur ini tidak dijalankan dengan betul. Misalnya pernah berlaku di mana kuret menerobos hingga keluar ataupun dinding rahim tercedera kerana cungkilan yang kuat. Atau juga berlaku serviks terkoyak. Apabila keadaan ini terjadi, sperma dan ovum yang sudah disenyawakan tidak mampu menempel di bahagian rahim menyebabkan kandungan tidak menjadi.

Kegagalan yang berlaku bukanlah disebabkan wanita tersebut tidak subur, tetapi keadaan di rahimnya yang tidak mengizinkan kandungan untuk terus kekal.

Bagaimanapun, kaedah ERPOC jauh lebih selamat berbanding D & C kerana ia jarang melibatkan luka besar.

Masalah yang direkodkan melalui kaedah ERPOC juga rendah iaitu 1.8 daripada 100,000 kes berbanding 2.8 daripada 100,000 kes melalui kedah D & C.

Benarkah alat kuret tajam?

Terdapat pelbagai jenis kuret yang digunakan dan ia berbeza mengikut negara. Alat kuret dengan hujung yang tajam digunakan oleh Amerika Syarikat suatu masa dahulu. Di negara ini, kuret seperti sudu yang panjang digunakan dan ia tidak tajam.

Sesetengah pendapat mengesyorkan pengambilan sejenis ubat untuk membantu keguguran. Adakah ia selamat dan apa kesannya dalam jangka masa panjang?

Sebenarnya pengambilan ubat untuk menggugurkan kandungan tidak digalakkan bagi kandungan yang melebihi enam minggu. Ini kerana mungkin kandungan tidak keluar sepenuhnya, menyebabkan wanita hamil itu mengalami kesakitan yang teruk dan perlu pula melalui proses ERPOC atau D & C. Bimbang juga berlaku komplikasi terhadap wanita tadi.

Namun di Barat, ubat seperti ini diberi kepada pesakit sebelum D & C dilakukan bagi memudahkan prosesnya.

Setakat ini belum terdapat kes yang menunjukkan ubat tersebut memberi kesan jangka panjang kerana ia akan keluar dari badan melalui pelbagai proses seperti perpeluhan dan perkumuhan.

Risiko D & C atau ERPOC?

Kuret boleh menembusi dinding rahim jika tidak dilakukan dengan betul, pendarahan luar biasa, kandungan masih tertinggal di dalam dan jangkitan kuman. Selain itu ibu-ibu juga mungkin mengalami trauma kerana kesedihan akibat kandungan yang tidak berjaya.

Walaupun jarang sekali berlaku, ada juga individu yang mengalami Sindrom Asherman selepas prosedur ini.

Akibatnya, wanita berkenaan mungkin mengalami kemandulan disebabkan oleh penyembuhan tisu-tisu di dalam rahim yang mendorong kepada berlakunya lekatan di antara dinding-dinding.

Seterusnya, kegagalan pertumbuhan kembali endometrium (dinding dalaman rahim untuk persediaan persenyawaan) dan pendarahan haid bulanan mungkin tidak berlaku.

Pesakit disarankan memaklumkan doktor pakar mereka sekiranya pendarahan haid menjadi tidak menentu selepas D&C atau ERPOC.

Bagaimanakah D & C membantu pesakit?

Sekiranya wanita mengalami endometrium polips, iaitu ketumbuhan pada dinding rahim yang menyebabkan sukar mengandung, D & C boleh digunakan sebagai satu cara untuk membuangnya. Ia sebenarnya membantu proses implantasi, bukan ovulasi.

Perlukah wanita keguguran menjalani rawatan berpantang secara tradisional?

Sebenarnya ia adalah tradisi ataupun praktis dalam masyarakat dan terpulang kepada mereka untuk mengikutinya. Jika berasa selesa dengan cara itu boleh diteruskan, tapi dalam dunia perubatan moden tiada pengesahan yang membuktikan kesahihannya.

Nasihat doktor kepada wanita yang mengalami keguguran?

Bersabar dan perlu menerimanya sebagai takdir. Sebenarnya 20 peratus daripada wanita mengandung hari ini mengalami keguguran. Dan sukar untuk menentukan apakah faktor yang menyebabkan berlakunya keguguran selain daripada kecacatan genetik.

Dapatkan pemeriksaan doktor pakar dan ikut nasihat yang diberikan. Pesakit perlu menjaga pemakanan dan pengambilan nutrien bagi membantu kehamilan seterusnya.

Pesakit juga perlu bersihkan fikiran, bahawa proses ERPOC yang dilakukan bukan bertujuan menggugurkan kandungan, tetapi demi kesihatan ibu dan juga fetus.

Mereka yang terdekat terutama suami perlu memberi sokongan kepada isteri, supaya dapat membina semula keyakinan mereka terhadap diri sendiri.

Bilakah waktu sesuai untuk wanita yang mengalami keguguran hamil semula?

WHO memperuntukkan tempoh tiga bulan untuk wanita berkenaan kembali sihat sepenuhnya. Namun bagi saya, ia bergantung kepada individu. Andainya wanita itu sudah berumur dan belum mempunyai anak, mereka tidak boleh menunggu terlalu lama kerana kesuburan semakin menurun sejajar pertambahan usia. Sebenarnya tidak ada masalah sekiranya mereka terus mengandung asalkan keadaan fizikal mengizinkan.

26 Responses to Kaedah selamat ‘cuci’ rahim

  1. diyah berkata:

    hai.. saya berkahwin awal nov 2007. saya menandung sebulan selepas kawin. kandungan saya gugur sewaktu 2 bulan.. doktor syorkan supaya saya guna vecium jr.. saya rasa yang ERPOC tur lh… saya tak rasa sakit pun n doktor mmg tak vius saya..
    tapi yang saya risaukan, sekarang dh 2 bulan saya tak mengandung lagi.. hati saya mula risau, kebanyakan org kata gugur anak pertama nie susah nk lekat lepas tur…

  2. Arina berkata:

    Ingin tahu…

    Selepas seseorang perempuan telah cuci kandungan…apakah pantang larang yg x boleh dilakukan dalam maksud saya dari segi pemakanan dan sbagainya..

  3. mummy berkata:

    kandungan sy bru 1bulan dan bru cuci kandungan.perlu kah,sy berpantang mcm org bru lps bersalin seperti pemakanan?adakah kemungkinan utk sy hamil semula agak susah?

  4. mira berkata:

    ingin tahu kalau kandungan baru 5minggu blh mkn ubat ag x klau nk ggurkan?
    sbb sy sdia n suami sedia la nk anak…suami kn sudan..susah..cne 2 ek???

  5. mira berkata:

    ingin tahu kalau kandungan baru 5minggu blh mkn ubat ag x klau nk ggurkan?
    sbb sy sdia n suami sedia la nk anak…suami kt sudan skrg untk sthun..susah..cne 2 ek???

  6. syaf berkata:

    saya ada info pasal ubat ni dan tahu dimana ubat ni dijual. pill@suppliment ini membantu mencuci khas untuk wanita yang hamil dalam kandungan 11minggu kebawah sahaja.hanya mengikut arahan untuk pengambilannya dan dalam masa terdekat akan segera mencuci,khas untuk wanita hamil jarak dekat,terlanjur,belum kahwin dan senang hamil.hubungi saya untuk keterangan lebih lanjut spyker1109@gmail.com,saya akan terangkan pasal harga.no tel tidak dipaparkan kerana faktor keselamatan. Dijual hanya pada yg memerlukan sahaja.

  7. zul berkata:

    woi..penipu besar..aku amik beli ubat xde kesan pun…smpai rm400 kau tipu aku…x aman idup kau jembalang

  8. nursisa berkata:

    spyker1109@gmail.com,mmg penipu.tp xpe duit yg ko makan tu haram.

  9. suziediela berkata:

    salam, saye ingin share sedikit pengalaman saye…dan ingin bertanye..
    Saye mengandung pada 2011 dan bersalin pada bulan 10/2011 tapi masa tu anak saye tidak dapat diselamatkan..kami memang sedih teramat sangat sebab itulah anak pertama kami…tapi tak de rezeki untuk bersama..dan saye terpaksa melakukan pembedahan untuk mengeluarkan anak kami…

    Selang beberapa bulan ( bulan Februari 2012) saye kembali hamil…memang la rezeki tetapi atas sebab musabab yang mendatangkan risiko kepada saye dan kandungan…saye terpaksa la mengugurkan kandungan ini…dan saye ingin tahu kaedah manakah yang selamat dan tidak mendatangkan kesan yang teruk terhadap saye di masa akan datang..dan saye juge ingin mengandung untuk masa akan datang…

  10. bibi berkata:

    sahaja utk berkongsi pengalaman. Saya ibu kpd 2 org ank. Berusia 36 thn dri sabah. saya pernah disahkan mengandung 3 bln lepas. tetapi oleh kerana keadaan yang tidak mengizinkan saya mengambil keputusan untuk cuci kandungan. pada masa tu kandungan saya berusia 9 – 11 minggu.saya telah mencuba pil cuci ini ternyata ia selamat dan tiada kesan sampingan. sesiapa yang ingin tahu lebih lanjut boleh hubungi saya di oddienazira@yahoo.com atau sms 0168232434

  11. Jomo Alus berkata:

    sesiapa yang memerlukan pil cuci ini boleh menghubungi saya di nombor 010 955 6086.

  12. oddie berkata:

    Sesiapa yg perlukan bantuan unuk mendapatkan pil cuci ini atau khidmat nasihat, bolehlh sms kepada saya 018 985 1340 atau email ke oddienazira@yahoo.com

  13. nur berkata:

    Hi slmat petang sya nur dri sabah…dcni sya nk kongsi ceta sya d masa yg lampau…sekitar dlm 4 thn yg lalu sya perna mengalami penguguran usia kandungan dlm5 bln..masa keguguran tu berlaku sya telah diberikan ubat gastrik sebiji…selang seminggu gtu sya mula merasakan sakit yg teramat sgt slma 3 hari berturut2…dan skarg sya da brrnikah sya dan suami teringin menimang cahaya mata spti org lain jga…kmi da cuba beberapa kali tapi 1 sperma pun xda yg sangkut…adakah kesan2 sya.membuat penhuguran tampa cuci 4 thn yg lalu????? Mohon diberikan penjelasan pleaseeeee……apapun ada bersyukur aku Da taubat…apakah yg harus sya lakukan….?????”

  14. clinichealth30 berkata:

    Salam sejahtera,

    Pil ini membantu ‘mencuci’ khas untuk wanita yang hamil dalam kandungan bawah 20 minggu iaitu bawah 5bulan, hanya ikut arahan untuk pengambilannya dan dalam masa sehari akan segera ‘cuci, khas untuk wanita hamil jarak dekat, terlanjur, belum berkahwin dan ‘senang hamil’. Kami membantu pada yang memerlukan. Jika dilakukan di hospital swasta, kosnya menjangkau ke Rm2000, mengikut usia kandungan dan sakit yang teramat sangat apabila saluran tiup dimasukkan dalam saluran kemaluan, jadi bertindaklah sebelum terlambat.

    Kepada yang berminat untuk mendapatkan pil cytotec ini, bolehlah mendapatkannya daripada saya, call/sms di 0176166902 Saya menjual dgn harga berpatutan.

    Untuk sesiapa yang ragu-ragu untuk membeli dgn kami, anda boleh layari blog kami, dan click pada profile, dan lihat pada profile picture kami iaitu gambar Pil cytotec original yang kami pegang. Keputusan ditangan anda :)

    http://www.clinichealth30.blogspot.com

  15. Eyn Nochi berkata:

    sesiapa yang ingin dapatkan pil gugur cytotec 200mcg (ori by pharmacy) boley call/whatsp 0177294235- amiey johor bahru….

  16. Pil Gugur berkata:

    Berminat untuk dapatkan pil gugur,pil cuci rahim,rancan keluarga,berkesan 4 bulan kebawah,hubungi syah,by hand area p.j selangor,poslaju,pil ori,hubungi syah 0143230603

  17. Pil Gugur berkata:

    pil cuci rahim,pil gugur untuk kandungan yg berusia 4 bulan ke bwh sahaja,berminat hubungi 014-3230603 ,pil original ,by hand ,poslaju
    maklumat lanjut Layari
    http://sheikhpilcuci.blogspot.com/

  18. Pil Gugur berkata:

    pil cuci rahim,pil gugur untuk kandungan yg berusia 4 bulan ke bwh sahaja,berminat hubungi 014-3230603 ,pil original ,by hand ,poslaju
    maklumat lanjut Layari
    http://sheikhpilcuci.blogspot.com

  19. miss eyn jb berkata:

    sesiapa yang ingin dapatkan pil gugur cytotec 200mcg (ori by pharmacy) boley call/whatsp 0127942785….

  20. syed berkata:

    UBAT GUGUR KANDUNGAN
    Bukan untuk gugurkan kandungan tanpa sebab, tetapi keadaan memaksa seperti ekonomi tak stabil, baru melahirkan anak, memudaratkan kesihatan ibu sekiranya mengandung dan lain-lain.(Terbukti 100% Berkesan). syed-0166676079
    http://deadwood1800.wix.com/urgentmedicals or urgentmedicals.blogspot.com

  21. miss eyn jb berkata:

    Pd yg berminat utk dpt kan cytotec 200 mcg ori by farmasi bley hubungi sy,sms/whtsp 0127942785..

  22. Whl Whl berkata:

    UNTUK PERTANYAAN DAN BANTUAN : SMS/WHATSAPP 018-3207424(24JAM)

    Awas-jika anda mengandung di luar rahim, penggunaan pil adalah dilarang sama sekali…RISIKONYA TERLALU TINGGI, jadi anda KENA SCAN dulu kandungan tu untuk memastikan kedudukan janin berada didalam rahim, saya juga akan memantau semasa client mengambil ubat ini.

    Pil @ Supplement ini membantu ‘mencuci’ khas untuk wanita yang hamil dalam kandungan 23 minggu ke bawah sahaja, hanya ikut arahan untuk pengambilannya dan dalam masa 12 Jam akan segera ‘cuci, khas untuk wanita hamil jarak dekat, terlanjur, belum berkahwin dan ‘senang hamil’. Kami membantu pada yang memerlukan. Jika dilakukan di hospital swasta, kosnya Rm1000 ke Rm1500.. bergantung berapa minggu kandungan dan sakit yang teramat sangat apabila saluran tiup dimasukkan dalam saluran kemaluan, jadi bertindaklah sebelum terlambat. Kandungan ubat ni adalah 200mcg, di pasaran hanya ada 20mcg, 50mcg dan 100mcg, elakkan dari membeli bawah 100mcg (hanya cacatkan janin shj), Tuntas dari Indon (menyebabkan pendarahan yg teruk), RU486 dari Singapore, Indon Dan Thai (RU486 sudah ada 368 kes kematian Seluruh Dunia).
    -GUARANTEED-
    Term & Condition- Kena Ikut Aturan Makan, Bawah 23 Minggu,

    SMS CUCI DAN LOKASI ANDA Ke 0183207424

    *ubat ini mengandungi 80% protein dan produk tiada kesan sampingan dan selamat digunakan, produk sudah berada dipasaran semenjak 2002 dan tiada mengunakan bahan-bahan terlarang, 98% Berjaya Jatuh.

    *Penghantaran melalui poslaju atau byhand di area k.l sahaja.

    *www.womenhealthlifestyle.wordpress.com

  23. PIL GUGUR berkata:

    HI SEMUA…
    HI SAYA ADA MENJUAL PIL ORIGINAL CYTOTEC BAGI YANG MERANCANG KELUARGA / CUCI RAHIM DARI USIA 1HARI -3BULAN
    *Anda pasti puas hati 100% gugur PM/Sms 0176878077 KL AREA
    * 1 bulan
    * 2 bulan
    * 3 bulan

    # BAGI YG DAH B’KAHWIN SHJ DAN INGIN RANCANG KELUARGA. call(017 6878077)

  24. ORIGINAL CYTOTEC berkata:

    PIL PEMBERSIH RAHIM ADALAH PENYELESAIAN YANG ANDA TERCARI CARI SELAMA INI,HANYA PERLU MAKAN PIL ANDA AKN DIBER PENGAWASAN SELANJUTNYA (CALL 017 6878077)

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 345 other followers

%d bloggers like this: