Jangkitan tulang selepas kemalangan

DOKTOR,
Pada tahun 1998 saya menaiki motosikal dan terlibat dalam satu kemalangan. Saya mendapat kecederaan patah tulang bahu, patah gigi dan permukaan kulit kaki tersiat hingga menampakkan tulang.

Doktor hendak membuat tampalan kulit tetapi saya tidak mahu. Hampir setahun barulah saya sembuh. Setelah hampir dua tahun baru keadaan kembali normal.

Dengan tiba-tiba, kaki saya kembali sakit dan dalam masa yang sama saya mengandung dua bulan. Oleh itu agak sukar doktor menentukan penyakit saya.

Doktor hanya mengesahkan saya berpenyakit osteomyelitis. Tidak lama kemudian, timbul seperti bisul yang banyak di kaki tetapi tidak mengeluarkan nanah, hanya air sahaja.

Doktor terpaksa membuang tulang-tulang yang telah dijangkiti dan saya disahkan mengalami penyakit sporotrichosis.

Saya diberi makan antibiotik selama dua tahun secara “on off”. Sekarang saya merasa sakit seperti sakit sendi, kaki kanan saya juga membengkok keluar dan mengecut (mengecil) dan susah digerakkan. Kaki saya juga akan bengkak kalau kerap berjalan.

Soalan saya apakah osteomyelitis, sporotrichosis dan actinomyces?

Bagaimana hendak membetulkan kaki yang telah bengkok dan apakah kesan makan antibiotik dan ubat tahan sakit dengan jangka masa yang lama?

Mengapa kaki saya mudah bengkak dan sakit dan bagaimana untuk menghilangkan stres atau trauma akibat terlalu lama menghadapi penyakit?

– HAFIZAH

JAWAPAN
Osteomyelitis adalah terminologi yang digunakan bagi jangkitan kuman pada tulang seseorang. Jangkitan kuman ke atas tulang boleh disebabkan oleh bakteria seperti Staphylococcus aureus, spesies Streptococcus lain dan organisma lain seperti kulat Sporotrichosis (Sporothrix schenckii) dan Actinomycosis (Actinomyces israelli).

Terdapat berbagai-bagai jenis organisma yang boleh menyebabkan osteomyelitis termasuklah juga Tuberculosis atau Tibi Tulang.

Kesan jangkitan pada tulang atau osteomyelitis yang dialami saudari adalah osteomyelitis kronik di mana jangkitan kuman telah lama berada di dalam tulang dan kesan penyembuhan yang berlaku hanyalah sementara dan kesan jangkitan akan sentiasa berulang-ulang.

Oleh itu, kesan jangkitan berulangan itu akan merosakkan struktur tulang yang berkenaan. Osteomyelitis biasanya berlaku kepada kanak-kanak.

Tetapi bagi golongan dewasa pula, faktor-

faktor seperti kepatahan pada tulang yang melibatkan tersiatnya kulit akan memudahkan jangkitan kuman di dalam tulang.

Oleh itu rawatan pembedahan segera untuk membersihkan luka dan tulang perlu dijalankan agar mengurangkan risiko jangkitan.

Tambahan pula rawatan lanjut seperti tampalan kulit juga membantu dalam mengurangkan risiko jangkitan kerana kulit bertindak sebagai penghadang kepada jangkitan ke atas tulang.

Ciri-ciri khusus bagi osteomyelitis kronik adalah pembentukan bisul dan pengeluaran cecair ‘serous’ secara berkala.

Ini berlaku kerana terdapat pengaktifan jangkitan di dalam tulang yang menghasilkan nanah di dalam tulang berkenaan dan jumlah nanah dan tisu tulang yang mati akan bertambah dan seterusnya akan cuba untuk mengalirkan keluar nanah dan cecair serous tersebut.

Pada masa ini, kaki akan membengkak dan terasa sakit. Selalunya, kesan pengeluaran cecair berkenaan akan berkurangan buat seketika dan jangkitan akan lenyap secara sementara sahaja dengan penggunaan antibiotik.

Proses selang-seli antara jangkitan dan pemulihan ini akan berlaku secara berulangan.

Rawatan untuk osteomyelitis kronik merupakan rawatan yang panjang dan memerlukan kesabaran di samping melibatkan kos perubatan yang agak tinggi.

Pembedahan

Pesakit juga perlu melalui beberapa siri pembedahan untuk memastikan agar jangkitan kuman dihapuskan sepenuhnya dari dalam tulang.

Proses rawatan termasuklah rawatan menggunakan antibiotik khusus secara intravena. Organisma khusus yang menjadi punca jangkitan perlu dikenalpasti terlebih dahulu untuk menentukan jenis antibiotik yang sesuai digunakan. Lazimnya rawatan antibiotic berterusan selama 6 minggu (minimum).

Rawatan pembedahan melibatkan mencuci luka dengan membuang tisu-tisu dan sel-sel tulang yang telah mati kerana sel-sel mati merupakan medium yang sesuai untuk dijangkiti kuman.

Sekiranya kerosakan tulang adalah sangat ketara dan luas, maka rawatan ‘bone transport’ dengan menggunakan ‘Ilizarov fixator’ boleh dicadangkan kepada pesakit setelah berbincang secara rapi dengan pakar ortopedik.

Harus diingatkan juga bahawa rawatan mungkin akan memakan masa selama enam bulan hingga bertahun lamanya.

Oleh itu, sokongan ahli keluarga adalah penting dalam memastikan agar tekanan dan stres dapat dielakkan dan jika perlu, rawatan pakar psikiatrik adalah dicadangkan.

Berkenaan kesan penggunaan antibiotik dan ubat tahan sakit dalam jangka masa panjang pula, ubat-ubat yang diberikan telah menjalani kajian dan ujian mendalam.

Oleh itu dapatkanlah nasihat pakar yang memberikan ubat-ubat berkenaan untuk mengetahui lebih lanjut kesan pengambilannya dalam jangka pendek atau jangka panjang.

Cuma pemakanan antibiotik secara tidak teratur boleh menyebabkan organisma yang menyebabkan jangkitan tidak dapat dihapuskan sepenuhnya dan pada masa yang sama boleh menghasilkan organisma yang mempunyai ketahanan (resistant) kepada antibiotik berkenaan.

Pembentukan ketahanan ini akan menyebabkan antibiotik yang lebih kuat dan mahal terpaksa digunakan untuk merawat pesakit.

2 Responses to Jangkitan tulang selepas kemalangan

  1. reza berkata:

    kawan saya terlibat dalam satu kemalangan. tulang kaki nye di betis patah dilanggar lori.6 bln selepas kemalangan dia menagalami jangkitan kuman pada tulang kakinye dan hati. ape rawatan yg dia perlu jalani?? dia sangat takut yg kaki nye akan di potong. perlukah kakinye dipotong?

  2. suhana berkata:

    Ayah saya terlibat dlm kemalangan dan kaki kanannya patah.selepas kemalangan kakinya yang patah itu mengalami nanah dan doktor sahkan ada jangkitan kuman pada tulang dan syorkan melakukan pembedahan untuk mengeluarkan besi pada tulang itu.masalah sekarang ayah dlm keaadaan uzur usianya 74 tahun.selain itu ayah pernah ada penyakit kencing manis yang teruk selepas kemalangan itu.penyakit lemah jantungnya pun tak stabil.bolehkah pembedahan dilakukan?selain itu,masih adakah kaedah lain nak atasi masalah ini.terima kasih

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 349 other followers

%d bloggers like this: